Disebabkan tak perasan ada cctv. Rider food panda ini boleh pula kantoi lakukan sesuatu ini selepas hantar pesanan.

Amalan ISU SEMASA Viral

Baru-baru ini, sebuah video memaparkan gelagat lucu seorang rider semasa menghantar pesanan pelanggan telah menarik perhatian ramai di TikTok. Menerusi video yang dikongsi oleh @itsme.mohdazman itu, kelihatan lelaki berkenaan sedang berdiri di hadapan pintu setelah selesai menghantar pesanan.

Berjoget depan pintu, hilangkan bosan

Namun, secara tiba-tiba lelaki itu berjoget mengikut rentak tarian yang terkenal di TikTok. Dipercayai lelaki terbabit tidak menyedari terdapat CCTV yang merakam aksinya itu. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet berasa terhibur melihat gelagat rider berkenaan. Bagi mereka, mungkin lelaki itu ingin menghilangkan bosan buat sementara waktu.

Kerja kena happy

Comel je, hilang stress

Santai dulu bos

Sama rentak dengan muzik

Senam lenguh naik tangga ni

Macam mana dia terfikir nak berjoget?

Lucu sungguh! Asalkan kerja dah selesai.. Apa salahnya nak menghiburkan hati, kan? 

Sumber: TikTok @itsme.mohdazman

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Rider Ini Siap Boleh Minta Untuk Masuk Rumah Pada Pemilik Tersebut. Rupanya Ini Yang Dia Ingin Lakukan Sampai Buat Warganet Terharu.

Tidak dinafikan lagi, pekerjaan sebagai seorang ‘rider’ memang sangat mencabar dek kerana pelbagai halangan yang perlu ditempuhi sewaktu bekerja seperti faktor cuaca atau nahas jalan raya. Biarpun sering berdepan pelbagai kesukaran ketika menjalankan tugas, ramai yang masih menjaga akhlak dan tidak lupa menunaikan ibadah sebagai seorang Hamba Tuhan yang Maha Esa. Menerusi sebuah perkongsian di TikTok baru-baru ini, seorang gadis dikenali sebagai Yaya bercerita tentang pengalamannya berjumpa dengan seorang ‘rider’ atau penghantar makanan yang cukup baik.

Minta izin tumpang solat

Sebaik selesai menghantar pesanan makanan, lelaki berkenaan meminta izin untuk tumpang menunaikan solat buat seketika di rumahnya. Situasi tersebut sekali gus membuatkan gadis itu ‘cair’ melihat kesopanan lelaki tersebut. Bukan itu sahaja, dia juga sanggup menunggu di luar rumah untuk memberi ruang kepada ‘rider’ itu beribadah.

Di samping itu, Yaya memohon maaf jika ‘rider’ terbabit sudah menjadi milik orang. Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet kagum dengan akhlak lelaki itu. Malah, ada yang memuji tindakan Yaya kerana sanggup menunggu di luar untuk menjaga batas pergaulan dengan lelaki ‘ajnabi’.

Lelaki jaga solat buat perempuan ‘cair’

Bagusnya awak, duduk luar

Jatuh hati sebab jaga solat, bukan sebab rupa

Sumber: Oh My Media

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Hanya Nak Order Makanan Di Food Panda Sampai Ada Pelanggan Yang Gunakan Nama Tuhan. Sekali Ini Respons Rider Tersebut.

Kalau korang ingat lagi, sebelum ni tular di media sosial ada segelintir pelanggan yang pesan makanan melalui aplikasi Foodpanda guna nama ‘Allah’ dalam arahan pembelian. Jika tak silap, pelanggan tu guna ayat yang berbunyi lebih kurang, “Jangan tipu, Allah nampak’. Pada awalnya ia mungkin nampak kelakar, tapi bila lama-lama, ada lagi individu lain yang turut menggunakan taktik sama.

Mal4ngnya perkara ini semakin berlarutan dan mula diikuti oleh orang lain. Sampaikan ada rider Foodpanda yang mula berasa tidak selesa dikenakan arahan sebegitu rupa. Inilah yang dialami oleh Azyz’s Ahmad apabila seorang pelanggannya menggunakan nama ‘Allah’ dalam arahan pembelian. Jom ikuti perkongsian ini.

Jangan guna nama Tuhan kalau nak buat order

Bila orang order guna apps Foodpanda, kakak / abang / makcik / pakcik, jangan suka-suka hati nak main nama Allah masa order ye. Memang Tuhan nampak, saya tak pertikaikan benda tu. Dalam apps Foodpanda je pun, bagilah instruction bagus-bagus..ni nak guna nama Allah pulak..Ingat kami ni robot ke nak ikut 100% apa yang awak minta. KFC pun ada prosedur dia sendiri. Memang bagi ikut sukatan, bukan kedekut tapi memang prosedur dia macam tu. Nak cheese lebih? Add on lah cheese tu..

Kami rider Foodpanda ni pun tukang hantar je. Nama sebut nama Tuhan bagai..solat tu penuh ke tidak? Tuhan nampak tau..Jangan nak main-main nama Tuhan bila order ya? Sekian hujah saya. Terima kasih. Begitulah pesanan abang rider ini. Moga-moga jadi pengajaran buat kita semua.

Sumber: Azyz’s Ahmad

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Rider Food Panda Ini Sempat Hantar Mesej Sebegini Dalam Keadaannya Yang Sakit. Sekali Ini Respon Pelanggannya.

Najmi berkongsi kisah rider sempoi yang menghantar barangnya, baru-baru ini. Ketika penularan pandemik Covid-19 masih belum reda, rata-rata masyarakat lebih gemar membeli-belah secara maya (online). Bukan sahaja mahu mengurangkan risiko penularan virus berkenaan dengan kekal berada di rumah, namun dalam masa yang sama kaedah berkenaan lebih mudah dan menjimatkan masa.

Begitu juga dengan pemuda ini yang sering kali membeli belah dan membuat pesanan makanan secara online, lebih-lebih lagi kerana bekerja dari rumah sejak hampir setahun lalu. Namun kejadian yang membabitkannya dengan seorang pekerja penghantar barang (rider) baru-baru ini begitu lucu apabila mereka berdua sempat ‘berduet’ dalam mesej di aplikasi penghantaran.

“Penat la aku gelak hari ni. Sampai je tegak dia bagi, ‘kau ajak aku menyanyi atas motor?’. Apa-apa pun thank you Panda riders! Semoga dilindungi dari malapetaka atas jalanan,” tulisnya pada perkongsian di Twitter. Pemuda itu turut memuat naik mesej mereka di perkongsian tersebut yang sehingga kini meraih 12,000 retweet.

Mesej sempoi antara Najmi dan rider yang mencuit hati warganet.

Bercerita kembali kejadian lucu berkenaan, Najmi Aiman berkata dia sama sekali tidak menyangka mesejnya dibalas dengan ‘sempoi’ oleh rider berkenaan.

“Bila rider beritahu sudah dalam perjalanan dan ‘sila tunggu di lobi’, saya memang dah standby untuk turun ke bawah rumah untuk ambil barangan. Tapi bila baca mesej dia ‘I can’t go up my leg pain’ terus saya tergelak. Saya pun sekadar balas sempoi ‘sakit apa tokwi?’ tapi lebih lucu dia sambut dengan balas ‘sakit sendi tulang’. Ibarat berduet lagu Anak Itik Tokwi pula. Selepas itu mesej seterusnya dia beritahu kakinya sakit sebab gout. Masa tu tertanya-tanya juga macam mana rupa abang rider yang sempoi ni. Bila dia sampai, saya memang dah sedia tunggu di bawah… terus abang tu kata ‘kau ajak aku menyanyi atas motor?’ kemudian kami berdua gelak-gelak,” ujarnya.

Najmi sering membuat pesanan dan membeli belah secara dalam talian (online) sejak bekerja dari rumah, setahun lalu.

Sungguhpun banyak menerima komen positif yang terhibur dengan perkongsiannya, namun pemuda yang senang disapa sebagai Najmi berkata dia juga ada menerima komen negatif daripada pelayar yang tersalah anggap dengan situasi tersebut.

“Ada yang komen macam marah kononnya kenapa saya tak mahu turun ke bawah lobi untuk ambil barang. Sebenarnya saya memang akan turun setiap kali ambil barangan kerana saya lebih suka guna kaedah tunai, dalam masa yang sama boleh beri tips untuk rider.

Masa tu tertanya-tanya juga macam mana rupa abang rider yang sempoi ni

“Dan mungkin mesej rider ‘sila tunggu di lobi’ tu adalah mesej template. Tapi tak apalah, mungkin mereka tak tahu situasi. Tapi lucu juga bila ada pelayar yang tahu lokasi rumah saya sebab cam kawasan persekitaran menerusi gambar yang dimuat naik,” ujar pemida berusia 25 tahun ini yang baharu sahaja berpindah ke kawasan perumahan di Cyberjaya, sebulan lalu.

Tidak menyangka perkongsian menjadi tular, Najmi berkata sekadar mahu berkongi perkara lucu dan juga melahirkan kekagumannya dengan sikap mesra serta sempoi rider tersebut.

Antara perkongsian warganet yang turut memuji sikap sempoi rider berkenaan.

“Saya suka cara abang rider ni… sempoi. Pelanggan pun senang hati. Dalam pada sibuk dan penat, dia masih sempat bergurau dan berbasa basi. Kalau boleh, bukan sahaja rider, tapi bagi mereka yang terlibat secara langsung dengan pelanggan sama ada peniaga atau sebagainya seeloknya biarlah sempoi dan ramah. Orang kata, tanggapan pertama (first impression) tu penting. Barulah pelanggan suka dan ulang beli. Apapun saya berdoa agar rider-rider dan peniaga yang lain agar dimurahkan rezeki serta dipermudahkan urusan berniaga untuk kawan-kawan daripada group Syrup Waffle terutamanya BurgerCulture_MY,” katanya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *