Pihak berkuasa sedang siasat kucing yang alami sakit ini. Tak sangka sampai boleh menyebabkan kehilangan.

Haiwan KESIHATAN kucing Viral

Pihak berkuasa Alabama sedang menyiasat kehilangan seekor kucing yang disahkan positif Covid-19 di bandar Opelika baru-baru ini, lapor saluran berita Fox News. Doktor veterinar dari Jabatan Kesihatan Awam Alabama, Dr. Dee W. Jones berkata, pihaknya dengan Jabatan Pertanian dan Industri Alabama sedang berusaha me­rungkai misteri kaitan itu.

“Kucing itu disahkan positif Covid-19 kali pertama oleh Makmal Diagnosis Haiwan Negeri Thompson Bishop Sparks. Bagaimanapun, ahli patologi makmal mengesahkan ada luka pada sistem s4raf kucing yang menyebabkan jangkitan bakteri4. Mereka mencadangkan virus Covid-19 bukan penyebab utama kehilangan,” katanya.

Makmal Perkhidmatan Haiwan Kebangsaan turut menghantar sampel tambahan ujian haiwan itu dan mengesahkan sekali lagi bahawa kucing itu dijangkiti Covid-19. Sementara itu, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) pula mendapati hampir semua kehilangan haiwan yang dikaitkan dengan virus Covid-19 ada jangkitan atau masalah kesihatan lain.

“Kira-kira 10 kes kehilangan haiwan di Amerika Syarikat dikait dengan pandemik Covid-19. Masih ada banyak perkara yang kita belum ketahui mengenai kekerapan haiwan dijang­kiti, jadi ini adalah peluang untuk mengkaji secara lebih mendalam bagi mengelakkan lebih banyak haiwan peliharaan terjejas,” katanya.

Tambah Jones, pihaknya sedang bekerjasama dengan doktor haiwan setempat serta pemilik haiwan itu untuk mengumpul lebih banyak maklumat mengenai keadaan kucing itu. “Kami sedang bekerjasama dengan klinik haiwan tempatan dan pemilik kucing itu untuk mengumpul maklumat sejarah perubatannya serta haiwan lain yang ada di rumah berkenaan. Pada masa ini haiwan peliharaan tidak berisiko menghidap sakit teruk akibat jangkitan Covid-19,” jelasnya.

Sumber – Agensi

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tular Seekor Kucing Yang Tunjukkan Ragamnya Macam Ni Apabila Diajak Ke Suatu Tempat. Sekali Lain Pula Yang Warganet Dengar.

Siapa sahaja tidak sayang dengan haiwan peliharaannya dimana kucing antara yang menjadi kesayangan yang manja, kadang kala nakal dan mencuit hati. Pun begitu, agak meresahkan juga apabila si manja ini luka atau bimb4ng akan memud4ratkan kucing yang pastinya tiada siapa mahu berp1sah dengannya. Satu perkongsian daripada seorang pengguna TikTok ini pula lain pula kisah yang dikongsikan oleh pengguna atas nama Yong Farah apabila kucingnya mencuit hati wargamaya dengan telatahnya.

Menerusi rakaman, si comel milik seorang wanita ini diajak untuk ke klinik berikutan mendapat luka dan disebabkan hal itu dia berusaha mengajak kesayangannya itu untuk berjumpa doktor. Namun begitu, tidak disangka-sangka bahawa kucing miliknya itu mempunyai perangai lucu yang membuatkan wargamaya terhibur. Seolah-olah menyebut tidak mahu dan selepas cubaan tuannya mengangkat pula tidak diendahkan. Ternyata si comel itu yang berdrama tatkala diajak ke klinik itu mengundang perkongsian videonya mendapat hampir 80,000 tanda suka dalam masa tidak sampai 24jam dimuat naik. Comel sangat, sehinggakan wargamaya memuji kebijaksanaannya berdrama itu diruangan komen tersebut.

“Macam kucing aku, bila ajak mandi je. Dia buat- buat tido…”

“Alahai pandai pulak…”

“Cerdiknya”

Sumber : HCL

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sebak Dengan Keadaan Kucing Yang Berusia 104 Tahun Pun Masih Ingin Nikmati Sesuatu Ini. Ianya Bikin Ramai Warganet Tersentuh.

Sudah dianggap seperti keluarga sendiri, setiap orang pastinya mengharapkan agar haiwan kesayangan terus berada di sisi selama-lamanya. Pun begitu, jarang haiwan peliharaan seperti kucing yang mempunyai hayat yang panjang, ada di antara mereka yang tidak bertahan lama di dunia ini kerana sakit.

Satu keajaiban jika seekor kucing mampu bertahan selama berpuluh-puluh tahun tetapi ia sememangnya berlaku. Bagi anda yang mempunyai akaun TikTok, anda boleh mengikuti Reece Alexander-Putinas yang sering memuat naik video kucing miliknya yang dipercayai berusia 22 tahun atau dalam usia kucing adalah sekitar 104 thun.

Dinamakan sebagai Lily, kucing yang lahir pada tahun 1999 itu dilihat masih lagi aktif walaupun fizikalnya sudah kelihatan begitu ‘uzur’. Kerana keadaannya yang tersangat tua, kucing itu berjalan dalam keadaan yang tidak normal seperti kucing lain. Pun begitu, ia tetap ramah dan mesra dengan pemilikya, Reece.

Dalam satu video yang tular, Lily dilihat masih lagi mampu untuk melompat di atas sofa tanpa dibantu oleh pemiliknya. Ia juga dilihat sentiasa setia menunggu pemiliknya pulang ke rumah. Sifatnya yang manja juga membuatkan ramai warganet tertarik dengannya sehingga video-video berkaitan dengannya mendapat hingga jutaan tontonan di TikTok.

Sumber: Nuckfoodle

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

UPM Tampil Cari Sampel Kucing Yang Pemiiknya Pernah Dijangkiti Covid 19. Sekali Ini Yang Mereka Perolehi.

Universiti Putra Malaysia (UPM) berhasrat mengumpulkan sampel dari 220 kucing yang dipelihara oleh individu pernah dijangkiti Covid-19, untuk mengkaji kadar jangkitan Covid-19 dalam haiwan tersebut. Kajian yang diketuai oleh Dr Farina Mustafa Kamal, pensyarah Fakulti Perubatan Veterinar, UPM bertujuan mengenal pasti status Covid-19 dalam kucing dan faktor risiko yang berkaitan dengan penyebaran Covid-19 antara manusia kepada kucing.

Fakulti Perubatan Veterinar UPM berkata pihaknya akan menerima kucing peliharaan individu yang berusia lebih enam bulan tanpa mengira jantina. Pemilik kucing mestilah disahkan positif Covid-19 pada atau selepas Jan 1 tahun ini, warganegara berumur 18 tahun ke atas dan menetap di Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya, Negeri Sembilan atau Melaka. Kajian tersebut, yang dijalankan dari Feb ke Ogos tahun ini, memerlukan sampel calitan hidung dan mulut serta rektum kucing, kata fakulti tersebut.

Peserta akan diberikan makanan kucing percuma sebagai tanda penghargaan atas penglibatan mereka dalam kajian ini. Terdahulu, pihak berkuasa kesihatan Belgium mendakwa bahawa seekor kucing yang mengalami kesukaran untuk bernafas, cirit-birit dan muntah-muntah telah dijangkiti Covid-19 daripada tuannya, lapor Sinar Harian.

Walau bagaimanapun, Ketua sakit Virus di Institut Kesihatan Belgium, Steven van Gucht berkata kes tersebut merupakan kes terpencil malahan risiko penyebaran antara manusia dan haiwan adalah sangat rendah. Tambahnya lagi, tiada bukti menunjukkan virus tersebut boleh tersebar daripada haiwan peliharaan kepada manusia dan haiwan peliharaan lain.

Dalam pada itu, kerajaan India baru-baru ini mengesahkan bahawa terdapat lapan ekor singa di taman haiwan negaranya juga menghidap Covid-19 dan mengalami simptom masalah pernafasan. Tahun lalu, seekor harimau Malaya bernama Nadia di sebuah zoo di New York City disahkan positif Covid-19, dipercayai dijangkiti seorang pekerja zoo yang positif Covid-19, tetapi tidak bergejala. Kes tersebut merupakan kes pertama yang dilaporkan melibatkan jangkitan Covid-19 dari manusia ke binatang. 

Sumber : Malaysia Kini

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *