Adik Yusuf ditemui dengan sangat sempurna macam tiada apa berlaku. Sekali abang tampil dedahkan detik kejadian.

Kehidupan Keluarga Viral

“Kjadian berlaku sekeIip mata, saya tidak smpat cari adik,” kata Umar Khalish Azidie Fadzly, 10, yang kehiIangan adik bongsunya, Yusuf Khalish, 3, dalam kebak4ran rumah mereka di Kampung Teluk PeIandok, Batu 12 di sini, semalam. Menurutnya, sebelum kjadian, dia tidur di ruang tamu bersama seorang lagi adiknya, Arman Khalish, 8, dan hanya menyedari berlaku kebak4ran apabila terasa bahang pnas.

Katanya, dia menjerit ‘rumah terbkar’ sekuat hati yang mengjutkan Arman Khalish; ibu mereka, Marlia Junaidi, 36; nenek, Khalsum Bakri, 67; dan datuk, Junaidi Abd Ghani, 63, yang menghldap angln ahm4r. “Apabila sudah keluar, saya lihat Yusuf tiada dengan kami dan ketika itu baru sedar dia masih di dalam rumah. Tak dapat nak buat apa-apa kerana ap1 sangat ma.rak dan hanya tunggu bomba sampai,” katanya yang piIu dengan kehilangan Yusuf Khalish dan akan merindu keletah manja kanak-kanak itu.

Khalsum pula berkata, sebelum kjadian dia dan Marlia berada di dapur untuk memasak makanan tengah hari dan tersntak apabila mendengar jerltan cucu. Katanya, mereka segera melihat ke ruang tamu dan nampak ap1 sedang mar.ak.

“Saya segera membawa keluar suami yang berada dalam bilik dibantu anak dan membawa bersama cucu. Mlangnya adik tlada bersama dan kami tldak sempat untuk menyelamatkannya,” katanya. Dalam pada itu, Ketua BaIai Bomba dan Penyelamat Teluk Kemang, Mohd Kamal Mohd Timar berkata, individu ditemui sempurna dan kelihatan seperti anak patung apabila ditutupi pakaian di dalam bilik. Kawasan bilik itu mvsnah tetapi individu tidak mempunyai sebarang luka atau meIecur. Apabila pemeriksaan dibuat, dia disahkan telah pergi,” katanya yang tldak menolak kemungkinan individu Iemas kerana as4p. Jsad Yusuf Khalish selamat diuruskan di Tempat persemadian Kampung Teluk PeIandok.

Sumber: hm

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dalam Sekelip Mata Wanita Ini Hilang 2 Orang Penting Dalam Hidupnya. Tapi Sempat Lagi Mak Cakap Macam Ni Sebelum Pergi.

Sepuluh tahun lalu, wanita ini kehilangan insan bergelar ayah yang menghembuskan nafas terakhir di kala dirinya masih remaja. Empat bulan lalu, ibu kesayangan tempat bergantung kasih pula dijemput Ilahi, sekaligus memberi kesan yang sangat mendalam buat dirinya lebih-lebih lagi dia merupakan anak yang paling rapat dengan kedua-dua ibu bapanya.

Mengabadikan kenangan kehilangan kedua-dua insan kesayangannya itu di TikTok, ternyata video yang dikongsikan itu turut mengundang rasa sayu di hati warganet. Sehingga kini video-video tersebut meraih ratusan ribu tontonan. Menurut Khuzaimah Kholid, ibunya telah pergi pada 1 Februari lalu selepas hampir seminggu dimasukkan ke hospital akibat str0k, manakala bapanya pula menghembuskan nafas terakhir kerana masalah jantung pada 2011.

Gambar kenangan arwah ibu dan bapa Khuzaimah.

Mengimbas kembali kisah kehilangan ibu bapanya, Khuzaimah berkata segala peristiwa dan detik akhir bersama kedua-dua insan berkenaan masih jelas dalam ingatannya terutama ‘petanda’ yang ditunjukkan sebelum mereka menghembuskan nafas terakhir.

“Ayah mula-mula sakit dada, kami semua tak tahu rupa-rupanya dia ada sakit di bahagian j4ntung. Hari ketiga dirawat, giliran saya menjaganya. Ayah suruh saya balik sebab dia berseloroh kata nak ‘dating’ dengan mak. Tak tahu kenapa, saya terlupa nak salam dan cium dia sebelum balik. Ayah panggil dan tanya ‘tak nak cium dulu ke? Nanti rindu’. Saya patah balik, salam dan cium ayah. Ayah cakap esok dia boleh balik dah. Pagi esoknya, mak telefon beritahu ayah dah sakit teruk. Ayah hembuskan nafas terakhir. Memang betul ayah ‘balik’ rumah tapi sebagai jasad yang sudah tidak bernyawa,” cerita wanita berusia 26 tahun ini.

Bercerita mengenai ibunya pula, Khuzaimah yang merupakan anak ke-8 daripada sembilan beradik berkata, ibunya juga tidak menunjukkan tanda-tanda sakit sebelum menghembuskan nafas terakhir. “Pada 25 Januari, mak ke klinik untuk temu janji macam biasa. Dia sihat saja. Malamnya, siap makan, mak tiba-tiba rebah selepas cuci pinggan. Depan mata saya. Masa tu kakinya dah lembik. Dia sempat cakap ‘mak okay’. Itulah ayat terakhirnya sebelum kami bawa ke hospital.

Kerap saya dengar mak cakap dengan anak buah sambil tunjuk kubur yang boleh dilihat dari rumah kami, ‘tak lama lagi nenek duduk rumah sana’.

“Sehari sebelum mak dibenarkan keluar wad, kami kemas-kemas bilik mak untuk sambut kepulangannya. Kemudian abang dapat panggilan kecemasan daripada doktor. Mak akhirnya telah tiada,” ujarnya yang merupakan graduan Ijazah Teknologi Hortikultur di UiTM Perlis. Sungguhpun sedih, Khuzaimah berkata sedikit sebanyak dia lega kerana dapat meluangkan masa bersama dan menunaikan permintaan ibunya.

Khuzaimah mengubati kerinduan dengan melukis wajah kedua-dua orang tuanya.

“Pada Februari tahun lalu, saya habis belajar. Mak kata tak payahlah kerja lagi duduk rumah dan jaga mak dulu. Walaupun masa tu nak cari kerja, tapi bila fikir-fikir balik, tak apalah… tunggu dulu. Sepanjang tempoh tu, saya layan apa saja kehendak mak, luangkan masa sama-sama. Ketika itu, kerap saya dengar mak cakap dengan anak buah sambil tunjuk tempat persemadian yang boleh dilihat dari rumah kami, ‘tak lama lagi nenek duduk rumah sana’. Tak sangka, genap setahun selepas itu, mak pergi,” ujarnya.

Kenangan ketika sambutan hari lahir ibunya yang ke-63.

Tidak menyangka videonya meraih perhatian di TikTok, Khuzaimah berkata dia sekadar mahu mengabadikan kenangan tersebut di media sosial. “Bagi yang masih ada mak ayah, selalulah luangkan masa dengan mereka. Kalau mereka ada depan mata, letak tepi dulu telefon. Kalau yang jauh, hubungi hari-hari tanya khabar. Hargailah mereka selagi masih ada peluang,” ujarnya lagi.

Sumber : Mstar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Satu Keluarga Peluk Cium Atuknya Yang Positif Covid. Sekali Ahli Keluarga Tampil Jelaskan Hal Sebenar.

Tangkap layar video menunjukkan ahli keluarga bersalaman, memeluk dan cium warga emas yang disahkan positif Covid-19 sebelum dijemput oleh ambulans. Media sosial digemparkan dengan penularan video menunjukkan ahli-ahli keluarga bersalaman, memeluk dan mencium seorang lelaki warga emas di dalam rumah yang kemudian keluar untuk dibawa menaiki ambulans, selepas disahkan positif Covid-19.

Tindakan tersebut mengundang kemarahan warganet yang mendakwa keluarga tersebut tidak sensitif dengan keadaan semasa yang boleh menyebabkan penularan jangkitan Covid-19. “Dah tahu atuk hang positif. Tak payahlah beria nak salam, peluk cium bagai. Lepas tu hang keluar, pergi pasar pula. Pergi raya rumah jiran pula. Tak pasal-pasal menyebarkan secara tidak sengaja,” komen seorang warganet berhubung video berdurasi seminit dan 30 saat itu

Susulan kekecohan itu, anak kepada warga emas itu tampil menjelaskan bahawa bapanya berusia 74 tahun disahkan positif Covid-19 pada 2 Syawal, Jumaat lalu, sebelum ambulans menjemputnya di rumah mereka di Port Dickson, Negeri Sembilan sebelum dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar di Seremban.

Antara komen warganet berhubung video yang tular.

Mohd Shuhazlan Ali, 45, berkata, pada mulanya anak saudara perempuannya berusia 11 tahun terlebih dahulu menjalani ujian swab dan disahkan positif Covid-19 pada 1 Syawal. “Anak saudara saya mengadu demam panas beberapa hari sebelum itu dan selepas melakukan ujian swab, dia dimaklumkan dia positif Covid-19 pada Khamis malam. “Jadi, kami semua yang tinggal serumah termasuk ayah menjalani swab test pada Jumaat, dan kesemua kami juga kemudian disahkan positif Covid-19,” katanya.

Mohd Shuhazlan berkata, bagaimanapun hanya bapanya yang dibawa ke hospital kerana menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi selain faktor usia.

Warga emas itu memakai pelitup muka sebelum memasuki ambulans.

Menurut anak keempat daripada lima beradik itu, lima lagi penghuni lain iaitu dirinya sendiri, ibu, adik perempuan, adik ipar dan anak saudara menjalani kuarantin kendiri di rumah. “Kami sekeluarga satu rumah positif Covid-19 dan semua menjalani kuarantin kendiri di rumah. Tidak timbul kami dijangkiti daripada ayah mahupun menyebarkannya ke luar. Atas rasa tanggungjawab jugalah kami semua menjalani ujian swab walaupun kami semua termasuk ayah tak ada gejala. Kami juga melakukan kuarantin kendiri di rumah. Anak saudara saya pun tak lagi demam esoknya selepas disahkan positif Covid-19,” ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *