Sebak apa yang melanda satu keluarga ini. Lebih menyedihkan apabila dapat berita macam ni pada 1 syawal.

Covid 19 Kehidupan Keluarga Viral

Raidah dan keluarganya sempat bergambar sebelum bapanya disahkan positif Covid-19 pada petang 1 Syawal. Bukan seorang dua, tetapi lapan ahli keluarga wanita ini disahkan positif Covid-19. Lebih menyedihkan apabila berita duka itu diterima pada 1 Syawal ketika umat Islam sedang menyambut Hari Raya Aidilfitri.

“Ujian hebat bulan Syawal buat kami sekeluarga,” demikian tulis wanita berkenaan pada video yang dikongsikan di TikTok, selain dia turut memohon warganet memanjatkan doa untuk keluarganya. Sehingga kini video tersebut meraih lebih 28,000 tontonan dengan rata-rata warganet turut mendoakan agar keluarganya pulih. Menurut Raidah Alimah Zuber, segala-galanya bermula pada pagi Syawal apabila bapanya mula diserang demam.

“Pagi tu abah mula tak sihat… dia demam. Abah memang mudah terkena demam tapi tak sangka pun sebab Covid-19. Tapi abah tetap pakai topeng muka. Raya kami pagi tu macam biasa. Bersalam-salaman tanpa peluk dan sempat bergambar sekejap ja sebab abah nak berehat. Petang tu, demam abah makin melarat.

Seorang demi seorang ahli keluarga Raidah dibawa ke pusat kuarantin dan hospital.

“Abah buat ujian swab dekat klinik swasta. Tak lama tu keputusan keluar dan sah abah positif. Memang terkejut bila dapat berita tu sebab kami risaukan kesihatan abah memandangkan dia warga emas. Abah kemudian dijemput dan diletakkan di pusat kuarantin. Esoknya, kami sekeluarga buat ujian swab, sehari kemudian keputusan ujian keluar. Saya dan enam yang lain turut positif,” ujar wanita berusia 24 tahun ini. Menurutnya yang senang disapa Raidah, dia dan ibunya ditempatkan di pusat kuarantin yang sama di Kota Bharu, Kelantan manakala adik, kakak serta seorang anak saudaranya dibawa ke hospital.

Salah seorang ahli keluarga Raidah dibawa ke hospital.

“Daripada sembilan ahli keluarga, lapan disahkan positif Covid-19… hanya abang saya seorang saja negatif dan dia kini tinggal berasingan di rumah sewanya buat sementara waktu sehingga rumah kami disanitasi,” ujarnya yang menjalankan bisnes sendiri. Sudah tujuh hari ditempatkan di pusat kuarantin, Raidah berkata dia hanya mengalami simptom demam, batuk dan sakit kepala, begitu juga dengan ibunya yang mengalami demam ringan. “Adik saya dimasukkan ke hospital sebab dia ada sejarah asma. Saya bersyukur kerana abah hanya mengalami demam ketika dikuarantin, tiada yang serius. Dan hari ini (Ahad) insyaAllah abah dibenarkan pulang.

Daripada sembilan ahli keluarga, lapan disahkan positif Covid-19… hanya abang saya seorang saja negatif.

“Saya dan ibu masih berbaki beberapa hari lagi dikuarantin di sini. Kami sekeluarga kini ‘berpecah’ dan setiap hari buat panggilan video bukan saja untuk update perkembangan diri, tetapi memberikan kata sokongan untuk sama lain,” ujarnya. Menurut Raidah, dia sendiri tidak mempunyai jawapan bagaimana keluarganya dijangkiti virus tersebut memandangkan tiada kes Covid-19 dilaporkan di kejiranan mereka. “Tak tahu puncanya daripada mana tapi terkilan kerana keluarga sendiri pula terkena bukan apa, sebab ibu bapa saya dalam golongan berisiko. Tapi kini kami tumpukan usaha untuk pulih.

Raidah (kiri) dan ibunya ditempatkan di pusat kuarantin yang sama dan masih belum dibenarkan pulang.

“Tak sabar nak reunite dengan keluarga semula dan InsyaAllah, selepas semuanya sihat, kami bercadang nak buat makan-makan kecil hanya untuk keluarga… ibarat nak sambut raya lagi sekali sebab Aidilfitri tempoh hari tak terasa raya. Apa yang boleh saya katakan, apa yang kami lalui ini adalah ujian, pengalaman dan pengajaran yang sangat berharga. Janganlah ambil remeh atau pentingkan diri. Kalau keluarga sendiri terkena baru tahu rasanya,” katanya lagi.

Sumber : Mstar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Disebabkan Ambulans Terlalu Sibuk Akibat Covid 19. Pemuda Ini Terpaksa Ambil Alternatif Ini Untuk Selamatkan Bapanya.

Seorang lelaki di India terpaksa membawa jasad bapanya sendiri ke hospital menggunakan kereta sorong kayu kerana ambulans tidak mencukupi ketika negara tersebut sedang melawan gelombang COVID-19 yang ketiga. Rakaman video yang menyayat hati itu dirakamkan pada Rabu di daerah Siwan, Bihar, timur India,  menunjukkan lelaki tersebut menolak ayahnya menggunakan kereta sorong berkenaan. Tidak dapat dipastikan sama ada bapa kepada lelaki itu menderita COVID-19 atau tidak.

India sedang memerangi gelombang ketiga COVID-19 sejak beberapa bulan yang lalu, yang menyebabkan hospital di Delhi terpaksa menolak kemasukan pesakit baru pada bulan lepas kerana kekurangan katil. Kini, sebuah video yang memaparkan seorang lelaki menolak jasad bapanya yang sedang berbaring di atas sebuah kereta sorong kayu menyusuri jalan yang tenang di daerah Siwan, Bihar telah muncul di internet.

Lelaki tersebut mendakwa bahawa dia terpaksa menyelesaikan masalahnya itu sendiri dengan memutuskan untuk membawa bapanya itu menggunakan kereta sorong kerana dia tidak dapat mencari ambulans di kawasan berkenaan. Dia didkwa telah menunggu ambulans tiba sebelum akhirnya memutuskan untuk membawa bapanya sendiri kerana risau bahawa bapanya itu akan pergi buat selamanya.

Sumber: Daily Mail & Siakap keli

Sebelum Ini Kecoh Video Budak 5 Tahun Naik Ambulans Seorang Diri Selepas Disahkan Positif Covid 19. Ini Keadaan Terkininya.

Ketika ambulans sampai untuk mengambil anak perempuannya, Nur Saffiya di rumahnya di Sepang malam tadi, hati Ira Hazwani tidak tenteram. Baru berusia lima tahun, Saffiya disahkan positif Covid-19, sedangkan ibu dan adik perempuannya tidak dijangkiti virvs berkenaan.

“Semasa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ambil Safiyya, saya tak dapat ikut untuk hantar dia. Kalau saya ikut, saya perlu bawa anak yang kecil sekali. Ini akan merisikokan anak kedua saya yang baru berusia tiga tahun,” kata Ira Hazwani kepada Malaysiakini hari ini.

Saffiya dipercayai mendapat virus itu daripada ayahnya, yang disahkan positif selepas disaring di tempat kerja. Ayahnya, Muhammad Ifwan ditempatkan pusat kuarantin dan rawatan berisiko rendah (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).

Setelah Saffiya disahkan positif, Ira Hazwani berkata KKM memindahkan suaminya ke Hospital Kuala Lumpur, supaya dia dan Saffiya dapat bersama. Meskipun tahu Saffiya akan tinggal bersama ayahnya, Ira Hazwani tetap risau untuk melepaskan anak perempuannya itu ke hospital menaiki ambulans seorang diri.

“Perasaan saya memang sedih dan risau, sebab dia baru umur lima tahun, kena pergi seorang-seorang naik ambulans. Takut tak jumpa ayah dia dekat sana. Tapi bila tanya dia, ‘Kakak okay ke naik ambulans seorang-seorang? Mama tak ada’ Dia jawab, ‘Kakak okay. Kakak nak jumpa ayah. Nak peluk ayah. Sekarang dia dah bersama ayah dia,” kata Ira Hazwani.

Dalam satu video yang dirakam Ira Hazwani, Saffiya kelihatan tenang dan bersemangat ketika mengucapkan selamat tinggal. Satu lagi video yang dirakam Muhammad Ifwan selepas itu pula, menunjukkan Saffiya teruja apabila dapat bertemu dengan ayahnya. Ira Hazwani mengucapkan rasa terima kasih buat KKM kerana membantu Saffiya untuk diwadkan bersama Muhammad Ifwan.

“Terima kasih sangat pada KKM yang sangat-sangat bertoleransi dalam situasi kami ini, dan dapat satukan wad anak dan suami,” katanya lagi. Pastinya situasi itu sangat menyebakkan kerana kanak-kanak perempuan terbabit sempat mendengar nasihat ibunya dan sempat berpesan supaya wanita itu turut sama menjaga diri sebelum dia melambai dan bergerak ke arah ambulans.

Tak nangis, pesan dekat ibu jaga diri

Walau bagaimanapun, sikap positifnya itu membuatkan warganet berasa terharu serta mendoakan agar kanak-kanak tersebut segera sembuh. Mereka juga berharap agar dia terus kuat walaupun berada seorang diri di pusat kuarantin itu nanti.

Pastinya situasi itu sangat menyebakkan kerana kanak-kanak perempuan terbabit sempat mendengar nasihat ibunya dan sempat berpesan supaya wanita itu turut sama menjaga diri sebelum dia melambai dan bergerak ke arah ambulans.

Tak nangis, pesan dekat ibu jaga diri. Walau bagaimanapun, sikap positifnya itu membuatkan warganet berasa terharu serta mendoakan agar kanak-kanak tersebut segera sembuh. Mereka juga berharap agar dia terus kuat walaupun berada seorang diri di pusat kuarantin itu nanti.

Pakcik Ini Tercungap Cungai Buat Pengakuan Di Hospital Sebab Tak Percaya Covid 19. Sebak Doktor Ini Bila Mendengar Pesanannya.

Seorang doktor berkongsi mengenai perbualannya bersama pesakit Covid-19. Masih ada yang mempercayai bahawa Covid-19 itu merupakan satu teori konspirasi, termasuk spekulasi yang mengaitkan virus itu dengan golongan iluminati.

Keadaan itu sedikit-sebanyak mempengaruhi mereka untuk melanggar prosedur operasi standard (SOP) seperti tidak memakai pelitup muka dan tiada penjarakkan sosial. Seorang doktor pakar perubatan berkongsi luahan seorang pesakitnya yang dijangkiti Covid-19 sehingga isu mengenai virus itu terus hangat menjadi topik perbualan Dalam keadaan tercungap-cungap, pesakit berkenaan masih mampu tersenyum, tetapi dengan linangan air mata.

Petugas kesihatan memakai PPE membawa pesakit Covid-19. gambar hiasan/ foto AZHAR MAHFOF/The Star

“Pakcik ini seorang pesakit positif ujian Covid-19. Aku terpaksa masuk dalam bilik dekontaminasi/ isolasi untuk memeriksa pakcik sama ada memerlukan bantuan pernafasan atau tidak. Pakcik didiagnoskan Covid-19 tahap empat-lima. Setiap kali aku berkelengkapan dengan PPE (peralatan perlindungan diri) penuh, namun hati ini tetap kurang senang. Yalah, kita berdepan dengan virus Covid-19 seolah-olah halimunan. Setiap kali, hati ini mesti berdebar-debar. Inikan pula berdepan dengan pesakit sah positif Covid-19 yang sedang bertarung nyawa. Tipulah jika kata aku tak takut. Demi Allah aku takut,” kata Dr Ahmad Zakimi Abdullah yang berkongsi kisahnya di laman Facebook beliau.

Dikenali sebagai Dr Zek, beliau memeriksa keadaan pakcik tersebut sebelum pesakit itu mahu bercerita mengenai kisahnya berkaitan dengan Covid-19. “Asalnya pakcik tak percaya Covid ni tau. Sebab ada orang kata Covid ni iluminati la, tak wujudlah, konspirasilah. Pakcik ambil lewa je la. Covid ni betul pakcik. Tak apa pakcik. Pakcik jangan cakap banyak sangat nanti susah nafas,” katanya yang mengimbas kembali perbualannya bersama pesakit itu.

Perkongsian Dr Zek di Facebook.

Menurut Dr Zek, keadaan pakcik tersebut tercungap-cungap seperti memerlukan bekalan oksigen sebelum menyambung perbualan. Pesakit itu kemudian membuat pengakuan mengenai kemungkinan dirinya terdedah kepada bahaya jangkitan virus itu. “Pakcik ingat macam selesema biasa saja. Rupa-rupanya begini bahaya ye. Demi Allah, pakcik mengaku, pakcik salah. Sebelum ini tak percaya doktor. Pakcik menyesal tak pakai mask (pelitup muka).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *