Wanita ini terpaksa ambil tindakan kasar untuk mendidik rakan yang susah bayar hutang. Tapi mampu pula untuk beli sesuatu ini.

Pengetahuan Semasa Viral

Wanita ini berdepan dengan dugaan ketika mahu meminta rakannya melangsaikan hutang yang sudah lama tidak dibayar. Sebaik mana pun hubungan persahabatan dengan seseorang, namun disebabkan hutang, tidak mustahil boleh berakhir dengan ‘putus kawan’.

Mungkin ada yang menganggap meminjam wang daripada rakan sendiri bukanlah isu besar kerana boleh saling bertolak ansur. Namun dalam keadaan tertentu ia boleh bertukar menjadi masalah apabila si peminjam culas untuk melunaskan hutangnya, sebagaimana kisah yang dikongsikan oleh seorang pelayar.

Menerusi coretan di laman IIUM Confession, pelayar berkenaan berkongsi betapa dia serik untuk memberikan pinjaman kepada rakan selepas satu peristiwa yang berlaku beberapa tahun lalu. Pelayar tersebut juga menceritakan betapa sukarnya dia menagih kembali hutang daripada rakan yang pernah bersahabat baik, sehingga memakan masa bertahun-tahun lamanya untuk dilunaskan.

“Tahun 2016, saya baru sahaja habis degree. Alhamdulillah, tak perlu tunggu lama saya dapat bekerja di sebuah retail company terkenal. Berkenalanlah dengan colleagues dari semua department di sini. Mungkin sebab ini ialah perkerjaan pertama saya seumur hidup waktu tu jadi perasaan ingin disenangi oleh semua orang tu membuak-buak. Ada seorang akak ni yang saya agak rapat juga kerana sama perangai gila-gila, saya gelarkan ‘Kak A’. Ringkasnya, Kak A ada tiga orang anak yang masih bersekolah waktu tu. Perwatakan sangat friendly dan riuh-rendah; saya mula rapat sebab ciri-ciri kami sama,” ceritanya sambil menambah, wanita tersebut juga bukan seorang yang kedekut atau berkira dengan rakan-rakan.

Rakannya meminjam wang sebanyak RM1,500 kerana terlibat dalam kemalangan dan mahu membaiki keretanya di bengkel.

Namun pada penghujung 2016, rakan yang digelar Kak A itu terlibat dengan kejadian yang tak diingini di jalan raya dan bermula dari detik itulah, kepercayaan terhadap rakannya itu mula terhakis. Menurut pelayar berkenaan, Kak A menyuarakan hasrat untuk meminjam wang bagi membaiki kerosakan kereta akibat kejadian tersebut.

“Disebabkan sehingga perkenalan kami di situ saya lihat Kak A ni jenis yang saya kira bertanggungjawab, saya pun percaya dan beri pinjam wang sebanyak RM1,500. Kak A berjanji akan selesaikan dalam dua kali bayaran (RM750 setiap kali) bermula Januari 2017. Awal Januari 2017, branch kami perlu dibubarkan sementara dan kakitangan dihantar ke outlet-outlet yang berlainan. Disebabkan kecoh dengan pertukaran dan penempatan inilah, saya terus terlupa mengenai bayaran yang sepatutnya saya terima dari Kak A. Kami tidak ke outlet yang sama, bahkan semakin jauh terpisah,” ceritanya.

Namun ujarnya, dia masih bertolak ansur dan memberi peluang kepada Kak A, malah menyedapkan hati sendiri berkemungkinan wanita itu memerlukan wang untuk perbelanjaan anak-anak bersekolah.

Mungkin cara saya kasar, tapi saya nak tutup chapter ini cepat-cepat. Bila dah digertak macam ni, baru dia mula bank-in duit saya.

“Februari 2017, Kak A tiba-tiba bank-in kepada saya RM500. Separuh hati saya mencebik sendirian; janji RM750 dengan dua kali bayaran. Syukurlah ada juga nampak inisiatif Kak A nak membayar. Waktu ni saya dah mula dengar cerita kurang enak mengenai Kak A. Malas nak ambil pusing sangat kerana saya rasa saya kenal bagaimana dirinya; asalkan dia bayar duit yang dia pinjam, saya okay,” kongsinya.

Namun selepas membuat pembayaran pertama, langsung tiada khabar berita daripada wanita berkenaan sehinggalah penghujung tahun 2017. Menurutnya, Kak A sering memberikan alasan setiap kali dia menghubungi untuk bertanyakan mengenai bayaran hutang yang masih berbaki. Tambahnya, memandangkan ketika itu juga dia mengalami masalah kesihatan, maka hutang Kak A dilupakan seketika untuk memberi tumpuan kepada proses penyembuhan.

“Awal 2018, saya masih dalam proses recovery. Mak bawa saya keluar makan di sebuah restoran yang agak jauh dari rumah kami. Restoran ini unik kerana pelanggan dibolehkan untuk menulis nama mereka menggunakan pen marker khas yang disediakan.

Wanita berkenaan kerap kali memberi alasan ketika diminta membayar hutang, dan hanya menyelesaikan hutang apabila digertak. Gambar hiasan

“Tiba-tiba, saya terpandang nama yang seiras nama Kak A. Tapi, kebetulankah kalau nama yang tertera adalah nama Kak A, suami dan ketiga-tiga anak mereka? Terus teringat akan hutang dia dengan saya. Seringkali beritahu saya tak ada duit, tapi makan dengan satu family boleh pula? Restoran itu pun harga makanannya boleh tahan. Pulang saja ke rumah, saya terus hubungi Kak A dan bertanya baki hutang saya RM1,000. Dia balas mesej saya dengan ‘oh ada lagi ke?’. Allahu,” luahnya yang jelas kecewa.

Enggan diri terus diperkotak-katikkan, pelayar ini akhirnya mengambil keputusan untuk membawa perkara tersebut ke Mahkamah Tuntutan Kecil. “Saya hantar screenshot borang tersebut serta butiran dan hantar pada Kak A. Mesej saya mudah; bayar atau saya bawa ke mahkamah. Bahan bukti mesej dan penyata bank saya ada.

“Mungkin cara saya kasar, tapi saya nak tutup chapter ini cepat-cepat. Bila dah digertak macam ni, baru dia mula bank-in duit saya. Bank in RM100 je. ‘Ni je akak mampu’ katanya.

“Saya beri peluang RM100 setiap bulan. Akhirnya saya selamat menagih kembali wang saya sepenuhnya pada Disember 2018. Lepas sahaja saya confirmkan bank-in Kak A yang terakhir, saya terus block nombornya. Penat dan sedih, betapa susahnya nak tuntut kembali hak saya. Dan dia yang saya anggap macam kakak sendiri tergamak buat macam tu. Peribahasa Melayu lama itu betul; buat baik berpada-pada. Harap kita semua lebih berwaspada pada masa akan datang,” tulisnya lagi.

Sumber : Mstar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

2 Tahun Hidup Satu Keluarga Ini Merana Apabila Owner Rumah Lama Pinjam Duit Dengan Pengutip Hutang Dan Memalsukan Alamat. Bila Report Polis Ini Pula Jawapannya.

Tular seorang pengguna FB bernama Huda Muhamad yang telah 2 tahun di ganggu pengutip hutang (Ah Long) hanya kerana rumah yang di beli dari seorang peminjam Ah l0ng.

Bismillahirahmanirahim. Tak tahu nak mulakan macamana , sebab ini kali pertama saya kongsikan kisah perit yang mengganggu kami yang berlarutan dari 2018 sehinggalah sekarang. Baru ada kekuatan untuk berkongsi masalah. Dan, kekuatan ini hadir jua sbb dah tak tahan menanggung rasa sangat tertekan, r1sau , t4kut dan tidak tenang selagi si pen1pu ini masih membuat kerja2 jahat dengan menggunakan kami sebagai orang yang tidak bersalah dan pihak berkuasa yang sepatutnya menyelesaikan masalah ini pun tidak dapat membantu..

Saya kini mengalami irregvlar palp1tations. Jantung berdeb4r-deb4r . Macam rasa jantung ditvsuk benda t4jam. Migraine selalu bertandang siang dan malam. Res4h dan t4kut usah diceritakan. Duduk dirumah sendiri hasil titik peluh kami sendiri suami isteri. Namun jiwa kami bak pel4rian dibvru t3ntera zal1m. Saya ingin k0ngsikan gambar-gambar situasi buruk ini dengan semua. Bila tengok nanti, pasti ramai yang tertanya. “apa kes sampai rumah dan kereta saya di simbah cat..suami ada hvtang dengan Ah l0ng ke? “ Allahuakbar… inilah pandangan s1nis yang terpaksa kami telan. Kami sudah ni mangs4 pen1puan. Salah seorang owner yang jual rumah kepada kami menggunakan alamat kami untuk berhutang dengan Ah-Longnya. Bila dia tidak bayar, pasti penuntut hutang datang cari dirumah.

Kisah mulanya….

Kisahnya..suami beli rumah pada Julai 2018 , pada awalnya tiada apa2 berlaku.alhamdulillah, namun..masuk hujung tahun 2018, kami mula menerima 1 keping surat dlm post box..surat tanpa sampul dalam tulisan cina siap dengan salinan ic penama Chang Kok Foong..saya abaikan sbb tak sangka itu surat utk kutip hutang lagi pun bukan utk kami.tapi saya ambik surat tu dan simpan.

Selang tak lama kemudian..ada yg datang bertanyakan ..ni rumah Chang kok Foong ke? saya jawab bukan , telah dijual. Tidak berakhir disitu , slps itu banyak kali lagi penuntut hutang datang ,dan tanya soalan sama dan slps itu ada lah lagi yg datang dan lagi ..( masa tu saya terfikir kenapa lah ramai sangat kawan2 si Chang Kok Foong ni datang cari dia..tak tahu ke dia dah p1ndah)

Rumah di hantar surat di tulis dalam bahasa cina

Sehinggalah pada satu hari ,saya lupa tarikh kejadian, tapi pada masa tu saya berada dalam rumah..tetiba perasan ada sebuah kereta berhenti dan campak sesuatu ke dalam pagar rumah..saya keluar dan tengok mereka baling kertas lbh kurang 50 helai dengan tulisan yg sama..ada gambar ic si penyangak tu..saya terus whatsaap jiran chinese saya..dan tanyakan apa maksud tulisan cina tu..dan dari situ baru lah saya tahu..pemilik rumah lama ni ada buat pinj4man ahlong..mereka minta bayar hutang . Dengan rasa marah, kami terus call nombor telefon yg tertera di kertas tersebut dan bgtau akan report polis jika kacau lagi sbb si peny4gak tu dah jual rumah ni. Ingat kan berakhir di situ..tapi rupanya tidak.

Rumah di rantai oleh pengutip hutang

Bulan puasa 2020 , berlaku cubaan dari Ah-long untuk merantai rumah dari luar ,kami berada dalam rumah . suami sempat mengejar dan sempat merampas kunci motosikal mereka. Mereka berjanji tak akan kacau lagi dan akan maklumkan kepada bos mereka . Kami sempat ambik gambar Ah L0ng tersebut serta IC nya utk bukti di kemudian hari . Selepas itu masih ada lagi Ah L0ng lain yang datang. tp cara baik..tanya cara baik.,mungkin syarikat pinjaman berlesen.

Setahun yang lalu, pada bulan Mac 2019 kami balik ke kampung utk menyambut hari raya..di petang raya ke 2, jiran sebelah whatsapp bgtau pagar rumah kami kena rantai besi dan ada ditampal tulisan cina kat pagar.Allah, nak marah sangat masa tu..terus kami ke balai polis Nilam puri utk buat report.itu report pertama..Kata polis yg bertugas, beliau akan maklumkan segera kepada IPD serdang (IPD serdang tu paling dekat dengan rumah, dalam 15 minit berkereta ).Dia minta kami tunggu sahaja panggilan daripada balai polis serdang .

Kami tidak senang duduk..esoknya terus bertolak balik ke KL.. sampai tu mmg tak boleh masuk rumah sbb pagar dirantai.Suami mintak tolong kawannya utk datang tolong potong rantai besi tersebut..alhamdulillah, kami dapat masuk.

Beberapa hari menunggu , namun tiada panggilan dari pihak polis. jadi kami terus ke sana bawa report.Terus kami dibawa berjumpa Insp S yg bertugas .Katanya dia akan menyiasat kes ni. Dan 2 hingga 3 hari slps tu suami buat followup utk tanyakan kes kami. Insp tu bagitau dia dah call Ah L0ng dan bgtau keadaan sebenar kepada Ah L0ng (kami pun dah call Al Long tu sblm ni)

Berterusan di g4nggu Ahlong yang berlainan tempat

Aman sekejap selepas itu, Ingatkan dah tak diganggu , namun rupanya masih ada lagi Ah L0ng yang datang cari si peny4ngak ni kat rumah, tapi sbb datang dengan cara elok dan sekadar bertanya .,saya tak buat report. Saya sempat bertanya dengan Ah L0ng tersebut ..katanya si Chang Kok Foong ada buat pinjaman dengan menggunakan alamat rumah ni sebagai tempat tinggalnya dan di sertakan bil elektrik terkini beralamatkan rumah kami utk buat pinjaman, sambil ditunjukkan bil tersebut, tapi malangnya saya tak tergerak hati utk mintak gambar bil sebagai simpanan kami.

Dari situ baru kami tahu, dia memalsukan dokumen TNB utk membuat pinjaman. Saya tunjukkan bil sebenar kepada pengutip hvtang tersebut.Ok dia janji tak akan datang dah. Ah L0ng masih lagi datang..dan lebih 15 x dan semuanya bukan orang sama. Maknanya bukan dengan seorang Ah L0ng jer dia buat p1njaman.

Pihak polis pula sepi..Kami jadi t4kut di rumah sendiri..anak2 kami tidak benarkan bermain luar rumah sebab risau. Masuk tahun 2020. kami aman seketika..tp slps PKP berakhir , Ah L0ng mula buat hal .

Rumah, kereta di simbah cat merah

Seperti biasa slps suami ke office, saya akan buat kerja2 kat dapur , masa kat dapur,saya terhidu bau cat yg kuat.masa tu dalam pkl 8 lbh kurang..saya intai luar rumah..Ya Allah, rumah dan kereta saya disimbah cat merah..terketar2 tangan..tak tahu nak buat apa. Terus call suami dan suami mintak saya call polis.Polis tu cakap , dia akan hantar polis peronda ke rumah saya. Alhamdulillah suami dah pergi kerja masa tu, kalau tak mesti kereta nya pun kena sekali. Kami ke IPD serdang buat report baru .Segalanya kami ceritakan dari awal..dan bawa sekali surat2 dari Ah L0ng yang dit4mpal dipagar dan di masukkan dalam post box sebelum ini..Pihak polis ada datang ke rumah..buat kerja diorang.

Mereka bagitahu akan si4sat kes ini .Selepes 3 hari ..Insp A ada telefon katanya dia telah berjaya hubungi Chang Kok Foong dan Chang Kok Foong akan datang rumah kami (Kami ingat dia berjaya cari, tapi selepas ditanya rupanya berjaya hubungi melalui nombor telefon. Kata Insp A , Chang Kok Fong tidak terlibat kerana menurutnya IC nya telah hilang dan dis4lah gunakan oleh pihak lain utk mengenakannya .

Pihak Polis tidak dapat membantu

Allah, kami yg bukan polis ni pun memang tidak percaya dengan alasan itu.Mustahil Ahlong akan bagi p1njam duit , sekadar tunjuk IC muka tidak sama dengan IC .. sedangkan siap ada gambar selfie Chang Kok Foong dalam simpanan Ah L0ng yg dihantar kepada kami. Gambar selfie muka terkejvt macam nak kena panah petir. Menurut Ins A , pihak polis tidak dapat berbuat apa2, sebab tiada bukti utk menangkap Chang Kok Foong kerana bukan Chang Kok Foong yang simbah cat dan Ah L0ng .yang simbah tu pula tiada tinggal kan bukti. Kami dibagitahu utk t4han Chang Kok Foong atas penipuan dokumen TNB , perlu ada bukti. Kata polis lagi sebab tak de bukti mereka tak boleh buat apa2. Tiada bukti ?habis tu nak suruh kami ke cari bukti ? Apa guna gambar IC Ahlong yg suami berjaya t4ngkap masa mereka datang merantai pagar rumah hari tu.

Tak kan pihak polis tidak dapat cari Ah L0ng tu utk dapatkan dokumen2 pinjaman yang digunakan oleh Chang Kok Foong berdasarkan Alamat dan nombor IC Ah L0ng tu yang kami bagi tu. Gambar saya ambil tu sangat jelas lagi ter4ng.Must4hil tak dapat cari.Letih kami dengan karenah Insp A ni.

Pemilik asal rumah (penghvtang Ahlong) berjanji dengan polis untuk berjumpa

Katanya dia hanya dapat bantu untuk minta Chang Kok Foong datang selesaikan sendiri dengan kami mas4lah ini .Menurut insp A , Chang Kok Foong akan datang pada hari esok. Suami ke office seperti biasa sbb dia yakin si penyangak tu mustahil akan datang namun minta kepada guard dalam taman perumahan yg kami bayar bulanan itu utk berjaga2.

Seperti yg dijangka, tak datang pun si Chang Kok Foong tu. Mudahnya Insp .A tu kena t1pu dengan dia.Peny4ngak tu pula agaknya bersenang lenang dok gelakkan polis sebab percaya cerita nya. Kami berwhatsapp lagi dengan Ins A bertanyakan pasal IC CHang Kok Foong..kata Ins A tersebut Chang Kok Foong telah menukar alamat baru di ic nya. kami tidak yakin dengan jawapan itu dan alhamdulillah saya ada seorang kenalan yang bekerja di JPN..dan menurut staff JPN alamat Ic Chang Kok Foong masih beralamat kan rumah kami, dan Chang Kok Foong pernah memohon untuk membuat pertukaran alamat secara online pada tahun 2019 namun sampai ke hari tersebut bln Julai 2020 , beliau belum datang lagi ke JPN utk proses seterusnya .

Kami berpendapat, Chang Kok Foong tak kan tukar alamat sbb dah bersenang lenang buat kerja j4hat guna alamat rumah kami dan bil elektrik palsu dan polis pun tak dapat nak buat apa2 tindakan ke atasnya.Hanya sekadar menelefon sahaja. Kec3wa betul dgn Ins A tersebut. Selagi Chang Kok Foong tu hidup..selagi tu lah ,dia akan p1njam duit Ahlong dan rumah serta bil elektrik rumah kami sebagai cagaran p1njaman..dan selagi itu Ah L0ng akan datang g4nggu kami kerana menyangka kami penyewa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *