Sebak temui kebenaran. Hampir dua tahun tertangguh niat nak masuk islam. Wanita ini kongsikan cerita buat ramai yang kagum.

Viral

“Allah itu wujud dan al-Quran itu benar. Apa yang berlaku di dunia pada ketika ini adalah dinyatakan di dalam al-Quran…” Itu pengakuan seorang wanita warga Thailand, Pheemthana Shinawat apabila terbuka hati untuk memeluk agama Islam selepas mempelajari dan mengkaji kitab suci seperti al-Quran, Bible dan Anguttara Nikaya.

Berkongsi kisah di laman Facebook, wanita yang dipercayai menetap di Malaysia itu telah membuat perbandingan isi kandungan antara kitab agama tersebut sebelum menemui kebenaran yang dicari selama ini. Menurut Pheemthana, dia memilih agama Islam bukan kerana sebab-sebab tertentu sebaliknya atas dasar kepercayaan dan ketaqwaan pada Allah SWT selain masih mencari jalan untuk menjadi Muslim sejati.

“Saya masih mencari cara sebenar untuk menjadi Muslim dengan mempelajari agama Islam yang memberi ketenangan sebenar kepada jiwa saya,” “Agama tidak bergantung pada nama tetapi siapa diri kamu,” tulisnya pada Selasa. Selain itu, dia turut berkongsi video apa yang difahami mengenai ajaran dan tuntutan dalam agama Islam dan berjanji akan kekal istiqamah di jalan Allah sehingga hujung nyawa.

Posting tersebut mendapat perkongsian sebanyak 5,600 kali dan 3,800 tanda suka serta ratusan komen warganet yang mengucapkan syukur kerana wanita berkenaan telah memperoleh Hidayah Allah. Selepas dua tahun tertangguh, Nur Serena lega hasratnya untuk memeluk Islam akhirnya terlaksana pada minggu lalu. Hidayah itu milik Allah, sampai masa pasti terdetik untuk menjadikannya kenyataan.

Biarpun awalnya terpaksa menunda hari dan tarikh memeluk Islam gara-gara akur dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), namun akhirnya gadis ini berjaya melafazkan dua kalimah syahadah pada 24 Februari lalu. Gadis bernama Nur Serena Qian Xing, 21, berkata dari dahulu lagi dia dikelilingi dengan umat Islam dan hampir dua tahun telah memasang niat untuk berhijrah. “Alhamdulillah, Nur ialah tambahan nama yang saya pilih,” tulisnya di Twitter pada Rabu lalu.

Perkongsian yang meraih sehingga 58,000 likes dan lebih 13,000 retweets itu dipenuhi dengan komen warganet yang mengucapkan tahniah, mendoakan, memberi kata-kata semangat lalu ada juga di antara mereka yang ingin memberi hadiah dan sumbangan. Lebih mesra disapa Nur, dia dengan rendah diri sudi berkongsi serba sedikit pengalamannya serba sedikit ketika sebelum dan selepas memeluk Islam.

Gadis yang menetap di Larkin, Johor Bharu ini turut meluahkan rasa syukur kerana segala urusannya dipermudahkan dan diterima baik oleh pihak Jabatan Agama Islam, Pejabat Kadi Daerah Johor Bharu dan juga dalam kalangan warganet.

“Alhamdulillah.. Saya diberi kesempatan memeluk Islam dan menjadi hamba Allah. Saya sangat terharu dengan penerimaan yang luar jangkaan dan sangat baik daripada keluarga, rakan terdekat dan orang ramai. Sungguh tak sangka saya diterima baik sebegini rupa.

Perasaan bersyukur tak mampu saya luahkan dengan kata-kata melainkan dengan ucapan terima kasih. Lebih mengejutkan saya perkongsian di Twitter mendapat sambutan yang luar biasa. Terima kasih banyak-banyak. Saya sangat hargai. Saya sebolehnya tak nak berkongsi sangat kerana takut perbuatan saya ini timbul rasa riak dan bangga dalam diri tetapi untuk memberi inspirasi saya berbesar hati untuk berkongsi,” ujarnya.

Bercerita lanjut mengenai penghijrahannya, Nur berkata sebelum memasang niat ingin memeluk Islam dua tahun yang lalu, dia sememangnya dikelilingi dengan ramai rakan yang beragama Islam dan disebabkan itu dia banyak belajar mengenali lebih mendalam agama ini.

Menceritakan tentang proses memeluk Islam baru-baru ini, Nur berkata jika sebelum ini ditunda kerana PKP, tapi kini semuanya berjalan lancar dan urusan sangat dipermudahkan. “Proses mudah sangat dan tak makan masa yang lama. Hanya seorang saksi ditetapkan dan ditemani kawan lelaki, saya ke pejabat agama.

Sampai di kaunter pertanyaan, saya beritahu nak masuk Islam dan mereka beri saya borang untuk isi sebelum ke satu bilik untuk mendengar sedikit taklimat dan mengucap syahadah,” ujarnya lagi. Saya bersyukur tiada halangan daripada keluarga. Mereka turut memberi sokongan kepada saya. Mereka juga rapat dengan Islam tetapi belum tiba masanya.

Sempat ditanya mengenai penerimaan keluarga, Nur berkata semuanya baik sahaja dan mereka terima keputusannya dengan hati terbuka. Menurut anak tunggal itu, kedua ibu bapanya telah berpisah suatu ketika dahulu dan masing-masing sudah mempunyai keluarga baharu. Dia yang bekerja sebagai seorang kerani di syarikat swasta berharap hatinya akan terus kuat dalam menjalani hari baharunya.

“Saya bersyukur tiada halangan daripada keluarga. Mereka turut memberi sokongan kepada saya. Mereka juga rapat dengan Islam tetapi belum tiba masanya,” katanya. Malahan, dia bersama ibunya juga saling mengagumi Ustaz Ebit Lew kerana adabnya dalam menyampaikan ajaran Islam.

Nur turut mengakui dia banyak mendapat inspirasi daripada personaliti tersohor itu dan berharap suatu hari nanti dapat sampai ke tahap itu. “Bagi saya, berhijrah ini tidak boleh terlalu drastik takut tak kekal lama. Saya akan pelahan-lahan perbaiki diri. Soal berhijab pula, InsyaAllah sampai waktunya saya akan menutup aurat sepenuhnya,” katanya.

Ini Yang Berlaku Pada Kereta Ustaz Ebit Lew. UEL Tanpa Ragu Kongsi Kisah Hebat Kuasa Doa Yang Meraih Perhatian Ramai

Baru baru ini,Ustaz Ebit Lew berkongsi cerita bahawa kereta miliknya telah pancit secara tiba tiba pada Khamis petang melalui IGnya. Jelas UEL, dugaan yang menimpa dirinya turut membawa rezeki kepada seorang petugas towing yang sudah lama menyimpan hasrat untuk bertemu dengannya.

“Rezeki petang ni. Rahmat Allah. Tayar tiba-tiba pncit terus. Sekali adik towing turun kereta asyik bergambar je. Selalu doa nak jumpa ustaz.”Tersenyum saya. Kereta ni ramai peminat. Orang lalu je ambil gambar dengan kereta,” tulis Ebit di media sosial miliknya.

Ebit juga turut mengimbas kembali kejadian melibatkan seorang pemilik rumah tumpangan yang menangis bertemunya baru-baru ini. Jelas Ebit, dia terpaksa tinggal dia inapan milik wanita terbabit memandangkan misi yang dilakukannya tidak sempat disempurnakan pada hari sama.

“Begitu juga masa nak check in satu rumah baru ini dah lewat. Misi tak selesai kena check in.“Dah lewat masuk rumah. Sampai ,owner rumah tu wanita menangis sungguh-sungguh.”Ya Allah, ustaz saya hari-hari doa nak jumpa ustaz. Tak sangka ustaz yang sewa hari ini,” imbas Ebit akan kata-kata wanita itu.

Seterusnya, wanita itu turut memulangkan duit tempahan yang sudah dibayar Ebit secara dalam talian atas niat mahu bersedekah.”Saya memang penat sikit malam tu. Sibuk tak sempat makan dari semalam. Dan bila jumpa orang susah memang sedih. Kadang tengok anak tak sekolah. Bila nak sekolahkan ada masalah pula. Ya Allah. Tapi saya akan selesaikan juga bersama team yang lain.

“Tapi dengar akak tu kata doanya dimakbulkan. Saya tersenyum. Saya pun terus fikir ajaibnya doa. Berbaloi susah sedikit melihat ajaibnya doa orang. Melihat kekuasaan Allah,” ujar Ebit.Tambahnya, kuasa doa sememangnya tidak patut dipandang rendah.

Malah, dia sendiri sudah menyaksikan dan mendengar banyak kisah-kisah lain sebelum ini yang menunjukkan besarnya kuasa doa seseorang.”Begitulah selalunya melihat doa orang miskin dan anak yatim. Kadang dah lewat nak balik. Tiba ada dapat aduan tentang orang tinggal di tempat bangunan dijilat api dan ditinggalkan. Sekali sampai akak tiada kaki. Anak orang kelainan upaya (OKU).

“Tinggal disitu dah lama. Terus pindahkan akak tadi ke rumah baharu. Kita beri free pada akak tadi. Selepas seminggu akak tadi sudah hembuskan nnafas terakhir.”Anak yang OKU kata, mak dah solat dan bersyukur. Selama ini dah tak percaya tuhan. Selalu berdoa tapi Allah belum kabulkan. Bila ustaz sampai terus rasa bersyukur.

“Dalam hati saya ajaibnya doa akak ni. Begitulah doa orang yang memerlukan,” ujarnya.Dalam posting sama, Ebit turut membuat peringatan agar jangan sesekali kita memandang rendah kuasa doa dan dilrang juga meng4niayai orang susah dan anak yatim.

“Jangan pandang rendah doa mereka. Jangan aniaya orang miskin dan anak yatim. Jangan pandang rendah pada orang lain.”Doa boleh hentikan segala musibah dalam dunia ini. Tsunami, gempa bumi, puting beliung, Covid-19, dan lain-lain.”Siapa maha kuasa boleh tarik semua ini? Hanyalah Allah. Ya Allah selamatkanlah kami semua,” ujarnya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *