Youtuber Bella Khan dedahkan laman web rahsia untuk beli barang dapur yang segar. Semuanya ada di sini sampai tak perlu keluar rumah.

artis Semasa Viral

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memasuki kali ketiga dan kali ini, beberapa SOP baharu diperkenalkan, seperti jangka masa 2 jam untuk berada di kedai, dan waktu perniagaan yang dipendekkan. Secara tak langung, perkara ini semestinya merisaukan orang ramai, lagi-lagi mereka yang nak keluar untuk mendapatkan barang dapur atau barang keperluan lain.

Baru-baru ini, seorang influencer terkenal, Bella Khan ada kongsikan senarai ‘rahsia’ kedai online yang beliau gunakan untuk cari macam-macam barangan keperluan harian macam sayur, ayam, daging dan lain-lain. Sejak MCO, Aku beli groceries kat online je. Kat thread ni, Aku share my favourite grocery stores (Semua fresh dan pun cepat 24/48 hours kat KV). 1. Cameron Farmers: Kalau nak beli vegetables and fruits — Bella khann 🇵🇸 (@bellakhann)

Kalau nak diikutkan, sebenarnya ada banyak lagi kedai online yang menjual barang-barang keperluan harian, tapi apa yang dikongsikan dalam bebenang Bella tersebut adalah kedai-kedai kegemaran beliau sendiri. Kalau korang tengok senarai bebenang tu, ada kedai sayur, seafood, ayam, daging, buah dan barang-barang keperluan yang lain.

Lepas Ni Beli Online Ajelah

Ramai pengikut Youtuber terkenal ini setuju dan mengesyorkan juga pembelian barangan harian secara online. Selain menjimatkan masa, pastinya korang tak perlu lagi risau tentang perkara-perkara lain macam mencari parking, terpaksa keluar rumah dan lain-lain.

My dad pun pernah beli oreo & susu farm fresh banyak gila untuk kakak

Apa pendapat korang pulak? Pernah ke beli barang dapur secara online? Share lah jugak dengan kitorang.

Sumber : Twitter

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Youtuber Buat Video Masak. Sekali Ini Pesanan Dia Untuk Semua Yang Nak Ambil Resepi Atau Gambarnya.

Sejak pagi tadi, tular di media sosial berkenaan isu trademark resepi masakan popular daging harimau menangis yang didakwa dilakukan oleh seorang individu dikenali. Perkara tersebut menjadi perbualan warganet di media sosial kerana tindakan yang dibuat oleh individu itu seakan menjatuhkan peniaga-peniaga kecil yang sudah lebih dahulu mengeluarkan produk terbabit.

Siapa nak guna dipersilakan

Walau bagaimanapun, menerusi satu perkongsian seorang YouTuber yang sering berkongsi resepi masakan kepada pengguna media sosial, dia telah memuat naik satu hantaran di Twitter bertolak belakang dengan isu yang viral itu.

Tak perlu minta izin, ambil je

Dikenali sebagai Che Nom, dia menyatakan sesiapa yang ingin menggunakan resepi yang diberikan di saluran YouTubenya untuk berniaga tidak perlu meminta izin kerana dia menghalalkan segala ilmu yang dikongsi. Che Nom juga menyatakan tidak akan meletakkan sebarang trademark kerana menurutnya kita sama-sama mencari rezeki.

Kongsi video2 masakan buat semua

Che Nom atau nama sebenarnya Norma Bakar telah berkongsi ratusan video masakan di saluran YouTubenya. Setakat ini, wanita tersebut telah berjaya mengumpul 970 ribu subscribers yang kebanyakkan penontonnya adalah golongan wanita.

Terima kasih Che Nom!

Sehubungan dengan itu, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan mengucapkan terima kasih kepada YouTuber tersebut kerana tidak kisah berkongsi resepi kepada orang ramai. Mereka juga mengakui gemar menonton video-video masakan Che Nom dan resepi yang diberikan berjaya menghasilkan masakan yang sedap.

Resepi sedap buat orang lain gembira

Semoga rezeki Che Nom diperluaskan

Sumber: Che Nom

Nenek 70 Tahun Ini Dapat Menjadi Youtuber Terkenal Apabila Dia Sering Berkongsi Video Masakannya Di Youtube. Dan Nenek Ini Dapat Raih 8 Juta Tontonan Bulanan.

Suman Dhamane yang berusia 70 tahun kini menjadi YouTuber popular. -foto instagram Suman Dhamane.Seorang nenek berusia 70 tahun di India meraih perhatian ramai menerusi video masakannya di laman YouTube. Suman Dhamane, yang merupakan penerima terbaru anugerah YouTube tahun ini, kerana keenakan resepinya menerusi saluran ‘Aapli Aaji’.

Turut didedahkan wanita itu memperoleh lebih 580,000 pengikut dengan lebih lapan juta tontonan setiap bulan, hanya dalam tempoh setahun. Populariti Suman bermula oleh usaha cucu lelakinya yang berusia 17 tahun, Yash yang memaparkan kepakaran neneknya memasak menerusi laman itu.

Yash mempunyai kepakaran dalam membuat rakaman dan suntingan video serta memuat naiknya di YouTube. Dia membantu merakamkan neneknya memasak dan memuat naik dua video setiap minggu.

Video Suman meraih banyak tontonan kerana ia dirakamkan dalam bahasa Marathi, yang mempengaruhi penonton tempatan yang menggunakan bahasa itu. Tambahan pula, resepi masakannya adalah ringkas yang diamalkan oleh kaum ibu sejak bertahun-tahun, menjadikan pengalamannya itu lebih mudah diikuti ramai. 

Gara Gara Video Yang Dihasilkan Tidak Mendapat Sambutan Menggalakkan. Anaknya Yang Berumur 16 Tahun Ini Sanggup Guna Inisiatif Ini Dan Hadiahkan Hampir 20 000 Subscribers YouTube Dalam Masa 3 Hari

Danial menitipkan ucapan terima kasih buat warganet yang banyak membantu sehingga membolehkan dia menggembirakan ibunya.BUKAN mudah untuk menjadi seorang YouTuber.Begitulah juga kisahnya mengenai Azlina Jelani, 43, ibu kepada dua cahaya mata yang berjinak-jinak menerusi platform video itu sejak Mac lalu.

Menurut anaknya, Danial Anas Aizat Ahmad Samhan, 16, ibunya yang juga YouTuber masakan hampir berputus asa gara-gara video yang dihasilkan tidak mendapat sambutan menggalakkan.Enggan ibunya kecewa, dia yang mesra disapa Danial berkongsi mengenai perihal YouTube ibunya di laman TikTok sehingga ia menarik perhatian ramai warganet.

“Mama buat YouTube masa awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari tu. Subscribers pun dalam 400 orang je.”Tiga bulan lepas, mama dah berhenti buat video. Mama dah putus asa, mama kata tak boleh buat apa dah.Ibu Danial mula berjinak-jinak sebagai YouTuber masakan sejak Mac lalu.

“Saya nak tengok mama happy, jadi saya cuba post di TikTok. Alhamdulillah dalam masa tiga hari naik dekat 20,000 subscribers,” ujarnya kepada mStar.Mesra disapa Danial, dia yang berasal dari Sabak Bernam, Selangor mengakui cukup terharu dengan bantuan dan sokongan oleh warganet.

Malah ibunya yang bekerja di sebuah pusat dialisis seolah-olah sukar percaya dengan apa yang berlaku dalam tempoh singkat itu.”Mama suka tengok YouTube, dia suka tengok Sugu Pavithra, nak jadi macam mereka. Syukur sekarang subscribers mama dah meningkat.”Mama pun macam tak percaya. Dia happy, mama kata bagai satu mimpi. Dia pun dah ada semangat, nak sambung hasilkan video untuk YouTube,” ujar Danial.

Antara video di YouTube ibu Danial.Dalam pada itu, Danial juga mahu menitipkan ucapan terima kasih buat warganet yang banyak membantu sehingga membolehkan dia menggembirakan ibunya.”Saya nak ucapkan ribuan terima kasih untuk semua warga TikTok. Tanpa anda, siapalah saya dan mama?”Saya baru umur 16 tahun, tak ada duit nak bagi mama happy. Itu salah satu cara untuk gembirakan dia.”Terima kasih yang tolong dari awal. Walaupun tak kenal satu sama lain. Moga anda semua murah rezeki,” ujarnya.Nak macam-macam 

Tular Di Twitter Seorang Peniaga Air Tebu Ini Tidak Dapat Sambutan Orang Ramai. Menarik Sekali Usaha Anaknya Sanggup Sebarkan Menggunakan Satu Cara Ini Dan Dapat Perhatian Orang Ramai.

Perniagaan bapa Wani merosot dek cuaca tak menentu, ditambah pula dengan pelaksanaan PKPB. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul bebanan. Begitulah kisah tular di Twitter mengenai seorang gadis yang sedih melihat perniagaan bapanya merosot sejak beberapa hari lalu. Lebih pilu, Shazwani Farzana, 21, kini menetap di Negeri Sembilan sementara bapanya pula, Saharudin Rajab, 52, pula berada di Kedah.

Bercerita kepada mStar, dia yang mesra disapa Wani mendedahkan perniagaan minuman seperti air tebu dan cincau kurang mendapat sambutan kerana cuaca tidak menentu sejak beberapa hari lalu. Keadaan juga bertambah sukar memandangkan tidak ramai pelanggan datang disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan Besryarat (PKPB) yang kini sedang dilaksanakan.

“Lebih kurang tujuh tahun lepas ayah mula berniaga air minuman, sebelum tu ayah kerja kilang. Ayah ada di Kedah, manakala saya menetap dengan mak di Negeri Sembilan sebab mak kerja di sini.

Wani juga akan membantu bapanya sekiranya di pulang ke Kedah.

“Jadi setiap hari ayah biasanya akan update mengenai gerai dalam group WhatsApp. Terbaharu, dia kongsikan mengenai keadaan semasa, cuaca hujan lebat… dengan PKPB lagi. Nak dapat seorang pelanggan pun susah,” kata Wani.

Ujar penuntut bidang Rangakaian dan Keselamatan Komputer di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor itu, jauh di sudut hati dia sedih dengan nasib menimpa bapanya. Malah, dia turut mendapat ilham untuk membuat hebahan di Twitter dan sama sekali tidak menyangka akan menerima sokongan ramai.

Kalau siapa yang rasa air tebu tu, memang pure. Kerja dia memang renyah.

“Sedih tengok. Selalu malam-malam ayah juga akan call mak sembang-sembang pasal perniagaan dia. Saya tak berniat nak viral pun. Sekadar kongsi di Twitter. Rasa kasihan sebab perniagaan ayah merosot. Saya hanya mahu minta doa warga Twitter. Tapi tak sangka ramai yang bagi sokongan sehingga ia viral di Facebook. Ramai yang perihatin dan luah hasrat mahu datang ke gerai ayah. Doa mereka pun dah cukup untuk beri semangat buat ayah. Sekarang ayah cuti tiga hari, dia mahu berehat. InsyaAllah Sabtu ni gerai akan akan dibuka semula,” ujar Wani. Jelasnya lagi, gerai bapanya terletak di Seri Astana, Sungai Petani dan selain minuman dia turut menawarkan aneka kuih muih.

Kedatangan pelangan merosot sejak PKPB dilaksanakan, ditambah dengan keadaan cuaca buruk sejak beberapa hari lalu.

Dalam pada itu, Wani mendedahkan bapanya juga mengalami masalah kesihatan dan sering sakit kaki sehingga dia tidak boleh berdiri dalam tempoh lama. Namun, dia tetap kagum dengan kecekalan bapanya yang disifatkan cukup teliti khususnya dalam penyediaan air tebu.

“Saya pun kalau balik ke sana, akan bantu ayah. Tapi dia memang seorang yang sangat teliti. Untuk jual esok, hari ni ayah akan buat semuanya. Ambil masa sehari. Kikis kulit tebu, cuci sampai bersih. Kalau siapa yang rasa air tebu tu, memang pure. Kerja dia memang renyah. Dari ambil tebu, cari pembekal dan berniaga, semua ayah buat sendiri,” ujarnya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *