Instafamous ini dilabel sebegini hanya sebabkan perbuatan anaknya ini. Rupanya ini yang anaknya lakukan dan ayah cuma rakam.

Kehidupan Keluarga Viral

Sebuah video pendek (reel di Instagram) mendapat perhatian warganet yang menyifatkannya sebagai lapar perhatian. Video tersebut memaparkan seorang kanak-kanak menangis dan mengacau ibunya yang sedang bersolat. Pelbagai aksi ditunjukkan untuk meminta ibunya membuatkan susu sementara perakam pula hanyalah memanggil nama kanak-kanak itu tanpa sebarang tindakan.

Ianya membuatkan warganet mengkritik perbuatan tersebut. Bagi warganet, video kanak-kanak tersebut sebelum ini memang comel, namun apabila sampai tahap bersolat pun dikacaunya tanpa pengawasan bapa yang sekadar merakam sahaja, ianya dianggap sudah melampau.

Adakah ia strategi pemasaran untuk melariskan produk, menaikkan nama di media sosial atau sememangnya pasangan ini merasakan ianya satu perkongsian menarik buat pengikut mereka?

Sumber: Malaysia Reporter

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tak Sangka Cikgu Yang Selama Ini Sering Ambil Gambar Bersama Di Sekolah. Kini Memegang Status Ini Dengan Anak Muridnya.

Bagi seseorang itu, semestinya mahukan kisah hidup yang bahagia sejak dari zaman sekolah hinggalah ke alam pekerjaan. Selepas itu, sudah semestinya masing-masing berharap untuk dipertemukan dengan pasangan untuk harungi alam rumah tangga bersama. Tapi kalau korang dipertemukan jodoh dengan cikgu korang sendiri, macam mana?

Kenal cikgu sejak form 1

Siapa sangka, perkongsian yang dimuat naik secara saja-saja oleh pengguna aplikasi TikTok ini menjadi perhatian ramai. Menurut perkongsian yang dimuat naik melalui akaun standtlofa itu, dimana seorang wanita yang ketika itu mengajar di sekolah lelaki tersebut. Namun, di dalam video tersebut terdapat gambar yang menunjukkan lelaki itu sedang memegang bayi yang baru lahir. Beberapa buah video dimuat naik, dan sehingga ia telah meraih lebih dari 1 juta views.

Selalu ambil gambar tiap kali majlis di sekolah

Melalui sebuah video yang dimuat naik juga, lelaki tersebut menjelaskan bahawa benar wanita tersebut adalah cikgunya dan kelihatan beberapa keping gambar di ambil setiap kali ada majlis di sekolah mereka. Di akhir video itu juga terdapat potongan klip yang menunjukkan mereka berjalan bersama seakan pasangan pengantin. Kalau dah jodohkan, tak sangka pula betul-betul jadi pasangan. Sweet!

Kahwin umur 18 tahun… Jarak umur 14 tahun

Apa yang lebih mengejutkan, jarak umur antara mereka berdua adalah sebanyak 14 tahun dan mereka berkahwin sewaktu lelaki itu berumur 18 tahun. Gilaa ah muda tu Dalam posting lain, menunjukkan momen kelahiran bayi mereka. Namun si suami katanya terlepas saat kelahiran itu kerana tertidur. Siann dia penat, mesti rajin jaga isteri dia ni. Comel je tengok dorang ni, kalau dah jodoh memang tak kemana lah jawabnya kan.

Sumber : Lobak Merah

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Cikgu Sampai Belikan Sesuatu Ini Untuk Kelas Tambahan. Sekali Tak Sangka Cuma Seramai Ini Yang Datang Tampil.

Menjadi seorang guru bukanlah sesuatu yang mudah. Pelbagai cabaran harus ditempuh dalam menyampaikan ilmu kepada murid-murid.

Luahan sedih guru

Menerusi satu perkongsian seorang remaja di kenali sebagai Ammar, dia telah menyampaikan rasa sedih ibunya yang juga seorang guru apabila niat murni membuat kelas tambahan untuk para pelajarnya tidak dihargai. Lebih memilukan, guru tersebut siap menyediakan sarapan pagi buat murid-murid namun hanya seorang sahaja yang hadir.

Seorang je yang hadir

Menerusi tangkapan skrin yang dimuat naik oleh Ammar, ibunya menulis di status whatsApp memaklumkan sepatutnya kehadiran pelajar adalah seramai 14 orang, tetapi hanya seorang sahaja yang menyertai kelas yang diadakan itu.

“Nanti exam salahkan soalan ramalan..”

Melihat daripada posting yang dibuat pengguna Twitter berkenaan, rata-rata warganet telah tinggalkan komen dengan kurang senang dengan sikap sesetengah pelajar yang mengambil mudah usaha yang dilakukan oleh guru mereka. Mereka juga memberi kata-kata semangat buat guru tersebut dan mendoakan agar pelajar yang hadir menyertai kelas berkenaan mendapat kejayaan dalam peperiksaan yang bakal diduduki.

Kalau cikgu salah, cepat je nak viralkan

Dapat reward makanan pun tak mau datang

Kenapa tergamak buat cikgu macam tu

Kalau tak datang inform la cikgu awal2

Exam esok lusa pun tak nak korban waktu tidur tu

Dah SPM pro max pun malas nak belajar

Semoga yang datang tu lulus cemerlang

Sumber: Ammar

Cikgu 6 Orang Anak Ini Hanya Berbasikal Ke Mana Jua Dia Pergi. Rupanya Ini Yang Terjadi Pada Keluarganya.

Kisah seorang guru yang sangat menyedihkan apabila semuanya terpaksa dilakukan sorang diri… Ketika mentari senja sedang berlabuh, aku dan teman2 tgh berkemas utk menutupi peniagaan ikan kami..terlihat seorang wanita sedang mengayuh basikal dan menggalas bag seperti bag sekolah…

Sering kali kami lihat wanita ini kayuh basikal, kadang kala bawa anak kecil…pernah ketika hujan pun dia redah dgn basikalnya…ternampak beliau singgah beli kuih di sebelah gerai kami… Tergerak hati nak berikan sedikit ikan padanya… Kawan aku pergi berjumpa dan panggil wanita itu sambil aku isikan ikan dlm plastik… ketika wanita itu datang ke gerai kami, sempat juga sembang dan bertanya beliau dari mana nak ke mana sebab selalu nampak dia naik basikal.

Kata nya “ini je kenderaan yg dia ada…kereta dah kena tarik…suami dah tak berkerja, sakit teruk dan beliau mempunyai 6 org anak…beliau bertugas sebagai seorang guru di sebuah sekolah rendah…kadang kala pergi kerja tumpang org atau naik grab”… Aku dan rakan tak sanggup nak dgr citer wanita itu lg…terus kami bungkuskan ikan dan ketam dan berikan pd wanita itu…beliau rasa terharu, termenung…aku cuba menahan air mataku dari keluar..ku lihat rakan2 ku juga bergenang air mata, hinggakan kami terfikir nak maklumkan pd UEL atau insan yg berada agar dpt sumbangkan motorsikal pd guru yg diberikan ujian dan dugaan hidup ini…Insyallah.

Guru Ini Pegang Amanah Selepas Kongsi Kisah Ini. Tak Sangka 5 Beranak Ini Sanggup Jual Kelapa Terbiar Tapi Segalanya Berubah Lepas Ini Terjadi.

Kisah lima beranak menjual kelapa di tepi jalan beberapa bulan lalu sebagaimana yang dikongsikan Maisarah, mendapat perhatian insan dermawan. Kisah keluarga lima beranak di sebuah kampung di Sabah yang mengait kelapa terbiar di tepi jalan untuk dijual, pernah menjadi perhatian beberapa bulan lalu.

Ia susulan perkongsian seorang guru yang juga aktivis kebajikan, Maisarah Hannan, yang menceritakan kisah dirinya terserempak dengan keluarga tersebut, di media sosial. Menerusi perkongsian tersebut, guru berusia 34 tahun itu menceritakan betapa dirinya sayu dan sebak melihat si bapa bertungkus lumus mengait buah kelapa sambil ditemani isteri dan tiga anak kecil ketika hari hujan.

Ketika itu, Maisarah bersama beberapa rakan sukarelawan sedang dalam perjalanan menghantar bantuan kepada keluarga yang kurang berkemampuan. Siapa sangka, kisah hiba lima beranak tersebut mendapat perhatian meluas sehingga tampil insan dermawan yang menghulurkan sumbangan menerusi Maisarah, untuk disampaikan kepada mereka.

Maisarah bersama rakan sukarelawan menjejaki rumah keluarga lima beranak dari satu kampung ke kampung yang lain.

Dalam perkongsian terbaharu di Facebook, Maisarah berkongsi cerita bagaimana dia dan rakan-rakannya menjejaki keluarga tersebut demi menyampaikan sumbangan yang telah diamanahkan.

“Ingat lagi kisah keluarga yang kehujanan bersama anak kecil mengambil kelapa di tepi jalan dulu? Sebab ingin sampaikan sumbangan daripada dermawan, sedaya upaya kami cuba untuk menjejaki mereka. Dari satu penempatan, ke penempatan yang lain. Mulut tidak berhenti bertanya. Handphone dihulur ke sana ke sini untuk tunjukkan gambar bagi memudahkan pencarian. Mereka kata di situ, sebab rumah lamanya terbakar, kami pergi ke situ. Di situ kata di bawah sana, kami pergi ke bawah sana. Di bawah sana kata sudah pindah di depan, kami terus ke depan pula. Turun bukit, naik bukit kita dibuatnya,” cerita guru ini.

Selepas beberapa jam, akhirnya mereka menemui rumah keluarga berkenaan.

Beberapa jam menjelajah masuk beberapa perkampungan namun usaha mereka menemui jalan buntu, sehinggalah mereka tiba di sebuah perkampungan terakhir. “Kami sampai di satu kawasan baru. ‘Kak, mungkin ini rumahnya’, kata si Saharuddin Amirullah atau Sahar. ‘Nah kak, banyak baju budak-budak tu di jemuran’, katanya. ‘Saharrrrr!! Tudung yang di jemuran tu macam tudung yang si kakak pakai hari tu’. Part ni, aku dah mula terlebih teruja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *