Ini pula format Surat MITI yang baru. Khas untuk pihak Polis kesan sama ada ianya betul atau palsu.

Covid 19 ISU SEMASA Semasa

Kerana banyak kes penipuan dan pemalsuan surat kebenaran syarikat beroperasi yang dikeluarkan dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), kini syarat itu sudah diperketatkan. Bagi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula hari ini sehingga 14 Jun nanti, surat yang dikeluarkan MITI akan dilengkapi dengan kod respon pantas atau kod QR.

Menurut Senior Asisten Komisioner (SAC) Gerakan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, M V Srikumar M Nair, kod itu akan diimbas oleh anggota polis yang bertugas di sekatan jalan raya bagi memastikan ia adalah tulen. “Apabila kod berkenaan diimbas (pautan berkenaan) akan meminta satu nombor kod yang mana hanya pihak polis sahaja mempunyai kod berkenaan. Apabila kita memasukkan nombor kod itu, maka kita akan dapat tahu sama ada surat itu betul selaras dengan pemegang surat.”

Beliau turut berkata tidak wujud layanan double standard terhadap mana-mana individu atau kumpulan bagi tujuan kebenaran merentas negeri mahu pun daerah seperti yang didakwa sesetengah pihak. PDRM tidak melihat golongan kayangan atau sebaliknya jika mempunyai dokumen yang sah dan bukti (kukuh), maka (permohonan rentas daerah atau negeri) adalah dibenarkan.”

Sementara itu, menurut Harian Metro, polis akan memulakan sekatan pergerakan penuh bermula hari ini dan mana-mana individu yang keluar membeli barang keperluan melebihi 10 kilometer akan diarah berpatah balik. Seperti yang diumumkan kerajaan pada Ahad, sepanjang tempoh sekatan, semua aktiviti sosial adalah dilarang dan bagi sektor ekonomi pula hanya sebahagian kecil sahaja dibenarkan beroperasi.

Sumber : Berita Harian

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Kini CUEPACS Pula Tampil Gesa Untuk Lakukan PKP Penuh. Ianya Untuk Atasi Perkara Ini.

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menggesa kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh di seluruh negara sekurang-kurangnya bagi tempoh 21 hari. Presidennya, Adnan Mat, berkata gesaan itu perlu bagi mengatasi beban dialami perkhidmatan kesihatan negara yang berdepan cabaran dahsyat bagi merawat pesakit COVID-19 dan pesakit lain. Berdasarkan situasi semasa, katanya, CUEPACS bimbang perkhidmatan kesihatan negara berisiko lumpuh, sekali gus mengundang darurat kesihatan yang serius sekiranya langkah drastik tidak dilaksanakan bagi mengekang penularan wabak itu.

“Prosedur operasi standard (SOP) sedia ada yang dilaksanakan dalam PKP 2.0 dan PKP 3.0 ketika ini dilihat tidak berkesan mengurangkan jangkitan COVID-19, bahkan ia dilihat semakin meningkat setiap hari. Trend peningkatan kes disebabkan terdapat banyak pergerakan orang ramai yang tidak dapat dikawal, berikutan kepentingan atau permasalahan ekonomi. Terdapat juga kelemahan masyarakat dalam mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan. SOP yang sentiasa berubah dan tidak seragam telah mengelirukan rakyat. Lebih mendukacitakan, pengumuman pelaksanaan PKP Diperketatkan (PKPD) di kawasan berisiko tinggi diumum lebih awal hingga memberi kesempatan masyarakat keluar daripada kawasan itu, yang boleh menyebabkan penularan kes berlaku di kawasan luar,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Adnan berkata, gesaan pelaksanaan PKP penuh itu turut mengambil kira bebanan petugas barisan hadapan kesihatan yang terpaksa berkhidmat secara ‘on-call’ sejak lebih setahun lalu, sehingga hilang keseimbangan antara kehidupan dan waktu kerja. Katanya, keadaan itu yang berterusan memberi kesan negatif pada fizikal dan mental mereka serta berisiko menjejaskan perkhidmatan kesihatan kepada pesakit COVID-19 dan bukan COVID-19 akibat kekurangan petugas dan kemudahan.

“Pelaksanaan PKP penuh seperti 18 Mac tahun lalu mungkin nampak terseksa kepada rakyat, tetapi lebih menyeksakan lagi adalah pelaksanaan PKP ‘sekejap buka sekejap tutup’ yang menyaksikan ekonomi semakin perlahan, pendidikan anak terabai dan kadar pengangguran meningkat. Ditambah lagi penularan varian berbahaya daripada Afrika dan India di Malaysia ketika ini, PKP penuh diyakini dapat memastikan negara kembali di landasan yang terbaik,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Adnan menggesa kerajaan mengawal harga barangan keperluan harian supaya tiada pihak memanipulasinya jika PKP penuh dilaksanakan. Katanya, CUEPACS juga mahu kerajaan memberi bantuan kewangan kepada isi rumah yang terjejas susulan pelaksanaan PKP, khususnya melalui moratorium automatik.

“Bank Negara dan Kementerian Kewangan perlu mewajibkan bank melaksanakan semula moratorium penuh seperti tahun lalu kepada semua peminjam selama tiga bulan sebagai inisiatif mengurangkan kesan ekonomi kepada individu dan organisasi. Semua agensi kerajaan termasuk Baitulmal perlu turun padang agihkan makanan keperluan kepada semua rakyat tanpa ada seorang pun yang tertinggal,” katanya.

Sumber : Berita Harian

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Selangor Tidak Terlalu Teruk. Kes Naik Mendadak Tapi Kerajaan Selangor Minta Pertimbang Semula Pkp Penuh Gara Gara Takut Jejaskan Ekonomi.

Sidang media khas COVID 19 negeri Selangor telah diadakan hari ini oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam Negeri Selangor, Dr Siti Mariah dan Pengerusi Selangor Task Force COVID 19, Datuk Seri Dr Dzulkifli Ahmad yang membincangkan isu wabak tersebut di negeri itu.

Menerusi sidang media itu, mereka telah memaklumkan inisiatif yang diambil kerajaan negeri iaitu dengan membeli vaksin untuk mempercepatkan proses vaksinasi pekerja kilang di Selangor. Malah menurutnya lagi, hanya 3.3 peratus penduduk Selangor sahaja yang kini sudah divaksinasi dan jumlah tersebut pula lebih rendah dari negari lain. Malah keutamaan juga diminta diberikan kepada Kerajaan Selangor untuk divaksinasi supaya wabak COVID 19 dapat dikekang daripada merebak ke negeri lain.

“Kami percaya kalau 80 peratus sudah divaksinasi kita berjaya memagar rakyat kita. Kita tahu bahawa yang duduk di luar negeri. Yang mana tercetusnya (COVID 19) dari negeri-negeri lain apabila rakyat Selangor kawasan zon merah balik ke negeri-negeri mereka. Kita perlu menumpu vaksinasi ini di negeri Selangor dan Kuala Lumpur,” kata Dr Siti Mariah. Selangor bukan negeri paling parah terima jangkitan COVID 19 kerana… 

Menurut Dr Dzulkifli pula, negeri Selangor tidak boleh dikatakan negeri paling parah menerima jangkitan COVID 19 kerana penduduknya yang ramai dan kepesatan industri berbanding negeri lain. Malah katanya lagi, PKP penuh di Selangor perlu dipertimbangkan juga kerana kes COVID 19 Selangor tidak terlalu parah jika mengikut data.

Malah PKP penuh juga bimbang bakal memberi impak besar kepada ekonomi negeri tersebut termasuklah kepada peniaga-peniaga kecil. Angka tetap tinggi, lebih tinggi di Selangor. Namun adakah hari ini kita terbeban seperti itu? Kami mohon ia dipertimbangkan Kerajaan Pusat,” kata Dr Dzulkifli.

Kerajaan Selangor merayu supaya tidak dilaksanakan PKP penuh kerana mempertimbangkan kesan ekonomi. Malah mengikut data kes Covid-19 di Selangor tidak terlalu teruk berbanding negeri lain. Negeri itu juga menjadi m4ngs4 kerana kurang menerima vaksin sedangkan penduduknya ramai. Apa-apapun kebanyakan daripada warganet menjangkakan full lockdown bakal diumumkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) tidak lama lagi di Selangor berikutan peningkatan kes yang mendadak dan bimbang ia tidak mampu dikawal lagi.

Pun begitu, tiada apa-apa makluman yang dikeluarkan oleh pihak MKN berikutan isu PKP penuh tersebut yang sebelum ini pernah juga dicadangkan oleh KKM. Jadi kita tunggu sajalah apa yang berlaku lepas ni. Harapnya yang terbaik buat rakyat Selangor.

Sumber : Lobak Merah

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *