Rupanya bukan sekadar gaji menteri yang dipotong. Elaun penjawat awam juga turut dipotong sebanyak ini.

Info ISU SEMASA Semasa

Kalau semalam, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam pengumuman khasnya mengumumkan menteri dan timbalan menteri tidak akan mengambil gaji selama tiga bulan dan menyumbangkan ia kepada Akaun Amanah Bencana COVID 19. Nampaknya langkah yang hampir serupa juga diambil oleh penjawat awam apabila Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dalam satu kenyataan memberitahu, penjawat awam bakal menyumbangkan sebahagian gaji mereka selama tiga bulan atas tujuan yang sama.

Menurut beliau, ia adalah satu cara penjawat awam menunjukkan solidariti dan sokongan terhadap usaha kerajaan bagi perangi dan landaikan lengkung jangkitan COVID 19 dalam negara. Inisiatif ini katanya akan melibatkan pengurusan tertinggi dan Gred 44 hingga Gred 56 serta penjawat awam bagi Gred 29 hingga Gred 41.

Sumbangan daripada lebih 800,000 penjawat awam tidak termasuk frontliners serta penjawat awam Gred 1 hingga Gred 28 adalah dianggarkan berjumlah lebih RM30 juta,” katanya. Kadar sumbangan elaun Imbuhan Tetap Keraian (ITK) Jawatan Utama Sektor Awam (Jusa) A ke atas adalah sebanyak 50 peratus diikuti Jusa B (20 peratus), Jusa C (10 peratus) dan Gred 44 hingga 56 (lima peratus).

Manakala sumbangan elaun Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) daripada penjawat awam Gred 29 hingga 41 pula adalah sebanyak RM10. Tambahnya lagi, diharap usaha ini dapat menjadi asbab kebaikan dalam kehidupan bagi setiap anggota perkhidmatan awam dan ahli keluarga mereka. Harap sedikit sebanyak sumbangan ni dapatlah bantu frontliners dan mereka yang terkesan akibat pandemik ini.

Sumber : Lobak Merah

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Pemuda Ini Sebak Bila Ibu Terdesak Nak Gunakan Wang. Minta Wang Walaupun Belum Musim Gaji Dan Rupanya Ini Yang Berlaku Pada Ibunya.

baru-baru ini perbualan laman WhatsApp Amin dan ibunya tular di laman sosial media Twitter. Situasi pandemik yang tidak berpenghujung ini bukan sahaja meragut banyak nyawa, malah turut memberi impak pada mata pencarian masyarakat di negara ini. Di laman Twitter, tular paparan skrin perbualan WhatsApp antara seorang anak lelaki bersama ibunya sehingga mernyentuh hati warganet.

“Mak dah tak boleh kerja sebab Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). So aku aje la kena kerja lebih sedikit untuk keluarga aku. Doakan aku dimurahkan rezeki ya,” tulis Muhammad Amin Masri, 20, di Twitter. Mesra disapa Amin, pekerja kedai telefon di Shah Alam, Selangor itu mengakui luluh hati tatkala membaca mesej ibunya yang berusia 51 tahun meminta sedikit wang pada Sabtu.

Amin bekerja di sebuah kedai telefon bimbit di Shah Alam.

“Saya di Shah Alam, mak pula tinggal di Bera, Pahang bersama adik yang berusia 18 tahun. Mak dulu kerja makcik kantin asrama. Disebabkan PKP, dari tahun lepas mak tak boleh bekerja. Mak mesej minta sedikit duit gaji untuk buat belanja. Sedih, mak tak pernah hubungi saya seperti itu. Dengan gaji saya RM1,200. Nak bayar rumah sewa RM700, paling kurang pun saya kena bagi RM250 kepada mak nanti dapat gaji. Masa tu baru balik kerja, baru siap-siap masak. Tiba-tiba dapat mesej macam tu, terus sedih,” ujarnya kepada mStar. Menurut pemuda itu, dia tidak sangka paparan skrin mesej WhatsApp yang dikongsi di Twitter itu akan tular.

Saya tak ada sesiapa nak kongsi cerita, sebab tu saya kongsi di Twitter.

Lebih mengharukan apabila ramai yang turut meluahkan rasa simpati, tak kurang juga yang berhubung dengannya dan meluahkan hasrat untuk memberi sumbangan. “Ada yang hubungi saya untuk nak beri sumbangan, memang tak sangka jadi macam ni. Setakat ni ada lima ke enam orang nak bagi wang. Ramai yang nak bantu dari malam tadi, saya sebak gila. Terharu dapat macam ni. Tak sangka ramai yang prihatin.

Antara komen warganet di Twitter.

“Saya tak ada sesiapa nak meluahkan atau berkongsi masalah, sebab tu saya kongsi di Twitter. Saya syukur dengan apa yang berlaku bila tweet tu viral,” ujarnya lagi. Tambahnya, dia mahu mengucapkan terima kasih kepada semua individu yang mendoakan dia sekeluarga menerusi Twitter.

Menurut Amin, dia juga bercita-cita untuk menjadi anggota Bomba demi mengubah nasib keluarganya suatu masa nanti. Sehingga kini, posting berkenaan meraih lebih 2,500 ulang kicau (Retweet).

Sebelum Ini Pernah Hidup Menumpang Di Sebuah Masjid Di Selangor. Kisah Ibu Tunggal Anak Lima Benar Benar Menyentuh Hati Warganet

BERAT mata memandang, berat lagi bahu yang memikul bebanan.Begitulah kisah seorang wanita muda yang terpaksa bersendirian menyara lima anaknya yang masih kecil dan menjaga ibu yang sedang sakit, selepas berpisah dengan suami.Kisah wanita berusia 38 tahun yang dikenali sebagai Zuriah dikongsikan oleh seorang aktivis masyarakat, Natipah Abu, yang berkunjung ke terataknya baru-baru ini.

Menurut Natipah, sebelum keluarga tujuh beranak ini dirujuk kepadanya oleh ahli jawatankuasa masjid di qariah sebuah perkampungan di Kedah, mereka hidup menumpang di sebuah masjid di Selangor.”Sebelum ini mereka tujuh beranak tinggal di Selangor. Rumah tangga Zuriah sudah tidak mampu diselamatkan lagi kerana suaminya yang juga seorang penagih dadah itu kerap memukulnya dan anak-anak.

“Setelah diceraikan suami, Zuriah pun dihalau keluar dari rumah. Sebelum balik ke Kedah, Zuriah dan anak-anak pernah hidup menumpang di sebuah masjid di Selangor dengan mengharapkan belas ehsan dari anak qariah untuk meneruskan kehidupan.

Anak sulung Zuriah yang berusia 14 tahun bekerja sebagai tukang cucu di R&R.“Pihak masjid akhirnya membuat keputusan menyelamatkan mereka dengan menghantar mereka pulang ke kampung di Kedah,”ceritanya.Nasib keluarga malang ini mendapat perhatian seorang pemilik homestay dan membenarkan mereka tinggal di situ buat sementara waktu.

“Berbekalkan wang RM100 mereka berpindah ke homestay itu. Kisah mereka juga telah sampai kepada beberapa pihak termasuklah pihak masjid setempat dan Zakat Kedah. Bantuan selanjutnya sedang dalam proses.Dalam perkembangan terbaharu, Natipah memaklumkan pihaknya berjaya mencari rumah sewa buat keluarga ini membina kehidupan baharu.

“Kali pertama pergi menemui mereka, terbit rasa kasihan kerana anak-anak masih kecil. Lagi kesian anak sulungnya yang baru 14 tahun tapi memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga.”Anak remaja ini bekerja sebagai tukang cuci di sebuah R&R dengan gaji harian, RM25 sehari. Sebagai anak lelaki dialah yang harus memikul tanggungjawab… tapi dia harus kembali ke sekolah nanti.

“Zuriah pula masih di dalam proses mencari kerja namun dengan masalah ketiadaan pengangkutan, membataskan segalanya,” cerita Natipah yang sudah 10 tahun bergiat aktif sebagai aktivis kebajikan dan misi kemanusiaan sejak 10 tahun lalu.

Menurut Natipah, perkongsian kisah Zuriah bertujuan untuk meraih sumbangan orang ramai bagi membantu keluarga ibu tunggal ini memulakan kehidupan baharu di sebuah rumah sewa kelak.”Kita akan membayar sewa rumah selama dua tahun, membeli sebuah motosikal untuk memudahkan pergi bekerja di samping mendapatkan bantuan dari Zakat Kedah dan JKM.

“Kes seperti ini perlukan penglibatan masyarakat kerana melibatkan kewangan. Bantuan kewangan dari pihak berwajib harus melalui proses dokumentasi dan memakan masa. Justeru bantuan segera masyarakat akan meringankan beban mereka yang tersepit.Natipah (kiri) sudah lebih 10 tahun terlibat dalam aktiviti kebajikan dan kemanusiaan.

“Menerusi Sedekah Jumaat, biarpun maklumat penerima dirahsiakan tetap kisah kejayaan mereka cukup sebagai bukti amanah telah selesai. Kita tidak menggalakkan bantuan dalam bentuk wang tunai yang banyak kerana biasanya wang habis tanpa dapat memenuhi objektif utama wang itu disumbangkan.”Untuk itu kita menyusun strategi bantuan dengan sistem sokongan bantuan bulanan dari pihak berwajib untuk meneruskan kelangsungan hidup. Semoga dengan sedekah yang kita niatkan akan mampu membawa sinar baru buat mereka yang sedang diuji,”ujarnya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *