Rita Rudaini dan Lufya dikatakan antivaksin. Lama berdiam diri akhirnya ini tindakan terkini Farah Hanim pada Rita Rudaini dan Lufya.

artis Uncategorized

Nama model muslimah dan usahawan Farahanim Razak disebut ramai sejak minggu lalu setelah beliau membuat satu ciapan di Twitter yang mengatakan pelakon Rita Rudaini dan Lufya Omar sebagai anti vaksin. Oleh itu, perkara tersebut menjadi hangat apabila Rita Rudaini mengajak Farahanim untuk bersemuka.

Agak lama mendiam diri, akhirnya Farahanim pada 30 Mei 2021 telah berkongsi bahawa beliau sudah memohon maaf kepada Rita dan Lufya melalui direct message (DM) Instagram. Bagaimanapun, kedua-dua perkongsian tersebut telah ditutup ruangan komen.

Farahanim mengakui bahawa dirinya telah melakukan kesilapan dan tampil memohon maaf kepada Rita dan Lufya yang juga merupakan jiran-jirannya. Semoga mereka bertiga dapat berbaik semula. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : hotfm

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

‘warganet ni kelakar lah’ – Rita Rudaini

Kuala Lumpur: “Takkan saya nak letak gambar Hyun Bin. Pengsan pula cikgu anak saya.” Itu kata pelakon popular Rita Rudaini yang mendapat kritikan warganet susulan tindakannya meletakkan gambar bekas suami, Aidil Zafuan Abd Radzak pada tugasan sekolah anaknya bagi menghasilkan ‘family tree’.

Rita berkata, dia keliru dengan sikap warganet kerana tidak dapat menerima hakikat dan membezakan fakta. “Dulu anak pertama iaitu Rayyan pernah buat juga ‘family tree’. Kali ini giliran adiknya pula, Arjuna kena buat. Jadi, saya pun kena pergi kedai untuk cetak gambar.

“Saya juga terpaksa cakap dengan pekerja kedai itu di mana gambar itu adalah untuk kerja sekolah anak. Nanti dia fikir saya sengaja cetak dan nak simpan pula. “Apabila saya muat naik di Instagram, tidak sangka pula masih ada warganet yang tidak puas hati dan cakap saya masih tidak ‘move on’.

Mereka memang kelakar. Kalau tak letak muka bekas suami, nanti cakap saya ajar anak supaya lupakan bapa mereka. Apabila letak, kritik saya pula,” katanya kepada Harian Metro. Menurut Rita, tugasan itu adalah markah peperiksaan anak keduanya, Airit Qaqa Arjuna yang kini berusia 10 tahun.

“Ini tugasan sekolah anak yang membabitkan markah. Kalau saya letak muka orang lain, kasihan pula anak nanti kena potong markah. Takkan disebabkan saya, anak dapat markah rendah pula. “Saya hanya bantu cetak gambar saja. Selebihnya dia siapkan dengan lukis dan warnakan sendiri,” katanya.

‘Mak punya susu, bapak dapat nama’

PELAKON, Rita Rudaini akui geram dengan tindakan warganet yang masih tidak boleh menerima kenyataan dan terus mengaitkan diri dan anak-anaknya dengan bekas suaminya yang juga pemain bola sepak, Aidil Zafuan Abd Radzak. Perkara itu berlaku apabila Rita memuat naik gambar anaknya Airit Rayyan Rizqin, 9, dan Airit Qaqa Arjuna, 7, bersama pasukan bola sepaknya yang ditubuhkan sendiri, RR Cougers.

Kebanyakan warganet memberikan komen dan mengaitkan kemampuan dua cahaya mata Rita itu boleh bermain bola sepak kerana bapa mereka juga pemain bola sepak profesional. Perkara itu membuatkan Rita berasa kecewa, malah turut menyelar warganet terbabit dengan kenyataan ‘mak punya susu, bapak dapat nama’.

Sewaktu dihubungi di Kuala Lumpur hari ini, Rita bagaimanapun menegaskan dia tidak menafikan Aidil Zafuan adalah bapa kepada anak-anaknya. “Mereka masih tak ‘move on’ dan mengaitkan saya dan Aidil sepertinya kami ini Posh dan David Beckham. Lepas tu apabila mereka kata anak-anak pandai main bola sebab bapa mereka, langsung tak logik.

“Sedangkan ada pemain bola sepak hebat, anak mereka tidak sehebat bapa mereka. Jadi mereka tidak boleh berkata anak-anak pandai bermain bola kerana dia anak Aidil Zafuan,” katanya. Jelas Rita, dia yang membesarkan anak-anak sendirian, jadi dia tahu apa kelebihan Rayyan dan Arjuna. Tegasnya kedua-dua anaknya itu tidak suka bermain bola sepak dan lebih kepada muzik dan badminton.

“Di sekolah juga anaknya masuk kelab badminton dan bukan bola sepak cuma mereka bermain bola hanya waktu rehat untuk berseronok bersama rakan-rakannya. “Disebabkan anak-anak dan rakan mereka suka bermain bola sepak membuatkan saya menubuhkan satu kelab untuk mereka, melantik jurulatih untuk mengajar mereka.

“Saya lakukan ini kerana mahu Rayyan dan Arjuna berkawan. Tambahan pula untuk bermain secara serius dan mewakili sekolah, agak payah kerana ada ramai lagi murid yang lebih bagus,” katanya. Kata Rita lagi, dari anaknya tidak pandai menyepak bola, selepas mengikuti kelab ditubuhkan dan mengambil jurulatih peribadi, anaknya sudah boleh bermain.

“Tapi hendak kata anak-anak saya pandai sangat bermain bola sepak itu tidak benar cuma bila dia dan kawan-kawannya sudah dilatih, mereka tidak kekok beraksi di padang. “Apabila atas segala usaha yang saya lakukan ini, tiba-tiba orang mengaitkan dengan Aidil Zafuan sudah tentu saya berasa sedikit ralat kerana yang bersusah payahnya saya,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *