UPM tampil cari sampel kucing yang pemiiknya pernah dijangkiti Covid 19. Sekali ini yang mereka perolehi.

Covid 19 Haiwan kucing Uncategorized

Universiti Putra Malaysia (UPM) berhasrat mengumpulkan sampel dari 220 kucing yang dipelihara oleh individu pernah dijangkiti Covid-19, untuk mengkaji kadar jangkitan Covid-19 dalam haiwan tersebut. Kajian yang diketuai oleh Dr Farina Mustafa Kamal, pensyarah Fakulti Perubatan Veterinar, UPM bertujuan mengenal pasti status Covid-19 dalam kucing dan faktor risiko yang berkaitan dengan penyebaran Covid-19 antara manusia kepada kucing.

Fakulti Perubatan Veterinar UPM berkata pihaknya akan menerima kucing peliharaan individu yang berusia lebih enam bulan tanpa mengira jantina. Pemilik kucing mestilah disahkan positif Covid-19 pada atau selepas Jan 1 tahun ini, warganegara berumur 18 tahun ke atas dan menetap di Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya, Negeri Sembilan atau Melaka. Kajian tersebut, yang dijalankan dari Feb ke Ogos tahun ini, memerlukan sampel calitan hidung dan mulut serta rektum kucing, kata fakulti tersebut.

Peserta akan diberikan makanan kucing percuma sebagai tanda penghargaan atas penglibatan mereka dalam kajian ini. Terdahulu, pihak berkuasa kesihatan Belgium mendakwa bahawa seekor kucing yang mengalami kesukaran untuk bernafas, cirit-birit dan muntah-muntah telah dijangkiti Covid-19 daripada tuannya, lapor Sinar Harian.

Walau bagaimanapun, Ketua sakit Virus di Institut Kesihatan Belgium, Steven van Gucht berkata kes tersebut merupakan kes terpencil malahan risiko penyebaran antara manusia dan haiwan adalah sangat rendah. Tambahnya lagi, tiada bukti menunjukkan virus tersebut boleh tersebar daripada haiwan peliharaan kepada manusia dan haiwan peliharaan lain.

Dalam pada itu, kerajaan India baru-baru ini mengesahkan bahawa terdapat lapan ekor singa di taman haiwan negaranya juga menghidap Covid-19 dan mengalami simptom masalah pernafasan. Tahun lalu, seekor harimau Malaya bernama Nadia di sebuah zoo di New York City disahkan positif Covid-19, dipercayai dijangkiti seorang pekerja zoo yang positif Covid-19, tetapi tidak bergejala. Kes tersebut merupakan kes pertama yang dilaporkan melibatkan jangkitan Covid-19 dari manusia ke binatang. 

Sumber : Malaysia Kini

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sebabkan Takut Dengan Wabak Ketika Ini. Pemilik Kucing Sanggup Lakukan Ini Pada Kucingnya Dan Rupanya Ini Sebab Dia Lakukannya.

Pemilik binatang peliharaan mengambil langkah pencegahan awal penularan wabak koronavirus (Covid-19) terhadap haiwan kesayangan mereka dengan menyediakan topeng muka khas. Mereka berbuat demikian setelah panik apabila dilaporkan haiwan peliharaan mungkin dijangkiti wabak Covid-19.

Menerusi laporan, tular di laman sosial seorang pemilik haiwan membawa keluar kucingnya namun apa yang menarik perhatian apabila haiwan itu mengenakan topeng muka khas. Foto itu dimuat naik di aplikasi Weibo menunjukkan kucing itu berada di luar bersama tuannya yang sedang membeli sayuran.

Seekor anjing dibungkus dengan plastik pada keseluruhan badannya ketika keluar menemani tuannya. Kucing itu dilihat memakai topeng digunakan doktor ketika menjalani satu operasi namun dek kerana muka kucing itu bersaiz kecil, tuannya telah mengubah suai dengan menebuk dua lubang untuk mata si bulus agar bersesuaian dengan muka kucing tersebut.

Ia kelihatan sangat comel! Warganet lain juga berkongsi foto memaparkan seekor anjing telah dibungkus dengan plastik sebagai pelindung dari terjebak wabak Covid-19, ketika bersiar dengan tuannya. China Press melaporkan, pemakaian topeng di muka haiwan mendatangkan kurang selesa kepada haiwan tersebut terutama apabila hendak bernafas. “Tidak ada bukti baharu bahawa kucing dan anjing akan dijangkiti Covid-19 dan pemilik haiwan tidak perlu panik,” katanya.

Sumber : Sinar Harian

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Pasti Banyak Cara Anda Buat Untuk Lindung Diri Dari Wabak Di Luar Sana. Tapi Ianya Tidak Berhasil Kalau Si Bulus Lakukan Ini.

Buat pencinta kucing, melihat si bulus anda sentiasa aktif dan sihat pasti menggembirakan anda. Justeru ada yang memilih untuk melepaskan haiwan kesayangan mereka itu untuk bermain di luar kawasan rumah memandangkan ruangnya yang lebih besar. Malah ada yang turut melepaskan kucing mereka merayau jauh memandangkan mereka yakin ianya mampu pulang dengan sendirinya.

Namun perbuatan anda sebenarnya memberi risiko untuk kucing anda terdedah dan senang dijangkiti penyakit. Satu kajian yang dilakukan oleh Universiti Auburn di Alabama, Amerika Syarikat mendapati persekitaran luar sememangnya memberi risiko kepada kucing anda terkena jangkitan penyakit.

Boleh terdedah menerusi sentuhan air liur dan udara

Bukan sahaja terdedah kepada virus dan bakteria melaui sentuhan bersama haiwan liar di luar, malah si bulus juga boleh dijangkiti menerusi air liur dan udara (airborne). Antara jangkitan yang mudah dialaminya adalah seperti sakit ParvoVirus (FIE), Feline Coronavirus (FCov) , dan Toxoplasma Gondii iaitu sejenis parasit di dalam sel. Tidak seperti virus dan bakteria lainnya, Toxoplasma Gondi (T.Gondii) boleh menjangkiti manusia dan sakit itu digelar Toksoplasmosis  sehingga menyebabkan tekanan yang teruk dan skizofernia.

Kerosakan tisu pada manusia

Selain itu T.Gondii yang kebiasaannya berada pada n4jis kucing yang sudah terjangkit mampu menyebabkan kerosakan tisu secara setempat sekiranya ia memasuki badan manusia. Mata adalah salah satu tisu dan organ yang kerap dijangkiti parasit ini sehingga menyebabkan Uveitis (radang mata) , Retinochoroiditis (jangkitan pada lapisan retina dan choroid) dan Congenital toxoplasmosis (jangkitan kongenital yang berlaku kepada bayi dalam kandungan)

Bukan itu sahaja, kucing yang dibiarkan merayau di luar lebih mudah terdedah kepada cacing parasit. Parasit ini boleh menjangkiti anak kecil sehingga menyebabkan mereka demam, sakit perut dan lebih teruk, terkena sawan. Justeru, langkah terbaik adalah agar dengan mengurangkan aktiviti luar bagi si bulus anda. Banyak je sebenarnya aktiviti yang dapat mereka lakukan di rumah.

Tindakan bijak anda ini semestinya dapat mengelakkan jangkitan-jangkitan yang akan membahayakan nyawa mereka serta menjejaskan kesihatan manusia. Selain itu pastikan juga kucing kesayangan anda sentiasa di vaksin mengikut jadual bagi mengelakkan mereka mudah diserang sakit.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Boleh Pula Jadikan Kucing Sebagai Alasan Untuk Langgar PKP. Ini Yang Dikatakannya.

Hantar kucing kepada teman wanita, mahu ke kedai pajak gadai dan berjumpa kawan adalah antara alasan orang ramai untuk keluar rumah sekali gus melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa ketiga, yang bermula hari ini. Tindakan pentingkan diri itu yang dikesan di sekatan jalan raya di daerah Serdang menyebabkan berlakunya kesesakan lalu lintas beberapa kilometer di laluan utama di daerah berkenaaan. Ketua Polis Daerah Serdang ACP Ismadi Borhan berkata pihaknya tidak akan berkrompomi dengan masyarakat yang masih degil melanggar pelaksanaan PKP.

“Sebelum ini, kami telah menempatkan empat sekatan jalan raya (SJR) di seluruh daerah ini dan pada 8 pagi semalam, kami tambah lagi dua SJR termasuk di lokasi ini (Jalan Puchong). Sebaik SJR dikuatkuasakan semalam, kami dapati banyak kenderaan termasuk kenderaan berat melalui laluan ini yang sebelum ini digunakan orang ramai bagi mengelak SJR di lokasi lain,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Menurutnya, dianggarkan lebih 100 kenderaan berat melalui laluan itu pada satu masa, semalam yang menyebabkan kesesakan luar biasa hingga tular di laman sosial. Ismadi berkata sebagai langkah memperketat arahan PKP, pihaknya telah menutup empat laluan di kedua-dua arah iaitu Jalan Persiaran Puncak Jalil menuju ke Bukit Jalil dan Jalan Layang-Layang menuju ke Lebuhraya Damansara-Punchong (LDP). “Selain itu, Batu 7 Jalan Puchong menghala ke Jalan Klang Lama dan Jalan Serindit di Puchong Jaya ke Taman Wawasan juga akan ditutup,” katanya.

Beliau berkata pihaknya telah menahan 196 individu dan 143 kompaun dikeluarkan kepada mereka yang ingkar arahan PKP di daerah itu bagi tempoh 18 Mac lepas hingga semalam.  “Orang ramai dinasihatkan mematuhi arahan pihak berkuasa supaya kekal berada di rumah kerana tindakan lebih tegas akan diambil pada fasa ketiga PKP ketika ini iaitu tangkap, direman dan dituduh di mahkamah,” katanya. PKP telah memasuki fasa ketiga bermula hari ini hingga 28 April depan.

Sumber : BERNAMA

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *