Mungkin ada yang tak perasan cara semak wang yang tak dituntut secara online. Ketahui cara untuk kita kenalpasti jumlah.

Pengetahuan Semasa tips

Kita mungkin tak perasan, ada akaun bank yang dah lama kita tak pakai rupanya ada sejumlah Wang Tak Dituntut (WTD). Info Bantuan Rakyat Malaysia : http://t.me/BantuanPrihatinRakyatMalaysia. Wang Tak Dituntut ini mungkin juga komisen, dividen, tuntutan insurans, draf bank yang telah luput, dan sebagainya. Kini ada cara untuk kita semak Wang Tak Dituntut (WTD) ini secara online iaitu melalui Portal eGUMIS, Jabatan Akauntan Negara. Di sini min kongsikan pengalaman mereka yang pernah membuat tuntutan dan cara buat semakan serta tuntutan sekiranya ada WTD dalam semakan anda nanti.

Pengalaman Dapat Wang Tak Dituntut (WTD)

Dalam artikel ini kami kongsikan sebuah posting oleh Nurazlina Aini Mahamad Shaharin tentang pengalaman dapat WTD ini secara online. Menurut beliau, ada sejumlah RM3,322.44 Wang Tak Dituntut yang ada dalam data setelah membuat semakan! Jom baca perkongsian beliau selanjutnya.

Dengan kata lain, duit yang tak disangka sangka. Purple mata hitamku sekejap bila tengok angka tertera. Betul ke ni? Terkelip kelip mata aku tengok? Tulisan kecil sangat, takut tersalah tengok pula. Dah la ada orang tua kat rumah ni kaki bahan jugak. Hahaha..

Macam dapat bonus bro! Nikmat apa lagi yang aku nak dustakan? Tak pernah mimpi boleh ada amount sebanyak ni tersimpan kat Akauntan Negara. Aku pun hairan apa yang aku buat dengan duit duit tu dulu. Tak pernah peduli pun pasal wang tak dituntut sebelum ni. Rasanya pernah viral pasal wang tak dituntut ni 2-3 tahun lepas. Tapi tak ambil pusing sangat. Entah kenapa tiba-tiba pagi tu tangan ringan je register masuk nak tengok. Senyum sampai telinga wehh. U all kalau belum check wang tidak dituntut, cepat cepat pergi check. Mana tau ada duit terpijak jugak. Apapun, semestinya itu duit dan hak kita. Ada sikit boleh simpan bank, ada banyak terpaksalah bekukan tukar jadi emas. Itu rahsia duit kekal lama.

Cara Semak Wang Tak Dituntut Online

Memandangkan ada yang tanya nak check kat mana, di sini saya kongsikan cara buat semakan Wang Tidak Dituntut online melalui Portal eGUMIS (Jabatan Akauntan Negara Malaysia):

  1. Layari https://egumis.anm.gov.my/
  2. Untuk yang pertama kali, register dulu (sign-in).
  3. Isi semua maklumat yang diperlukan.
  4. Check email untuk verify link yang diberi.
  5. Log in semula.
  6. Kemudian, masukkan semua maklumat yang diperlukan.
  7. Masukkan nombor IC kita. Boleh bantu check untuk ibu ayah kat kampung jugak. Maksimum boleh check dua nombor IC sahaja.
  8. Jika ada jumlah Wang Tak Dituntut, boleh buat Permohonan untuk dimasukkan ke dalam akaun bank kita yang terkini.

Di bawah ini kami kongsikan tutorial / panduan bergambar oleh Liza Mnor bagi yang ingin membuat semakan Wang Tak Dituntut.

Mula-mula daftar dulu jika belum daftar.

Buat carian menggunakan nombor IC.

Jika ada, senarai akan dipaparkan di ruang HASIL CARIAN. Kalau ada jumlah wang yang tak dituntut, boleh klik TERUSKAN DENGAN PERMOHONAN (kotak biru di bawah kanan).

Isikan maklumat lengkap ada borang Permohonan Wang Tidak Dituntut. Nanti save as PDF dan jadikan lampiran dalam e-mel. Sila e-melkan permohonan kepada permohonan_wtd@anm.gov.my

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Jabatan Akauntan Negara Malaysia, Bahagian Pengurusan Wang Tidak Dituntut melalui saluran berikut: Layari laman web http://www.anm.gov.my/index.php/arkib-berita-2020-perlis/7833-semakan-wtd-atas-talian-melalui-portal-egumis

Sumber : Info Awam

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Kesan Transaksi Yang Tidak Sah Bagi Permohonan Pengeluaran Tabungan Melalui Skim ILestari. KWSP Jelaskan Lebih Lanjut Berkenaan Hal Tersebut

Terbaru, KWSP telah mengesan transaksi yang tidak sah bagi permohonan pengeluaran tabungan melalui skim i-Lestari yang dilakukan oleh individu lain,menggunakan akaun ahli. Difahamkan perkara itu dikenal pasti susulan siasatan dalam yang dilakukan selepas seorang pengurus syarikat dedah berlakunya transaksi pengeluaran daripada akaun simpanan melalui skim itu sedangkan tiada permohonan dibuat

Dalam satu kenyataan yang dibuat KWSP, hari ini dimaklumkan menerusi siasatan yang dibuat, didapati ahlinya itu memang tak buat sebarang permohonan iLEstari malah transaksi tersebut diklasifikasikan sebagai tidak sah.”Tindakan pembatalan permohonan itu sudah dilakukan dan pemulihan akaun saudara Muammar Gadafi Othman sedang dijalankan.

“KWSP memohon maaf atas kesulitan yang dialami oleh saudara Muammar dan kami sudah berhubung dengan beliau untuk memberikan keterangan lanjut,” katanya.Menurut kenyataan, KWSP juga mengucapkan terima kasih kerana pendedahan itu membawa perhatian mereka terhadap kes berkenaan.

“Berikutan kes ini serta sebilangan kes berbaur penipuan oleh ‘scammer’ yang masih berlaku dalam kalangan ahli, KWSP menasihat ahli supaya sentiasa peka dengan aktiviti akaun, terutamanya transaksi yang meragukan.”Untuk memudahkan ahli menyemak aktiviti akaun, ahli dinasihatkan untuk mendaftar i-Akaun untuk semakan berkala,” katanya.

Berdasarkan kenyataan itu, aduan boleh diajukan kepada Pusat Pengurusan Pelanggan KWSP di talian 03- 89226000 dari jam 8 pagi hingga 6 petang, Isnin hingga Jumaat atau melalui laporan secara dalam talian di laman web KWSP di http://enquiry.kwsp.gov.my. Sebelum ini, menerusi artikel BH yang bertajuk ‘Pengurus syarikat kesan pengeluaran i-Lestari pihak tidak dikenal’ yang disiarkan pada 14 Februari lalu, Muammar mendakwa berlaku transaksi mencurigakan dalam akaun KWSP miliknya.

Jelas Muammar, 43, awalnya tidak menyedari mengenai pengeluaran berkenaan sehinggalah mahu mengeluarkan wang dalam akaun terbabit, pada November tahun lalu.Katanya, pada ketika itu, beliau menyedari ada permohonan pengeluaran i-Lestari setiap bulan daripada November hingga Mac 2021 untuk dikreditkan terus ke satu akaun lain.

“Saya nampak ada nombor akaun lain tertera, namun tidak mengesyaki apa-apa sebelum menukar kembali ke nombor akaun saya.”Saya sekali lagi memeriksa akaun KWSP hari ini (14 Februari) dan mendapati individu terbabit berjaya mengeluarkan RM500 daripada akaun saya, pada 17 November lalu secara cek bank,” katanya.Beliau kemudian meminta isterinya turut memeriksa akaun KWSP dan mendapati berlaku pengeluaran i-Lestari oleh individu lain.

Ramai Masih Buntu Cara Untuk Memohon Dan Semakan ILestari KWSP RM500 Sebulan. Ini Rupanya Cara Paling Ringkas

Difahamkan ahli boleh membuat pengeluaran minimum RM50 dan jumlah maksima sebanyak RM500 sebulan daripada akaun 2 KWSP tertakluk kepada baki. Sebarang info bantuan boleh lah merujuk kepada website BantuanPrihatinRakyatMalaysia. Bagi pengeluaran i Lestari pula adalah berkonsepkan secara bulanan dan berulang untuk bulan bula berikutnya.

Makluman ahli akan terima wang berikut bermula bulan depan daripada tarikh kelulusan sehingga tamat tempoh kuatkuasa Pengeluaran i-Lestari iaitu pada 31 Mac 2021. Contoh yang pertama, Jika permohonan diluluskan pada April 2020, kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah selama 12 bulan iaitu sehingga 31 Mac 2021.

Kedua, Jika permohonan diluluskan pada bulan Oktober 2020, kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah selama 8 bulan iaitu sehingga 31 Mac 2021.Bagi Ahli yang telah mencapai umur 55 tahun, Ahli tidak layak memohon pengeluaran iLestari ini kerana telah layak untuk membuat Pengeluaran Umur 55 tahun.

Ahli boleh membuat permohonan pengeluaran iLestari ini secara online, emel atau pos.Ahli juga boleh membuat permohonan pengeluaran i-Sinar sehingga RM10,000 bermula 21 Disember 2020.Berikut cara permohonan Melalui Portal I-Lestari Online.

Pertama,pergi ke Portal iLestari di https://ilestari.kwsp.gov.my dan klik pada Permohonan Baru.Kedua, masukkan nama penuh, nombor MyKad, nombor telefon bimbit, alamat e-mel (jika ada) dan alamat surat menyurat.Ketiga, pilih amaun pengeluaran yang dikehendaki.

Keempat,Pilih nama bank dan masukkan nombor akaun bank simpanan/semasa. Pastikan akaun bank simpanan/semasa yang masih AKTIF.Kelima Klik pada kotak perakuan terma dan syarat. Ahli dikehendaki untuk membaca, memahami dan bersetuju dengan perakuan terma dan syarat. Klik pada butang SETUJU.Keenam, Klik pada kotak ‘Saya bukan robot’ (reCAPTCHA) dan klik pada butang HANTAR.

Berikut pula cara Permohonan Melalui E-Pengeluaran KWSP.Untuk menggunakan cara ini, ahli dikehendaki memiliki i-Akaun KWSP. Pertama, Log masuk ke i-Akaun (Ahli).Kedua, Pilih Tab Pengeluaran.Seterusnya, Klik e-Pengeluaran. Keempat, Klik Permohonan Baru.Akhir sekali,. Pilih Pengeluaran i-Lestari untuk memulakan transaksi.

Manakala, Permohonan Secara Manual (Pos).Ahli juga boleh membuat permohonan pengeluaran melalui pos.Pertama. Muat turun Borang Permohonan i-Lestari terlebih dahulu.Kedua. Lengkapkan borang berserta tandatangan atau cap ibu jari kiri atau kanan Ketiga,. Sertakan bersama dokumen berikut:Salinan MyKad (depan dan belakang) yang jelas,Salinan pasport (untuk Ahli bukan warganegara Malaysia),Salinan buku bank/penyata akaun bank (simpanan/semasa) Ahli yang AKTIF.AKhir sekali. Hantarkan borang permohonan bersama dokumen tadi kepada:

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja,
Beg Berkunci No 220, Jalan Sultan
46720 Petaling Jaya.
(UP : i-Lestari)

Ini antara cara SEMAKAN PERMOHONAN ILESTARI

Ahli boleh terus membuat semakan permohonan selepas 2 hari dari terikh memohon.Pertama. Ahli boleh membuat semakan di Portal Semakan i-Lestari KWSP.Kedua, Masukkan nombor MyKad dan nombor telefon bimbit.Ketiga, Klik pada kotak ‘Saya bukan robot’ (reCAPTCHA) dan klik pada butang SEMAK.

Semakan Pembayaran.Ahli akan menerima SMS apabila pembayaran telah dikreditkan ke dalam akaun.Bagi yang mendaftar menggunakan e-Pengeluaran, ahli boleh login ke i-Akaun untuk membuat semakan bayaran.Sekiaranya ahli tidak menerima apa-apa bayaran pada bulan itu, sila hubungi hotline KWSP 03 8922 6000.Info Bantuan Rakyat Malaysia . http://t.me/BantuanPrihatinRakyatMalaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *