Menteri Sumber Manusia telah terima banyak aduan soal majikan yang ingkar SOP. Sekali ini tindakan yang bakal dikenakan.

Covid 19 Dunia Semasa

Ketiadaan peruntukan undang-undang menyebabkan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) sukar mengambil tindakan terhadap majikan swasta yang memaksa pekerja hadir ke pejabat ketika wabak pandemik Covid-19 meningkat.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan berkata pihaknya, Kementerian Sumber Manusia (KSM) menerima banyak aduan berhubung tindakan majikan ini yang enggan dan ingkar peraturan bekerja dari rumah (BDR). Menurutnya, masalah timbul berikutan tiada sebarang akta untuk JTKSM mengambil tindakan terhadap mereka.

“Mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) hanya Kementerian Kesihatan (KKM) mempunyai kuasa bertindak terhadap majikan yang ingkar prosedur operasi standard (SOP) itu. Sehubungan itu, kita mencadangkan penurunan kuasa kepada JTKSM untuk mengambil tindakan terhadap majikan yang ingkar peraturan BDR dan cadangan ini akan dibawa dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini. Semalam Jawatankuasa Teknikal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sudah meluluskan bahawa JTKSM boleh mengambil tindakan terhadap yang melakukan kesalahan itu mengikut Akta 342 melalui penurunan kuasa. Di peringkat teknikal sudah diluluskan dan perkara ini akan dibawa ke peringkat jawatankuasa MKN petang ini untuk disyorkan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mengetuai operasi pematuhan Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446) dan SOP PKP 3.0 di sebuah kilang, di sini, hari ini. Menurutnya, jika pihak MKN meluluskan penurunan kuasa itu, JTKSM akan terus melakukan penguatkuasaan untuk mengkompaun majikan yang ingkar SOP BDR kepada pekerja mereka.

“Majikan atau syarikat yang masih ingkar akan berdepan dengan kompaun sebanyak RM50,000 untuk syarikat dan RM10,000 bagi individu jika ingkar SOP BDR itu,” katanya. Sebelum ini, kerajaan memutuskan jumlah kakitangan awam yang bekerja di rumah sebanyak 80 peratus manakala kakitangan swasta kira-kira 40 peratus bagi mengehadkan pergerakan dalam tempoh PKP 3.0.

Arahan itu menjadikan kira-kira lapan juta rakyat di negara ini bagi kedua-dua sektor itu tidak perlu keluar bekerja dalam tempoh PKP 3.0 sekali gus membantu kerajaan mengawal pergerakan orang ramai. Saravanan turut menegaskan bahawa penguatkuasaan Akta 446 tidak pernah dibatalkan sebaliknya ia sentiasa dilakukan bagi memastikan tahap pematuhan tinggi oleh majikan terutama di kala jangkitan Covid-19 semakin membimbangkan ketika ini.

Sementara itu, beliau berkata pihaknya akan berbincang dengan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) berhubung pendekatan terbaik pemberian vaksin kepada pekerja industri kerana kluster di tempat kerja menjadi antara punca penularan Covid-19. “Ia juga termasuk pekerja warga asing, kita juga bimbang dengan pekerja tanpa izin yang masih ramai dan kita menyeru supaya majikan atau pihak yang ada maklumat melaporkan dengan segera untuk diambil tindakan,” katanya.

Sumber : Harian Metro

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dato Rizalman Sanggup Ambil Tindakan Ini Demi Menjaga Keselamatan Pekerja. Ini Komen Dari Warganet.

Kepimpinan seseorang itu menentukan jatuh bangunnya setiap sesuatu, lazimnya, isu-isu dalam sesebuah organisasi berpunca daripada masalah-masalah biasa yang berkisar pada penglibatan dan pelaksanaan kepimpinan dalam kalangan kakitangan.

Keprihatinan majikan terhadap aspek kesihatan dan keselamatan pekerja masih pada tahap rendah terutamanya dalam bencana pandemik Cov1d-19 yang semakin memburuk. Situasi itu dilihat cukup membimbangkan dengan keadaan negara yang masih berdepan masalah wabak pandemik Cov1d-19 berikutan tempat kerja yang kemungkinan berpotensi menjadi lokasi penyebaran virus berkenaan.

Pastinya, rakyat Malaysia berasa gerun kerana bimbang wabak mavt itu mampu menempel dan dijangkiti dalam apa jua situasi jika tidak mematuhi segala pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP). Meskipun keperluan sektor ekonomi masih lagi beroperasi seperti biasa, pematuhan (SOP) yang ditetapkan kerajaan adalah sangat ketat.

Walau bagaimanapun, keadaan tempat kerja yang tertutup dengan pengudaraan yang tidak baik dan ruang yang terhad pastinya menyukarkan perlaksanaan penjarakan fizikal dalam kalangan pekerja samada sewaktu bekerja, dalam kenderaan ke tempat kerja, mahu pun di tempat tinggal yang dipercayai telah menjadi sumber kepada penyebaran wabak ini.

Menyedari hal itu, pereka fesyen terkenal tanah air Datuk Rizalman Ibrahim telah tekad mengambil keputusan untuk menutup dan menyekat penuh operasi syarikat beliau selama dua minggu demi menjaga keselamatan pengunjung dan para pekerjanya agar ikhtiar yang dijalankan itu mampu mematahkan penyebaran wabak Cov1d-19 dalam negara.

Caption : “biaqlah kami laksanakan dahulu sebagai tanda sokongan untuk membasmi gejala ini demi kebaikan semua”

Dalam kenyataan yang dikeluarkan menerusi laman Instagram milik Datuk Rizalman, pihak syarikatnya juga akan menutup segala penjualan atas talian bermula 12 malam pada 18 Mei bertujuan menjaga keselamatan pekerja serta membantu mengurangkan penularan wabak. Tindakan berani pemilik syarikat pereka fesyen ini  meraih pujian rata-rata warganet yang turut meluahkan sekalung penghargaan buat beliau kerana bertindak untuk mengambil keputusan bijak dan langsung tidak mementingkan diri mahupun keuntungan.

Bukan mudah untuk mengekalkan pretasi sesuatu syarikat itu dalam tahap kondisi semasa yang semakin membimbangkan, tidak menjadi titik tolak perusahan dan perindustrian merupakan tunjang utama dalam menstabilkan kepentingan ekonomi dan kesihatan negara.

Meskipun, tindakan ini merupakan satu contoh terbaik yang mampu dijadikan teladan buat para majikan di luar sana dalam menjaga keselamatan para pekerja serta orang awam, perangkaan pengurusan harus dirancang dengan jayanya agar tidak mengganggu-gugat sesebuah syarikat atau terkandas di tengah jalan.

Walau bagaimanapun, sifat tegas dan lantang Datuk Rizalman ini menjadikan beliau sebagai seorang pereka fesyen disegani di kalangan penggiat industri feseyen tempatan di atas sentuhannya yang bukan sahaja terkenal dalam selebriti, malah menjadi pilihan orang kenamaan.

Sumber: Instagram Datuk Rizalman

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jumlah Cukai Pendapatannya Untuk Tahun 2020 Hampir RM800 Ribu. Warganet Cuba Rungkai Pendapatan Sebenar Dato Rizalman Ibrahim

Tampil membicarakan mengenai kepentingan berzakat dalam kehidupan seorang muslim, pereka fesyen terkenal yang kini juga usahawan, Dato’ Rizalman Ibrahim telah bersiaran secara langsung di Instagram bagi melontarkan pandangan dan berbincang mengenai isu tersebut.

Sesi yang dinamakan sebagai ‘Berat Tapi Berkat’ itu turut menampilkan Ustaz Ahmad Husni daripada Unit Syariah Pusat Pungutan Zakat di bawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan untuk tampil membincangkan mengenai topik hangat itu.

Namun yang lebih menarik perhatian, dalam sesi kedua sesi ‘live’ tersebut, Rizalman ada menyebut mengenai jumlah cukai pendapatannya untuk tahun 2020 adalah sebanyak kira-kira RM800,000.“Saya ambil contoh, macam tahun ini, akauntan saya kiran income tax saya adalah sebanyak RM800,00 dan jumlah itu pengiraan gaji, pendapatan peribadi yang lain dan syarikat-syarikat saya beserta royalti dan sebagainya.”

Para pengikut dan peminat pereka fesyen terkenal itu rata-rata meluahkan rasa teruja dan ada yang tertanya-tanya berapakah jumlah sebenar pendapatan Datuk Rizalman selama ini.Malah ada juga yang kagum dengan sifat rendah diri Rizalman yang tidak menunjuk-nunjuk kekayaan dengan membeli kereta berjenama mewah seperti selebriti-selebriti yang lain.

Sering berkongsikan perkara-perkara bermanfaat menerusi ruangan Instagram miliknya, ramai juga warganet yang tampil mengucapkan terima kasih kepada Rizalman kerana sering memuat naik isu-isu berkaitan agama yang dapat membuka mata masyarakat supaya lebih cakna dan prihatin dalam kehidupan.

Ramai Warganet Setuju. Dato Rizalman Kejutkan Orang Ramai Setelah Dilantik Menjadi Ahli Lembaga Pengarah UiTM Selepas Sahaja Penamatan Kontrak Vivy

Pereka fesyen tersohor negara, Dato Rizalman Ibrahiim semalam telah dilantik menjadi AHli Lembaga Pengarah di Institusi pendidikan tersebut menerusi laman instagramnya. Menarik sekali dia juga pernah menuntut pendidikan dalam jurusan Seni LUkis dan Seni Reka ( Fesyen ) di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Saya pasti berkhidmat selagi diperlukan bakat dan kederat.” – Dato’ Rizalman.Pengumuman itu juga dibuat secara rasmi menerusi laman Facebook rasmi UiTM sendiri.Mendengar khabar gembira itu, komen di Instagram Dato’ Rizalman dibanjiri dengan ucapan tahniah. Ramai warganet yang anggap bahawa beliau adalah calon yang selayaknya menyandang jawatan ini memandangkan beliau merupakan alumni UiTM sendiri.

Ini baru betul, sesuai sangat – Warganet .Sebelum ini, usahawan muda Vivy Yusof yang juga Pengasas FashionValet dan dUCK Group pernah dilantik jawatan sama pada 26 Mei 2019.Bagaimanapun, pada 28 September lalu, UiTM telah membuat pengumuman mengenai penamatan kontrak Vivy sebagai Ahli Lembaga Pengarah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *