Justin hilang selepas hantar ke Pusat penjagaan haiwan. Tapi bila ditanya macam ni pula jawapan dari pihak hotel tersebut.

Haiwan kucing Viral

Tular di media sosial baru-baru ini apabila seorang pengguna laman sosial di Twitter Shearer Alan, berkongsi mengenai kucingnya yang dihantar ke pusat penjagaan haiwan atau pun hotel haiwan, hilang di bawah penjagaan pusat terbabit di Setia Alam. Bayangkan hantar kucing kesayangan ke cat boarding/hotel sebab nak balik kampung. Lepas tu bila nak pick up, kedai tu cakap “sorry kucing hilang”

KUCING HILANG DARI KEDAI TAMAN KUCING SETIA ALAM

Nama: Justin
Tarikh hilang: 26/7/2020
Area: Setia Alam

Menerusi ciapan yang di muat naik, kucing kesayangan telah hilang selama seminggu dan pemilik pusat penjagaan haiwan itu tidak mengambil apa-apa tindakan. Apabila ditanya mengenai kucingnya yang hilang, ini yang dijawab oleh mereka. “Sorry kucing hilang” 

Turut menjelaskan lebih lanjut, Shearer Alan merasakan tindakan pemilik pusat penjagaan haiwan itu sangat tidak bertanggungjawab. Tidak wajar dan tidak patut sekali diperlakukan seperti itu. Bayangkan haiwan kesayangan korang hilang tanpa sebarang pengetahuan di mana keberadaan mereka, pasti resah dan sedih kan?

Mengulas lanjut, Shearer Alan berkata, pemilik pusat penjagaan haiwan itu ingin memberikan kucing baharu sebagai ganti kepada kucingnya yang hilang. Tetapi Shearer Alan tidak boleh menerima dan mengatakan kucingnya tidak sama dan tidak boleh diganti. Tetapi apa yang ajaibnya, selepas ciapan itu tular di laman sosial, beberapa pengguna Twitter yang berada di kawasan berkenaan turut ‘DM’ Shearer Alan mengatakan mereka menjumpai kucingnya!

UPDATE WEH!! ALHAMDULLILAH DAH JUMPA JUSTIN!!! ♥️ Ya Allah tak sangka boleh jumpa balik walaupun dah seminggu hilang. Kesian dah kurus, bulu dah kotor. Nasib baik je tak injured  Ni semua berkat doa dan kuasa viral socmed dari twitter ke fb. Terima kasih banyak2!!  Shearer Alan (@shearer_alan_) 

Ada beberapa warganet yang sangat prihatin dapat menemukan semula Shearer Alan dengan kucing kesayangannya! Alhamdulillah. ‘Humanity restored’! Tahniah untuk warganet yang sangat membantu dan prihatin. Lepas ni kalau nak hantar kucing kesayangan korang dekat mana-mana pusat penjagaan haiwan, make sure siasat dan baca review dulu tau!

Oh ya, tak lupa juga kalau korang nampak orang yang susah dan perlukan bantuan, tolong lah kalau perlu. Jangan berasa segan atau pun rasa menyusahkan diri, Insyallah usaha dan niat baik korang tu akan terbalas dengan sesuatu yang lebih baik di kemudian hari!

Sumber : Hot Fm

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Ada Antara Yang Buntu Untuk Mencari Kucing Yang Telah Hilang. Ini Antara Tips Yang Boleh Anda Gunakan.

Tak seperti biasa, suasana rumah saat itu begitu sepi. Kucing peliharaan yang kebiasaannya menyambut anda di depan pintu tak nampak sama sekali. Suara mengeownya yang setiap hari terdengar digantikan dengan keheningan. Ternyata setelah dicari ke seluruh sudut rumah, kucing anda dipercayai hilang.

Hilang atau larinya kucing dari rumah merupakan salah satu mimpi buruk bagi setiap pemiliknya. Sebab, akan cukup sulit untuk mencari haiwan tersebut di luar sana. Jika beruntung, si kucing akan kembali dengan selamat, namun jika tidak, entah apa yang akan terjadi kepadanya. 

Sebagai pemilik kucing, anda pasti tidak menginginkan haiwan kesayanganmu itu hilang selamanya dari rumah? Sabar, para ahli di seluruh dunia memiliki beberapa tips untuk menemukan kucing yang hilang atau lari secara efektif. Ini antara tips berikut :

1. Pastikan anda sudah mencari kucing anda ke seluruh sudut ruangan

Sering kali, kucing hilang bukan kerana lari dari rumah. Masih ada kemungkinan mereka bersembunyi di dalam atau sekitar rumah. Oleh kerana itu, jangan panik jika anda tidak menjumpainya. Badan bernama Missing Animal Response Network (MARN) yang menangani haiwan hilang menyarankan agar kamu mencarinya lagi di seluruh sudut ruangan. Ini kerana kucing sering merasakan stres ketika lingkungannya terlalu berisik. Itulah kenapa mereka bersembunyi. 

2. Cuba cari ke rumah jiran, terutama yang memelihara haiwan

Studi tahun 2017 dari MARN mengatakan bahwa kemungkinan kucing tidak akan pergi lebih dari 50 meter dari rumah. Maka dari itu, jika hewan tersebut belum ketemu, coba cari di tetangga, terutama di rumah yang juga memelihara hewan. Sebahagian kucing memiliki keinginan bersosialisasi yang tinggi. Jadi, jangan hairan jika mereka mengunjungi “teman-temannya” di luar rumah. Terlebih, jika peliharaanmu sudah mengenal tetangga atau pernah kamu ajak main ke sana.

3. Pancing mereka dengan peramainan yang disukainya

Sudah bukan rahsia lagi bahawa kucing sangat menyukai mainannya. Permainan berbentuk sederhana itu boleh memberikannya rasa tenang ketika mereka takut atau sedang beradaptasi. Anda boleh memanfaatkan rasa cinta kucing terhadap permainannya untuk memancingnya pulang atau keluar dari tempat persembunyian. Cukup letakkan mainannya di dalam sangkar di depan rumah. Jangan lupa letakkan kain yang lembut untuk tidur di dalamnya. Agar mereka semakin terpancing, jangan lupa berikan makanan dan minuman di dalam sangkar tersebut, ya. Jika kucing sebenarnya bersembunyi di sekitar rumah, mereka tak akan ragu untuk kembali ketika kamu menggunakan cara tersebut. 

4. Waktu terbaik untuk mencari kucing adalah di malam hari

Mencari kucing yang hilang di siang hari terdengar seperti idea yang bagus. Anda juga mampu melihat setiap sudut rumah dan lingkungan dengan jelas sehingga menurut anggapanmu, kesempatan untuk menemukannya pun lebih besar. Namun ternyata cara ini sedikit kekeliruan. Justeru waktu terbaik untuk mencari kucing yang hilang adalah di malam hari, ketika suasana sepi dan aktiviti manusia menurun sangat mendadak. Kenapa demikian? Kucing bukanlah haiwan yang mengeluarkan suara keras ketika bergerak sehingga kamu memerlukan suasana yang sepi untuk mendengarnya dengan jelas. Selain itu, kucing adalah haiwan yang aktif di malam hari. 

Tips tambahan untuk cara ini adalah siapkan makanan kucing. Jika keberadaan mereka dapat dikesan oleh anda namun kucing tak mahu mendekat, bukalah sangkar tersebut. Suaranya akan mendorong kucing untuk keluar dari persembunyian. 

5. Jika kamu baru saja pindah rumah, cuba cari ke tempat tinggal lama

Adakah baru-baru ini kamu pindah ke rumah baru? Jika ya, ada kemungkinan kucing tersesat dan kembali ke tempat tinggal lamamu. Hal ini sering terjadi, terutama ketika mereka belum terbiasa dengan lingkungan yang baru.  Maka dari itu, cuba untuk lebarkan kawasan pencarian ke lingkungan rumah lama. Tak ada salahnya untuk tanya ke tetangga dan mengunjungi tempat-tempat kegemaran kucing anda. Siapa tahu kucing rindu dengan lingkungan tersebut dan memutuskan untuk berjalan-jalan di sana.

6. Jika kamu melihat b4ngkai haiwan di jalan, segera pinggirkan

Ramai orang zaman kini memiliki kebiasaan membuang b4ngkai haiwan ke tengah jalan, terutama tikus. Padahal b4ngkai haiwan di tengah jalan sering kali menarik rasa ingin tahu kucing untuk mendekatinya. Mereka pun berpotensi untuk terlibat dengan kejadian yang tak diingini oleh kenderaan lain. Maka dari itu, jika kamu menemukan b4ngkai haiwan di area berbahaya, segera letak ke tepi jalan atau mungkin tanamkannya. Dengan begitu, kucing tidak akan berada dalam bahaya. 

7. Jangan lupa buat poster pencarian haiwan hilang

Jangan lupa untuk membuat poster pencarian haiwan hilang jika kucing anda tak ditemukan. Kamu boleh menyebarkan melalui media sosial, aplikasi chatting, atau bahkan kepada orang-orang yang ada di sekitar rumahmu.  Selain cara-cara di atas, ada beberapa tips lain yang boleh anda lakukan untuk menemukan kucing yang hilang. Berikut ini di antaranya: Cuba cari kucing di kawasan pokok yang ada di sekitar rumah, cari di tempat yang pernah mereka kunjungi. Misalnya taman, rumah saudara, dan lain sebagainya, selalu sediakan makanan di depan rumah untuk memanggil kedatangan mereka dan jika kamu menemukan mereka, jangan mengejarnya. pujuk mereka dengan makanan atau mainan kegemarannya untuk mendekat. 

Mencari kucing yang hilang bukanlah hal yang mudah. Apalagi haiwan tersebut memiliki sifat yang sulit untuk dikesan. Sebahagian kucing akan kembali setelah beberapa hari atau minggu, tetapi ada pula yang pulang ke rumah setelah berbulan-bulan. Kamu tidak boleh menyerah dan selalu mengusahakan yang terbaik, ya. Semoga kucing anda ditemui dengan segera.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tular Oyen Ini Kerap Pilih Benda Lain Selain Yang Disediakan Oleh Pemiliknya. Ingatkan Air Sahaja Rupanya Ada Lagi Benda Lain.

Ramai daripada kita suka menjadikan kucing sebagai haiwan peliharaan kan? Sifat semulajadi si bulus yang berbulu dan comel itu membuatkan orang ramai berasa ingin membelai mereka. Dalam pada itu, gelagat haiwan ini juga sukar untuk diramal hingga membuatkan orang berasa geram terhadapnya.

Dah sediakan bekas air untuk minum tapi pilih lopak air. Seronok minum bersama kawan-kawan. Menerusi Twitter, pemuda bernama Fairuz ini telah menyediakan sebekas air untuk diminum oleh kucing oren peliharaannya. Namun apa yang mengecewakan hatinya adalah ia lebih sanggup menikmati lopak air bersama ‘kawan-kawannya’ yang lain.

Dah sedia pasir untuk buang air…kucing pergi masuk kawasan landscape tumbuhan. Tak cukup dengan itu, perkara sama turut berlaku ketika ia mahu melepaskan hajat. Walaupun telah disediakan satu bekas pasir, namun kucing tersebut tetap melakukannya di sebalik kawasan tumbuh-tumbuhan. Gara-gara itu, Fairuz terpaksa membuat halangan supaya kucing itu tidak masuk kawasan tersebut.

Kucing sebenarnya lebih tertarik pada air yang mengalir. Jarang la diorang nak minum yang kita bagi. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut berkongsi pengalaman yang sama dimana kucing mereka juga sentiasa bertindak diluar jangkaan. Mereka juga beranggapan kucing lebih senang tertarik pada air yang mengalir. Secara keseluruhan, tweet ini telah mendapat lebih 5 ribu retweets.

Sumber: Twitter callmefye

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *