Pemilik kucing indoor wajib tahu ini. Ini kelebihan dan kekurangan antara pasir kucing.

Haiwan kucing tips

Bagi pemilik kucing, sangat penting untuk kita sentiasa menjaga kesihatan si comel berkenaan, sama ada daripada segi pemakanan mahupun kebersihan. Semua sudah maklum, kucing yang dibela di dalam rumah biasanya menggunakan pasir khas untuk mereka ‘membuang’.

Bagi kucing kampung yang selalu ‘outdoor’, tidak jadi masalah sebab kawasan bertanah yang lapang di sekeliling rumah boleh menjadi tempatnya untuk ‘membuang’. Namun bagi kucing ‘indoor’ lebih-lebih lagi dibela dalam rumah pangsapuri misalnya, memang akan bergantung dengan pasir khas saja.

Terdapat banyak jenis pasir najis kucing yang dijual di pasaran. Ada yang berwarna putih seakan kristal, ada yang berwarna coklat macam palet dan bermacam-macam lagi jenis yang ada. Namun tahukah anda, sebenarnya jenis-jenis pasir ini sesuai digunakan mengikut keadaan tertentu. Mari ikuti perkongsian pemilihan enam jenis pasir kucing (cat litter) oleh saudara Anas Abu Amsyar di bawah ini. Semoga bermanfaat.

Pemilihan pasir kucing (cat litter)

Pasti semua pemilik kucing tahu ada beberapa jenis pasir kucing atau cat litter yang dijual di pasaran. Ok, kali ni abang nak cerita dan review sikit jenis-jenis pasir kucing yang terdapat di pasaran serta pendapat peribadi abang berdasarkan sedikit pengalaman abang.

1) Bentonite@Clay Litter

Bentonite @ clay litter ni, adalah jenis yang paling banyak dijual di pasaran. Disebabkan faktor harga yang agak murah. Ada dua jenis clumping atau non-clumping. Jenis clumping mudah diuruskan. Air kencing atau najis akan membentuk gumpalan dan memudahkan untuk abang.

Pros: harga mampu milik, najis mudah diuruskan.

Cons: agak berdebu, senang melekat kepada bulu kucing terutamanya jenis ‘long hair‘, tidak mesra alam (environmental friendly), senang mengotorkan permukaan lantai jika najis tidak diuruskan dengan betul dan kerap.

2) Wood pallet

Wood pellet adalah sisa kayu yang dibentuk menjadi bentuk pellet. Pengalaman abang, wood pellet agak bagus untuk mengawal bau dan mesra alam disebabkan sisa wood pellet mudah terurai. Kebiasaannya pemilik shelter atau individu yang membela kucing dalam kuantiti yang banyak akan memilih wood pallet sebagai litter. Agak praktikal dan menjimatkan. Wood pellet yang terkena air kencing akan terurai menjadi habuk dan debu. Penggunaan litter box berpenapis (sieve) akan memudahkan pengurusan najis.

Pros: sesuai untuk yang membela banyak kucing, bagus untuk mengawal bau.

Cons: berdebu, tidak sesuai untuk mereka yang ada masalah pernafasan, masa untuk pengurusan najis lebih panjang jika tidak menggunakan litter box yang sesuai.

3) Tofu litter

Kebelakangan ini, penggunaan tofu agak popular dalam kalangan pemilik kucing. Tofu selamat untuk anak kucing jika dimakan atas faktor plant based. Agak praktikal untuk mereka yang tinggal di kediaman bertingkat (apartment, flat dan kondominium) kerana sisa najis tidak perlu dibawa turun untuk dibuang disebabkan tofu boleh di ‘flush‘ ke dalam tandas. Pendapat peribadi min, tofu tak sesuai untuk digunakan dalam persekitaran yang lembab terutamanya bilik yang berhawa dingin. Memudahkan jangkitan bakteria, fungus dan kekotoran jika najis tidak diuruskan dengan kerap.

Pros: selamat untuk anak kucing jika termakan, ‘flushable‘ ke dalam tandas.

Cons: boleh mengundang bakteria jika tidak ditukar dengan kerap, sesetengah tofu litter agak berhabuk, masam jika tempoh penggunaan lama.

4) Corn litter

Penggunaan corn litter agak meluas di negara luar terutamanya negara yang menjadikan jagung sebagai komoditi utama. Cuma di Malaysia, harganya agak mahal. Bagus untuk pengawalan bau, dan ringan berbanding jenis litter yang lain. Pengalaman abang, corn litter ‘indah khabar dari rupa’. Di paket pembungkusan tertera best cat litter dan best clumping. Hakikatnya, clumping corn litter tidak sebaik bentonite dan tofu. Mudah berderai dan memerlukan tempoh yang panjang untuk menguruskan najis.

Pros: bagus untuk mengawal bau, ringan.

Cons: berdebu, agak mahal dan clumping issue.

5) Paper litter

Paper litter adalah gulungan kertas yang dibentuk menjadi bentuk pellet. Tapi ada paper litter yang berbentuk cebisan kertas. Biasanya digunakan oleh vet untuk kucing yang baru selesai menjalani pembedahan atau kecederaan. Pemilik kucing juga boleh menggunakan kertas surat khabar yang dicarik sebagai litter.

Pros: sesuai untuk kucing yang cedera atau baru selesai menjalani pembedahan.

Cons: hanya untuk tempoh sementara, tidak menyerap bau, tidak clumping dan litter box mudah kotor dengan najis.

6) Crystal @ Silica Litter

Crystal litter ni favourite min. Paling terbaik untuk mengawal bau. Pasir kristal juga sesuai untuk kucing yang mengalami luka atau yang telah menjalani operasi. Pasir kristal menyerap lembapan dan air. Jadi najis akan menjadi kering dan mudah diuruskan. Kristal yang asalnya berwarna putih, akan menjadi kekuningan jika terkena air kencing. Cuma harga pasir kristal agak mahal. Tapi min ada alternatif untuk jimatkan kos. Pasir kristal boleh dibasuh dan dikeringkan untuk penggunaan ulangan (reuse).

Pros: paling bagus dalam aspek pengawalan bau, tidak melekat pada bulu kucing, tidak berhabuk.

Cons: mahal, tidak sesuai untuk anak kucing (susah nak scoop sebab saiz najis kecil).

Cukup lah abang share 6 jenis litter ni dulu walaupun terdapat beberapa lagi jenis litter seperti grass litterwheat litterpalm oil compose littersawdust litter dan lain-lain lagi atas faktor kesukaran mendapatkannya di pasaran Malaysia. Apa pun, praktikaliti dan pemilihan pasir kucing bergantung kepada komitmen dan poket masing-masing ya. Hormatilah perbezaan pendapat masing-masing dan elakkan perbalahan sesama kita. Akhir kata, salam akhir Ramadan dan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri untuk semua muslim.

Sumber: Anas Abu Amsyar melalui Kelab Pencinta Kucing Malaysia

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Wanita Ini Dedahkan Tips Makanan Yang Amat Mudah Dan Murah Untuk Si Bulus Anda. Dengan Hanya Gunakan 2 Bahan Ini.

Kucing merupakan haiwan yang paling sesuai untuk dijaga dan dibelai. Ramai orang yang sememangnya menyukai kucing ini. Tidak kira kucing baka kampung mahupun luar negara. Umum mengetahui bahawa kucing memerlukan makanan yang mengandungi protein yang tinggi untuk tumbesaran dan kehidupan yang sihat.

Jadi tidak hairan jika ada pemilik kucing yang rela menghabiskan ratusan ringgit demi membeli makanan kucing yang berkhasiat. Bukan sahaja berkhasiat malah ada sesetengah orang amat menyukai kucing yang gemuk atau montel. Ada seorang wanita di laman facebook berkongsi bagaimana kucing peliharaannya menjadi gemuk dan sihat dengan hanya menggunakan roti gardenia dan ikan. Jadi tunggu apa lagi, jom kita ikutti perkongsian Sara Fini ini.

Wanita Ini Kongsi Tips Makanan Yang Terlampau Mudah Untuk Jadikan Kucing Peliharaan Sihat Dan Montel!

CARA-CARANYA:

  1. Roti gardenia digunting.
  2. Isi Ikan rebus.
  3. Gaulkan semua bahan dan panggillah meow datang makan. 

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: Sara  Fini

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Ada Sahaja Perkara Ingin Dilakukan Ke Atas Kucing. Sekali Ada Pula Yang Campurkan Ini Di Dalam Makanan Kucing.

Rasanya isu melibatkan si meow ni tak pernah kering, ada sahaja perkara yang tak berperikemanusiaan yang dilakukan ke atas kucing. Sebelum ni tular pasal kucing dimasukkan dalam mesin basuh sehingga pelaku akhirnya berjaya ditangkap, namun kisah yang terbaru ini lebih teruk lagi. Mengikut posting yang dikongsikan AF Fiahmn di facebook, dia berkata ada individu tak bertanggungjawab yang memasukkan pil (ubat) dalam makanan kucing terbiar di kawasan perumahannya.

“Sebelom ni makanan disepak masuk dalam longkang… kalini dia jumpa dia ni pulak…kejamnya lahai…”

Bagaimanapun tak diketahui sebab pelaku melakukan perkara sebegini. Rata-rata warganet mengkritik tindakan yang dilakukan individu tak bertanggungjawab tersebut dan disifatkan sebagai melampau dan tak berperikemanusiaan.

Ada warganet yang bertanya kenapa tidak melaporkan kejadian untuk kepada pihak berkuasa, tapi ini jawapan AF Fiahmn.

Sumber : Mstar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Baru Je Berhajat Nak Pakaikan Songkok Pada Oyen. Sekali Ayah Hantar Mesej Begini.

Kucing merupakan haiwan yang menjadi kesayangan ramai gara-gara sifatnya yang comel dan manja. Lebih-lebih lagi kepada mereka yang sudah lama membela atau mempunyai banyak kucing di kediaman masing-masing, para pencinta kucing ini sanggup melakukan apa sahaja demi haiwan peliharaan tersebut. Namun perkara yang paling menyakitkan juga akhirnya terpaksa ditanggung oleh mereka apabila ajaInya sudah tiba di saat yang kita sendiri tak dapat nak tentukan, seperti yang berlaku pada seorang gadis baru-baru ini.

Menerusi kisah yang dicoret di laman Twitter, pada awalnya Emy berhajat untuk melihat kucingnya yang diberi nama Oren memakai songkok khas di hari lebaran kelak. Tapi nampaknya impiannya itu seperti tidak dapat dilaksanakan. Nampak songkok Meow…terus beli sebab excited untuk Oren.

“Balik rumah Oren takde. dia muntah2 & keluar rumah. Beli air kelapa. Takut dia terminum r4cun. Dalam group family ayah update je pasal Oren. Dengan pantas balik rumah. Tiba2 ayah update lagi dan cakap….

Berita dukacita itu ternyata sangat meruntunkan jiwanya kerana itulah kali pertama dia melihat Oren selepas bapanya telah pun menanam kucing tersebut sejurus dia menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Tak sempat bagi minum air kelapa. Tak sempat nak pakai songkok di pagi raya. Dulu pernah buat dia jadi gegirl…gurau je, sorry Oren. Dah besar ni nampak la macam hero gadis tapi macam terlambat je belikan. Kini keluarganya cuma tinggal seekor sahaja kucing peliharaan di rumah yang diberi nama Putih rentetan kehilangan kucing jantan itu.

Oren tahu tak…adik awak ni nangis

Sumber: Twitter emyliaysf

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *