Kini tempahan vaksin AstraZeneca sudahpun ditutup selepas sejam. Kepada yang layak ini yang bakal mereka terima.

berita Covid 19 ISU SEMASA Uncategorized

Pendaftaran sukarela pengambilan vaksin AstraZeneca untuk rakyat Malaysia umur bawah 60 tahun kini ditutup selepas lebih sejam tempahan dibuka bermula pukul 12 tengah hari tadi. Perkara itu dimaklumkan oleh Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) dalam ciapan Twitter sebentar tadi.

“Tempahan janji temu untuk pusingan kedua Inisiatif Pelawaan Pengambilan Vaksin AstraZeneca kini sudah ditutup. Mereka yang layak akan menerima janji temu dalam masa terdekat. Terima kasih bagi mereka yang mendaftar untuk membantu negara mencapai imuniti kelompok,” kata ciapan itu hari ini.

Pendaftaran vaksin itu untuk rakyat Malaysia bawah 60 tahun mula dibuka pada pukul 12 tengah hari ini dan mereka perlu melakukannya menerusi https://www.vaksincovid.gov.my/en/register/az/. Semalam, Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin memaklumkan kerajaan akan mula membuka slot tempahan kepada individu bawah 60 tahun bagi pusingan kedua vaksin AstraZeneca hari ini bermula jam 12 tengah hari.

Ia melibatkan untuk penduduk di Lembah Klang, Pulau Pinang, Kuching dan Miri di Sarawak serta Johor. Sebelum ini, pendaftaran pusingan kedua vaksin itu bermula 23 Mei hanya dibuka kepada golongan lebih 60 tahun. Seramai 228,347 orang telah mendaftar untuk menerima AstraZeneca. Sementara itu, Khairy berkata mereka yang diletakkan dalam senarai menunggu sebelum ini akan didaftarkan secara automatik kali ini.

Sumber : Utusan Online

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Akhirnya Berjaya Yakin Golongan Atas Pagar Untuk Daftar Terima Vaksin. Program Forum Perdana Ehwal Islam Jadi Tumpuan

Jika disebut tentang Forum Perdana Ehwal Islam,boleh dikatakan program ini pastinya sinonim dengan ibu bapa kita mahupun datuk atau neenk yang gemar mendengar kupasan berkaitan agama daripada panel panel hebat. NAmun begitu,program tersebut yang berlangsung semalamboleh dikatakan antara yang terbaik dan julung kali dalam sejarah muncul dengan dihadiri ramai ahli panel.

Kelihatan sembilan orang panel serentak dengan dua moderator,program bicarawara ini telah membincangkan mengenai isu bertajuk Vaksin:Cegah Sebelum Kalah. Menarik sekali,antara panel yang hadir ialah Datuk Zulkifli Mohamad Al Bakri,Datu Hishamshah Mohd Ibrahim,Prof Madya DAtuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan lain lain

“Terbaik forum ni. Mak ayah aku geng atas pagar. Lepas tengok forum terus daftar untuk terima vaksin” Ternyata program kali ini mendapat sambutan positif daripada warganet kerana rata-rata yang menonton berasa puas hati dengan penyampaian panel berkenaan isu vaksin COVID 19 yang sebelum ini pernah dimom0kkan tidak halal, berbahaya dan juga terpalit dengan pelbagai teori konspirasi tidak masuk akal.

Tambahan pula, ada juga di kalangan warganet mengakui ibu bapa mereka bersetuju untuk mendaftar sebagai penerima vaksin sebaik selesai menonton forum ini. Terbaik! Apa yang dapat dirumuskan menerusi forum ini ialah masyarakat di luar sana haruslah tabayyun (selidik) dan berhati-hati dalam menerima apa jua berita yang mereka terima berkaitan isu vaksin ini.Vaksin COVID 19 adalah selamat dan ia menjadi tanggungjawab kita bersama untuk mencegah sebelum kalah atau terlambat. No one is safe until everyone is safe! 

Pemuda Ini Antara Individu Pertama Di Malaysia Yang Menerima Suntikan Vaksin Covid 19. Rata Rata Warganet Memuji Dengan Tindakan Keberanian Beliau.

Seorang pemuda yang dikenali sebagai Adam Loh telah mencipta sejarah apabila dia menjadi orang pertama di Malaysia yang menerima suntikan vaksin Covid-19 bagi peringkat kajian klinikal. Suntikan tersebut diterima melalui satu prosedur percubaan klinikal fasa tiga vaksin Covid-19 yang dijalankan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang bermula semalam, 30 Januari 2021.

Suntikan untuk vaksin percubaan

Menerusi sebuah posting di Facebook miliknya, dia menyatakan rasa bangga dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak KKM dan para penyelidik atas usaha mereka yang sekian lama bekerja keras memerangi pandemik itu. Dalam pada itu, Adam turut memuat naik beberapa keping gambar bersama kakitangan KKM, penerima vaksin kedua yang dikenali sebagai BK Tan, dan sukarelawan lain yang hadir sewaktu prosedur berkenaan.

Bangga & terkejut jadi orang pertama!

“Saya percaya kaedah utama untuk melawan virus ini adalah melaui vaksin. Walaupun ini hanyalah tahap percubaan dan vaksin masih belum diluluskan, namun sumbangan kecil dan kerjasama sebegini boleh melancarkan lagi prosedur kajian vaksin demi masa depan yang cerah. Jangan putus asa dan teruskan percaya, kita akan kalahkan virus ini!” tulisnya di ruangan kapsyen.

Manakala di ruangan komen pula, rata-rata warganet turut meluahkan rasa bangga atas keberanian pemuda itu yang sudi dan bersedia menerima sebarang risiko serta kesan setelah disuntik vaksin tersebut.

Tolong kongsi apa kesan lepas disuntik!

Memetik laporan Utusan Malaysia, KKM sebelum ini menyatakan terdapat sebanyak sembilan hospital di seluruh negara terlibat di bawah penyelarasan Institut Penyelidikan Klinikal (ICR) dengan penglibatan seramai 3,000 sukarelawan berusia 18 tahun ke atas dan sihat. Para sukarelawan tersebut telah mengambil inisiatif dengan menawarkan diri dan berani mengambil risiko supaya negara dapat mencari vaksin yang selamat dan berkesan untuk melindungi masyarakat daripada ancaman Covid-19.

Tahniah diucapkan kepada saudara Adam Loh dan semua sukarelawan yang menyertai ujian klinikal terbabit! Mari kita doakan semoga semua usaha mereka berjaya. Sumber: Facebook Adam Loh, Twitter KKM, Utusan Malaysia

Baru Sehari Sahaja Lepas Terima Vaksin Covid19. Ramai Menganggap Ia Merupakan Kesan Vaksin Namun Ternyata Ini Punca Sebenar

Ternyata berita seorang doktor hembuskan nafas terakhir selepas mendapat suntikan vaksin covid19 heboh di Indonesia. Perkongsian rakan beliau di FB turut mendapat perhatian dan ramai rakyat yang risau sselepas mendapat tahu berita tersebut.

Bahkan Mereka menjadi semakin khuatir dengan kesan vaksin serta semakin tinggi rasa was-was untuk mendapat suntikan. Menurut rakannya itu, doktor berusia 49 tahun itu ditemukan tidak sedarkan diri di dalam keretanya, Jumaat baru-baru ini.

Difahamkan, beliau telah menerima suntikan tersebut pada Khamis, 21 Januari lepas. Profesor Yuwono itu yang juga seorang doktor menuntut agar pihak berwajib memberi penjelasan sama ada pemergian tersebut membabitkan vaksin Covid-19.

Apakah ini ada hubungannya dgn vaksin? Perlu penjelasan dari dinkes kota sebagai penanggungjawab vaksin sekaligus lembaga di mana sahabatku mengabdi.”Beliau pergi buat selamanya sebab…

Susulan kegusaran ramai mula heboh, pihak berkuasa Palembang tampil memberikan penjelasan. Menurut Kompas, doktor yang ditemui pada jam 9 malam itu dipercayai pergi buat elamanya akibat sakit jantung.Ia susulan keadaan beliau ketika ditemui di kereta dalam keadaan tingkap terbuka dan enjin dihentikan. Kata polis, ketika itu doktor tersebut ditemui dalam keadaan telungkup ke belah kiri dan tangan kanannya memegang dada di bahagian kiri. Bahagian bibir dan muka beliau juga sudah membiru.Ketika di lokasi, ubat Nitrokaf Retard ditemukan, mempunyai isi 10 biji (namun) satu sudah tiada, kemungkinan besar sudah dimakan.”Selepas soal siasat dan konsultasi, ubat itu disahkan untuk sakit jantung.”

Ada sejarah rawatan sakit jantung.Bukan setakat itu, hasil pemeriksaan rakaman CCTV di lokasi mendapati beliau parkir keretanya pada jam 8.05 malam (Jumaat, 25 Januari) namun tidak keluar langsung dari kereta selepas itu.Hasil siasat juga menemukan bintik pendarhan di kedua-dua bebola mata, dada, perut dan beberapa bahagian tubuh.”

Rakyat Indonesia Khuatir Sama Ada Vaksin Covid19 Halal Atau Tidak. Kerajaan Indonesia Sanggup Guna Taktik Ini Untuk Yakinkan Penduduk

Ketika berita negara mereka bakal menerima vaksin Covid-19, ramai rakyat Indonesia menyatakan kerisauan dan keraguan sama ada ianya halal di sisi agama Islam.Hal itu menyebabkan kerajaan terpaksa merancang strategi bagi meyakinkan penduduk negara tersebut mendapatkan suntikan vaksin. Menurut AsiaOne, selain Presiden Joko Widodo yang mendapat suntikan, beberapa orang artis dipilih untuk menjadi antara yang terawal menerima vaksin tersebut.

Raffi Ahmad selebriti pertama dapat vaksin.Mempunyai 50 juta pengikut di Instagram, Raffi Ahmad terpilih menjadi selebriti Indonesia pertama yang mendapatkan suntikan vaksin tersebut. Kelmarin, artis berusia 33 tahun itu telah melalui prosedur suntikan dan ada memuat naik gambar bersama Presiden Joko Widodo serta video ketika dia disuntik oleh doktor.Alhamdulillah vaksin. Semangat semuanya. Ayuh (dapatkan suntikan) vaksin, jangan takut vaksin.”

Selain Raffi Ahmad, Ariel Noah dan penulis, Risa Saraswati juga telah mendapatkan suntikan vaksin semalam. Menurut CNN, mereka ini selain Majelis Ulama Indonesia (MUI) telah mengeluarkan fatwa halal, barisan selebriti atau influencer ini diharap akan membuat rakyat mereka mendaftar dalam program vaksinasi nasional.

Taktik kerajaan untuk ‘tarik’ orang muda dapatkan suntikan vaksin.Pegawai kanan kementerian kesihatan Indonesia, Siti Nadia Tarmizi berkata, keputusan untuk meletakkan selebriti di dalam senarai individu awal menerima suntikan bersama dengan hampir 1.5 juta pekerja kesihatan, adalah satu strategi untuk dirancang oleh kerajaan. Menurutnya, ia bertujuan agar selebriti ini semua dapat ‘menarik’ dan meyakinkan golongan muda bahawa vaksin tersebut selamat dan tidak memberikan kesan buruk.

Selain barisan menteri dan frontliners, Indonesia kini sedang dalam perancangan dan dijadualkan akan menyuntik vaksin Covid-19 kepada hampir 180 juta rakyatnya dalam tempoh 15 bulan akan datang.Negara itu mencatatkan 870,000 jumlah kes Covid-19 setakat ini dengan lebih 25,000 pemergian manakala seramai lebih 711,000 dilaporkan sembuh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *