Kucing terpaksa alami derita yang dahsyat hanya sebabkan tuannya. Boleh pula tuannya beri sesuatu ini untuk elak kehamilan.

Haiwan KESIHATAN kucing Viral

Seekor kucing betina terpaksa menahan derita untuk jangka masa yang lama gara-gara ‘kecerdikan’ yang melampau tuannya yang menjadi doktor haiwan yang tidak bertauliah. Menurut laman Facebook Kelab Pencinta Kucing Malaysia, kucing itu mengalami ketumbuhan yang dahsyat kerana diberi pil perancang oleh tuannya yang dipercayai mahu mengelak haiwan itu hamil. Akibatnya, kucing itu terpaksa menjalani operasi dan dibuang ketumbuh4n tersebut.

Melalui semakan di internet, gambar kejadian berlaku di luar negara. Difahamkan, kucing itu telah pulih sepenuhnya. Kucing tidak sepatutnya diberi pil perancang yang dibuat khas untuk manusia kerana kesan sampingannya boleh menyebabkan haiwan itu pergi buat selamanya. Sebaliknya, pemilik kucing boleh meminta doktor haiwan yang bertauliah, memandvlkan haiwan itu.

INFO VETERINAR – UBAT PERANCANG UNTUK KUCING

Setiap orang yang mempunyai haiwan kesayangan terutama kucing dan anjing akan memikirkan satu masalah pembiakan yang mana seekor kucing/anjing betina mampu melahirkan anak lebih dari satu. Oleh kerana itu, tuan haiwan kesayangan berkenaan perlu mencari alternatif dalam mengurangkan populasi haiwan kesayangan di rumah jika membela bukan untuk pembiakan. Ada beberapa cara untuk mereka dalam menangani masalah ini seperti operasi pem4ndvlan atau pengambilan Ubat Perancang untuk kucing atau anjing.

Jangan kata, haiwan tiada pil perancang ye, semestinya ada dan dikeluarkan dalam 2 jenis iaitu suntikan(injection) dan tablet. Ubat suntikan yang agak popular adalah Supprestral. Di klinik cik, hanya pemberian suntikan perancang sahaja dan telah diberhentikan lebih kurang 3 tahun yang lepas. Ini kerana terdapat banyak komplikasi untuk jangka masa yang panjang kepada haiwan kesayangan kita dan juga boleh membawa kehilangan nyawa.

Untuk makluman semua, pemberian ubat perancang adalah untuk elakkan kehamilan. Dan ada ubat yang bertahan selama 2 minggu, 1 bulan dan 3 bulan. Ini apa yang min tahu. Tapi disini min hanya mengeluarkan pendapat untuk penggunaan ubat Perancang. Ubat Perancang ini bagus untuk kita yang menangguhkan kehamilan haiwan kesayangan kita. Maksudnya merancang kehamilan untuk jangka masa yang pendek. Tapi bukannya untuk stop terus. Jika korang berharap hendak stopkan production mereka terus min nasihatkan untuk buat operasi pemandvlan. Apa yang min pernah terima di klinik min, penggunaan yang kerap dan lama bagi ubat perancang akan mengakibatkan rahim kucing bern4n4h dan akhirnya mengalami jangkitan. Dan juga min kesiankan kucing atau anjing dalam menahan kesakitan berpanjangan.

Jika ada yang was was mengenai pemandvlan itu haram atau tidak bolehlah rujuk di E-Fatwa. Oleh kerana ada yang menyatakan pemandvlan itu har4m dan langsung tidak boleh dibuat menyebabkan golongan ini mengambil keputusan untuk memandvlkan kucing atau anjing mereka dengan ubat perancang ini dan tanpa sedar ianya akan mengakibatkan kes yang serius untuk kucing dan anjing korang. Jadi nasihat min, kaji dulu kebaikan dan keburukan pengambilan ubat perancang ini untuk memastikan kita tidak di anggap kejam dalam melayan haiwan kesayangan kita. Segala pertanyaan ubat perancang better rujuk kepada klinik, kerana setiap ubat perancang ada description sendiri.

Reaksi warga maya

Sumber : Papan Kekunci

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Ini Antara Tips Mudah Yang Boleh Anda Amalkan Sekiranya Nak Tinggalkan Kucing Di Rumah.

Siapa yang ada bela haiwan kesayangan macam kucing di rumah mesti, risaukan nak keluar bercuti lama-lama? Risau takut nanti kucing tu nak makan apa, kucing tu boring ke tak, selamat ke kucing tu dan macam-macam lagi. Kalau anda nak tahu, itu semua adalah separation 4nxiety dissorder (SAD) – anda tak boleh nak berpisah dengan sesuatu yang anda sayang dan dalam konteks cerita ini, haiwan kesayangan. Kalau berpisah, lagi-lagi untuk jarak waktu yang lama, anda akan mula resah, gelisah.

Bila dah resah, gelisah dan bermacam-macam lagi hal yang timbul dalam kepala otak tu, macam mana nak enjoy percutian kan? Anda bercuti nak enjoy, bukan nak fikir masalah dekat rumah. Tinggalkan semua benda dekat rumah, fokus dengan trip anda dan have fun. Jadi, min nak share kepada pembaca especially yang bela haiwan kesayangan di rumah seperti kucing, macam mana nak tinggalkan haiwan kesayangan anda dengan selamat dan anda boleh menikmati saat-saat indah matahari terbenam di ufuk pantai dengan tenang.

Tinggalkan haiwan kesayangan anda kepada pet hotel

Hubungi mana-mana pet hotel yang available untuk jaga haiwan kesayangan anda sepanjang masa ketiadaan anda di rumah. Pet hotel ni profesional dalam hal-hal menjaga haiwan kesayangan ni. Makan minum dia terjaga, mandi dia ada orang uruskan dan anda pun tak pening kepala nak memikirkan pasal haiwan kesayangan anda tu. Dalam pet hotel ada ruang tempat untuk haiwan anda bermain dan sebagainya. Tapi kekurangan bila anda hantar haiwan kesayangan ke pet hotel adalah kosnya. Siap sediakan wang secukupnya untuk bayar bil pet hotel bila anda dah balik daripada bercuti nanti.

Tinggalkan haiwan kesayangan anda pada keluarga atau kawan-kawan

Anda juga boleh tinggalkan haiwan kesayangan anda tu pada family members atau kawan-kawan anda untuk sementara sehingga anda balik daripada bercuti. Tinggalkan pada family members atau kawan-kawan ni mudah tapi mereka ni bukan profesional dalam bab-bab menjaga haiwan ni dan of course mereka pun ada hal lain yang perlu diuruskan seharian. So mungkin haiwan kesayangan anda tidak mendapat perhatian sepenuhnya  compared to pet hotel. Kelebihannya, anda tak adalah perlu keluarkan belanja yang besar, cukup bawa bekal makanan haiwan kesayangan anda itu dari rumah dan tinggalkan di rumah family members atau kawan-kawan anda tadi.

Kalau nak tinggal dekat rumah juga, pakai food dispenser

Itu antara dua pilihan yang ada tapi min terfikir satu cara lagi kalau anda tak nak tinggalkan haiwan kesayangan anda di pet hotel atau di rumah family members atau kawan-kawan. Ideanya adalah pakai food dispenser dan set kan timing makan haiwan kesayangan anda siap-siap mengikut kesesuaian. Jadi bila tiba waktu makan, haiwan kesayangan anda boleh makan tepat pada waktunya. Cuma.. Standby bekas n4jis siap-siap untuk haiwan kesayangan anda membuang. Ada banyak petua daripada geng-geng pencinta kucing tapi yang terbaik kalau kita dapat train haiwan kesayangan kita cara-cara untuk membuang najis supaya taklah bersepah-sepah bila kita balik nanti.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Pasti Ramai Yang Tertanya Mengapa Kucing Jantan Akan Makan Anak Kucing. Ini Penjelasan Bagi Pertanyaan Anda.

Adakah anda tertanya-tanya kenapa kucing jantan suka menyerang anak kucing yang baru dilahirkan? Ada sampai yang makan anak-anak kucing tersebut. Kadang kala ada juga ibu kucing itu sendiri memakan anaknya. Anda boleh ketahui sebabnya di sini. Untuk artikel kali ini kita membincangkan kenapa kucing jantan memakan anak kucing lain. Ada yang sampai memakan anaknya sendiri. Kucing merupakan haiwan yang solitari walaupun secara domestik dan situasi liar. Kucing selalunya diorganisasikan dalam kumpulan seperti keluarga singa.

Kumpulan kucing selalunya diketuai dan didominasikan oleh kucing betina manakala kucing jantan hanya ada apabila salah seekor kucing betina tengah on heat dan bersedia untuk mengawan. Walaupun ianya agak tidak biasa bagi beberapa kumpulan kucing yang diketuai oleh kucing jantan. Baru tahu ni sebab ingatkan ketua memang kucing jantan.

Kenapa kucing jantan bvnvh anak kucing?

Kucing jantan selalunya menubuhkan kawasan jaj4han dan mengawalnya, ini mungkin sekumpulan kucing betina yang kucing jantan ini mempunyai kawalan dan menghalau kucing jantan yang lain dari memasuki kawasannya. Pengawalan kawasan ini mungkin termasuk membvnvh mana-mana sahaja anak kucing yang bukan dari benihnya sendiri atau anak kucing yang mempunyai pelengkap genetik kucing jantan yang boleh menjadi pesaing baginya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *