Tak sangka kucing merupakan haiwan yang mempunyai personaliti ini. Ini buktinya.

Haiwan kucing tips

Diriwayatkan dan Ali bin Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahawa Nabi Muhammad SAW pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu, baginda bersabda, “Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bejana.” Lalu, Anas menuangkan air.  Ketika sudah selesai, Nabi menuju ke bejana. Namun, seekor kucing datang dan menjilati bejana. Melihat itu, Nabi berhenti sehinggalah kucing tersebut berhenti minum lalu (baginda) berwuduk semula. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, bahkan tidak ada najis.”

Riwayat 2. Abu Qatadah berkata bahawa Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, “Kucing itu tidak najis. Ia binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang perumahan),” [Hadis Riwayat At-Tirmidzi, An-Nasa’i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah]. Riwayat 3. Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu, ia meletakkannya.

Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan solat, ia lupa pada buburnya. Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, ‘Aisyah RA lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing, dan Aisyah memakannya. Rasulullah SAW bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling.” Aisyah pernah melihat Rasulullah SAW berwudhuk dari sisa jilatan kucing, [Hadis Riwayat AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni].

Riwayat 4. Hadis ini diriwayatkan dari Malik, Ahmad, dan Imam Hadis yang lain. Oleh kerana itu, kucing adalah binatang, dimana, peluh, bekas dari sisa jilatannya adalah suci. Riwayat 5. Nabi Muhammad SAW juga pernah memberi gelaran kepada Abd al-Rahman ibn Sakhr Al-Azdi sebagai “Abu Hurairah” yang bererti “Bapa anak-anak kucing” kerana sikapnya yang sangat menyayangi kucing.

Riwayat 6. Manakala menurut periwayatan Hadis Nabi didalam Sahih Bukhari Jilid 3, Buku 40, Nombor 552, menerangkan cerita seorang wanita yang telah terkena cakaran oleh seekor kucing dan bagi menghvkum kucing itu, wanita tersebut telah bertindak mengurung kucing dalam sangkar penjara dan tidak memberikan kucing tersebut makanan atau minuman. Maka wanita itu dibalas/dihukum oleh Allah dengan buruk atas perbuatan wanita itu.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Rupanya Ada Cara Lebih Mudah Untuk Berbual Dengan Kucing. Jom Cuba Pada Si Bulus Anda.

Saintis mendapati bahawa mengecilkan mata anda adalah cara terbaik untuk membina hubungan dengan kucing. Dalam satu kajian oleh universiti-universiti di Portsmouth dan Sussex, United Kingdom, penyelidik mendapati bahawa teknik itu sebenarnya meniru senyuman yang diberikan oleh kucing. Ia sekali gus akan menjadikan manusia nampak lebih menarik bagi si bulus.

Profesor Karen McComb, dari Sekolah Psikologi di University of Sussex yang menyelia penyelidikan itu berkata: “Sebagai seorang yang telah mempelajari tingkah laku haiwan dan merupakan pemilik kucing, gembira apabila dapat tunjukkan bahawa kucing dan manusia dapat berkomunikasi dengan cara ini. Ini adalah sesuatu yang telah disyaki oleh banyak pemilik kucing, apabila dapat membuktikannya ia sangat menggembirakan. Pertama sekali, kajian ini untuk mengkaji secara eksperimen peranan ‘kerdipan mata perlahan’ dalam komunikasi antara kucing-manusia. Anda boleh cuba sendiri dengan kucing anda di rumah, atau dengan kucing yang anda temui di jalanan. Ini adalah kaedah terbaik untuk mewujudkan ikatan dengan kucing. Cuba kecilkan mata ke arah mereka seperti sedang senyum santai, kemudian pejamkan mata selama beberapa saat. Anda akan dapati mereka bertindak balas dengan cara sama dan anda boleh memulakan satu perbualan,” katanya.

Mengecilkan mata anda seperti mana yang sering dilakukan oleh kucing dapat mewujudkan komunikasi dua hala.

Pasukan penyelidik itu yang diketuai oleh Dr Tasmin Humphrey dan Profesor Karen McComb, saintis tingkah laku haiwan di University of Sussex, melakukan dua eksperimen untuk kajian yang diterbitkan dalam jurnal Nature Scientific Reports. Eksperimen pertama mendedahkan bahawa kucing lebih cenderung melakukan kerdipan mata secara perlahan kepada pemiliknya setelah pemiliknya melakukannya terlebih dahulu, berbanding ketika mereka tidak berinteraksi.

Eksperimen kedua pula, yang mana kali ini seorang penyelidik dari pasukan psikologi mendapati bahawa kucing lebih cenderung mendekati tangan orang yang melakukan eksperimen selepas mereka mengenyit mata kepada si bulus itu, berbanding ketika mereka menggunakan ekspresi neutral. Dr Humphrey berkata: “Memahami secara positif bagaimana kucing dan manusia berinteraksi dapat meningkatkan pemahaman masyarakat terhadap haiwan itu, meningkatkan kebajikan dan dapat memberitahu kita mengenai kemampuan sosio-kognitif spesies yang kurang dikaji ini. “Penemuan ini berpotensi digunakan untuk menilai kesejahteraan kucing dalam pelbagai keadaan, termasuk praktis veterinar dan tempat perlindungan,” katanya.

Sumber : Mstar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tular Kisah Kucing Yang Setia Menjaga Rakannya Yang Dalam Keadaan Macam Ni. Kecekalan Nabi Buat Warganet Terharu.

Kisah persahabatan dua ekor kucing menjadi viral di media sosial apabila dimuat naik oleh laman Facebook SBS TV. Menurut laman Facebook itu, kucing yang dikenali sebagai Nabi itu kurang upaya pada kedua belah kakinya. Bagaimanapun, disebalik kecekalan Nabi untuk meneruskan hidup, dia ditemani oleh kawannya yang setiap masa berada di sisi tidak kira masa.

Seorang penduduk yang selalu memberi makan kepada kucing itu berkata: “Mungkin rakannya itu tahu membaca fikiran Nabi.” Apabila terdapat kucing liar cuba mendekati mereka, rakan Nabi akan cuba melindungi Nabi dan menghalau kucing terbabit.Rakan Nabi ‘menyorokkan’ rakannya.

Rakan Nabi menghalau kucing asing terbabit.

Pengawal Nabi berjaga untuk menjaga rakannya itu sepanjang hari. Apabila tiba waktu malam, barulah ia akan menghampiri rakannya itu untuk menjilatnya. Orang ramai yang terkesan dengan persahabatan dua ekor kucing itu menjaga mereka dengan memberi makan, menjaga tempat tinggal mereka serta memberikan ubat. Lagi menyayat hati, rakan Nabi akan menunggu Nabi selesai mengenyangkan perut terlebih dahulu sebelum makan.

Sumber : Berita Viral

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *