Tular pemuda ini menunjukkan perasaan amarahnya soal Covid 19. Rupa rupanya pernah ada kisah silam selama 2 tahun berturut turut.

Covid 19 ISU SEMASA Viral

Paparan skrin video yang meraih hampir dua juta tontonan di TikTok. Rakaman memaparkan seorang lelaki memakai gelang kuarantin berwarna merah jambu menyuarakan rasa kecewanya meraih hampir dua juta tontonan di TikTok. Dalam rakaman pada Rabu itu, Mohammad Khaisal Nurilla, 28, baru sahaja pulang menjalani pemeriksaan kesihatan dan diarahkan menjalani kuarantin selama dua minggu kerana tersenarai sebagai kontak rapat kepada seorang pesakit Covid-19.

“Aku dah bosan pakai ni (gelang kuarantin), aku dah bosan pakai mask ni. Sampai bila nak berakhir Covid-19 ni? Nak kerja sekejap, nak cari rezeki sekejap pun tak boleh,” ujarnya penuh emosi dalam video itu. Mesra disapa Khaisal, pembantu kedai di Wilayah Persekutuan Labuan itu mendedahkan dia juga pernah dijangkiti Covid-19 pada tahun 2020.

Khaisal tak sangka video itu akan meraih tontonan ramai.

Kali ini, dia sekali lagi diarah menjalani kuarantin selepas menjadi kontak rapat rakan sekerja, sekali gus memberi tekanan emosi kepadanya. “Bagi saya, memang tertekan. Nak cari duit susah, nak bagi makan untuk orang tua pun susah. Rasa tertekan sebab tak boleh kerja cari duit. Dah beberapa kali saya buat swab test tahun lepas dan pernah positif Covid-19. Tahun ini kena kuarantin pula sebab jadi kontak rapat pesakit Covid-19.

Sampai bila Covid-19 nak berakhir? Adakah sampai seumur hidup?

“Saya buat video tu dalam kereta selepas balik dari hospital, saya tak merayau ke mana-mana. Selepas itu terus pulang ke rumah. Video itu sekadar luahan hati saya. Tak sangka tontonan sampai 1.8 juta,” ujarnya. Kata Khaisal lagi, dia turut menerima pelbagai komen netizen selepas video itu tular. Biarpun kecil hati dengan segelintir komen, dia tetap bersyukur dengan sokongan orang ramai terhadapnya.

Kata Khaisal, dia tertekan dengan situasi yang menimpa dirinya.

“Banyak komen menyakitkan hati. Mereka belum rasa apa yang saya rasa, belum kena susah hidup positif Covid-19. Video itu sekadar luahan hati, nak ingatkan orang luar bahawa Covid-19 memang wujud. Saya juga syukur sebab ramai bagi kata semangat. Sampai bila Covid-19 nak berakhir? Adakah sampai seumur hidup? Bagi orang di luar sana, tolonglah duduk di rumah. Keluar bila perlu sahaja dan terus patuhi prosedur operasi standard (SOP),” kata anak ketiga daripada enam beradik itu.

Kata Khaisal, dia suka membelek media sosial, menonton video YouTube dan melakukan aktiviti karaoke bagi menghilangkan bosan ketika kuarantin di kediamannya. Kata Khaisal lagi, tiada apa yang diharapkan selain pandemik Covid-19 ini berakhir segera.

Sumber : Mstar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tular Ramai Yang Enggan Mengambil Vaksin Covid 19. Sekali Pemuda Ini Tampil Dedahkan Pengalaman Bapanya.

Berdasarkan laporan, puluhan ribu individu disahkan gagal hadir ke janji temu vaksin termasuk hampir 10,000 di Kelantan, Kedah (10,827), Johor (14,144), Perak (9,000) dan Negeri Sembilan (6,200) biarpun sudah mendapat tarikh vaksinasi. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Antid4d4h Melaka, Datuk Rahmad Mariman, antara alasan yang diberikan ialah tidak mengetahui tarikh janji temu, tidak sihat, berada di luar kawasan serta segelintir yang enggan divaksin.

Bagi individu yang telah divaksin pula, ramai yang berkongsi pengalaman mereka di media sosial sebagai galakan kepada individu lain untuk turut sama menyertai ikhtiar ini selain membendung pengaruh menentang vaksinasi dalam kalangan masyarakat. Antaranya ialah seorang pemuda jurusan Usuluddin di Universiti Jordan, saudara Abdul Muhaimin yang berkongsi pengalaman bapanya mendapatkan dos kedua vaksin baru-baru ini.

“Semalam abah dah selesai dos kedua Pfizer alhamdulillah. Abah saya aliran pondok, tapi pembacaannya meluas.

“Kitab beliau sangat banyak, merangkumi pelbagai bidang. Kalau balik kampung, kami selalu bincang isu-isu berkaitan agama bersama, habis semua kitab dibuka, riuh rendah rumah kami dengan perbincangan. Semalam abah dah selesai 2nd dose Pfizer alhamdulillah. Abah saya aliran pondok, tapi pembacaannya meluas. Kitab beliau sangat banyak, merangkumi pelbagai bidang. Kalau balik kampung, kami selalu bincang isu-isu kabur bersama, habis kitab dibuka, riuh rumah dengan perbincangan kami. Kongsinya, ayahnya merupakan seorang yang cukup mencintai ilmu dan gemar membaca. Malah, beliau juga boleh demam jika terpaksa meninggalkan hobi membacanya ketika musim perayaan.

Tambah Muhaimin, ayahnya juga akan merujuk sesuatu isu kepada pakar jika terdapat kemusykilan. Malah, beliau lebih proaktif dan bersemangat untuk mengambil vaksin apabila terlebih dahulu menghubungi doktor untuk meminta pendapat bagi status pengambilan vaksin berdasarkan keadaan kesihatannya.

“Jadi begitu lah, alhamdulillah abah orang pertama dalam keluarga ambil dos pertama, dan abah jugak orang pertama selesaikan dos kedua. Satu lagi nak cakap, abah saya orang Kelantan, asal Tok Uban, Pasir Mas.. Tapi kemudian berhijrah ke Langkawi, Kedah.. Guano sep kito, jange lupo gi cocok blakoo,” ujarnya menamatkan perkongsian.

Sumber: Abdul Muhaimin, Bernama

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Boleh Ke Bersenam Setelah Disuntik Vaksin Covid 19. Ini Kata Doktor Pakar Yang Wajib Anda Tahu.

Program vaksinasi COVID-19 sedang giat dijalankan di seluruh dunia. Malaysia juga tak ketinggalan. Semakin hari, jumlah penduduk yang divaksinasi semakin bertambah. Ada yang dah lengkap kedua-dua dos, ada yang baru suntik dos pertama, dan tak kurang juga yang masih ‘beratur’ menunggu giliran untuk dos pertama.

Selalunya, penerima vaksin akan disuruh berehat seketika selepas menerima suntikan. Mungkin ada di antara kita yang terbiasa mengamalkan gaya hidup aktif dan tak boleh diam lama-lama. Bagi anda yang terus nak pergi bersenam lepas divaksin, ini perkara yang anda patut tahu.

Kesan sampingan vaksin COVID-19

Boleh bersenam atau tidak selepas divaksin itu bergantung kepada kesan sampingan dan keadaan si penerima. Menurut Centers for Disease Control and Prevention (CDC), kesan sampingan selepas suntikan vaksin termasuk nyeri, kemerahan dan bengkak pada bahagian yang disuntik.

Sesetengah individu mungkin mengalami kesan sampingan lebih ketara seperti kelelahan, sakit kepala, sakit otot, badan terasa sejuk, demam dan mual-mual. Menurut CDC, kesan sampingan ini mungkin dialami selama satu atau dua hari. Ia juga mungkin berdampak kepada aktiviti harian anda, termasuk bersenam. Tapi jangan panik dulu. Jika anda mengalami kesan sampingan selepas disuntik, ini bermakna vaksin tersebut sedang bertindak balas dengan sistem imun anda.

Boleh ke bersenam lepas suntik vaksin?

Menurut Dr David Wayles, pakar sakit berjangkit, tiada apa yang perlu dirisaukan jika anda ingin bersenam sejurus selepas mendapat suntikan. Namun, kualiti senaman anda mungkin berkurang akibat ketidakselesaan yang dialami selepas disuntik. Walaubagaimanapun, menurut pakar pulmonologi, Dr Humberto Choi, tiada bukti yang menunjukkan bersenam selepas divaksinasi akan mengurangkan keberkesanan vaksin tersebut.

Sumber: Health

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *