Boleh pula warganet berkelahi sebabkan ini. Sekali ini pesan Pemaisuri pada warganet.

ISU SEMASA Pengetahuan Viral

Isu berkaitan penggunaan ikan di dalam masakan laksa yang tular baru-baru ini di laman Facebook mendapat perhatian Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Terdahulu, terdapat satu komen dari pengguna laman Facebook yang menyatakan, usah jatuhkan martabat orang dengan menggunakan ikan kembung dan ikan selayang dalam masakan laksa. “Kalau tiada ikan parang, gunalah ikan tenggiri. Jangan jatuhkan ‘standard’ kami orang Johor dengan menggunakan ikan selayang dan kembung. Itu ‘standard’ orang utara dan timur,” komen Siti Rahmah Ahmad.

Tangkap layar mengenai isu perbezaan pendapat tentang penggunaan ikan di dalam laksa mendapat perhatian Raja Permaisuri Agong.

Komen tersebut mendapat pelbagai reaksi warganet dan terdapat satu komen yang menyelar kenyataan tersebut. “Sekurang-kurangnya kami tidak tertukar laksa dan spagheti untuk digunakan di dalam masakan. Apa guna buat laksa tetapi menggunakan spageti. Itulah, orang nak masak laksa, dia nak masak juga,” komen Mastika Halim.

Berikutan hal itu, Tunku Azizah bertitah di laman Instagram agar rakyat tidak berkelahi antara satu sama lain hanya disebabkan berlainan pendapat tentang bahan masakan yang digunakan untuk memasak laksa. “Kita jangan gaduh pasal laksa. Tepuk dada, tanya selera. Mahu guna ikan apa pun boleh. Udang hidup, udang kering ataupun ikan masin. Yang penting tumis betul-betul,” kata beliau.

Nasihat yang diberikan oleh Tunku Permaisuri Agong mendapat sokongan daripada pengguna laman Instagram yang lain termasuk chef selebriti, Chef Adu dan YatieKitchen. “Betul itu Tunku! Patik setuju sangat!,” balas Chef Adu di ruangan komen. “Nanti minta tunjuk ajar ya Tunku bagaimana untuk ‘chap’ spageti itu ya,” komen YatieKitchen.

Pada pasting Instagram peribadi baginda itu juga, Tunku Azizah turut menunjukkan cara menunjukkan cara ‘cuai laksa’. Tulis baginda, “ orang Johor pandai chap laksa spageti tapi orang Pahang pandai chap laksa tepung dan orang Terengganu pandai chap laksa beras’.

Sumber: K! ONLINE.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Perkongsian Raja Pemaisuri Mendapat Perhatian Setelah Gayakan Si Comelnya Dengan Pakaian Ini. Sekali Ini Pula Respon Warganet.

Seperti yang diketahui orang ramai, Raja Pemaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah memiliki dua ekor kucing yang diberi nama ‘Ku Jeling’ dan ‘Ku Comel’ yang dipeliharanya sejak tahun lalu lagi. Kini, Raja Pemaisuri berkongsi beberapa gambar di laman Instagramnya yang menunjukkan aksi ‘Ku Jeling’ yang asyik menggayakan baju raya sempena ketibaan syawal.

“Thank you for Jeling’s baju raya. She looks so cute kan! Selamat Hari Raya Aidilfitri from baby Jeling! Jeling is a girl, tak salah pakai songkok. Style of the year!,” tulis Tunku Azizah. Tanpa kelibat ‘Ku Comel’, posting berkenaan dihujani komen rakyat jelata yang memuji kecomelan ‘Ku Jeling’ selain terhibur melihat aksi lincah kucing tersebut.

Boy ke girl ni? Siap ada bunga tapi pakai songkok!

Comelnya! ‘Ku Jeling’ dah besar

Mesti jalan tertunduk2

Kita ni pun takde baju raya

Terdahulu, kucing baka Scottish Fold dan British Short Hair itu dibeli di kedai haiwan peliharaan di Taman Melati, Kuala Lumpur sebelum ditempatkan di dalam bilik baginda di Istana Negara.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Si Comel Ku Juling Dan Ku Jeling Jadi Perhatian. Tunku Azizah Siap Tetapkan Syarat 21 Dulang Hantaran Kalau Ada Yang Nak Masuk Minang.

Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dapat menarik perhatian rakyat Malaysia bila baru sahaja peroleh 2 ekor anak kucing di kedai peliharaan di Taman Melati, Kuala Lumpur. Apa yang lebih menarik adalah kedua-dua ekor kucing tersebut diberi gelaran dengan ‘Ku Jeling’ dan ‘Ku Comel’.

Malah disebabkan itu, Ku Jeling dan Ku Comel telah mendapat perhatian dan menjadi bualan rata-rata wargamaya terutamanya di halaman Twitter Tunku Azizah sendiri. Terbaru, Raja Permaisuri Agong telah memuat naik satu ciapan yang menyatakan bahawa kucing peliharaannya merupakan puteri yang membawa maksud kucing betina. Kucing ku puteri dua2…. siapa nak minang, hantaran nya 21 dulang ok !

Tambahnya lagi, sesiapa yang ada hati pada kedua-dua kucing peliharaannya harus menyediakan hantaran sebanyak 21 dulang. “Siapa nak minang, hantaran nya 21 dulang ok! “

Ciapan yang dimuat naik oleh baginda permaisuri telah menarik perhatian rata-rata warganet yang turut meminati kucing. “Kucing patik tengah ride ni nak buat Grabfood nak halalkan kucing Tuanku”

“Apaa 21 dulang????”

“Koma tanpa sengaja bila dengar 12 dulang hantaran”

“Ampun Tuanku niat di hati mahu memetik kucing di taman. Sudilah Tuanku menerima lamaran patik ini”

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tempat Khas Buat Pencinta Kucing. Berikut 8 Tempat Yang Menempatkan Kucing Sehingga Menjadi Tarikan Pelancong

Sudah semestinya setiap negara mempunyai tarikan tersendiri untuk pelancong datang kemari. elbih menarik sekali, bagi kaki travel yang juga pecinta kucing, pastinya anda tidak akan ketinggalan untuk menambah pengalaman atau ‘berkenalan’ dengan si manja yang terdapat di negara lain.

Pertama, Aoshima Island, Jepun. Ia merupakan pulau keempat terbesar di Jepun yang dinamakan Cat Island. Pada mulanya, hanya beberapa ekor kucing sahaja ditempatkan di situ tapi makin lama makin bertambah dari masa ke semasa.

Kedua, Mann Cat Santuary. Untuk penetahuan, is menjadi salah satu lokasi tumpuan di Santon, ISle Of Mann yang ditemui pada tahun 1996. Jika anda datng sini, anda akan dapat lihat kucing kucing yang terbiar atau kurang upaya di sini. Menarik sekali, walaupun tak bertuan, mereka dijaga dengan baik dan unik sekali lokasi mereka seluas 6 ekar .

Ketiga, KattenKabinet, Amsterdam.Diasaskan pada tahun 1990 apabila seorang lelaki kaya mahu menjadikan tempat ini sebagai memori buat kucingnya bernama Tom. Muzium ini dipenuhi dengan gambar kucing, poster, lukisan dan koleksi kucing sebenar. Di sini juga terdapat kedai-kedai cenderamata untuk peminat si bulus.

Seterusnya, Largo di Torre Argentina, Rom.Dataran kuno Rom telah menjadi rumah bagi banyak kucing liar, yang bertindak sebagai tempat perlindungan tempatan yang dikendalikan oleh sukarelawan.

Kelima, Ernest Hemingway Home and Meseum, Florida. Khas buat peminat sastera dan sejarah tiba di Old Town Key West untuk mengetahui tentang kehidupan Ernest Hemingway, tetapi anda juga dapat menggunakannya sebagai peluang untuk bertemu dengan beberapa kucing yang suka dipeluk!

Sekadar penegetahuan lokasi ini mempunyai sekitar 50 kucing dan semuanya mempunyai enam jari kaki! Sebenarnya, Hemingway adalah nama seekor kucing berkaki enam, berwarna putih yang digelar seorang kapten kapal yang berlabuh di sini malah terdapat juga beberapa ekor kucing yang tinggal di perkarangan muzium adalah keturunan kucing asli itu, bernama Snow White.

Enam, Kafe Kucing, Jepun. Menarik sekali Jepun mempunyai lebih dari 150 kafe kucing di seluruh bandar. Kafe-kafe ini, yang disebut kafe Neko, adalah kedai kopi biasa dan boleh menikmatinya bersama sekeping kek di samping kucing-kucing yang melepak di situ.Kebanyakan lokasi utamaya di Tokyo atau Kyoto, dan selalunya anda perlu menempah lebih awal kerana terlalu ramai pengunjung.

Seterusnya Lady Dinah Cat Emporium, London.Kafe Lady Dinah Cat Emporium perlu berada dalam senarai anda. Dalam masa sama anda boleh berinteraksi dengan kucing-kucing yang ada di situ sambil menjamu selera dengan pemandangan ruang teh menarik gaya Alice in Wonderland.

Akhir sekali The Greek Island of Syros.Kepulauan Yunani ini berfungsi sebagai tempat perlindungan untuk kira-kira 65 kucing dijaga oleh penduduk tempatan. Kucing itu sendiri juga bersedia sekiranya anda berminat untuk menjadikan mereka ‘anak angkat’. Pun begitu percayalah mereka lebih selesa tinggal di situ kerana mempunyai ruang yang luas dan bebas berkeliaran.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *