Satu keluarga ini minat kucing sampai sanggup buat sesuatu ini. Tak sangka sampai keluarkan duit sebanyak ini.

Haiwan kucing Viral

Minat memelihara dan sayang pada haiwan mendorong seorang pesara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menjaga 24 kucing jalanan di kediamannya, dekat sini. Minat Fakaruddin Pilus, 59, kepada haiwan itu turut dikongsi isterinya, Noraini Ali, 55, dan dua anak lelaki mereka, Mohd Farid , 29, bekerja di syarikat swasta di  Johor Bahru dan Mohd Naqiuddin, 27, yang bertugas di TUDM Butterworth, Pulau Pinang. Fakarudin yang mula memelihara dan menjaga kucing sejak 24 tahun lalu berkata, mereka banyak menghabiskan masa lapang dengan menjaga kucing yang hampir semuanya adalah kucing jalanan.

“Saya mula memelihara kucing pada 1993 dan ketika itu cuma seekor anak kucing betina yang dijaga. Selepas itu, lebih banyak kucing yang datang ke rumah dan tidak kurang juga yang diberi oleh jiran. Setakat ini, kami bela 24 ekor kucing yang kebanyakan baka kampung tapi ada juga baka siam, tempatan, parsi dan ‘semi long hair’. Setiap kucing yang datang ke rumah ini akan terus dibawa ke klinik dan akhirnya kekal tinggal bersama kami,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Permatang Badak, dekat sini.

Beliau juga mengeluarkan modal sendiri kira-kira RM20,000 bagi menyediakan bilik kucing khas bagi memberi keselesaan kepada semua haiwan peliharaannya itu serta memastikan kebersihan tempat berkenaan sentiasa terjaga. Katanya, beliau dan isteri serta dua anak lelakinya akan membersihkan bilik itu dan memberi makan kepada kucing sebanyak tiga kali sehari dan rutin itu bermula seawal jam 5 pagi setiap hari.

“Setiap hari kami melakukan rutin sama bagi memastikan mereka cukup makan dan selesa di dalam sangkar kerana tidak semua daripada kucing ini sihat sebaliknya ada yang berpenyakit seperti demam, selsema  serta tidak mampu berjalan dan akan berada dalam sangkar sahaja. Kucing adalah haiwan yang memiliki sifat sensitif, manja dan aktif. Ini menyebabkan ia perlu dijaga dengan baik terutama membabitkan makanan dan kebajikannya,” katanya yang menyediakan kira-kira RM2,000 sebulan demi memenuhi keperluan minatnya itu.

Fakaruddin berkata, perbelanjaan itu termasuk kos makanan sebanyak 36 kilogram sebulan, rawatan kesihatan seperti vaksin, ubat cacing dan kutu serta vitamin tambahan yang diberikan kepada semua haiwan peliharaannya itu. Beliau yang sudah 34 tahun berkhidmat sebagai anggota TUDM sebelum ini mengaku minat memelihara kucing itu mampu menjadi pengubat sunyi dan menghilangkan bosan selepas bersara.

“Jika sebelum ini sibuk dengan tugasan sebagai tentera, sekarang saya gembira berehat di rumah dan menghabiskan masa terluang bermain dengan kucing peliharaan. Ia boleh dikatakan terapi yang menenangkan fikiran. Bagaimanapun, menjaga kucing yang banyak cabarannya, terutama apabila kucing tidak pulang ke rumah dan bimbang jika haiwan ini mengganggu ketenteraman jiran. Namun, setakat ini, tiada lagi aduan atau komen negatif mengenai gangguan daripada kucing kami daripada jiran,” katanya.

Sumber : Mstar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Pihak Berkuasa Sedang Siasat Kucing Yang Alami Sakit Ini. Tak Sangka Sampai Boleh Menyebabkan Kehilangan.

Pihak berkuasa Alabama sedang menyiasat kehilangan seekor kucing yang disahkan positif Covid-19 di bandar Opelika baru-baru ini, lapor saluran berita Fox News. Doktor veterinar dari Jabatan Kesihatan Awam Alabama, Dr. Dee W. Jones berkata, pihaknya dengan Jabatan Pertanian dan Industri Alabama sedang berusaha me­rungkai misteri kaitan itu.

“Kucing itu disahkan positif Covid-19 kali pertama oleh Makmal Diagnosis Haiwan Negeri Thompson Bishop Sparks. Bagaimanapun, ahli patologi makmal mengesahkan ada luka pada sistem s4raf kucing yang menyebabkan jangkitan bakteri4. Mereka mencadangkan virus Covid-19 bukan penyebab utama kehilangan,” katanya.

Makmal Perkhidmatan Haiwan Kebangsaan turut menghantar sampel tambahan ujian haiwan itu dan mengesahkan sekali lagi bahawa kucing itu dijangkiti Covid-19. Sementara itu, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) pula mendapati hampir semua kehilangan haiwan yang dikaitkan dengan virus Covid-19 ada jangkitan atau masalah kesihatan lain.

“Kira-kira 10 kes kehilangan haiwan di Amerika Syarikat dikait dengan pandemik Covid-19. Masih ada banyak perkara yang kita belum ketahui mengenai kekerapan haiwan dijang­kiti, jadi ini adalah peluang untuk mengkaji secara lebih mendalam bagi mengelakkan lebih banyak haiwan peliharaan terjejas,” katanya.

Tambah Jones, pihaknya sedang bekerjasama dengan doktor haiwan setempat serta pemilik haiwan itu untuk mengumpul lebih banyak maklumat mengenai keadaan kucing itu. “Kami sedang bekerjasama dengan klinik haiwan tempatan dan pemilik kucing itu untuk mengumpul maklumat sejarah perubatannya serta haiwan lain yang ada di rumah berkenaan. Pada masa ini haiwan peliharaan tidak berisiko menghidap sakit teruk akibat jangkitan Covid-19,” jelasnya.

Sumber – Agensi

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tular Seekor Kucing Yang Tunjukkan Ragamnya Macam Ni Apabila Diajak Ke Suatu Tempat. Sekali Lain Pula Yang Warganet Dengar.

Siapa sahaja tidak sayang dengan haiwan peliharaannya dimana kucing antara yang menjadi kesayangan yang manja, kadang kala nakal dan mencuit hati. Pun begitu, agak meresahkan juga apabila si manja ini luka atau bimb4ng akan memud4ratkan kucing yang pastinya tiada siapa mahu berp1sah dengannya. Satu perkongsian daripada seorang pengguna TikTok ini pula lain pula kisah yang dikongsikan oleh pengguna atas nama Yong Farah apabila kucingnya mencuit hati wargamaya dengan telatahnya.

Menerusi rakaman, si comel milik seorang wanita ini diajak untuk ke klinik berikutan mendapat luka dan disebabkan hal itu dia berusaha mengajak kesayangannya itu untuk berjumpa doktor. Namun begitu, tidak disangka-sangka bahawa kucing miliknya itu mempunyai perangai lucu yang membuatkan wargamaya terhibur. Seolah-olah menyebut tidak mahu dan selepas cubaan tuannya mengangkat pula tidak diendahkan. Ternyata si comel itu yang berdrama tatkala diajak ke klinik itu mengundang perkongsian videonya mendapat hampir 80,000 tanda suka dalam masa tidak sampai 24jam dimuat naik. Comel sangat, sehinggakan wargamaya memuji kebijaksanaannya berdrama itu diruangan komen tersebut.

“Macam kucing aku, bila ajak mandi je. Dia buat- buat tido…”

“Alahai pandai pulak…”

“Cerdiknya”

Sumber : HCL

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *