Kucing beri impak yang sangat besar buat wanita ini. Tak sangka kesedihan ibu bawa sampai ke akhir nyawanya.

Haiwan kucing Viral

Seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Azliya Alia menerusi satu status menceritakan sudah kehiIangan ibunya disebabkan sakit di bahagian jantung. Bagaimanapun, dia sempat menceritakan satu kejadian yang berIaku sebelum ibunya dijemput menghadap Ilahi. Kucing dir4mpas.

Kisahnya bermula apabila pihak berkuasa dikatakan bertindak mengambil kucing peliharaan ibunya setelah menerima laporan daripada kejiranan Taman Penaga berkenaan kucing yang berkeliaran. Kucing dipilih untuk diambil itu adalah seekor kucing betina yang sedang sarat mengandung. Ujar wanita ini lagi, ibunya dan kakaknya ketika itu sempat merayu kepada pihak berkenaan supaya tidak mengambil kucing tersebut. Bagaimanapun, rayuan demi rayuan yang dikemukakan sama sekali tidak diendahkan

Demi menjaga perasaan mama si kakak ni pun turut merayu supaya tak diambil kucing tu. Dek kerana kesihatan mama. Mama akan mengelami tekanan yang melampau sekiranya kucingnya hiIang atau pergi buat selamnya. Puas kami (anak-anak) ambil masa untuk tenangkan mama. Dah beritahu tolonglah jangan ambil, ini meIibatkan kesihatan mama. Mama tak boleh hidup tanpa kucing. Mama terus menangis, menangis, menangis. Selepas pegawai tu pergi dengan mengambil kucing yang digeIarnya ibu. Bawa sampai ke malam tak henti mama menangis. Pujuk anaknya yg ke-5, Akhmal sama jiwa denganya pencinta kucing. Katanya, kalau mama dah tak ada buang semua kucing ni. Senang lepas tu Tak akan Ada report dari jiran. ‘Pergi cari najls kucing’.

Selepas sehari kejadian itu, ibunya meneruskan tugas hariannya berjalan ke rumah jiran-jiran yang lain bagi mencari tahi kucing dan akan membuangnya ke dalam plastik walaupun naj!s itu bukannya datang daripada kucingnya sendiri. Mama masih dalam keadaan sedih, sedang rehat tetiba mama telah diser4ng ser4ngan jant0ng. Jat0h tasbih di tangan mama. Menyebabkan cucu-cucunya sedar akan sesuatu telah berIaku. Cepat-cepat panggil ayah tapi memandangkan ayah yg uz0r dan ayah sukar untuk bergerak. Allahuakbar.

Hebat sungguh jiwa pencinta kucing. Dari kecik mama setiasa bersama dengan kucing. Kucing sentiasa ada hinggakan dalam poket seluarnya subahanallah. Kesed!hannya kerana kucing bawa sampai akhir nyawanya. Pada masa yang sama, dia turut meluahkan rasa kecewa dengan sikap pegawai berkenaan yang sama sekali tidak menghiraukan rayuan mereka. Kami tahu kerja tuan-tuan. Tapi tolonglah ada sedikit keperimanusian. Selagi kita boleh berbincang kita bincang bukan dengan merampas hak orang tanpa sebarang notis atau waran atau rep0rt atau apa saja. Si4sat dulu buat yang mengadu terima kasih, encik dapat apa yang encik nak.

Sumber: Oh bulan

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Wanita Yang Menghidap Sakit Ini Tampil Selamatkan Kucing Hampir 200 Ekor Kucing. Sampai Ada Kucing Yang Alami Perkara Ini.

Simpati melihat kucing jalanan kurang bernasib baik dan terani4ya mendorong individu yang sedang alami sakit b4r4h payud4r4 tahap tiga, Siti Nur Hidayah Abdullah menjadi penyelamat haiwan itu sejak 2013. Dalam tempoh tujuh tahun, lebih 200 kucing diselamatkan Siti Nur Hidayah, 38, dan kebanyakannya ditemui dalam keadaan hampir tiada peluang untuk hidup. Bercerita lanjut, Siti Nur Hidayah berkata, dia bukanlah individu yang menggemari kucing tetapi terbuka hati untuk memelihara selepas terjumpa haiwan berkenaan berteduh daripada hujan bersama dua anak yang masih kecil di depan rumahnya.

“Simpati melihat keadaannya, saya bawa masuk kucing berkenaan dan dua anaknya ke bilik sewa ketika itu dengan izin pemilik rumah dan terus memeliharanya. Bertitik tolak daripada situ, saya terus aktif menjadi penyelamat haiwan itu dan buat masa ini memelihara 40 ekor kucing di rumah. Ikutkan banyak yang saya ambil dan bawa pulang ke rumah tetapi sebahagiannya sudah diserahkan kepada individu yang berminat untuk menjaganya,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Berkongsi kisah seekor daripada kucing peliharaannya, Oyen yang mencuri perhatian warganet baru-baru ini, Siti Nur Hidayah berkata, haiwan itu ditemui pada Januari lalu di sebuah kedai makan, berhampiran rumahnya. Katanya, Oyen ditemui di bawah sinki dalam keadaan lumpuh dipercayai akibat dipukul.

“Pada hari berkenaan, saya terdengar suara kucing mengiau dengan kuat dan cuba mencari daripada mana datangnya bunyi itu sebelum menemui Oyen. Oyen tidak dapat bergerak ketika itu dan alat sulitnya juga dalam keadaan berulat. Melihat keadaannya, saya jadi simpati dan terus membawa pulang ke rumah bagi memberinya minum air sebelum menghantarnya ke klinik veterinar untuk mendapatkan rawatan,” katanya. Meskipun peluang untuk Oyen hidup tipis ketika itu, Siti Nur Hidayah tidak berputus asa sebaliknya tekad memelihara haiwan berkenaan.

“Ketika itu, doktor beritahu saya Oyen mengalami luka dalaman dan kakinya tidak boleh dioperasi kerana sarafnya sudah tiada. Jadi, saya diberi dua pilihan sama ada untuk memelihara Oyen atau ia dim4tikan dengan suntikan kerana menurut doktor, tempoh hayatnya (Oyen), kemungkinan tidak lama memandangkan air kencingnya juga berd4r4h. Namun, saya lihat Oyen ada peluang untuk hidup dan ambil keputusan membawanya pulang serta memeliharanya. Alhamdulillah, Oyen kini sihat dan sudah boleh mengengsot dengan tangan untuk bergerak, makan serta minum seperti biasa,” katanya.

Menurut Siti Nur Hidayah, dia juga ada menjaga beberapa kucing lain yang tiada penglihatan dan mengalami gangguan saraf, Parkinson. “Namun, hanya Oyen yang dipakaikan lampin pakai buang dan bedak talkum. Ia sebenarnya dilakukan kerana saya tidak mahu kulitnya melecet selain mengurangkan bau badannya dan hasilnya, keadaan Oyen semakin baik. Tak sangka pula kisah itu jadi tular,” katanya.

Sekalipun menghidap sakit b4r4h payudara, Siti Nur Hidayah berkata, dia tidak akan sesekali menjadikan sakitnya itu sebagai alasan untuk mengabaikan Oyen dan kucing peliharaannya yang lain. Malah, Siti Nur Hidayah bersyukur kerana suaminya, Muhamad Bashir Ali, 27, memahami dan membantu menjaga kesemua kucing peliharaannya itu ketika dimasukkan di wad Hospital Kuala Lumpur (HKL) selama seminggu tahun lalu untuk menjalani rawatan kemoter4pi . “Suami faham dengan hobi saya ini kerana sudah memelihara kucing sebelum berumah tangga lagi. Malah, dia (suami) yang banyak membantu menguruskan keperluan kucing peliharaan. Sementara belum dikurniakan cahaya mata, kucing peliharaan ini yang menjadi penyeri hidup kami di rumah. Saya tidak akan sesekali membuang kucing itu disebabkan sakit dihidapi kerana sudah memelihara sebelum disahkan menghidap b4r4h payudara lagi,” katanya yang sudah menjalani enam sesi rawatan kemoter4pi dan 15 r4dioterapi.

Sumber : Harian Metro

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *