Disebabkan perkongsiannya ini dapat beri kesedaran pada warganet soal Covid 19. Sekali isteri dedah bagaimana suami boleh positif.

Amalan Covid 19 Viral

Video ‘lakonan semula’ Shazwani yang dimuat naik di TikTok bagi memberi kesedaran kepada orang ramai, menjadi tular. Ketika jumlah kes Covid-19 berada pada tahap membimbangkan dengan empat digit kes dilaporkan saban hari, setiap pihak perlu memainkan peranan masing-masing bagi memutuskan rantaian jangkitan virus berkenaan.

Namun begitu, masih wujud kelompok yang bersikap pentingkan diri sehingga menyebabkan orang lain menjadi individu tidak bersalah. Begitulah yang dialami oleh wanita ini apabila dia dan anak-anaknya terpaksa dikuarantin selepas suami didapati positif Covid-19, gara-gara kecuaian pihak lain.

Berkongsi cerita, Shazwani Shakeri berkata dia dan empat anaknya kini menjalani kuarantin di rumah kerana menjadi kontak rapat manakala suaminya kini ditempatkan di sebuah pusat kuarantin di Kota Bharu, Kelantan. “Alhamdulillah, ujian calitan pertama kami lima beranak negatif. Sekarang sedang menunggu untuk buat ujian calitan kedua pula. Moga-moga negatif juga,” ujar wanita berusia 36 tahun ini.

Empat anak Shazwani yang turut menjalani kuarantin selepas menjadi kontak rapat kepada bapa mereka.

Bercerita serba ringkas kisah yang dialami keluarganya, Shazwani berkata ia bermula selepas suaminya mengalami demam secara tiba-tiba sebelum keputusan ujian calitan mengesahkannya positif Covid-19. “Suami saya bekerja dengan sebuah syarikat kurier namun dia hanya bekerja di pejabat. Dipendekkan cerita, salah seorang rider didapati positif Covid-19 dan ia berpunca ketika dia menghantar barang ke rumah pelanggan yang sedang memakai gelang pink.

“Ceritanya, barang tersebut dihantar menerusi kaedah COD (Cash On Delivery), jadi berkemungkinan ia disebarkan melalui wang kertas. Rider tersebut pun tak mengetahui status kesihatan diri, jadi hadir bekerja macam biasa sehinggalah tiba-tiba tak sihat sebelum disahkan positif Covid-19,” katanya. Reda dengan apa yang berlaku, Shazwani bagaimanapun memanjatkan kesyukuran kerana sepanjang tempoh menjalani kuarantin, dia dan empat anaknya sihat tanpa alami sebarang gejala.

Alhamdulillah, Allah hadirkan insan yang baik-baik untuk menolong walaupun ‘strangers’.

“Saya kesian dekat suami sebab selepas dapat keputusan ujian calitan, dia terus ‘ditahan’ untuk dihantar ke pusat kuarantin. Sehelai sepinggang. Masa itu kelam kabut juga kami… terpaksa minta bantuan rakan untuk hantarkan pakaian dan keperluan suami di pusat kuarantin. Mungkin sebab terkejut juga, saya tak sihat beberapa hari ketika peringkat awal dikuarantin. Masa tu macam-macam nak kena uruskan sebab kita dah tak boleh keluar rumah. Mujurlah anak-anak berusia 11 dan 12 tahun boleh bantu serba sedikit. Alhamdulillah saya sihat kemudiannya. Syukur kerana suami tak teruk, namun dia alami gejala seperti sakit tekak, sakit sendi dan hilang deria bau serta rasa saja,” ceritanya yang merupakan seorang bekas penyampai radio.

Shazwani bersyukur kerana ramai kenalannya membantu menghantar makanan dan barang keperluan ketika dia bersama anak-anak sedang menjalani kuarantin.

Tambah Shazwani, dia tidak menyangka perkongsiannya di TikTok mengundang perhatian sehingga meraih lebih 420,000 jumlah tontonan. Namun lebih terharu, ramai kenalannya di aplikasi berkenaan menghulurkan bantuan dengan menghantarkan bekalan makanan kepada mereka sekeluarga.

“Pada mulanya saya tak cerita pun keadaan diri namun ada beberapa yang tegur sebab perasan keadaan saya macam tak seperti biasa. Alhamdulillah, Allah hadirkan insan yang baik-baik untuk menolong walaupun ‘strangers’. Mengenai video tersebut, saya sekadar muat naik untuk menyebar kesedaran kepada masyarakat agar sama-sama bertanggungjawab memainkan peranan untuk putuskan rantaian. Setiap syarikat juga kena lebih cakna dan alert… terus ambil tindakan sewajarnya dengan segera jika terdapat kes positif. Sekarang ni bukan masanya kita nak tuding jari dah, tapi kena ambil peranan dan tanggungjawab masing-masing,” ujarnya yang menjalankan bisnes pakaian muslimah ini.

Sumber : Mstar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Kes Covid 19 Di Selangor Paling Tinggi. Terkini Kerajaan Selangor Setuju Untuk Buka Pusat Pemberian Vaksin Besar Besaran. Rupanya Ini Tarikh Ppv Mula Dibuka.

Disebabkan kes yang terlampau tinggi di Selangor sejak akhir-akhir ni, kerajaan negeri Selangor setuju untuk buka Pusat Pemberian Vaksin (PPV) secara besar-besaran di sekitar negeri tersebut. Perkara ini telah dibincangkan oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari bersama Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Yang Berhormat Khairy Jamaluddin di PPV Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) pada Ahad.

Usaha ini dijalankan bertujuan bagi meningkatkan kadar vaksinasi di negeri tersebut. Selain itu, PPV ini akan dibuka bermula minggu kedua bulan Jun ini. “Hasil perbincangan turut bersetuju untuk meningkatkan kerjasama strategik antara kerajaan Selangor dan Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) bagi membolehkan PICK berjalan dengan lancar, seterusnya mencapai sasaran imuniti kelompok,” menerusi satu kenyataan bersama menurut Sinar Harian.

Melalui perkembangan lain pula, Amirudin dan Khairy turut ada berbincang berkenaan isu pendaftaran vaksin AstraZeneca yang agak kecoh tempoh hari. Ujar mereka lagi, bagi individu yang terkesan dengan perubahan janji temu mahupun tidak bersetuju dengan vaksinasi AstraZeneca tersebut akan diberi janji temu yang baru.

Tambahnya, kerajaan negeri memaklumkan bahawa akan melaksanakan pendaftaran vaksin AstraZeneca bagi individu yang mendaftar di bawah Program Outreach Imunisasi Covid-19 (Imunisel) iaitu bagi golongan tanpa akses digital atau mendaftar vaksin secara offline.

“Namun begitu, tempahan slot vaksin AstraZeneca menerusi Imunisel dibuat secara sukarela atas persetujuan dan pemahaman setiap individu terhadap vaksin tersebut. “Jadi, terdapat beberapa individu yang menerima temu janji vaksinasi selain AstraZeneca terlebih dahulu, digantikan dengan janji temu baharu bagi vaksin AstraZeneca tanpa pengetahuan mereka.

“Bagi menyelesaikan isu ini, pihak Imunisel bersetuju untuk menyerahkan senarai nama individu yang didaftarkan tempoh hari untuk dihubungi oleh pihak CITF bagi mendapatkan persetujuan menerima vaksin AstraZeneca,” Selain itu juga, di aplikasi MySejahtera akan ada satu ciri tambahan dibangunkan dalam masa terdekat.

Hal ini bagi membolehkan individu menerima janji temu baharu bagi menggantikan janji temu terdahulu, serta boleh bagi maklum balas dan mendapat penyelesaian segera. “Tidak berlaku manipulasi sistem oleh pihak SELangkah seperti yang didakwa oleh beberapa pihak baru-baru ini,” katanya. Sama-sama kita doa supaya usaha ini dipermudahkan, serta kes jangkitan Covid 19 ini berkurang.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *