Disebabkan masa yang terlalu suntuk. Doktor rayu untuk utamakan rakyat yang alami ini.

Dunia Petua Viral

Dr Rafidah memberikan pandangan berhubung strategi yang perlu ditambah baik agar matlamat program vaksinasi tercapai. Peningkatan kes Covid-19 ketika ini semakin membimbangkan ramai, lebih-lebih lagi dengan kewujudan varian baharu yang makin teruk.

Secara tidak langsung, keadaan ini menimbulkan persoalan mengenai keberkesanan program vaksinasi yang sudah bermula sejak beberapa bulan lalu. Terpanggil untuk mengulas perkara ini, Pakar Perunding Perubatan, Dr Rafidah Abdullah turut menyuarakan pandangannya berhubung strategi yang perlu ditambah baik agar matlamat program vaksinasi tercapai.

“Kita sudah tidak ada masa. Cukuplah mesyuarat, mesyuarat tiada berkeputusan. Cadangan saya, beri pada yang hendak buat masa ini. Ramai dah orang daftar. Mereka masih tertunggu-tunggu. Daftar dan berebut-rebut pun bagus. Tapi berilah temujanji kepada mereka yang dah daftar lama. Ini memang golongan yang betul-betul mahu, tunaikan. Yang tidak mahu, ketepikan. Yang telah diberi temujanji vaksin, dilaporkan ramai tidak pergi. Sebab? Waallahualam. Mungkin sebab Mak Teh, mungkin sebab bunga cengkih, mungkin juga sebab anak-anak tidak bagi atau mungkin tidak ada orang bawa. Kita husnuzon. Tidak mengapa, kita cari penyelesaian,” tulisnya pada perkongsian di Facebook. Tambah Dr Rafidah, golongan yang sepatutnya diberi keutamaan untuk mendapatkan vaksin Covid-19 adalah pesakit yang teruk kerana berisiko tinggi terdedah kepada kehilangan nyawa.

Sebahagian perkongsian Dr Rafidah di Facebook.

“Dah berbuih mulut menyatakan, pesakit yang teruk sangat-sangat perlu. Didalam interpretasi saya, wajib. Tidak perlulah tanya lagi. Cepat-cepat daftar. Mereka ini kalau dijangkiti Covid-19, risiko kehilangan tinggi. Jalankan tanggungjawab sebagai seorang anak atau ahli keluarga,” tegasnya. Dalam masa yang sama, Dr Rafidah turut menyeru semua pihak khususnya yang mempunyai ‘jawatan’ agar sama-sama menggembleng tenaga bukan saja untuk membimbing rakyat mengenai keperluan mendapatkan vaksin, tetapi menangkis maklumat tidak tepat yang tersebar.

Dah berbuih mulut menyatakan, pesakit kronik sangat-sangat perlu. Didalam interpretasi saya, wajib.

“Saya tahu ramai masyarakat Malaysia terpengaruh dengan jiran sebelah rumah dan pelbagai mesej WhatsApp berkeliaran. Mana wakil rakyat? Mana ketua kampung? Kerajaan negeri? Ajaklah mereka bersama-sama vaksin. Mainlah peranan seorang pemimpin. Ini kerja anda. Buatlah. Takkanlah ini kerja KKM juga. Ini tidak. Asyik kritik mengkritik satu sama lain. Apa faedahnya?

Dr Rafidah turut menyeru semua pihak khususnya yang mempunyai ‘jawatan’ agar sama-sama menggembleng tenaga menjayakan program vaksinasi.

“Cepatkanlah program vaksinasi ni. Lembab sangat. Bring in anything, everything. Apa jenis vaksin pun. Cepat sikit. Bagi saja syarikat swasta bawak masuk vaksin. Media mana? Tolong tunjukkan kebaikan vaksin kepada rakyat. Tak payah lah cerita-cerita artis langgar SOP. Pedulikan mereka ini. Gantikanlah dengan yang boleh mempengaruhi minda masyarakat kita ke arah membuat keputusan yang lebih betul,” tegasnya lagi.

Sumber : Mstar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Ramai Warga Emas Yang Enggan Suntik Vaksin Sebab Terpengaruh Dengan Media Sosial. Sekali Ini Nasihat Dr Sakinah.

Dr Sakinah menasihatkan anak-anak agar segera mendaftarkan ibu bapa mereka sebagai penerima vaksin. Tidak dinafikan, masih ramai yang ragu-ragu dan takut untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19. Perkara ini dipengaruhi oleh khabar angin yang disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab mengenai vaksin menerusi media sosial seperti Facebook dan WhatsApp.

Antara golongan yang senang terpengaruh dengan penyebaran dakwah mengenai vaksin sudah tentulah warga emas. Malah ramai dalam kalangan mereka terang-terangan menolak untuk mendapatkan suntikan, sedangkan mereka adalah golongan yang berisiko terdedah kepada jangkitan virus bahaya tersebut. Terpanggil untuk mengulas mengenai perkara tersebut, seorang doktor berkongsi pendekatan yang sewajarnya dilakukan oleh anak-anak untuk meyakinkan ibu bapa mereka yang sudah berusia.

“Katakan kepada mereka (ibu bapa), mesti ada orang yang telah pergi selamanya dekat kampung sebab Covid-19 kan? Nak ke dia jadi macam tu juga? Takut vaksin tapi sanggup ke kena Covid-19? Lagi sedih, kalau sebab Covid-19, kita pergi pun anak-anak tak boleh urus. Tengok pengurusan pun dari jauh, polis tak bagi,” kongsi Dr Sakinah Sulong menerusi Facebook.

Perkongsian Dr Sakinah di Facebook mengenai tip bagaimana mahu meyakinkan ibu bapa agar mendapatkan suntikan vaksin.

Selain itu, anak-anak juga boleh menjadikan pemimpin berusia yang telah mendapatkan suntikan vaksin sebagai contoh rujukan bagi meyakinkan ibu bapa mereka. “Ramai je warga emas yang dah vaksin, Insya-Allah tak de apa pun. Molek je. Bagi la contoh Tun Mahathir, Datuk Seri Najib Razak, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, ni semua dah vaksin. Alhamdulillah, mereka OK je.

Lagi sedih, kalau sebab Covid-19, kita pergi pun anak-anak tak boleh urus. Tengok pengurusan pun dari jauh, polis tak bagi.

“Sekarang syarat nak pergi Makkah nak kena vaksin juga. Nak tak nak, baik ambik sekarang sementara ia masih free dan kerajaan bagi. Kita cuma datang je pada waktu ditetapkan. Tak payah kata Makkah, kampung pun kita tak boleh balik. Larat ke lama-lama macam ni?,” tulisnya. Selain itu, jika dilihat kepada program imunisasi yang diperkenalkan kerajaan di negara ini, hampir kesemua bayi mendapatkan pelbagai suntikan mengikut peringkat usia. “Jadi janganlah takut sangat kalau kali ni mereka pulak kena injection.

Dr Sakinah merupakan antara doktor yang lantang membidas golongan aktivaksin yang cuba mempengaruhi masyarakat.

“Kalau dia ambil (suntikan), kawan-kawan dia tengok pun, mesti jadi semangat nak ambil. Ini memang biasa, anak ‘berbuih’ cakap pun tak jadi, tapi bila kawan yang buat, dia jadi terpengaruh. Jadilah role model yang baik. Baru la nellang kata orang Terengganu. Sama-sama jaga mak ayah kita. Kita pun rindu mereka. Bawalah mereka untuk divaksin,” pesan Dr Sakinah lagi.

Sumber : Mstar

Pasangan Suami Isteri Ini Antara Individu Yang Terkaya Di Jerman. Ini Rupanya Pasangan Saintis Yang Menjadi Pengasas Vaksin Covid19

Buat pengetahuan anda, vaksin Pfizer adalah hasil usahasama syarikat milik Dr Ugur Sahin yang merupakan seorang pakar ankologi dengan PhD dalam bidang oncology chem0therapy. Dia juga telah mengabdikan hidup mereka dalam bidang onkologi dan sakit yang berjangkit.

Tatkala musim pandemik covid19 melanda,mereka membuat keputusan untuk mencipta satu vaksin yang boleh mencegah daripada jangkitan virus Covid19. Difahamkan pengasas vaksin pfizer ini merupakan orang Turki yang beragama Islam. Dr Ugur yang berhijrah ke Jerman pada usia masih kecil dan belajar sama sama dengan seorang doktor wanita iaitu Dr Ozlem Tureci yang juga berketurunan Turki

Vaksin ini menggunakan teknologi mRNA iaitu bebas daripada khnzir dan ia hasil daripada penyelidikan di syarikat BioNTech milik beliau dan syarikat Pfizer. Pada asalnya, makmal ini hanya menumpukan kajian imunoloterapi dalam pasakit kanser.

Berdasarkan laporan CNN mengatakan bahawa 90 peratus daripada calon sukarelawan vaksin Pfizer berkesan menggunakan ubat ini sebelum dipasarkan ke dunia.“Saya rasa mesej ini sangat penting untuk masyarakat dunia tentang kepentingan vaksin ini sangat berkesan untuk mencegah Covid-19,” jelasnya pada wartawan CNN.

Sekadar pengetahuan, pasangan suami isteri ini antara individu yang terkaya di Jerman dengan nilai aset sebanyak RM 20 billion. Menariknya, walaupun mereka adalah billionair, namun mereka tidak memiliki kereta dan hanya menggunakan basikal untuk ke tempat kerja.Dr Sahin dan Dr Tureci sama-sama menanam minat untuk penyelidikan tentang kanser dan imunisasi badan manusia.

Sehubungan dengan itu, BioNtech telah menugaskan 500 kakitangannya untuk berganding bahu bersama-sama dua pasangan ini untuk mengkaji vaksin yang bersesuaian untuk melawn Covid-19.Menurut Dr Sahin, tujuan BioNTech berkolaborasi bersama Pfizer adalah untuk meningkatkan produksi vaksin ini dan berharap dapat menghasilkan 1.3 millian dos pada akhir tahun 2021 ini jika diberikan izin.

Ramai Masih Tak Tahu Fungsi Setiap Jenis Mengikut Warna Yang Ada. Ini Makluman Buat Rakyat Malaysia Tentang Vaksin

Akhirnya negara kita,Malaysia telah mencatatkan sejarah baru setelah Program Vaksinasi COvid19 secara rasmi telah bermula pada hari ini. Difahamkan orang ramai akan terima suntikan vaksin mengikut beberapa fasa yang akan dijadual akan berlangsung sehingga Februari 2022

Untuk makluman,sebelum masing masing terima suntikan vaksin, anda mungkin ingin tahu mengenai jarum yang akan digunakan. Berdasarkan tweet DR. ProVaxanna di Twitter,dia berkongsikan tentang beberapa jenis jenis jarum yang akan digunakan untuk suntik vaksin

Semakin Ramai Frontliner Yang Tampil Kongsikan Kisah Soal Vaksin. Kini Doktor Gigi Warga Malaysia Pula Tampil Kongsi Pengalamannya Terima Vaksin Di India.

Ketibaan vaksin Covid-19 pertama di Malaysia pada 21 Febuari lalu sememangnya telah memberi semangat baru setelah lebih setahun ‘berperang’ dengan wabak tersebut. Namun, masih ada juga segelintir individu yang tidak mahu menerima suntikan vaksin kerana menganggap ianya hanya proganda sahaja. Justeru itu, menerusi platform di Twitter, seorang gadis bernama Syazwani telah berkongsi pengalaman menerima suntikan vaksin di negara India.

Kongsi pengalaman terima vaksin

Menerusi perkongsian itu, gadis tersebut bekerja sebagai doktor gigi dan mengambil keputusan untuk menerima suntikan kerana dirinya sering terdedah berjumpa ramai orang.

Kesan sampingan

Tambahnya lagi, sejurus sahaja menerima suntikan hanya ada beberapa kesan sampingan yang dapat dirasai iaitu pening kepala, keletihan dan rasa tidak sedap badan.

Walau bagaimanapun, Syazwani juga memberi tips agar untuk sentiasa berehat dan tidur secukupnya untuk memastikan kesan sampingan yang dirasa itu tidak berlarutan mahupun berpanjangan. Dia juga berharap agar orang ramai tidak takut dan memomokan keburukan vaksin yang telah dibekalkan oleh pihak kerajaan demi kesejahteraan bersama.

Jangan takut terima suntikan vaksin

Terima kasih sudi berkongsi

Perkongsian tersebut telah pastinya menerima respon baik daripada warganet yang rata-rata menzahirkan rasa bersyukur dengan penjelasan diberikan. Mereka juga berharap agar penjelasan tersebut mampu mengubah pemikiran golongan yang tidak menolak suntikan vaksin Covid-19.

Bagus rakyat tak cemas!

Boleh kongsi cerita dekat keluarga

Perkongsian yang sangat bagus! Lagi ramai kongsi pengalaman, lagi ramai jugalah yang akan menerima suntikan vaksin ini. Semoga keadaan kembali pulih seperti sebelum ini. Sumber: Twitter Syazwanimd

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *