Tular ada dkwaan yang ada penerima vaksin mendapat dos kurang. Sekali ini pula penyuntik vaksin perlu lakukan.

Covid 19 Dunia ISU SEMASA Viral

Sejak kebelakangan ini, timbul beberapa dakwaan daripada individu yang mengatakan mereka mendapat dos vaksin AstraZeneca kurang daripada yang sepatutnya. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata Kementerian Kesihatan (KKM) memandang serius dakwaan yang tular di media sosial itu di mana ia dikatakan berlaku di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di PWTC. Kata beliau, perkara itu kini dalam siasatan pihak KKM dan ProtectHealth Corporation Sdn Bhd (ProtectHealth). Disebabkan itu, kini penyuntik vaksin dilaporkan perlu menunjukkan j4rum suntikan sebelum dan selepas memberi suntikan kepada penerima.

KKM menetapkan arahan tambahan itu dalam prosedur operasi standard (SOP) kepada semua pengendali vaksin di PPV AstraZeneca bagi memastikan kualiti pengendalian vaksin Covid-19 berada pada tahap optimum. Penyuntik vaksin perlu menunjukkan jarum suntikan yang diisi dengan vaksin mengikut kuantiti yang ditetapkan kepada penerima vaksin, sebelum melakukan suntikan.” Mereka juga perlu menunjukkan jarum suntikan yang dikosongkan kepada penerima vaksin selepas suntikan dilakukan.”

Dr Adham turut berkata penambahbaikan dalam SOP itu akan diperluaskan ke semua PPV lain dan pemantau rapi terutamanya di PPV akan dipertingkatkan untuk memastikan SOP dipatuhi sepenuhnya. Terdahulu, Anoogrehan Manoharan, 48, adalah antara salah seorang individu yang mendakwa tidak mendapat dos suntikan yang sepatutnya. Video dimuat naik olehnya tular di media sosial dan perkara itu kini sedang disiasat. Mengikut maklumat produk yang terdapat di laman web Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), satu dos vaksin AstraZeneca ialah 0.5ml.

Sumber : Lobak Merah

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Ramai Warga Emas Yang Enggan Suntik Vaksin Sebab Terpengaruh Dengan Media Sosial. Sekali Ini Nasihat Dr Sakinah.

Dr Sakinah menasihatkan anak-anak agar segera mendaftarkan ibu bapa mereka sebagai penerima vaksin. Tidak dinafikan, masih ramai yang ragu-ragu dan takut untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19. Perkara ini dipengaruhi oleh khabar angin yang disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab mengenai vaksin menerusi media sosial seperti Facebook dan WhatsApp.

Antara golongan yang senang terpengaruh dengan penyebaran dakwah mengenai vaksin sudah tentulah warga emas. Malah ramai dalam kalangan mereka terang-terangan menolak untuk mendapatkan suntikan, sedangkan mereka adalah golongan yang berisiko terdedah kepada jangkitan virus bahaya tersebut. Terpanggil untuk mengulas mengenai perkara tersebut, seorang doktor berkongsi pendekatan yang sewajarnya dilakukan oleh anak-anak untuk meyakinkan ibu bapa mereka yang sudah berusia.

“Katakan kepada mereka (ibu bapa), mesti ada orang yang telah pergi selamanya dekat kampung sebab Covid-19 kan? Nak ke dia jadi macam tu juga? Takut vaksin tapi sanggup ke kena Covid-19? Lagi sedih, kalau sebab Covid-19, kita pergi pun anak-anak tak boleh urus. Tengok pengurusan pun dari jauh, polis tak bagi,” kongsi Dr Sakinah Sulong menerusi Facebook.

Perkongsian Dr Sakinah di Facebook mengenai tip bagaimana mahu meyakinkan ibu bapa agar mendapatkan suntikan vaksin.

Selain itu, anak-anak juga boleh menjadikan pemimpin berusia yang telah mendapatkan suntikan vaksin sebagai contoh rujukan bagi meyakinkan ibu bapa mereka. “Ramai je warga emas yang dah vaksin, Insya-Allah tak de apa pun. Molek je. Bagi la contoh Tun Mahathir, Datuk Seri Najib Razak, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, ni semua dah vaksin. Alhamdulillah, mereka OK je.

Lagi sedih, kalau sebab Covid-19, kita pergi pun anak-anak tak boleh urus. Tengok pengurusan pun dari jauh, polis tak bagi.

“Sekarang syarat nak pergi Makkah nak kena vaksin juga. Nak tak nak, baik ambik sekarang sementara ia masih free dan kerajaan bagi. Kita cuma datang je pada waktu ditetapkan. Tak payah kata Makkah, kampung pun kita tak boleh balik. Larat ke lama-lama macam ni?,” tulisnya. Selain itu, jika dilihat kepada program imunisasi yang diperkenalkan kerajaan di negara ini, hampir kesemua bayi mendapatkan pelbagai suntikan mengikut peringkat usia. “Jadi janganlah takut sangat kalau kali ni mereka pulak kena injection.

Dr Sakinah merupakan antara doktor yang lantang membidas golongan aktivaksin yang cuba mempengaruhi masyarakat.

“Kalau dia ambil (suntikan), kawan-kawan dia tengok pun, mesti jadi semangat nak ambil. Ini memang biasa, anak ‘berbuih’ cakap pun tak jadi, tapi bila kawan yang buat, dia jadi terpengaruh. Jadilah role model yang baik. Baru la nellang kata orang Terengganu. Sama-sama jaga mak ayah kita. Kita pun rindu mereka. Bawalah mereka untuk divaksin,” pesan Dr Sakinah lagi.

Sumber : Mstar

Pasangan Suami Isteri Ini Antara Individu Yang Terkaya Di Jerman. Ini Rupanya Pasangan Saintis Yang Menjadi Pengasas Vaksin Covid19

Buat pengetahuan anda, vaksin Pfizer adalah hasil usahasama syarikat milik Dr Ugur Sahin yang merupakan seorang pakar ankologi dengan PhD dalam bidang oncology chem0therapy. Dia juga telah mengabdikan hidup mereka dalam bidang onkologi dan sakit yang berjangkit.

Tatkala musim pandemik covid19 melanda,mereka membuat keputusan untuk mencipta satu vaksin yang boleh mencegah daripada jangkitan virus Covid19. Difahamkan pengasas vaksin pfizer ini merupakan orang Turki yang beragama Islam. Dr Ugur yang berhijrah ke Jerman pada usia masih kecil dan belajar sama sama dengan seorang doktor wanita iaitu Dr Ozlem Tureci yang juga berketurunan Turki

Vaksin ini menggunakan teknologi mRNA iaitu bebas daripada khnzir dan ia hasil daripada penyelidikan di syarikat BioNTech milik beliau dan syarikat Pfizer. Pada asalnya, makmal ini hanya menumpukan kajian imunoloterapi dalam pasakit kanser.

Berdasarkan laporan CNN mengatakan bahawa 90 peratus daripada calon sukarelawan vaksin Pfizer berkesan menggunakan ubat ini sebelum dipasarkan ke dunia.“Saya rasa mesej ini sangat penting untuk masyarakat dunia tentang kepentingan vaksin ini sangat berkesan untuk mencegah Covid-19,” jelasnya pada wartawan CNN.

Sekadar pengetahuan, pasangan suami isteri ini antara individu yang terkaya di Jerman dengan nilai aset sebanyak RM 20 billion. Menariknya, walaupun mereka adalah billionair, namun mereka tidak memiliki kereta dan hanya menggunakan basikal untuk ke tempat kerja.Dr Sahin dan Dr Tureci sama-sama menanam minat untuk penyelidikan tentang kanser dan imunisasi badan manusia.

Sehubungan dengan itu, BioNtech telah menugaskan 500 kakitangannya untuk berganding bahu bersama-sama dua pasangan ini untuk mengkaji vaksin yang bersesuaian untuk melawn Covid-19.Menurut Dr Sahin, tujuan BioNTech berkolaborasi bersama Pfizer adalah untuk meningkatkan produksi vaksin ini dan berharap dapat menghasilkan 1.3 millian dos pada akhir tahun 2021 ini jika diberikan izin.

Ramai Masih Tak Tahu Fungsi Setiap Jenis Mengikut Warna Yang Ada. Ini Makluman Buat Rakyat Malaysia Tentang Vaksin

Akhirnya negara kita,Malaysia telah mencatatkan sejarah baru setelah Program Vaksinasi COvid19 secara rasmi telah bermula pada hari ini. Difahamkan orang ramai akan terima suntikan vaksin mengikut beberapa fasa yang akan dijadual akan berlangsung sehingga Februari 2022

Untuk makluman,sebelum masing masing terima suntikan vaksin, anda mungkin ingin tahu mengenai jarum yang akan digunakan. Berdasarkan tweet DR. ProVaxanna di Twitter,dia berkongsikan tentang beberapa jenis jenis jarum yang akan digunakan untuk suntik vaksin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *