Lepas tular tentang cerita Mak neelofa. Tak boleh berdiam sekali pekerja Mak Neelofa tampil buat permohonan maaf lepas Datin teruk dikritik oleh warganet.

artis Uncategorized

Ibu Neelofa, Noor Kartini telah hadir ke Balai Polis Taman Tun Dr Ismail pada petang Ahad selepas tersebar tangkap layar hantaran yang dipercayai dibuat oleh salah seorang pekerjanya menggunakan akaun peribadi Instagram Noor Kartini.

Mohon maaf salah post

Tambah Noor Kartini, dia sama sekali tidak pernah memberi kebenaran kepada mana-mana pihak (admin) untuk mengeluarkan sebarang hantaran atau kenyataan berbaur politik, menghina atau memprovokasi Institusi Raja-Raja Melayu.

Terbaru, Noor Kartini berkongsi perbualan whatsapp dipercayai bersama pekerja yang telah melakukan kesalahan itu. Walaupun pekerjanya itu berulang kali memohon maaf, hantaran itu sama sekali telah mencemarkan nama baik Noor Kartini memandangkan ianya dimuatnaik di Instagram miliknya.

Ya Datin, saya minta maaf. Saya langsung tak ada niat nak susahkan Datin dan keluarga Datin. Saya akan clearkan (selesaikan) perkara ini dan saya akan terima apa sahaja keputusan Datin. Sementara itu, Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim menerusi akaun Instagram beliau pada Ahad memuatnaik satu hantaran berkenaan adab. Hantaran tersebut dikatakan mempunyai kaitan dengan tangkap layar Instagram Story Noor Kartini.

Beberapa siri hantaran mengenai isu ini juga telah dimuatnaik di Instagram Story beliau namun dipercayai telah dipadam beberapa minit kemudian.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Neelofa Dan Pu Riz Sama Sama Memuat Naik Nota Luahan Perasaan. Neelofa Beritahu Dia Sukar Memahami Situasi Yang Berlaku.

Selepas menafikan pelbagai tudvhan dan spekulasi mengenai status hubungannya dengan tunang iaitu Pencetus Ummah (PU) Riz, pengacara Neelofa kali ini memuat naik kata-kata semangat di Instastory miliknya pada Isnin. Dalam perkongsiannya itu, Neelofa seolah-olah memberitahu dia sendiri sukar memahami situasi yang sedang berlaku namun meletakkan sepenuh kepercayaan kepada Allah SWT dalam menentukan perjalanan hidupnya.

“Ya Allah, kadang-kadang sukar untuk saya memahami apa yang sebenarnya mahu berlaku. Tetapi saya percayakan-Mu. Saya tahu kamu akan beri yang terbaik,” tulis pada nota tersebut dalam bahasa Inggeris Sebelum itu, PU Riz atau nama sebenar Haris Ismail turut memuat naik nota ringkas seakan-akan memberi bayangan kepada isu yang sedang hangat diperkatakan ini.

Menerusi kata-kata hikmah yang dikongsi di Instastory itu, PU Riz meletakkan segala keputusan di tangan Allah dan yakin sesuatu isu akan dapat diselesaikan dengan berhikmah

Perkongsian kata-kata hikmah di Instastory PU Riz dan Neelofa.

“Dan ketahuilah Allah akan menyelesaikan segalanya, dengan cara yang kita tidak pernah bayangkan,” tulis pada nota ringkas itu. Bagaimanapun, PU Riz memadam status itu selepas beberapa jam memuat naiknya. Gara-gara muat naik itu, warganet membuat andaian pasangan ini seperti sedang berbalas status di Instastory masing-masing

Lebih-lebih lagi, kedua-dua masih belum menjelaskan mengenai status hubungan mereka. Pada Sabtu lalu, kisah mengenai hubungan Neelofa dan PU Riz hangat diperkatakan warganet selepas adik-beradik usahawan itu asyik berkongsi status berbaur sindiran yang dipercayai ditujukan kepada PU Riz. Neelofa tampil menerusi sebuah video menolak tudvhan-tuduvhan yang dianggap telah menjejaskan nama baik dan m4ruah keluarganya pada malam Ahad. Pasangan itu mengikat tali pertunangan pada 1 November lalu di kediaman keluarganya di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur

Sumber via Mstar

Hubungan Neelofa Bersama PU Riz Kini Sedang Bergolak. Sekali Foto Bersama Ayah Neelofa Pula Jadi Buah Mulut Warganet.

Kuala Lumpur: Kemunculan pendakwah bebas, PU Riz yang berbaju Melayu biru pada majlis perkahwinan adik pengacara, Neelofa iaitu Mohamed Aqief, menjadi bualan dalam kalangan warganet, semalam. Ditambah pula, kakak Lofa iaitu Noor Nabila memuat naik video di Instagram Story yang memaparkan PU Riz atau nama sebenarnya Haris Mohd Ismail sedang bersembang dengan Lofa disertai emoji hati.

Tindakan Noor Nabila itu seolah-olah memberi bayangan mengenai apakah hubungan yang terjalin antara PU Riz yang juga pelakon filem Ada Apa Dengan Dosa itu dengan Lofa selain rona sedondon yang dikenakan. Video itu juga dikongsikan beberapa akaun di Instagram yang rata-rata teruja dengan hubungan rapat yang terjalin antara PU Riz bersama keluarga bekas hos MeleTop itu.

Terdahulu, PU Riz menjelaskan hubungannya dengan Lofa hanya atas dasar kerja semata-mata. Tidak ada soal hati atau perasaan antara mereka seperti yang digembar-gemburkan. Dia mendakwa setiap kali tampil berdua, ia atas faktor kerja terutama aktiviti dakwah. Menurutnya lagi, perkara itu dilihat sebagai satu usaha dakwah dan melakukan perkara yang baik. Terbaru warganet Berkongsi Foto Neelofa ni instagram tarik perhatian ramai. Komen warganet :
Foto sekitar majlis perkahwinan adik Neelof

Bapa Kandung Neelofa Masih Hidup?

Baru- baru ini, telah berlangsungnya majlis perkahwinan kali ke-3 buat Saradina iaitu kakak sulung kepada pelakon cantik Neelofa. Yang menjadi perhatian dalam majlis tersebut adalah penampakan kelibat seorang lelaki berusia yang berada di sebelah Juru Nikah dan turut memegang borang nikah untuk ditandatangani.

Adakah itu bapa kandung kepada Neelofa dan adik beradik beliau yang sekian lama menjadi tanda tanya peminat? Berdasarkan beberapa komen di ig dibawah, ada yang mengiakan lelaki itu adalah ayah kandung Neelofa.

Hanya Neelofa dan keluarganya sahaja yang tahu siapakah lelaki itu. Namun andai benar, tiada salahnya pun . Kelihatan lelaki berusia itu mirip seperti Noor Nabila kakak Neelofa. Apa-apa pun, kami  mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat pengantin baru kepada kakak Neelofa iaitu Saradina serta pasangannya.

Sebelum ini, status Noor Kartini bagaikan mengesahkan anak kesayangannya itu sudah disunting PU Riz. Bagaimanapun, hingga hari ini, Neelofa mahupun PU Riz masih mengunci mulut, tidak sepatah pun keluar mengenai majlis merisik yang berlangsung di kediaman keluarganya di Petaling Jaya pada 1 November lalu.

Pasangan itu dikatakan mula menjalinkan hubungan cinta selepas menjayakan beberapa program kebajikan bersama, selain PU Riz dilihat sering bersama keluarga Neelofa memberikan kuliah agama.

Baru-baru ini, Neelofa dikatakan tiga kali tersasul memanggil PU Riz dengan gelaran ‘sayang’ dalam satu video yang dimuat naik menerusi laman YouTube.

PU Riz ‘trending’ di Twitter, hubungan dengan Neelofa berm4salah?

Nama PU Riz kini ‘trending’ nombor satu di Twitter berikutan hubungan bersama ‘calon isteri’, pengacara popular, Noor Neelofa kini ber4ntakan. Malah, spekulasi itu lebih hangat dibincangkan oleh warganet apabila mula memuat naik beberapa foto tangkap layar InstaStory adik-beradik Neelofa dalam ciapan mereka.

Antaranya, kakak Neelofa iaitu Noor Nabila didakwa memuat naik beberapa kapsyen foto di Instagram Story dengan kata-kata seperti menyindir seseorang. “Warna sebenar seseorang akan terbongkar secara perlahan-lahan. Anda mungkin akan diperbodohkan buat sementara tetapi perlu bersabar untuk melihat apa yang akan terjadi nanti,” tulisnya.

Bukan hanya Noor Nabila, tetapi dua lagi adik Neelofa iaitu Atisha Khan dan Ameera Khan turut memuat naik kata-kata sinis yang hampir sama di Instagram mereka seperti ditujukan buat seseorang.

Tindakan sama juga dilakukan ibu Neelofa, Noor Kartini yang membuat perkongsian di Instagram story berkaitan kata-kata memohon perlindungan Allah SWT daripada perkara buruk. Mengikut perkongsian warganet di Twitter dengan akaun @zighduhhh memaklumkan foto risik PU Riz dan Neelofa juga khabarnya sudah dipadamkan daripada Instagram. Begitu juga, semua adik-beradik Neelofa dikata sudah tidak mengikuti PU Riz di media sosial.

Terdahulu, Neelofa dilaporkan sudah dirisik oleh PU Riz atau nama sebenarnya Haris Ismail pada 1 November lalu di kediaman keluarga bekas pengacara MeleTOP itu. Malah, dilaporkan juga pasangan itu bakal mendirikan rumah tangga pada Mac tahun depan. Bahkan, baru-baru ini hangat di media sosial apabila Neelofa dikata terlepas memanggil PU Riz ‘sayang’ dalam satu video mereka di YouTube.

Lebih panas lagi paparan skrin yang mendakwa kononnya Neelofa dan PU Riz sudah berkahwin turut tular di laman sosial. Menerusi paparan skrin terbabit, ada dinyatakan Neelofa dan PU Riz telah dinikahkan bapa kandung pemilik jenama Naelofar itu di Kelantan. Individu di dalam Whatsapp itu juga mendakwa Neelofa kini sedang menjalani rawatan alternatif kerana terkena ilmu peng4sih

“Video ini buatkan saya menangis, masya-Allah,” kata pelakon dan pengacara Neelofa mengenai video istimewa yang dimuat naik di akaun Instagram Apa-apa pun sama-sama kita doakan yang terbaik untuk pasangan ini, bersangka baik dan berdoa agar semuanya dipermudahkan, itu lebih naik.

Neelofa Dedahkan Sebenarnya Dia Sudah Pun 2 Kali Putus Cinta. Disebabkan Kekecewaannya Yang Lalu Dia Lakukan Ini Untuk Menaikkan Semangatnya.

Sudah menjadi adat pertunangan, pasti ada bermacam-macam ujian dan halangan melanda sebelum pasangan sehati sejiwa disatukan dalam satu ikatan perkahwinan yang sah. Begitulah juga seperti warganet yang kecoh di media sosial berkenaan hubungan antara pasangan selebriti Neelofa dan Haris Ismail atau dikenali sebagai PU Riz.

Baru-baru ini, akaun Instagram peminat pasangan tersebut @neelofaharrisofficial ada memuat naik satu posting dan menerima komen daripada seorang pengguna bernama @pidzyy. Individu tersebut seakan-akan memberi ‘bayangan’ dan mendakwa bahawa hubungan pasangan berkenaan sedang ‘bergelora’ akibat campur tangan ahli keluarga serta sahabat

Januari Lepas, Neelofa pernah dedah dua kali pu-tus cinta bakar semangatnya untuk berjaya

Siapa tak kenal dengan Neelofa, bukan sahaja cantik, popular, malah berjaya dalam bidang perniagaan menerusi jenama tudungnya Naelofar. Wanita berusia 31 tahun ini mendedahkan kejayaan dalam bidang perniagaan yang dikecapi hari ini bermula dari kisah putus cintanya.

“Sudah tentu saya pernah dilukai… saya memang dah plan nak cakap fasal benda ni cuma menantikan masa yang sesuai untuk berkongsi mengenainya. Sebenarnya masa mula-mula saya buat bisnes hijab dengan kanta lekap tu, memang saya tengah patah hati. Saya berpisah dengan ex-boyfriend saya ketika itu saya masih muda, baru 25 tahun dan masih tercari-cari identiti diri,” katanya.

Neelofa bercerita mengenai perkara itu menerusi program temubual Trek Selebriti terbitan Astro. Menurut pelakon drama Suri Hati Mr Pilot ini kesedihan yang dilalui itu membuatkan dia menghabiskan banyak masa bekerja di pejabat. Disebabkan kekecewaan dan kesedihan saya ketika itulah saya gunakan ke dalam bisnes. Katanya, setiap hari dia mula bekerja seawal pukul empat pagi selama beberapa bulan sehingga berjaya meraih kejayaan di peringkat antarabangsa.

“Disebabkan kekecewaan dan kesedihan ketika itulah saya gunakan ke dalam bisnes. Saya rasa perlu buat sesuatu, perlu fokus, saya duduk dekat office saja sampai pukul 4 pagi dan buat itu hari-hari sampai beberapa bulan. Saya nak buktikan kepada diri saya dan orang yang saya kenal masa tu, tanpa dia saya masih wanita yang kuat dan mampu lakukan sesuatu yang besar. Kali kedua saya sekali lagi kecewa, saya rancang nak buat benda sama tapi sasaran saya kali ini adalah untuk capai kejayaan di peringkat antarabangsa. Saya nak buktikan kepada bekas teman lelaki walaupun dia rasa dia cukup bagus, saya boleh buat lebih bagus dari dia. Saya bukan jenis yang duduk bilik dan menangis tengok gambar lama-lama semua, tidak. No… no… no,” katanya.

Perkongsiannya itu menerima pelbagai reaksi positif dari warganet yang menganggap ia sebagai inspirasi buat mereka. Lebih menarik apabila warganet dilihat turut cuba meneka siapakah gerangan bekas kekasih Neelofa memandangkan usahawan itu tidak pernah terbuka membicarakan mengenai perkara itu sebelum ini

ADIK NEELOFA, AMEERA KHAN PULA MEMUAT NAIK STATUS

Hubungan Neelofa dan PU Riz menjadi persoalan orang ramai apabila ramai warga maya yang membuat andaian hubungan pasangan tersebut kini berantakan. Noor Nabila yang juga kakak kepada Neelofa memuat naik beberapa foto yang tertulis kata-kata seperti menyindir seseorang.

“Warna sebenar seseorang akan terbongkar secara perlahan-lahan. Anda mungkin akan diperbodohkan buat sementara tetapi perlu bersabar untuk melihat apa yang akan terjadi nanti,” ujar bekas isteri Sharnaaz Ahmad itu.

Lebih mencetuskan spekulasi apabila adik Neelofa iaitu Ameera Khan turut memuat naik status yang agak sama seperti seseorang yang rapat dengan keluarga mereka mula menampakkan diri yang sebenar. Ini antara status yang di muat naik dalam akaun IG miliknya.

Pengguna media sosial tersebut mula memuat naik beberapa foto tangkap layar InstaStory beberapa orang adik-beradik Neelofa dalam ciapan mereka. Kata-kata yang sama turut dimuat naik oleh dua orang lagi adik Neelofa iaitu Atisha Khan dan Ameera Khan dalam Instagram mereka.

Lebih menguatkan spekulasi tersebut, kesemua mereka juga tidak lagi mengikuti bekas peserta Pencetus Ummah itu dan turut memadam foto majlis merisik Neelofa yang diadakan pada 1 November lalu.

Rata-rata warganet membuat andaian bahawa hubungan pemilik nama penuh Noor Neelofa Mohd Noor, 31, dan Haris akan berakhir tidak lama lagi dan majlis perkahwinan yang dijangka berlaku sekitar bulan Mac tahun depan seperti tidak kesampaian.

“Risau pula dengan khabar angin Neelofa dan Haris. Kalau benar putus, mesti ramai kecewa,” ujar seorang warganet. “Dengarnya keluarga Neelofa tak suka dengan Haris, betul ke?,” soal seorang lagi pengguna Twitter.

Terdahulu, pada 1 November lalu, bekas pengacara MeleTOP itu dilaporkan sudah dirisik oleh keluarga Haris dalam sebuah majlis sederhana yang berlangsung di kediaman keluarga Neelofa. Bahkan, pasangan tersebut juga dikatakan bakal mendirikan rumah tangga pada Mac tahun depan. Sehingga hari ini, masih tiada sebarang pengesahan daripada kedua-dua pihak mengenai majlis perkahwinan yang bakal diadakan itu.

Neelofa Mohd Noor, 31, dan PU Riz atau Muhammad Haris Mohd Ismail, 25, difahamkan bakal disatukan menjelang Mac tahun depan. Sumber yang turut menghadiri majlis merisik itu memaklumkan, keluarga kedua-dua pihak juga menyerahkan kepada Neelofa dan PU Riz untuk menentukan perancangan perkahwinan mereka termasuk jumlah hantaran. Dalam masa sama, sebagai ibu turut mendoakan yang terbaik buat anaknya itu.

“Neelofa ku sayang, jantung hatiku, intan permataku,setiap detik dan setiap saat mama mendoakan yang terbaik untukmu sayang .. Mama love you very much,” tambahnya lagi. Detik2 Indah Perkenalan Neelofa dan Pu Rizz Yang Ramai Tak Tahu

“Video ini buatkan saya menangis, masya-Allah,” kata pelakon dan pengacara Neelofa mengenai video istimewa yang dimuat naik di akaun Instagram Apa-apa pun sama-sama kita doakan yang terbaik untuk pasangan ini, bersangka baik dan berdoa agar semuanya dipermudahkan, itu lebih naik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *