Tular gelagat si bulus yang sedang kehausan. Siap tekan butang ini lagi dan tarik perhatian ramai.

Haiwan kucing Viral

Satu rakaman memaparkan seekor kucing kehausan yang setia menunggu kehadiran manusia untuk menolongnya minum daripada sebuah ‘mesin air’ menjadi tular di media sosial. Video yang dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter bernama @hash_1993 itu yang diambil daripada pengguna tiktok bernama jarrah fix menunjukkan seekor kucing yang dipercayai sedang kehausan meminta tolong kepada orang yang melalui kawasan itu untuk menekan butang bagi mengeluarkan air supaya ia boleh meminum daripadanya.

Mujur terdapat seorang manusia yang baik hati prihatin akan gelagat kucing itu membantunya untuk minum daripada mesin air tersebut. Walaupun badannya bakal basah, namun kucing itu kelihatan tidak mempedulikannya kerana mungkin sedang terlampau kehausan. Video tersebut telah menjadi tular di media sosial. Sehingga kini, ianya telah ditonton lebih 300 ribu dan mendapatkan lebih 30 ribu likes daripada pengguna media sosial Twitter.

Sumber: Twitter

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Disebabkan Terlalu Leka Main Telefon. Pemuda Ini Sampai Tak Perasan Apa Yang Kucing Ini Lakukan.

Kucing sememangnya haiwan yang mempunyai perwatakan yang boleh menghiburkan ramai orang. Dengan telatah nakalnya, pelbagai kemungkinan boleh berlaku sehingga boleh menyebabkan seseorang garu kepala memikirkan perbuatan haiwan comel ini.

Perkara ini boleh dijelaskan menerusi satu rakaman video yang memaparkan seekor kucing menyelinap masuk ke sebuah kedai, sebelum ‘mencuri’ lauk daripada pinggan seorang lelaki. Seperti rakaman tersebut, kucing tersebut pada mulanya memasuki ruang kedai menerusi bahawa bawah kabinet kaca tersebut sebelum kelihatan seperti meminta makanan.

Namun, disebabkan lelaki itu yang tidak mengendahkannya dan terus menggunakan telefon bimbit, kucing itu bertindak mengambil makanan dan membawanya lari. Apa yang menarik perhatian adalah apabila lelaki tersebut tercengang dan garu kepala melihat makanannya di bawa pergi oleh kucing tersebut.

Sumber: Makassar Info

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

UPM Tampil Cari Sampel Kucing Yang Pemiiknya Pernah Dijangkiti Covid 19. Sekali Ini Yang Mereka Perolehi.

Universiti Putra Malaysia (UPM) berhasrat mengumpulkan sampel dari 220 kucing yang dipelihara oleh individu pernah dijangkiti Covid-19, untuk mengkaji kadar jangkitan Covid-19 dalam haiwan tersebut. Kajian yang diketuai oleh Dr Farina Mustafa Kamal, pensyarah Fakulti Perubatan Veterinar, UPM bertujuan mengenal pasti status Covid-19 dalam kucing dan faktor risiko yang berkaitan dengan penyebaran Covid-19 antara manusia kepada kucing.

Fakulti Perubatan Veterinar UPM berkata pihaknya akan menerima kucing peliharaan individu yang berusia lebih enam bulan tanpa mengira jantina. Pemilik kucing mestilah disahkan positif Covid-19 pada atau selepas Jan 1 tahun ini, warganegara berumur 18 tahun ke atas dan menetap di Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya, Negeri Sembilan atau Melaka. Kajian tersebut, yang dijalankan dari Feb ke Ogos tahun ini, memerlukan sampel calitan hidung dan mulut serta rektum kucing, kata fakulti tersebut.

Peserta akan diberikan makanan kucing percuma sebagai tanda penghargaan atas penglibatan mereka dalam kajian ini. Terdahulu, pihak berkuasa kesihatan Belgium mendakwa bahawa seekor kucing yang mengalami kesukaran untuk bernafas, cirit-birit dan muntah-muntah telah dijangkiti Covid-19 daripada tuannya, lapor Sinar Harian.

Walau bagaimanapun, Ketua sakit Virus di Institut Kesihatan Belgium, Steven van Gucht berkata kes tersebut merupakan kes terpencil malahan risiko penyebaran antara manusia dan haiwan adalah sangat rendah. Tambahnya lagi, tiada bukti menunjukkan virus tersebut boleh tersebar daripada haiwan peliharaan kepada manusia dan haiwan peliharaan lain.

Dalam pada itu, kerajaan India baru-baru ini mengesahkan bahawa terdapat lapan ekor singa di taman haiwan negaranya juga menghidap Covid-19 dan mengalami simptom masalah pernafasan. Tahun lalu, seekor harimau Malaya bernama Nadia di sebuah zoo di New York City disahkan positif Covid-19, dipercayai dijangkiti seorang pekerja zoo yang positif Covid-19, tetapi tidak bergejala. Kes tersebut merupakan kes pertama yang dilaporkan melibatkan jangkitan Covid-19 dari manusia ke binatang. 

Sumber : Malaysia Kini

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sebabkan Takut Dengan Wabak Ketika Ini. Pemilik Kucing Sanggup Lakukan Ini Pada Kucingnya Dan Rupanya Ini Sebab Dia Lakukannya.

Pemilik binatang peliharaan mengambil langkah pencegahan awal penularan wabak koronavirus (Covid-19) terhadap haiwan kesayangan mereka dengan menyediakan topeng muka khas. Mereka berbuat demikian setelah panik apabila dilaporkan haiwan peliharaan mungkin dijangkiti wabak Covid-19.

Menerusi laporan, tular di laman sosial seorang pemilik haiwan membawa keluar kucingnya namun apa yang menarik perhatian apabila haiwan itu mengenakan topeng muka khas. Foto itu dimuat naik di aplikasi Weibo menunjukkan kucing itu berada di luar bersama tuannya yang sedang membeli sayuran.

Seekor anjing dibungkus dengan plastik pada keseluruhan badannya ketika keluar menemani tuannya. Kucing itu dilihat memakai topeng digunakan doktor ketika menjalani satu operasi namun dek kerana muka kucing itu bersaiz kecil, tuannya telah mengubah suai dengan menebuk dua lubang untuk mata si bulus agar bersesuaian dengan muka kucing tersebut.

Ia kelihatan sangat comel! Warganet lain juga berkongsi foto memaparkan seekor anjing telah dibungkus dengan plastik sebagai pelindung dari terjebak wabak Covid-19, ketika bersiar dengan tuannya. China Press melaporkan, pemakaian topeng di muka haiwan mendatangkan kurang selesa kepada haiwan tersebut terutama apabila hendak bernafas. “Tidak ada bukti baharu bahawa kucing dan anjing akan dijangkiti Covid-19 dan pemilik haiwan tidak perlu panik,” katanya.

Sumber : Sinar Harian

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *