Wanita yang menghidap sakit ini tampil selamatkan kucing hampir 200 ekor kucing. Sampai ada kucing yang alami perkara ini.

Haiwan kucing Viral

Simpati melihat kucing jalanan kurang bernasib baik dan terani4ya mendorong individu yang sedang alami sakit b4r4h payud4r4 tahap tiga, Siti Nur Hidayah Abdullah menjadi penyelamat haiwan itu sejak 2013. Dalam tempoh tujuh tahun, lebih 200 kucing diselamatkan Siti Nur Hidayah, 38, dan kebanyakannya ditemui dalam keadaan hampir tiada peluang untuk hidup. Bercerita lanjut, Siti Nur Hidayah berkata, dia bukanlah individu yang menggemari kucing tetapi terbuka hati untuk memelihara selepas terjumpa haiwan berkenaan berteduh daripada hujan bersama dua anak yang masih kecil di depan rumahnya.

“Simpati melihat keadaannya, saya bawa masuk kucing berkenaan dan dua anaknya ke bilik sewa ketika itu dengan izin pemilik rumah dan terus memeliharanya. Bertitik tolak daripada situ, saya terus aktif menjadi penyelamat haiwan itu dan buat masa ini memelihara 40 ekor kucing di rumah. Ikutkan banyak yang saya ambil dan bawa pulang ke rumah tetapi sebahagiannya sudah diserahkan kepada individu yang berminat untuk menjaganya,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Berkongsi kisah seekor daripada kucing peliharaannya, Oyen yang mencuri perhatian warganet baru-baru ini, Siti Nur Hidayah berkata, haiwan itu ditemui pada Januari lalu di sebuah kedai makan, berhampiran rumahnya. Katanya, Oyen ditemui di bawah sinki dalam keadaan lumpuh dipercayai akibat dipukul.

“Pada hari berkenaan, saya terdengar suara kucing mengiau dengan kuat dan cuba mencari daripada mana datangnya bunyi itu sebelum menemui Oyen. Oyen tidak dapat bergerak ketika itu dan alat sulitnya juga dalam keadaan berulat. Melihat keadaannya, saya jadi simpati dan terus membawa pulang ke rumah bagi memberinya minum air sebelum menghantarnya ke klinik veterinar untuk mendapatkan rawatan,” katanya. Meskipun peluang untuk Oyen hidup tipis ketika itu, Siti Nur Hidayah tidak berputus asa sebaliknya tekad memelihara haiwan berkenaan.

“Ketika itu, doktor beritahu saya Oyen mengalami luka dalaman dan kakinya tidak boleh dioperasi kerana sarafnya sudah tiada. Jadi, saya diberi dua pilihan sama ada untuk memelihara Oyen atau ia dim4tikan dengan suntikan kerana menurut doktor, tempoh hayatnya (Oyen), kemungkinan tidak lama memandangkan air kencingnya juga berd4r4h. Namun, saya lihat Oyen ada peluang untuk hidup dan ambil keputusan membawanya pulang serta memeliharanya. Alhamdulillah, Oyen kini sihat dan sudah boleh mengengsot dengan tangan untuk bergerak, makan serta minum seperti biasa,” katanya.

Menurut Siti Nur Hidayah, dia juga ada menjaga beberapa kucing lain yang tiada penglihatan dan mengalami gangguan saraf, Parkinson. “Namun, hanya Oyen yang dipakaikan lampin pakai buang dan bedak talkum. Ia sebenarnya dilakukan kerana saya tidak mahu kulitnya melecet selain mengurangkan bau badannya dan hasilnya, keadaan Oyen semakin baik. Tak sangka pula kisah itu jadi tular,” katanya.

Sekalipun menghidap sakit b4r4h payudara, Siti Nur Hidayah berkata, dia tidak akan sesekali menjadikan sakitnya itu sebagai alasan untuk mengabaikan Oyen dan kucing peliharaannya yang lain. Malah, Siti Nur Hidayah bersyukur kerana suaminya, Muhamad Bashir Ali, 27, memahami dan membantu menjaga kesemua kucing peliharaannya itu ketika dimasukkan di wad Hospital Kuala Lumpur (HKL) selama seminggu tahun lalu untuk menjalani rawatan kemoter4pi . “Suami faham dengan hobi saya ini kerana sudah memelihara kucing sebelum berumah tangga lagi. Malah, dia (suami) yang banyak membantu menguruskan keperluan kucing peliharaan. Sementara belum dikurniakan cahaya mata, kucing peliharaan ini yang menjadi penyeri hidup kami di rumah. Saya tidak akan sesekali membuang kucing itu disebabkan sakit dihidapi kerana sudah memelihara sebelum disahkan menghidap b4r4h payudara lagi,” katanya yang sudah menjalani enam sesi rawatan kemoter4pi dan 15 r4dioterapi.

Sumber : Harian Metro

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Kucing Wajib Ambil Mikrocip. Boleh Diambil Tindakan Ini Sekiranya Pemilik Enggan Memasangnya.

Pemilik kucing yang enggan memasang mikrocip pada haiwan peliharaan mereka bakal didenda sebanyak £500 (RM2,730) apabila skim penanaman mikrocip dikuat kuasa bermula awal tahun depan di Britain, lapor akhbar Daily Mail. Menteri Kebajikan Haiwan, Lord Goldsmith berkata, skim tersebut diperkenalkan bagi mengurangkan kes kehilangan kucing peliharaan di negara itu.

Skim seumpama itu telah dilaksanakan ke atas anjing peliharaan sejak tahun 2016 yang turut mengenakan denda sama terhadap pemilik haiwan yang gagal berbuat demikian. Ketua Eksekutif badan kebajikan haiwan Cats Protection, James Yeates pula berkata, sekurang-kurangnya 2.6 juta ekor atau 26 peratus kucing di Britain tidak dipasang mikrocip.

“Menanam cip mikro pada kucing memberi peluang terbaik kepada haiwan itu untuk disatukan semula dengan pemiliknya jika berlaku kes kehilangan. Kita sering dengar kisah menyentuh hati apabila kucing hilang disatukan semula dengan pemiliknya kerana maklumat dalam mikrocip haiwan itu,” katanya.

Selain itu, badan kebajikan itu turut melaporkan lapan daripada 10 ekor kucing terbiar yang dihantar ke pusat perlindungan haiwan miliknya di Britain pada 2018 tidak mempunyai mikrocip. Sementara itu, tinjauan oleh Jabatan Alam Sekitar, Makanan dan Hal Ehwal Luar Bandar mendapati 99 peratus responden setuju untuk mewajibkan penanaman mikrocip pada kucing. Pemasangan mikrocip tersebut melibatkan proses memasukkan alat pengesan sebesar sebutir beras yang mempunyai nombor unik dan boleh diimbas di bawah kulit kucing peliharaan.

Sumber: AGENSI

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Aneh Bila Kucing Secara Tiba Tiba Berubah Menjadi Agresif. Ini Antara Penyebabnya.

Ada pelbagai sebab yang menyebabkan kucing kesayangan anda dalam ‘bad mood’. Perwatakan kucing yang berubah-ubah kadang kala susah untuk dikenal pasti apakah sebabnya. Tahukah anda adalah penting untuk pencinta haiwan atau pemilik si bulus untuk mengenal pasti tingkah laku haiwan kesayangan mereka terlebih dahulu agar mudah untuk mengesan perubahannya.

Namun, kebiasaannya perubahan yang berlaku pada si bulus adalah daripada mesra, manja tiba-tiba mereka akan menjadi agresif dan mengeluarkan suara berbentuk komunikasi tidak normal atau erti kata lain sedang marah, berasa tidak selesa atau sebagainya. Kajian daripada seorang doktor haiwan iaitu Katrina Warren mendapati terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan si bulus tiba-tiba menjadi pemarah. Antara empat sebab si bulus boleh bertukar menjadi pemarah adalah:

1. Masalah kesihatan

Umumnya, kecendurungan paling tinggi si bulus marah adalah disebabkan mempunyai simptom-simptom tidak sihat seperti mempunyai virus atau kurap, keguguran bulu dan sebagainya. Daripada menahan kesakitan ini si bulus akan mengalami beberapa perubahan antaranya menjadi garang atau pemarah, berkelakuan agresif dan ada kalanya mereka bersembunyi. Jika anda rasa ini adalah puncanya, cepatlah bawa berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan.

2. Perubahan situasi

Selain itu, kucing juga kurang senang apabila ditukarkan daripada satu tempat ke tempat lain. Erti kata lain mereka sukar untuk menyesuaikan diri dengan tempat baharu. Oleh itu, mereka akan bertindak agresif, mengeluarkan bunyi bising ataupun ada juga perbuatan mencakar untuk menunjukkan tanda tidak selesa. Apa yang perlu anda lakukan jika berdepan situasi ini adalah sediakan tempat yang selesa buatnya dan sering memberi perhatian lebih kepada haiwan kesayangan anda itu.

3. Kehadiran haiwan lain

Seperti yang kita sedia maklum si bulus mudah berasa bahaya mendekatinya apabila berdepan dengan haiwan lain terutamanya kucing juga. Terdapat beberapa kajian mendapati bahawa mereka ini akan mempunyai perasaan takut tempat mereka diser4ng oleh kucing lain. Hal ini akan menyebabkan si bulus marah dan timbulnya pergaduhan antara kucing.

4. Personaliti

Bagaimanapun, ada juga si bulus yang sememangnya mempunyai perilaku yang cepat marah gara-gara tidak suka disentuh atau dibelai. Kebanyakkan kucing seperti ini mereka kurang manja dengan manusia sejak dari kecil. Mereka ini suka buat hal sendiri dan selesa dengan cara begitu. Cara mudah anda ingin membentuknya menjadi lebih baik adalah banyakkan bermain dengannya bagi mewujudkan kemesraan dan membangunkan kepercayaan diri mereka.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *