Pak cik telah pergi buat selamanya kerana positif Covid 19. Rupanya ini sebenarnya yang terjadi sampaikan boleh berjangkit.

Covid 19 Semasa Viral

Seorang doktor berkongsi kisah mengenai seorang lelaki warga emas yang dijangkiti Covid-19 daripada anaknya. Walaupun kerajaan melarang ziarah Aidilfitri dan rentas negeri, namun ada juga yang ‘terlepas’ balik kampung beraya bersama keluarga.

Impaknya cukup besar kerana bukan sahaja terdedah risiko jangkitan Covid-19, malah boleh hilang nyawa seseorang itu terutama dalam kalangan warga emas dan orang yang alami sakit teruk. Seorang doktor berkongsi kisah seorang pesakit lelaki berusia 70-an yang hadir ke hospital pada suatu petang dengan memakai gelang merah jambu.

“Pakcik pakai gelang pink sebab apa? Anak pakcik positif. Depa (mereka) tu dari mana? Dok (duduk) Kedah ke dari luar negeri? Depa dari Johor, saja balik mai melawat raya hari tu. Tapi depa balik sana dah (Johor) dua tiga hari lepas,” doktor berkenaan menulis perbualannya dengan pakcik tersebut di laman Twitter syazwandva.

Perkongsian seorang doktor di laman Twitter.

Dr Syazwan kemudian bertanya lebih lanjut mengenai lelaki warga emas itu diberikan gelang merah jambu yang biasanya dipakai untuk mereka yang positif atau menjadi kontak rapat pesakit Covid-19. “Anak telefon kata depa positif, jadi pakcik kena pergi klinik kesihatan, buat test, semalam baru ambil. Tapi awat (kenapa) pakcik mai (datang) hospital? Pakcik rasa penat, susah nafas, anak pakcik yang kat rumah tolong telefon ambulans. Hmm baik pakcik, ni kita bagi oksigen kuat untuk pakcik ni,” ujarnya. Doktor itu bertanya lagi mengenai keadaan anak dan menantu lelaki itu sewaktu melawat pesakit berkenaan sempena Aidilfitri.

Saringan dan pemeriksaan orang awam.

“Masa anak menantu balik dari Johor, depa dok rumah pakcik ke? Depa ada batuk-batuk tak? Ha depa dok ngan pakcik, ada la depa batuk sikit-sikit. Okay pakcik, tarik nafas elok-elok. Rehat, selawat, doa banyak-banyak,” katanya sambil menambah darah pesakit itu diambil dan ujian X-ray menunjukkan keputusan tidak begitu baik.

Ambillah vaksin, jangan percaya cerita di WhatsApp, Facebook hirup bunga cengkih, beli air penawar. Tolong jangan rendahkan IQ anda serendah orang yang dok sebar cerita palsu tu, depa nak mati biar depa seorang, hangpa jangan ikut

Namun katanya, keadaan pesakit yang datang ke hospital pada pukul 5 petang bertambah buruk kira-kira pukul 9 malam, di mana doktor mencuba pelbagai usaha untuk menyelamatkannya. “Hari ni kira-kira 5 pagi, pakcik dah tak ada. Innalillahiwainnailaihirajiun. Minta maaf pakcik, kami telah melakukan yang terbaik tetapi Allah lebih sayangkan pakcik,” katanya.

Seorang lelaki warga emas yang mengalami masalah pernafasan.

Sehubungan itu, Dr Syazwan menegaskan ada sebabnya larangan ziarah Aidilfitri dan rentas negeri ditetapkan iaitu demi membendung penularan jangkitan Covid-19. “Kepada anda semua, inilah sebab kenapa kita larang jenguk orang tua, masjid tutup dan lain-lain. Kebanyakan mereka adalah warga emas, dan gambar yang saya tunjuk kesemua mereka berusia 50 tahun ke atas. Ya, mereka semua seusia dengan mak ayah kita. Jagalah diri anda, ibu bapa anda, keluarga dan rakan-rakan. Terdapat kumpulan yang kata ‘takut buat apa Covid ni sama je macam selesema batuk biasa, ni semua propaganda, agenda yahudi.’ Dengar sini elok-elok, tak ada orang selesema batuk yang merosot (kesihatan) secepat macam ni. Ambillah vaksin, jangan percaya cerita di WhatsApp, Facebook hirup bunga cengkih, beli air penawar. Tolong jangan rendahkan IQ anda serendah orang yang dok sebar cerita palsu tu, depa nak mati biar depa seorang, hangpa jangan ikut,” katanya sambil menyeru rakyat Malaysia untuk sama-sama memerangi wabak Covid-19.

Seorang wanita yang berkongsi bebenang doktor itu meluahkan kekesalannya terhadap individu yang tidak bertanggungjawab sehingga mengakibatkan orang lain menjadi korban Covid-19. “Kluster raya Aidilfitri baru ni, dah mula makan korban. Takziah dan Selamat Hari Raya buat korang yang terlepas balik raya ke kampung. Macam mana pun tetap akan kantoi,” tulisnya menerusi satu status di Facebook.

Sumber : Mstar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dilaporkan Antibodi Bekas Pesakit Covid19 Hanya Mampu Bertahan Selama 6 Bulan. Profesor Ini Jelaskan Lebih Lanjut Tentang Kajian Yang Dibuat

Ada sebahagian besar individu yang pernah dijangkiti Covid19 memiliki antivodi yang mampi bertahan sekurang-kurangnya enam bulan selepas jangkitan. Hal tersebut ditunjukkan dalam sebuah kajian dilakukan oleh UK Biobank. Berdasarkan kajian tersebut,sebanyak 88 peratus pesakit yang sudah dijangkiti virus itu mampu mempertahankan antibodi badan mereka selama enam bulan manakala 99 peratus antibodi pesakit bertahan untuk tiga bulan.

Difahamkan hasil kajian ini selaras apa yang ditunjukkan oleh sejumlah kajian kecil laim sebelumnya iaitu ketahanan tubuh mamp bertahan dalam tempoh itu. Ketua Penyelidikan di UK Biobank,Profeser Naomi Allen menjelaskan pengkaji masih belum mengetahui adakah ketahanan itu juga dapat melindungi pesakit daripada virus Covid19 dengan varian baru yang dilaporkan mula merebak.

Macam yang dilaporkan Bloomberg,kajian dilakukan dari Mei hingga Disember 2020 terhadap 20,000 pesakit covid19 dengan melakukan ujian sampel darh bulanan dan memeriksa data gejala mereka. Dilaprkan dalam penemuan itu mendapati, meskipun antibodi mereka masih bertahan,namun 43 peratus daripada mereka masih merasai gejala seperti kehilangan deria rasa dan bau. Ad ajuga satu perepat daripadanya tidak menunjukkan sebarang gejala selepas pulih daripada jangkitan itu.

Baru Sehari Sahaja Lepas Terima Vaksin Covid19. Ramai Menganggap Ia Merupakan Kesan Vaksin Namun Ternyata Ini Punca Sebenar

Ternyata berita seorang doktor hembuskan nafas terakhir selepas mendapat suntikan vaksin covid19 heboh di Indonesia. Perkongsian rakan beliau di FB turut mendapat perhatian dan ramai rakyat yang risau sselepas mendapat tahu berita tersebut.

Bahkan Mereka menjadi semakin khuatir dengan kesan vaksin serta semakin tinggi rasa was-was untuk mendapat suntikan. Menurut rakannya itu, doktor berusia 49 tahun itu ditemukan tidak sedarkan diri di dalam keretanya, Jumaat baru-baru ini.

Difahamkan, beliau telah menerima suntikan tersebut pada Khamis, 21 Januari lepas. Profesor Yuwono itu yang juga seorang doktor menuntut agar pihak berwajib memberi penjelasan sama ada pemergian tersebut membabitkan vaksin Covid-19.

Apakah ini ada hubungannya dgn vaksin? Perlu penjelasan dari dinkes kota sebagai penanggungjawab vaksin sekaligus lembaga di mana sahabatku mengabdi.”Beliau pergi buat selamanya sebab…

Susulan kegusaran ramai mula heboh, pihak berkuasa Palembang tampil memberikan penjelasan. Menurut Kompas, doktor yang ditemui pada jam 9 malam itu dipercayai pergi buat elamanya akibat sakit jantung.Ia susulan keadaan beliau ketika ditemui di kereta dalam keadaan tingkap terbuka dan enjin dihentikan. Kata polis, ketika itu doktor tersebut ditemui dalam keadaan telungkup ke belah kiri dan tangan kanannya memegang dada di bahagian kiri. Bahagian bibir dan muka beliau juga sudah membiru.Ketika di lokasi, ubat Nitrokaf Retard ditemukan, mempunyai isi 10 biji (namun) satu sudah tiada, kemungkinan besar sudah dimakan.”Selepas soal siasat dan konsultasi, ubat itu disahkan untuk sakit jantung.”

Ada sejarah rawatan sakit jantung.Bukan setakat itu, hasil pemeriksaan rakaman CCTV di lokasi mendapati beliau parkir keretanya pada jam 8.05 malam (Jumaat, 25 Januari) namun tidak keluar langsung dari kereta selepas itu.Hasil siasat juga menemukan bintik pendarhan di kedua-dua bebola mata, dada, perut dan beberapa bahagian tubuh.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *