Tular ramai yang enggan mengambil vaksin Covid 19. Sekali pemuda ini tampil dedahkan pengalaman bapanya.

Covid 19 Dunia Viral

Berdasarkan laporan, puluhan ribu individu disahkan gagal hadir ke janji temu vaksin termasuk hampir 10,000 di Kelantan, Kedah (10,827), Johor (14,144), Perak (9,000) dan Negeri Sembilan (6,200) biarpun sudah mendapat tarikh vaksinasi. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Antid4d4h Melaka, Datuk Rahmad Mariman, antara alasan yang diberikan ialah tidak mengetahui tarikh janji temu, tidak sihat, berada di luar kawasan serta segelintir yang enggan divaksin.

Bagi individu yang telah divaksin pula, ramai yang berkongsi pengalaman mereka di media sosial sebagai galakan kepada individu lain untuk turut sama menyertai ikhtiar ini selain membendung pengaruh menentang vaksinasi dalam kalangan masyarakat. Antaranya ialah seorang pemuda jurusan Usuluddin di Universiti Jordan, saudara Abdul Muhaimin yang berkongsi pengalaman bapanya mendapatkan dos kedua vaksin baru-baru ini.

“Semalam abah dah selesai dos kedua Pfizer alhamdulillah. Abah saya aliran pondok, tapi pembacaannya meluas.

“Kitab beliau sangat banyak, merangkumi pelbagai bidang. Kalau balik kampung, kami selalu bincang isu-isu berkaitan agama bersama, habis semua kitab dibuka, riuh rendah rumah kami dengan perbincangan. Semalam abah dah selesai 2nd dose Pfizer alhamdulillah. Abah saya aliran pondok, tapi pembacaannya meluas. Kitab beliau sangat banyak, merangkumi pelbagai bidang. Kalau balik kampung, kami selalu bincang isu-isu kabur bersama, habis kitab dibuka, riuh rumah dengan perbincangan kami. Kongsinya, ayahnya merupakan seorang yang cukup mencintai ilmu dan gemar membaca. Malah, beliau juga boleh demam jika terpaksa meninggalkan hobi membacanya ketika musim perayaan.

Tambah Muhaimin, ayahnya juga akan merujuk sesuatu isu kepada pakar jika terdapat kemusykilan. Malah, beliau lebih proaktif dan bersemangat untuk mengambil vaksin apabila terlebih dahulu menghubungi doktor untuk meminta pendapat bagi status pengambilan vaksin berdasarkan keadaan kesihatannya.

“Jadi begitu lah, alhamdulillah abah orang pertama dalam keluarga ambil dos pertama, dan abah jugak orang pertama selesaikan dos kedua. Satu lagi nak cakap, abah saya orang Kelantan, asal Tok Uban, Pasir Mas.. Tapi kemudian berhijrah ke Langkawi, Kedah.. Guano sep kito, jange lupo gi cocok blakoo,” ujarnya menamatkan perkongsian.

Sumber: Abdul Muhaimin, Bernama

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Boleh Ke Bersenam Setelah Disuntik Vaksin Covid 19. Ini Kata Doktor Pakar Yang Wajib Anda Tahu.

Program vaksinasi COVID-19 sedang giat dijalankan di seluruh dunia. Malaysia juga tak ketinggalan. Semakin hari, jumlah penduduk yang divaksinasi semakin bertambah. Ada yang dah lengkap kedua-dua dos, ada yang baru suntik dos pertama, dan tak kurang juga yang masih ‘beratur’ menunggu giliran untuk dos pertama.

Selalunya, penerima vaksin akan disuruh berehat seketika selepas menerima suntikan. Mungkin ada di antara kita yang terbiasa mengamalkan gaya hidup aktif dan tak boleh diam lama-lama. Bagi anda yang terus nak pergi bersenam lepas divaksin, ini perkara yang anda patut tahu.

Kesan sampingan vaksin COVID-19

Boleh bersenam atau tidak selepas divaksin itu bergantung kepada kesan sampingan dan keadaan si penerima. Menurut Centers for Disease Control and Prevention (CDC), kesan sampingan selepas suntikan vaksin termasuk nyeri, kemerahan dan bengkak pada bahagian yang disuntik.

Sesetengah individu mungkin mengalami kesan sampingan lebih ketara seperti kelelahan, sakit kepala, sakit otot, badan terasa sejuk, demam dan mual-mual. Menurut CDC, kesan sampingan ini mungkin dialami selama satu atau dua hari. Ia juga mungkin berdampak kepada aktiviti harian anda, termasuk bersenam. Tapi jangan panik dulu. Jika anda mengalami kesan sampingan selepas disuntik, ini bermakna vaksin tersebut sedang bertindak balas dengan sistem imun anda.

Boleh ke bersenam lepas suntik vaksin?

Menurut Dr David Wayles, pakar sakit berjangkit, tiada apa yang perlu dirisaukan jika anda ingin bersenam sejurus selepas mendapat suntikan. Namun, kualiti senaman anda mungkin berkurang akibat ketidakselesaan yang dialami selepas disuntik. Walaubagaimanapun, menurut pakar pulmonologi, Dr Humberto Choi, tiada bukti yang menunjukkan bersenam selepas divaksinasi akan mengurangkan keberkesanan vaksin tersebut.

Sumber: Health

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tular Isu Influencer Dapat Vaksin Awal. Ini Respon Dr Say Dan Ini Perkembnga Dirinya Dan Isteri

Tular semalam apabila sebuah portal mengatakan bahawa Hospital Serdang memberikan vaksin kepada beberapa influencer. NAmun begitu, Dr Noor Hisham menafikan hal tersebut. Dan terbaru, Dr Say atau nama penuhnya Shazril Shaharuddin memberikan pandangan tentang hal itu.

Ini kata kata dari Dr Say, Cukup laju ampa update berita terkini naa. Yg terlepas kapal, ada berita menyatakan Hospital Serdang berhasrat memasukkan 3 influencers dalam penerimaan pertama vaksin esok.

Terus terang sy cerita, kalau boleh, memang sy nak sesangat dapatkan vaksin COVID-19 ni seawal mungkin dengan niat agar sy dapat galakkan lebih ramai join Pelan Imunisasi COVID-19 Kebangsaan tapi saya sedar kedudukan saya.

Mengulas isu ‘influencer’, Dr Say akui tidak sabar menerima suntikan vaksin Covid-19 namun sedar kedudukannya memandangkan beliau merupakan seorang doktor yang tiada ‘direct contact’ dengan pesakit Covid-19.Kat klinik yang saya biasa locum, saya deal mostly kes sakit kepala, sakit sengugut, demam biasa dan demam nak MC. Terjumpa pesakit Covid jarang sekali. Jadi sy sedar kalau say nak minta vaksin awal pun tidak adil kepada mereka yang betul-betul berdepan dengan Covid everyday.

Kata beliau , dia dan isterinya kategori dalam fasa pertama kerana merupakan barisan hadapan namun isterinya yang kini hamil tidak dibenarkan mengambil suntikan vaksin ini. Apa yang boleh dilakukan hanyalah menunggu giliran disuntik.

Owh menjawab soalan ampa, saya bukan influencer nak potong line tu plus DG dah bagitau yang so called influencers tu adalah ketua jabatan Hospital Serdang themselves untuk menggalakkan staff frontliners mereka mengambil vaksin COVID-19. Cukup2 la sebar berita palsu ni, ampa tak penat ka?

Dr Say juga memberitahu bahawa dia akan memuat naik foto dengan bangganya jika sudah menerima vaksin Covid-19 ini. Dalam pada itu, di ruangan komen rata-rata turut sama rasa teruja menunggu giliran untuk disuntik vaksin.

Pernah Diduga Kehilangan Kandungan Sebelum Ini. Kali Ini Dr Say Maklumkan Berita Gembira Tentang Kehamilan Isterinya Dan Perkembangan Terbaru

Untuk makluman,senelum ini Dr Say Shazril kongsi khabar sedih setelah isterinya alami kehilangan kandungan di saat usia kandungan memasuki tempoh 12 minggu. Jelas doktor,bahawa jantung bayinya tidak kelihatan dan sedih sekali bayi itu tidak bergerak.

Baru baru ini,Dr Say kongsi satu posting di IG berkaitan berita kehamilan isterinya,Dr Azura. Tahniah!Alhamdullilah, Adik Ace In The Making. Masa sebulan bini missed period dan positive urine pregnany test, ikutkan hati nak sy kongsi kat satu dunia berita baik ni. Tapi pengalaman dan kesedihan kehilangan kandungan lepas mengajar sy untuk bersabar (plus bini sekeras-kerasnya tak kasi sy share kat socmed). Lepas 3 bulan menahan, arini tuk julung kalinya kami pergi scan dengan pakar sakit puan kami (sebelum tu kami scan sendiri2 ja). Kelihatan sihat dan lincah bergerak kandungan bini.

Ulasnya,Terukir senyuman luas pada muka saya dan bini. Alhamdullilah lekat. Keluar dari klinik tadi tak sempat sy nak mintak izin bini, terus dia cakap “u nak btau satu dunia lah tu kan?”. Sy tersenyum malu, tapi mahu! Maka Alhamdullilah peeps!Menurut Dr Say, selepas tiga bulan isterinya mengalami kehilangan kandungan, mereka dikurniakan rezeki sekali lagi. Dia percaya kata warganet apabila sekali kehilangan kandungan, yang seterusnya akan senang untuk lekat. Ujarnya lagi, mereka tidak merancang dan menganggap ini rezeki sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) juga. Ini kerana, sewaktu PKP mereka banyak menghabiskan masa makan, tidur dan bersama setiap hari.

Dalam perkongsiannya, Ampun sy lama menyepi sebab kali ni alahan bini kuat sikit berbanding pregnancy sebelum ni so kena jaga well being dia sikit. Sy tau ampa mesti curious jantina nya. Tak kisah apa jua jantina yg penting kali ni #TeamDaddy #SayJr! P/S : Tajm mata ampa tengok kat post bini & story sy ampa boleh nampak baby bump bini ye. Jenuh sy cover cakap tu buncit penangan Musang King ahaha.

Dia juga turut memberitahu waktu tiga bulan yang genting telah berlalu. Masih tinggal 7 bulan sahaja lagi untuk dia dan isteri bakal mendapatkan cahaya mata kedua mereka. Dr Say turut memohon doa daripada semua agar kandungan isterinya itu sihat sejahtera. Mengenai soal jantina, Dr Say tidak kisah sama ada lelaki mahupun perempuan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *