Hanya disebabkan salah membuat pesanan makanan. Pemuda ini berang sampai buat begini di restoran tersebut.

Dunia Kehidupan Viral

Semalam, tular sebuah video di media sosial yang memaparkan seorang lelaki yang bertindak ‘kasar’ terhadap seorang pekerja makanan segera di Ampang. Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) lelaki berkenaan dilihat menolak mesin juruwang yang berada di atas kaunter dan menyebabkan mesin tersebut jatuh ke lantai.

Hanya disebabkan kesilapan pesanan

Lapor Harian Metro, lelaki itu dipercayai bertindak sedemikian kerana kesilapan pesanan yang dibuat. Pada masa yang sama, dia turut bertindak menghina pekerja di restoran berkenaan. Ujar Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak pihaknya menerima laporan berhubung kejadian tersebut daripada pengurus restoran berkenaan pada jam 4.30 petang. Difahamkan, kejadian tersebut berlaku pada jam 12.15 tengah hari dan ketika itu datang seorang lelaki ke kaunter bagi membuat pesanan.

Lelaki itu memarahi pekerja yang sedang bertugas kerana silap menerima pesanan. Polis juga sudah merakam keterangan pengadu dan melawat lokasi kejadian. Menerusi siasatan yang dijalankan, pihak polis mendapati tiada sebarang kerugian dan luka yang dialami oleh m4ngsa. Pengadu juga tidak berhasrat untuk meneruskan kes berkenaan.

Sumber: Harian Metro

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Lelaki Ini Sanggup Katakan Sebegini Pada Seorang Petugas Bas Hanya Kerana Lepas Ditegur Tidak Memakai Pelitup Muka. Warganet Turut Memberi Reaksi Balas Tidak Puas Hati Pada Lelaki Tersebut.

Ingat tak pernah tular satu ketika dulu, pengawal kesihatan dikritik dengan teruk selepas minta pengunjung masuk premis pakai topeng pelitup muka? Satu kejadian serupa turut tular di Indonesia dalam satu insiden baru-baru ini, sehingga menjadi bualan warganet.

Memetik laporan Suara.com, seorang petugas bas Transjakarta dicemuh seorang penumpang lelaki selepas dia ditegur kerana tidak memakai mask dengan elok. Rakaman kejadian itu dikongsi menerusi sebuah akaun Istagram Warung Jurnalis.

Petugas tersebut menegur lelaki berkenaan dengan nada yang begitu sopan kerana memakai topeng muka di dagu, namun dibalas dengan cemuhan sehingga tergamak merendah-rendahkan martabat petugas wanita itu. Video itu mendapat hampir 80k tontonan, dan ratusan komen daripada pengguna media sosial yang rata-ratanya mengkritik semula lelaki tersebut.

Pelitup Muka Kain Tak Boleh Pakai Buat Selama Lamanya. Berikut 4 Petanda Tanda Pelitup Muka Kain Perlu Ditukar Sebelum Terlambat

Pelitup muka kain bukan jaminan melindungi diri daripada kuman apatah lagi ia sudah digunakan untuk tempoh lama.RAMAI memilih pelitup muka menggunakan fabrik kerana ia bukan sahaja boleh dicuci malah boleh digunakan berulang kali.

Bagaimanapun, ramai tidak mengetahui bahawa pelitup muka fabrik juga perlu diganti dan tidak boleh digunakan selama-lamanya kerana ia mungkin sudah tidak efektif dalam menyekat penyebaran kuman dan virus menerusi cecair daripada hidung dan mulut.Apakah tanda-tanda and perlu menukar pelitup muka kain anda?Jika pelitup muka sudah dibasuh lebih 30 kali, ia perlu ditukar dengan yang baharu.

1. Tali mula longgar.Salah satu perkara yang perlu diberikan perhatian adalah tali pelitup muka anda. Jika ia sudah mula longgar dan pelitup muka tidak melekap pada wajah dengan baik, ia perlu ditukar.

2. Pelitup muka mulai kendur.Dipakai dan dicuci berulang kali pasti akan membuatkan pelitup muka anda mula mengendur. Ukuran mask yang pada awalnya melekap di muka dengan baik, kini seakan-akan sudah longgar. Tukarlah yang baru.

3. Pelitup muka mula ‘berbulu’.Apabila sering dicuci, fabrik pasti akan mengeluarkan benang atau ‘bulu’. Barangkali akan ada lubang kecil kerana kain sudah mula menipis yang membuatkan virus mudah keluar dan masuk.

4. Pelitup muka dicuci lebih 30 kali.Jika anda sudah mencuci pelitup muka lebih 30 kali, fikirlah 3o kali sebelum memakainya semula. Ini kerana pelitup muka anda mungkin sudah tidak efektif melindungi diri anda dan orang lain.Mencucinya berulang kali akan membuatkan pelitup muka kehilangan bentuk dan ketahanan dalam melindungi diri anda.

Ada Yang Alami Masalah Jerawat Kerana Memakai Pelitup Muka. Ini Dia Cara Mudah Untuk Anda Hilangkan Dengan Kadar Segera

Sejak 1 Ogos 2020, kita sudah diwajibkan oleh kerajaan untuk memakai pelitup muka apabila berada di tempat awam. Tiap kali keluar rumah wajib pakai pelitup muka, memandangkan pemakaian pelitup muka sangat penting untuk mengelak wabak Covid-19 daripada merebak.

Bukan semua orang selesa pakai pelitup muka. Lebih-lebih lagi perempuan, sebab keluar rumah rasa tak lengkap kalau tak solek kan? Tapi korang tahu tak, tak boleh tau pakai pelitup muka terlalu lama dengan solekan tu. Korang mungkin akan hadapi masalah maskne nanti!

Apa itu maskne? Ia merupakan singkatan daripada mask acne iaitu masalah kulit berjerawat yang berlaku disebabkan pemakaian pelitup muka dalam tempoh lama. Wajah akan mula ditumbuhi jerawat terutama di kawasan yang kerap tertutup seperti di pipi, hidung dan dagu.Kredit: www.usdermatologypartners.com

Maskne terjadi apabila terdapatnya geseran sewaktu anda memakai pelitup muka. Cuaca panas akan buat kita mudah berpeluh dan bakteria pasti membiak dengan pantas. Tambah pula dengan bakteria yang ada di persekitaran dan cuaca yang berubah-ubah, makin menjadi-jadi la maskne ni.

Sesetengah individu mungkin tidak mengalami masalah maskne yang begitu teruk. Tapi ada juga yang mengalami masalah kulit yang serius sehingga menyebabkan rasa gatal, bengkak, kemerahan dan lain-lain. Serius tak selesa.Siapa je yang suka kulit muka berjerawat kan? Tambah-tambah perempuan, mesti nak jaga penampilan, lepas tu kulit muka pula kenalah bersih dan cantik. Baru ada keyakinan diri. Risau jugak kalau dah mengalami masalah maskne ni. Bolehkah ia dirawat?

Hilangkan masalah kulit berjerawat dengan Cetaphil Gentle Skin Cleanser

Nak jaga kulit wajah ni, tak susah mana. Korang hanya perlu gunakan produk Cetaphil, tak perlu risau dah lepas tu. Cetaphil memang terkenal sebagai produk pencuci dan penjagaan kulit muka. Bukan setakat membersih tapi produk Cetaphil sangat membantu melembutkan kulit.

Sebagai rutin kecantikan harian, kami syorkan korang untuk gunakan Cetaphil Gentle Skin Cleanser. Tak kisah la kulit muka korang jenis normal, berminyak, kering malah sensitif sekali pun. Pencuci muka ni sangat sesuai untuk semua jenis kulit.

Cetaphil Gentle Skin Cleanser sangat dipercayai oleh pakar dermatologi untuk kulit yang sihat dan cantik. Satu kajian yang dilakukan oleh Home Tester Club (HTC), 99% wanita yang menggunakannya setuju produk ni membersih dan melembapkan kulit dengan lembut tanpa mengikis pelindung semula jadi kulit.

Bagi korang yang selalu mengenakan solekan ringan, boleh guna Cetaphil Gentle Skin Cleanser untuk cuci muka korang tu. Pencuci muka ni bersifat tak comedogenic jadi ia tak la menyumbat liang-liang roma yang menjadi punca jerawat pada kulit wajah.

Kandungan bahan di dalam Cetaphil Gentle Skin Cleanser dijamin selamat dan tiada kesan sampingan berbahaya. Pencuci muka ni takkan memedihkan mata. Paling penting, ia bebas dari wangian dan sabun. Nak guna pada badan pun boleh.Pendek kata, Cetaphil Gentle Skin Cleanser sangat sesuai digunakan seisi keluarga. Lepas ni boleh pakat dengan keluarga kat rumah tu untuk bertukar kepada produk Cetaphil!Kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang kebaikan Cetaphil, korang boleh klik sini. Gunakan Cetaphil supaya kulit muka korang kembali bersih dan flawless. Semoga masalah maskne korang akan hilang dengan Cetaphil!

Ramai Masih Keliru Biru Atau Putih Di Luar. Akhirnya Doktor Ini Jelaskan Pemakaian Sebenar Pelitup Muka Yang Ramai Tak Tahu

Masih ramai yang keliru tentang penggunaan pelitup muka terutamanya yang mempunyai warna.PEMAKAIAN pelitup muka diwajibkan kerajaan Malaysia sejak 1 Ogos lalu dalam usaha membendung dan mengawal penularan virus Covid-19 terutamanya di tempat awam.

Pegawai Perubatan Klinik Ajwa Shah Alam, Dr. Arisman Abdul Rahman menjelaskan sebaik-baiknya pemakai pastikan bahagian mana patut di luar atau di dalam.Atas dasar itu juga kata Dr. Arisman, pemilihan pelitup muka sangat penting sebelum memakainya.

Bahagian berwarna perlu dipakai di bahagian luar.“Jika tidak tahu juga, jangan kecewa atau panik. Pakai sahaja… Masih ada cara lain untuk mengelakkan diri daripada jangkitan kuman Covid-19 seperti menjaga jarak lebih satu meter, kerap mencuci tangan atau jangan berada dalam ruangan tertutup dan ramai orang,” katanya.

Bagaimanapun, Dr. Arisman menyenaraikan lima tip membezakan pelitup muka dan cara pemakaiannya.1. Warna biru atau putih yang perlu menghadap ke luar?Jawapan: Warna biru.2. Kalau topeng muka warna hijau dan putih, mana satu di luar?Jawapan: Warna hijau

Sentiasa memastikan bahagian putih dipakai ke arah mulut.3. Kalau warna lain pula… misalnya merah? Ungu atau putih yang perlu menghadap luar?Jawapan: Umumnya topeng muka yang berwarna itu semua menghadap ke luar. Bahagian putih sentiasa di dalam.4. Kalau ada topeng muka dua-dua warna putih?Jawapan: Lihat pada tanda jenama dan sebagainya. Biasanya yang bertulis atau ada tanda itu dipakai menghadap keluar.5. Jika tiada tanda dan dua-dua belah berwarna putih?Jawapan: Tenang. Bernafaslah seperti biasa. Ianya masih boleh dipakai. Sebelum membeli buat pilihan yang tepat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *