Ini antara tips mudah yang boleh anda amalkan sekiranya nak tinggalkan kucing di rumah.

Haiwan kucing tips

Siapa yang ada bela haiwan kesayangan macam kucing di rumah mesti, risaukan nak keluar bercuti lama-lama? Risau takut nanti kucing tu nak makan apa, kucing tu boring ke tak, selamat ke kucing tu dan macam-macam lagi. Kalau anda nak tahu, itu semua adalah separation 4nxiety dissorder (SAD) – anda tak boleh nak berpisah dengan sesuatu yang anda sayang dan dalam konteks cerita ini, haiwan kesayangan. Kalau berpisah, lagi-lagi untuk jarak waktu yang lama, anda akan mula resah, gelisah.

Bila dah resah, gelisah dan bermacam-macam lagi hal yang timbul dalam kepala otak tu, macam mana nak enjoy percutian kan? Anda bercuti nak enjoy, bukan nak fikir masalah dekat rumah. Tinggalkan semua benda dekat rumah, fokus dengan trip anda dan have fun. Jadi, min nak share kepada pembaca especially yang bela haiwan kesayangan di rumah seperti kucing, macam mana nak tinggalkan haiwan kesayangan anda dengan selamat dan anda boleh menikmati saat-saat indah matahari terbenam di ufuk pantai dengan tenang.

Tinggalkan haiwan kesayangan anda kepada pet hotel

Hubungi mana-mana pet hotel yang available untuk jaga haiwan kesayangan anda sepanjang masa ketiadaan anda di rumah. Pet hotel ni profesional dalam hal-hal menjaga haiwan kesayangan ni. Makan minum dia terjaga, mandi dia ada orang uruskan dan anda pun tak pening kepala nak memikirkan pasal haiwan kesayangan anda tu. Dalam pet hotel ada ruang tempat untuk haiwan anda bermain dan sebagainya. Tapi kekurangan bila anda hantar haiwan kesayangan ke pet hotel adalah kosnya. Siap sediakan wang secukupnya untuk bayar bil pet hotel bila anda dah balik daripada bercuti nanti.

Tinggalkan haiwan kesayangan anda pada keluarga atau kawan-kawan

Anda juga boleh tinggalkan haiwan kesayangan anda tu pada family members atau kawan-kawan anda untuk sementara sehingga anda balik daripada bercuti. Tinggalkan pada family members atau kawan-kawan ni mudah tapi mereka ni bukan profesional dalam bab-bab menjaga haiwan ni dan of course mereka pun ada hal lain yang perlu diuruskan seharian. So mungkin haiwan kesayangan anda tidak mendapat perhatian sepenuhnya  compared to pet hotel. Kelebihannya, anda tak adalah perlu keluarkan belanja yang besar, cukup bawa bekal makanan haiwan kesayangan anda itu dari rumah dan tinggalkan di rumah family members atau kawan-kawan anda tadi.

Kalau nak tinggal dekat rumah juga, pakai food dispenser

Itu antara dua pilihan yang ada tapi min terfikir satu cara lagi kalau anda tak nak tinggalkan haiwan kesayangan anda di pet hotel atau di rumah family members atau kawan-kawan. Ideanya adalah pakai food dispenser dan set kan timing makan haiwan kesayangan anda siap-siap mengikut kesesuaian. Jadi bila tiba waktu makan, haiwan kesayangan anda boleh makan tepat pada waktunya. Cuma.. Standby bekas n4jis siap-siap untuk haiwan kesayangan anda membuang. Ada banyak petua daripada geng-geng pencinta kucing tapi yang terbaik kalau kita dapat train haiwan kesayangan kita cara-cara untuk membuang najis supaya taklah bersepah-sepah bila kita balik nanti.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Pasti Ramai Yang Tertanya Mengapa Kucing Jantan Akan Makan Anak Kucing. Ini Penjelasan Bagi Pertanyaan Anda.

Adakah anda tertanya-tanya kenapa kucing jantan suka menyerang anak kucing yang baru dilahirkan? Ada sampai yang makan anak-anak kucing tersebut. Kadang kala ada juga ibu kucing itu sendiri memakan anaknya. Anda boleh ketahui sebabnya di sini. Untuk artikel kali ini kita membincangkan kenapa kucing jantan memakan anak kucing lain. Ada yang sampai memakan anaknya sendiri. Kucing merupakan haiwan yang solitari walaupun secara domestik dan situasi liar. Kucing selalunya diorganisasikan dalam kumpulan seperti keluarga singa.

Kumpulan kucing selalunya diketuai dan didominasikan oleh kucing betina manakala kucing jantan hanya ada apabila salah seekor kucing betina tengah on heat dan bersedia untuk mengawan. Walaupun ianya agak tidak biasa bagi beberapa kumpulan kucing yang diketuai oleh kucing jantan. Baru tahu ni sebab ingatkan ketua memang kucing jantan.

Kenapa kucing jantan bvnvh anak kucing?

Kucing jantan selalunya menubuhkan kawasan jaj4han dan mengawalnya, ini mungkin sekumpulan kucing betina yang kucing jantan ini mempunyai kawalan dan menghalau kucing jantan yang lain dari memasuki kawasannya. Pengawalan kawasan ini mungkin termasuk membvnvh mana-mana sahaja anak kucing yang bukan dari benihnya sendiri atau anak kucing yang mempunyai pelengkap genetik kucing jantan yang boleh menjadi pesaing baginya.

Kenapa kucing jantan makan anak kucing yang baru dilahirkan?

Kucing mempunyai deria menghidu yang cukup hebat dan kuat untuk membantunya mengesan mana-mana penceroboh dalam kawasannya. Jika kucing jantan mengesan bau kucing jantan pesaingnya jadi ia memutuskan yang anak kucing yang dilahirkan merupakan benih dari kucing jantan pesaing tersebut.

Ini mungkin menyebabkan ia membvnvh kesemua anak-anak kucing yang baru dilahirkan supaya ibu kucing tidak dapat membesarkan anak-anak kucing hasil dari benih pesaingnya. Ini membuatkan kucing betina ini akan on heat semula dengan lebih cepat dan ia boleh meng4wan semula untuk memastikan anak-anak yang dilahirkan nanti adalah dari benihnya sendiri.

Apabila kucing jantan mengambil alih kawasan baru yang pada asalnya dimiliki oleh kucing jantan lain yang mungkin sudah m4ti atau kalah, kucing jantan ini akan membvnvh semua anak-anak kucing yang ada di kawasan jaj4hannya yang baru ini supaya ia anak-anak kucing dari benihnya dapat dilahirkan.

Tingkahlaku kucing jantan adalah seperti singa

Tingkahlaku kucing jantan adalah seperti singa dan kucing jantan tidak selalunya pasti jika anak-anak kucing adalah hasil dari benih mereka atau dibawa oleh kucing jantan yang lain lebih-lebih lagi di kawasan yang mereka seringkali bersaing untuk kucing betina di sana. Ini menjadikan ibu kucing mempunyai tanggungjawab untuk menyembunyikan anak-anak kucing ketika anak-anak kucing ini masih pada tahap mudah diser4ng oleh kucing jantan. Walaupun ada beberapa situasi yang kucing jantan membvnvh anak kucing dari benihnya sendiri, ini mungkin kerana kucing jantan tidak dapat melepaskan gen mereka kepada anak-anak seterusnya.

Ada beberapa kucing jantan yang penyayang dan kurang atau naluri teritorialnya tidak berkembang dengan baik. ini mungkin kerana kekurangan kucing jantan lain yang membuatkan kucing jantan ini tidak agresif. Kucing jantan tidak selalunya melibatkan diri mereka dalam membesarkan anak-anak kucing namun ada juga beberapa kucing jantan yang penyayang dan menjaga kucing kecil, menyediakan makanan dan sanggup bermain dengan anak-anak kucing. Tidak banyak kucing jantan yang mengambil tanggungjawab untuk membesarkan anak-anak kucing. Kalau ada memang kucing jantan tu rare!

Bila anak-anak kucing akan selamat dari kucing jantan?

Anak-anak kucing akan selamat dari diser4ng kucing jantan atau ayah mereka sendiri apabila mereka sudah mempunyai berat sekurang-kurangnya 1kg dan berusia 8 ke 12 minggu.

Kesimpulan

Kucing jantan selalunya tiada untuk melindungi anak-anak mereka, walaupun kucing jantan dalam sesuatu koloni akan menghalau penceroboh yang mendekati kawasan jajahan mereka. Ini bukanlah untuk melindungi anak-anak kucing, ini selalunya untuk melindungi kawasan mereka sahaja.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *