Ada yang kesan pada musim pandemik ini ramai yang tampil menjual anak kucing dan anjing. Tapi bila disiasat ini pula yang kantoi.

Haiwan kucing Viral

Badan amal haiwan memperingatkan aksi “sangat tidak bertanggung jawab” sejumlah pihak yang menjual anak kucing dan anak anjing di Facebook, kerana permintaan meningkat seiring dengan situasi Lockdown. Panduan Facebook menyebut haiwan tidak boleh diperjualbelikan antara individu. Namun penyelidikan BBC mengungkapkan anak anjing dan anak kucing diiklankan melalui situs tersebut. Badan amal tersebut memperingatkan bahawa haiwan boleh saja sakit, terlalu muda atau boleh jadi itu adalah penipuan.

Badan amal haiwan Royal Society for the Prevention of Cruelty to Animals (RSCPA) menyebut para penjual ini “sangat tidak bertanggung jawab”. “Kami tahu bahawa ada banyak peternak dan penjual yang tidak bermoral di luar sana yang mengeksploitasi media sosial dan laman rahsia untuk menjual anak anjing dan anak kucing tanpa menimbulkan kecurigaan,” kata seorang juru bicara.

Orang-orang semestinya mempertimbangkan untuk mengambil haiwan sebagai haiwan peliharaannya itu dari pusat penyelamatan haiwan terlebih dulu, atau mengikuti panduan untuk membeli anjing dan kucing termasuk melihat di mana haiwan itu dibesarkan, badan amal itu menambahkan.

‘Siap dijual’

Dalam sebuah group Facebook dengan beberapa ahlinya, sejumlah peternak menjual haiwan peliharaannya itu dengan harga lebih dari 1.000 Poundsterling, atau sekitar Rp 18,6 juta. Sementara, sebuah group mengiklankan anak kucing “Persi dengan bulu panjang dan mata seperti boneka” sebagai “siap dijual” dan meminta para pembeli yang berminat segera menghubunginya. Beberapa ekor anak kucing dan anak anjing juga ditawarkan untuk “dihantar ke seluruh dunia”.

Anak anjing dan kucing harus terlihat bersama dengan induknya sebelum bisa dibeli (foto ilustrasi). (BBC)

Salah satu perkongsian yang menjual anak kucing berjenis ragdoll, pembeli harus mengenakan sarung tangan dan masker jika mahu mengambilnya, kerana adanya pembatasan COVID-19. “Deposit sebesar Pound 150, atau sekitar Rp 2,8 juta (tak boleh dikembalikan) untuk memesan anak kucing itu, foto-foto terbaru akan dikirimkan hingga hari pengambilan,” tambah iklan itu.

Facebook mengatakan bahwa pihaknya menyelidiki contoh unggahan iklan anak kucing dan anjing yang diberikan BBC, dan mendorong pengguna Facebook lainnya melapor jika menemukan perkongsian yang serupa. “Kita tidak memperbolehkan penjualan haiwan di Facebook, termasuk di group private, dan jika kami menemukan konten semacam ini kami akan memadamkannya,” ujar juru bicara Facebook.

Permintaan tinggi

Penjualan anak anjing dan kucing melalui Facebook ini muncul ketika musim PKP yang membuat permintaan atas haiwan peliharaan terus meningkat. Pada April, Kennel Club, satu organisasi kesejahteraan anjing terbesar di Inggris, mengatakan bahwa pencarian anak anjing di kawasannya telah meningkat dua kali lipat antara Februari dan Mac seiring dengan pengumuman PKP. Harga anak kucing dan anjing yang terjual secara daring juga meningkat.

Akan tetapi, laporan penipuan Action Fraud mengatakan bahawa banyak pen1pu mengiklankan anak anjing dan kucing secara online dan meminta adanya deposit, padahal mereka tak memiliki anjing dan kucing tersebut. Sejumlah orang yang terlibat tersebut mengaku kehilangan lebih dari Pound 280.000, atau sekitar Rp 5,2 miliar dalam dua bulan, kata Action Fraud.

Sementara itu, badan amal seperti Battersea Dogs Home, Cats Protection dan RSPCA juga memperingatkan banyak orang yang terburu-buru ingin mendapatkan haiwan peliharaan. Ada kekhuatiran ketika hidup kembali normal dan orang-orang akan jarang menghabiskan waktu di rumah, haiwan peliharaan itu akan terabai.

“Pandemik telah menciptakan keadaan ideal bagi penjual haiwan peliharaan yang tidak bermoral untuk berkembang, kerana mereka tampaknya memiliki alasan yang dapat dipercaya untuk tidak mengizinkan pembeli melihat anak kucing bersama induknya terlebih dahulu,” kata Kepala Advokasi Cat Protection, Jacqui Cuff. Sayangnya, kami khuatir banyak anak kucing di bawah umur dijual di Facebook oleh penjual yang tidak sabar untuk mendapat untung yang cepat. Anak kucing ini dapat terus mengalami sakit serius yang membahayakan nyawa atau sangat tidak bersosialisasi sehingga tidak sesuai sebagai haiwan peliharaan.” Banyak anak kucing dan anjing berasal dari peternakan, dalam keadaan yang tidak berperikemanusiaan, maka dari itu penting untuk melihat anak haiwan itu bersama dengan induknya.

Group private

Satu tantangan bagi Facebook adalah bahwa aktiviti ini terjadi di group private dan bergantung pada pengguna individu untuk melaporkannya, kata Pet Advertising Advisory Group. Kelompok itu telah menerbitkan daftar standard minimum untuk web yang menjual haiwan termasuk penghapusan automatik iklan dengan kata-kata dalam daftar hitam, melarang penjual yang mengunggah iklan ilegal dan termasuk foto terbaru dari haiwan tersebut. Kelompok itu mengatakan telah bertemu Facebook untuk membahas “iklan ilegal dan tidak pantas”, tetapi kerana platform tidak memilik posting sebelum disiarkan, “kecil kemungkinan Facebook dapat atau akan menerapkan standard yang sama.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

UPM Tampil Cari Sampel Kucing Yang Pemiiknya Pernah Dijangkiti Covid 19. Sekali Ini Yang Mereka Perolehi.

Universiti Putra Malaysia (UPM) berhasrat mengumpulkan sampel dari 220 kucing yang dipelihara oleh individu pernah dijangkiti Covid-19, untuk mengkaji kadar jangkitan Covid-19 dalam haiwan tersebut. Kajian yang diketuai oleh Dr Farina Mustafa Kamal, pensyarah Fakulti Perubatan Veterinar, UPM bertujuan mengenal pasti status Covid-19 dalam kucing dan faktor risiko yang berkaitan dengan penyebaran Covid-19 antara manusia kepada kucing.

Fakulti Perubatan Veterinar UPM berkata pihaknya akan menerima kucing peliharaan individu yang berusia lebih enam bulan tanpa mengira jantina. Pemilik kucing mestilah disahkan positif Covid-19 pada atau selepas Jan 1 tahun ini, warganegara berumur 18 tahun ke atas dan menetap di Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya, Negeri Sembilan atau Melaka. Kajian tersebut, yang dijalankan dari Feb ke Ogos tahun ini, memerlukan sampel calitan hidung dan mulut serta rektum kucing, kata fakulti tersebut.

Peserta akan diberikan makanan kucing percuma sebagai tanda penghargaan atas penglibatan mereka dalam kajian ini. Terdahulu, pihak berkuasa kesihatan Belgium mendakwa bahawa seekor kucing yang mengalami kesukaran untuk bernafas, cirit-birit dan muntah-muntah telah dijangkiti Covid-19 daripada tuannya, lapor Sinar Harian.

Walau bagaimanapun, Ketua sakit Virus di Institut Kesihatan Belgium, Steven van Gucht berkata kes tersebut merupakan kes terpencil malahan risiko penyebaran antara manusia dan haiwan adalah sangat rendah. Tambahnya lagi, tiada bukti menunjukkan virus tersebut boleh tersebar daripada haiwan peliharaan kepada manusia dan haiwan peliharaan lain.

Dalam pada itu, kerajaan India baru-baru ini mengesahkan bahawa terdapat lapan ekor singa di taman haiwan negaranya juga menghidap Covid-19 dan mengalami simptom masalah pernafasan. Tahun lalu, seekor harimau Malaya bernama Nadia di sebuah zoo di New York City disahkan positif Covid-19, dipercayai dijangkiti seorang pekerja zoo yang positif Covid-19, tetapi tidak bergejala. Kes tersebut merupakan kes pertama yang dilaporkan melibatkan jangkitan Covid-19 dari manusia ke binatang. 

Sumber : Malaysia Kini

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sebabkan Takut Dengan Wabak Ketika Ini. Pemilik Kucing Sanggup Lakukan Ini Pada Kucingnya Dan Rupanya Ini Sebab Dia Lakukannya.

Pemilik binatang peliharaan mengambil langkah pencegahan awal penularan wabak koronavirus (Covid-19) terhadap haiwan kesayangan mereka dengan menyediakan topeng muka khas. Mereka berbuat demikian setelah panik apabila dilaporkan haiwan peliharaan mungkin dijangkiti wabak Covid-19.

Menerusi laporan, tular di laman sosial seorang pemilik haiwan membawa keluar kucingnya namun apa yang menarik perhatian apabila haiwan itu mengenakan topeng muka khas. Foto itu dimuat naik di aplikasi Weibo menunjukkan kucing itu berada di luar bersama tuannya yang sedang membeli sayuran.

Seekor anjing dibungkus dengan plastik pada keseluruhan badannya ketika keluar menemani tuannya. Kucing itu dilihat memakai topeng digunakan doktor ketika menjalani satu operasi namun dek kerana muka kucing itu bersaiz kecil, tuannya telah mengubah suai dengan menebuk dua lubang untuk mata si bulus agar bersesuaian dengan muka kucing tersebut.

Ia kelihatan sangat comel! Warganet lain juga berkongsi foto memaparkan seekor anjing telah dibungkus dengan plastik sebagai pelindung dari terjebak wabak Covid-19, ketika bersiar dengan tuannya. China Press melaporkan, pemakaian topeng di muka haiwan mendatangkan kurang selesa kepada haiwan tersebut terutama apabila hendak bernafas. “Tidak ada bukti baharu bahawa kucing dan anjing akan dijangkiti Covid-19 dan pemilik haiwan tidak perlu panik,” katanya.

Sumber : Sinar Harian

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *