Tular orang awam dikenakan tindakan sebab berada di luar selepas pukul 8 malam. Sekali pihak berkuasa tampil jelaskan perkara sebenar.

berita Dunia Infomaklumat Viral

Kerajaan menjelaskan tiada perintah berkurung selepas pukul lapan malam ketika penguatkuasaan perintah kawalan pergerakan (PKP) 3.0. Ia menurut seorang jurucakap Majlis Keselamatan Negara ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, susulan beberapa kejadian di mana orang awam didakwa dikenakan kompaun kerana ada di luar rumah antara jam lapan malam hingga jam lapan pagi.

Di bawah PKP yang lebih ketat ini, perniagaan hanya dibenarkan beroperasi sehingga jam lapan malam, kecuali beberapa perkhidmatan seperti klinik dan farmasi. Bagaimanapun, prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan MKN tidak menyatakan sama ada orang awam perlu barada di rumah selepas jam lapan malam, atau tidak.

“Tiada curfew. (Hanya) waktu operasi perniagaan dari lapan pagi hingga lapan malam. Lagi pun farmasi buka sehingga pukul 10 (malam). Klinik swasta dibuka berdasarkan waktu operasi mereka. Ada jururawat dan doktor habis shift pukul 11 malam,” katanya menerusi pesanan teks kepada Malaysiakini hari ini.

Mutakhir ini, tular beberapa insiden di mana orang awam mendakwa mereka dikenakan kompaun kerana berada di luar selepas pukul lapan malam. Ia termasuk satu rakaman video pendek yang tersebar hari ini, di mana polis didengar memberitahu seorang individu yang dia boleh dikenakan kompaun RM2,000 kerana berada di jalan sebelum jam lapan pagi tanpa kebenaran.

Bagaimanapun, perkara itu dinafikan polis. Menurut laporan, Ketua Polis Daerah Shah Alam Baharudin Mat Taib berkata individu itu tidak dikenakan kompaun. Menurutnya, video itu dirakam di sekatan jalan raya di Jalan Persiaran Anggerik Eria di Seksyen 31, Shah Alam, dan anggota polis yang terlibat hanya memberi penjelasan kepada individu itu berkenaan SOP PKP. “Kita ingin menegaskan bahawa tiada SOP yang menyatakan kenderaan tidak boleh berada di atas jalan raya sebelum pukul lapan pagi atau selepas lapan malam,” katanya seperti dipetik.

Sumber : Kosmo

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Wanita Ini Akui Tidak Tahu Akan SOP Pakai Pelitup Muka Di Tempat Awam. Sekali Ini Alasan Yang Diberikan.

Seorang wanita Singapura yang tuIar baru-baru ini akibat tidak mahu memakai pelitup muka ketika berada di tempat awam memberi alasan bahawa dia tidak tahu bahawa wujud undang-undang yang mewajibkan pelitup muka dipakai ketika berada di kawasan awam.

Dalam laporan terbabit, wanita yang bernama Phoon Chiu Yoke, berusia 53 tahun difahamkan telah sekali lagi bersikap degiI apabila meI4nggar aturan ketika berada di mahkmah tanpa memakai pelitup muka. Dia sebelum itu turut ditegur oleh pengawal keselamatan apabila cuba men4nggaIkan pelitup muka ketika melihat sekumpulan jurugambar yang bersedia untuk mengambil gambarnya.

Di dalam mahkmah pula, Phoon bertindak men4nggaIkan pelitup mukanya di hadapan hakim, A Sangeetha sebelum dia diarahkan untuk memakai pelitup muka terbabit sepanjang proses pengadilan berlangsung. Namun dia sekali lagi bertindak degiI apabila men4nggaIkan pelitup muka sebaik sahaja tamat proses bersama hakim. Dalam masa yang sama, semasa proses pengadilan. Phoon memberitahu hakim daerah Adam Nakhoda bahawa dia tidak biasa dengan undang-undang baru yang mewajibkan dia memakai pelitup muka di kawasan umum.

Dia memberi alasan bahawa dia baru sahaja pulang dari percutian selama enam hingga tujuh minggu di Scotland dan tidak mengetahui langsung mengenai undang-undang terbabit. Tambah Phoon lagi, dia hanya tahu mengenai undang-undang terbabit setelah kejadian di Marina Bay Sands pada 15 Mei tuIar dan menjadi berita utama.

Hakim dalam kenyataannya telah memerintahkan agar Phoon direm4n di Institut Kesihatan MentaI selama dua minggu bagi penilaian pakar psikiatri, tetapi dia telah memohon untuk dikecualikan. Phoon akan kembali ke mahkmah pada 8 Jun ini bagi menghadapi tud0han tidak memakai pelitup muka di tempat awam.

Sumber : Siakap Keli

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Langsung Tak Mahu Pakai Pelitup Muka Dan Amalkan SOP. Ini Yang Terjadi Kepada Lelaki Ini

Baru baru Covid denier  (mereka yang tidak mengakui kewujudan virus COVID-19) dari England yang enggan memakai face mask dan masih keluar berjumpa rakan-rakan walaupun pandemik masih melanda dilapor telah meninggal dunia selepas dijangkiti wabak berkenaan.

Memetik laporan Mirror, Gary Matthews, 46, disahkan positif wabak itu sehari sebelum dia pergi buat selamanya pada 13 Januari lalu.Portal berita sama juga mengkhabarkan, Gary mula menunjukkan simptom-simptom virus itu kurang dari seminggu sebelum dia disahkan positif.

Merupakan penyumbang tetap di forum teori konspirasi.Menurut sepupu lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Tristan Copeland, Gary memang tidak mahu mengamalkan social distancing yang ditetapkan kerajaan. Malah, dia juga tidak mempercayai media.“Dia (Gary) dan kawan-kawannya ada mindset dimana mereka rasa mereka perlu keluar dan jumpa orang untuk tunjuk yang mereka tak percaya pada kerajaan,” katanya.

Tambah Tristan lagi dalam satu temu bual bersama The Guardian, dia pernah merayu kepada sepupunya itu untuk memakai pelitup muka dan menjaga social distance.

Selain itu, Tristan juga percaya sepupunya itu berjaya dipesongkan oleh kumpulan konspirasi di internet beberapa bulan sebelum pemergiannya.Gary yang juga merupakan seorang pelukis turut merupakan antara penyumbang terbesar dalam kumpulan teori konspirasi berkenaan.“Gary seorang yang baik dan berbakat. Saya rasa dia mula tidak percayakan media beberapa tahun lalu. Bermula dari situ, Gary mula terlibat dengan kumpulan yang turut tidak mempercayai perubahan iklim,” katanya lagi.

Baru Sehari Sahaja Lepas Terima Vaksin Covid19. Ramai Menganggap Ia Merupakan Kesan Vaksin Namun Ternyata Ini Punca Sebenar

Ternyata berita seorang doktor hembuskan nafas terakhir selepas mendapat suntikan vaksin covid19 heboh di Indonesia. Perkongsian rakan beliau di FB turut mendapat perhatian dan ramai rakyat yang risau sselepas mendapat tahu berita tersebut.

Bahkan Mereka menjadi semakin khuatir dengan kesan vaksin serta semakin tinggi rasa was-was untuk mendapat suntikan. Menurut rakannya itu, doktor berusia 49 tahun itu ditemukan tidak sedarkan diri di dalam keretanya, Jumaat baru-baru ini.

Difahamkan, beliau telah menerima suntikan tersebut pada Khamis, 21 Januari lepas. Profesor Yuwono itu yang juga seorang doktor menuntut agar pihak berwajib memberi penjelasan sama ada pemergian tersebut membabitkan vaksin Covid-19.

Apakah ini ada hubungannya dgn vaksin? Perlu penjelasan dari dinkes kota sebagai penanggungjawab vaksin sekaligus lembaga di mana sahabatku mengabdi.”Beliau pergi buat selamanya sebab…

Susulan kegusaran ramai mula heboh, pihak berkuasa Palembang tampil memberikan penjelasan. Menurut Kompas, doktor yang ditemui pada jam 9 malam itu dipercayai pergi buat elamanya akibat sakit jantung.Ia susulan keadaan beliau ketika ditemui di kereta dalam keadaan tingkap terbuka dan enjin dihentikan. Kata polis, ketika itu doktor tersebut ditemui dalam keadaan telungkup ke belah kiri dan tangan kanannya memegang dada di bahagian kiri. Bahagian bibir dan muka beliau juga sudah membiru.Ketika di lokasi, ubat Nitrokaf Retard ditemukan, mempunyai isi 10 biji (namun) satu sudah tiada, kemungkinan besar sudah dimakan.”Selepas soal siasat dan konsultasi, ubat itu disahkan untuk sakit jantung.”

Ada sejarah rawatan sakit jantung.Bukan setakat itu, hasil pemeriksaan rakaman CCTV di lokasi mendapati beliau parkir keretanya pada jam 8.05 malam (Jumaat, 25 Januari) namun tidak keluar langsung dari kereta selepas itu.Hasil siasat juga menemukan bintik pendarhan di kedua-dua bebola mata, dada, perut dan beberapa bahagian tubuh.”

Rakyat Indonesia Khuatir Sama Ada Vaksin Covid19 Halal Atau Tidak. Kerajaan Indonesia Sanggup Guna Taktik Ini Untuk Yakinkan Penduduk

Ketika berita negara mereka bakal menerima vaksin Covid-19, ramai rakyat Indonesia menyatakan kerisauan dan keraguan sama ada ianya halal di sisi agama Islam.Hal itu menyebabkan kerajaan terpaksa merancang strategi bagi meyakinkan penduduk negara tersebut mendapatkan suntikan vaksin. Menurut AsiaOne, selain Presiden Joko Widodo yang mendapat suntikan, beberapa orang artis dipilih untuk menjadi antara yang terawal menerima vaksin tersebut.

Raffi Ahmad selebriti pertama dapat vaksin.Mempunyai 50 juta pengikut di Instagram, Raffi Ahmad terpilih menjadi selebriti Indonesia pertama yang mendapatkan suntikan vaksin tersebut. Kelmarin, artis berusia 33 tahun itu telah melalui prosedur suntikan dan ada memuat naik gambar bersama Presiden Joko Widodo serta video ketika dia disuntik oleh doktor.Alhamdulillah vaksin. Semangat semuanya. Ayuh (dapatkan suntikan) vaksin, jangan takut vaksin.”

Selain Raffi Ahmad, Ariel Noah dan penulis, Risa Saraswati juga telah mendapatkan suntikan vaksin semalam. Menurut CNN, mereka ini selain Majelis Ulama Indonesia (MUI) telah mengeluarkan fatwa halal, barisan selebriti atau influencer ini diharap akan membuat rakyat mereka mendaftar dalam program vaksinasi nasional.

Taktik kerajaan untuk ‘tarik’ orang muda dapatkan suntikan vaksin.Pegawai kanan kementerian kesihatan Indonesia, Siti Nadia Tarmizi berkata, keputusan untuk meletakkan selebriti di dalam senarai individu awal menerima suntikan bersama dengan hampir 1.5 juta pekerja kesihatan, adalah satu strategi untuk dirancang oleh kerajaan. Menurutnya, ia bertujuan agar selebriti ini semua dapat ‘menarik’ dan meyakinkan golongan muda bahawa vaksin tersebut selamat dan tidak memberikan kesan buruk.

Selain barisan menteri dan frontliners, Indonesia kini sedang dalam perancangan dan dijadualkan akan menyuntik vaksin Covid-19 kepada hampir 180 juta rakyatnya dalam tempoh 15 bulan akan datang.Negara itu mencatatkan 870,000 jumlah kes Covid-19 setakat ini dengan lebih 25,000 pemergian manakala seramai lebih 711,000 dilaporkan sembuh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *