Selepas tiga tahun Manis dipercayai lari dari pemilik asal. Sekali tak sangka dengan cara ini mereka dipertemukan semula.

Haiwan kucing Viral

Kucing adalah antara haiwan yang diminati ramai kerana sifatnya yang mudah jinak dan manja terhadap manusia. Bagi pencinta si comel itu, pasti berasa kehilangan sekiranya kucing mereka tiba-tiba menghilang entah ke mana.Tiga Tahun Terpisah, Kucing Jalanan Ditemukan Semula Dengan Pemilik Asal

Begitulah terjadi kepada seorang wanita di Singapura apabila kucingnya hilang selama tiga tahun. Pada hari kejadian kucing jantan itu berada Jurong West namun entah bagaimana dia berjalan ke seberang laut sehingga ditemui di Simei. Penemuan kucing dan tuannya bermula apabila seorang pengguna di Facebook bernama Raine Lim memuat naik posting mengenai seekor haiwan tersebut yang kelihatan tidak bertuan dan kotor.

Kuku yang panjang & tidak terurus

Menerusi perkongsian di group FB Strays of Simei, Raine memberitahu dia terjumpa seekor kucing yang kelihatan begitu kotor selain kuku panjang serta dikatakan telah dijangkiti kuman kerana tidak diurus dengan baik.

‘Owner’ jumpa kucing balik

Walau bagaimanapun setelah beberapa hari posting itu tular, seorang wanita telah menghubungi Raine dan memberitahu kucing itu miliknya yang telah hilang sejak tiga tahun lalu. Menerusi gambar yang diberikan, Raine berkata hampir 90% wajah kucing wanita tersebut sama dengan kucing yang ditemui di kawasan perumahan itu.

Kucing comel diberi nama Manis itu pulang ke pangkuan pemilik selepas hilang pada 2018 ketika sedang melakukan pengubahsuaian rumah. Pertemuan tersebut sangat bermakna buat tuannya kerana Manis sudah dianggap seperti keluarga sendiri, dan bagi pencinta kucing mereka pasti faham kehilangan seekor haiwan kesayangan amatlah berat sekali.

Sumber: Borak Daily, Raine Lim Via Mediaportal

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sebak Dengan Keadaan Kucing Yang Berusia 104 Tahun Pun Masih Ingin Nikmati Sesuatu Ini. Ianya Bikin Ramai Warganet Tersentuh.

Sudah dianggap seperti keluarga sendiri, setiap orang pastinya mengharapkan agar haiwan kesayangan terus berada di sisi selama-lamanya. Pun begitu, jarang haiwan peliharaan seperti kucing yang mempunyai hayat yang panjang, ada di antara mereka yang tidak bertahan lama di dunia ini kerana sakit.

Satu keajaiban jika seekor kucing mampu bertahan selama berpuluh-puluh tahun tetapi ia sememangnya berlaku. Bagi anda yang mempunyai akaun TikTok, anda boleh mengikuti Reece Alexander-Putinas yang sering memuat naik video kucing miliknya yang dipercayai berusia 22 tahun atau dalam usia kucing adalah sekitar 104 thun.

Dinamakan sebagai Lily, kucing yang lahir pada tahun 1999 itu dilihat masih lagi aktif walaupun fizikalnya sudah kelihatan begitu ‘uzur’. Kerana keadaannya yang tersangat tua, kucing itu berjalan dalam keadaan yang tidak normal seperti kucing lain. Pun begitu, ia tetap ramah dan mesra dengan pemilikya, Reece.

Dalam satu video yang tular, Lily dilihat masih lagi mampu untuk melompat di atas sofa tanpa dibantu oleh pemiliknya. Ia juga dilihat sentiasa setia menunggu pemiliknya pulang ke rumah. Sifatnya yang manja juga membuatkan ramai warganet tertarik dengannya sehingga video-video berkaitan dengannya mendapat hingga jutaan tontonan di TikTok.

Sumber: Nuckfoodle

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

UPM Tampil Cari Sampel Kucing Yang Pemiiknya Pernah Dijangkiti Covid 19. Sekali Ini Yang Mereka Perolehi.

Universiti Putra Malaysia (UPM) berhasrat mengumpulkan sampel dari 220 kucing yang dipelihara oleh individu pernah dijangkiti Covid-19, untuk mengkaji kadar jangkitan Covid-19 dalam haiwan tersebut. Kajian yang diketuai oleh Dr Farina Mustafa Kamal, pensyarah Fakulti Perubatan Veterinar, UPM bertujuan mengenal pasti status Covid-19 dalam kucing dan faktor risiko yang berkaitan dengan penyebaran Covid-19 antara manusia kepada kucing.

Fakulti Perubatan Veterinar UPM berkata pihaknya akan menerima kucing peliharaan individu yang berusia lebih enam bulan tanpa mengira jantina. Pemilik kucing mestilah disahkan positif Covid-19 pada atau selepas Jan 1 tahun ini, warganegara berumur 18 tahun ke atas dan menetap di Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya, Negeri Sembilan atau Melaka. Kajian tersebut, yang dijalankan dari Feb ke Ogos tahun ini, memerlukan sampel calitan hidung dan mulut serta rektum kucing, kata fakulti tersebut.

Peserta akan diberikan makanan kucing percuma sebagai tanda penghargaan atas penglibatan mereka dalam kajian ini. Terdahulu, pihak berkuasa kesihatan Belgium mendakwa bahawa seekor kucing yang mengalami kesukaran untuk bernafas, cirit-birit dan muntah-muntah telah dijangkiti Covid-19 daripada tuannya, lapor Sinar Harian.

Walau bagaimanapun, Ketua sakit Virus di Institut Kesihatan Belgium, Steven van Gucht berkata kes tersebut merupakan kes terpencil malahan risiko penyebaran antara manusia dan haiwan adalah sangat rendah. Tambahnya lagi, tiada bukti menunjukkan virus tersebut boleh tersebar daripada haiwan peliharaan kepada manusia dan haiwan peliharaan lain.

Dalam pada itu, kerajaan India baru-baru ini mengesahkan bahawa terdapat lapan ekor singa di taman haiwan negaranya juga menghidap Covid-19 dan mengalami simptom masalah pernafasan. Tahun lalu, seekor harimau Malaya bernama Nadia di sebuah zoo di New York City disahkan positif Covid-19, dipercayai dijangkiti seorang pekerja zoo yang positif Covid-19, tetapi tidak bergejala. Kes tersebut merupakan kes pertama yang dilaporkan melibatkan jangkitan Covid-19 dari manusia ke binatang. 

Sumber : Malaysia Kini

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sebabkan Takut Dengan Wabak Ketika Ini. Pemilik Kucing Sanggup Lakukan Ini Pada Kucingnya Dan Rupanya Ini Sebab Dia Lakukannya.

Pemilik binatang peliharaan mengambil langkah pencegahan awal penularan wabak koronavirus (Covid-19) terhadap haiwan kesayangan mereka dengan menyediakan topeng muka khas. Mereka berbuat demikian setelah panik apabila dilaporkan haiwan peliharaan mungkin dijangkiti wabak Covid-19.

Menerusi laporan, tular di laman sosial seorang pemilik haiwan membawa keluar kucingnya namun apa yang menarik perhatian apabila haiwan itu mengenakan topeng muka khas. Foto itu dimuat naik di aplikasi Weibo menunjukkan kucing itu berada di luar bersama tuannya yang sedang membeli sayuran.

Seekor anjing dibungkus dengan plastik pada keseluruhan badannya ketika keluar menemani tuannya. Kucing itu dilihat memakai topeng digunakan doktor ketika menjalani satu operasi namun dek kerana muka kucing itu bersaiz kecil, tuannya telah mengubah suai dengan menebuk dua lubang untuk mata si bulus agar bersesuaian dengan muka kucing tersebut.

Ia kelihatan sangat comel! Warganet lain juga berkongsi foto memaparkan seekor anjing telah dibungkus dengan plastik sebagai pelindung dari terjebak wabak Covid-19, ketika bersiar dengan tuannya. China Press melaporkan, pemakaian topeng di muka haiwan mendatangkan kurang selesa kepada haiwan tersebut terutama apabila hendak bernafas. “Tidak ada bukti baharu bahawa kucing dan anjing akan dijangkiti Covid-19 dan pemilik haiwan tidak perlu panik,” katanya.

Sumber : Sinar Harian

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *