Satu keluarga peluk cium atuknya yang positif covid. Sekali ahli keluarga tampil jelaskan hal sebenar.

Covid 19 Keluarga Viral

Tangkap layar video menunjukkan ahli keluarga bersalaman, memeluk dan cium warga emas yang disahkan positif Covid-19 sebelum dijemput oleh ambulans. Media sosial digemparkan dengan penularan video menunjukkan ahli-ahli keluarga bersalaman, memeluk dan mencium seorang lelaki warga emas di dalam rumah yang kemudian keluar untuk dibawa menaiki ambulans, selepas disahkan positif Covid-19.

Tindakan tersebut mengundang kemarahan warganet yang mendakwa keluarga tersebut tidak sensitif dengan keadaan semasa yang boleh menyebabkan penularan jangkitan Covid-19. “Dah tahu atuk hang positif. Tak payahlah beria nak salam, peluk cium bagai. Lepas tu hang keluar, pergi pasar pula. Pergi raya rumah jiran pula. Tak pasal-pasal menyebarkan secara tidak sengaja,” komen seorang warganet berhubung video berdurasi seminit dan 30 saat itu

Susulan kekecohan itu, anak kepada warga emas itu tampil menjelaskan bahawa bapanya berusia 74 tahun disahkan positif Covid-19 pada 2 Syawal, Jumaat lalu, sebelum ambulans menjemputnya di rumah mereka di Port Dickson, Negeri Sembilan sebelum dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar di Seremban.

Antara komen warganet berhubung video yang tular.

Mohd Shuhazlan Ali, 45, berkata, pada mulanya anak saudara perempuannya berusia 11 tahun terlebih dahulu menjalani ujian swab dan disahkan positif Covid-19 pada 1 Syawal. “Anak saudara saya mengadu demam panas beberapa hari sebelum itu dan selepas melakukan ujian swab, dia dimaklumkan dia positif Covid-19 pada Khamis malam. “Jadi, kami semua yang tinggal serumah termasuk ayah menjalani swab test pada Jumaat, dan kesemua kami juga kemudian disahkan positif Covid-19,” katanya.

Mohd Shuhazlan berkata, bagaimanapun hanya bapanya yang dibawa ke hospital kerana menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi selain faktor usia.

Warga emas itu memakai pelitup muka sebelum memasuki ambulans.

Menurut anak keempat daripada lima beradik itu, lima lagi penghuni lain iaitu dirinya sendiri, ibu, adik perempuan, adik ipar dan anak saudara menjalani kuarantin kendiri di rumah. “Kami sekeluarga satu rumah positif Covid-19 dan semua menjalani kuarantin kendiri di rumah. Tidak timbul kami dijangkiti daripada ayah mahupun menyebarkannya ke luar. Atas rasa tanggungjawab jugalah kami semua menjalani ujian swab walaupun kami semua termasuk ayah tak ada gejala. Kami juga melakukan kuarantin kendiri di rumah. Anak saudara saya pun tak lagi demam esoknya selepas disahkan positif Covid-19,” ujarnya.

Kita semua tahu penyakit Covid-19 ni bermain dengan emosi. Anda tak kena, jadi anda tak tahu apa rasanya. Macam-macam yang terbayang-bayang dalam fikiran kami

Menjawab kepada kritikan warganet, Mohd Shuhazlan berkata, mereka membuat rakaman itu untuk berkongsi kepada keluarga terdekat mengenai keadaan bapanya menerusi grup WhatsApp keluarga. “Kami berkongsi dua video iaitu satu versi penuh yang telah viral, dan satu lagi versi yang dah edit untuk tunjuk ayah masuk ke ambulans saja. Hanya rakaman yang disunting saja dikongsi di Facebook. Kami tak tahu macam mana video asal yang dikongsi di grup WhatsApp keluarga boleh tersebar,” katanya yang bagaimanapun tidak mahu menyalahkan mana-mana individu hingga tersebarnya video berkenaan. Dalam pada itu, dia turut menjelaskan bahawa rakaman mereka sekeluarga mahu mewujudkan suasana yang positif ketika bapanya dijemput oleh pihak ambulans.

Rakaman dibuat untuk berkongsi mengenai perkembangan bapa bersama keluarga terdekat.

“Kita semua tahu penyakit Covid-19 ni bermain dengan emosi. Anda tak kena, jadi anda tak tahu apa rasanya. Macam-macam yang terbayang-bayang dalam fikiran kami, adakah ayah akan balik atau tidak selepas ini. Apatah lagi ayah dengan faktor usianya, pasti lagi mudah sensitif. Jadi, kami semua ceria untuk tak nak ada mood sedih masa tu. Walaupun kami positif Covid-19, kami tetap memakai mask ketika peluk, cium dan salam ayah. Ayah tu pun kami ada pesan untuk pakai mask sebelum masuk ambulans, sebab persiapan begitu singkat. Ambulans datang dalam masa 10 hingga 15 minit selepas kami terima panggilan daripada pihak hospital,” katanya sambil berharap petugas kesihatan tidak seharusnya dipersalahkan kerana mereka menjalankan tugas dengan baik.

Sehubungan itu, Mohd Shuhazlan berharap agar semua pihak menghentikan f1tnah yang dilemparkan kepada keluarganya, sebaliknya mendapatkan penjelasan sebenar. “Dalam keadaan sekarang dengan kes tinggi sampai 6,000 kes sehari, bukanlah masa untuk kita merendahkan orang lain yang dijangkiti Covid-19. Lebih baik kita menjaga diri sendiri dan mendoakan kesihatan semua sama ada yang dijangkiti Covid-19 mahupun tidak. Alhamdulillah, ayah saya dalam keadaan baik dan dia turut memberi sokongan dan motivasi kepada pesakit-pesakit lain di hospital. Kami diberitahu insyaAllah ayah akan discaj dalam waktu terdekat,” katanya.

Sumber : Mstar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Disebabkan Tindakan Warga Emas Yang Lari Dari Kawasan PKPD Ini. Ianya Melarat Sampai Jadi Sesuatu Ini.

Tindakan seorang warga emas dari Mukim Bunut Susu melarikan diri menjelang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) terhadap kampung itu, untuk meraikan Aidilfitri, menyebabkan tujuh saudara-maranya di Tumpat, mendapat jangkitan COVID-19.

Warga emas berusia 60-an itu dikatakan lari ke rumah ahli keluarganya yang terletak di Pulau Beluru, Tumpat. Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin, berkata warga emas itu disahkan positif COVID-19 pada hari raya kedua.

“Sebaik kita mendapati warga emas berkenaan tiada dalam kampung terbabit sedangkan namanya berada dalam senarai, kita mendapat maklumat wanita berkenaan lari ke rumah saudaranya di Tumpat. Pejabat Daerah Kesihatan Tumpat kemudian diarah mengesan warga emas berkenaan sebelum mengambilnya untuk tujuan ujian swab. Keputusan ujian swab warga emas berkenaan keluar pada hari raya kedua dan disahkan positif COVID-19,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media ketika meninjau Kampung Pauh Lima, di sini, yang dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai tengah malam tadi sehingga 1 Jun depan. Yang turut hadir, Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat. Dr Zaini berkata, disebabkan warga emas berkenaan, wabak berkenaan sudah menjangkiti tujuh individu lain iaitu ahli keluarganya di Tumpat.

“Kita mendapati warga emas itu keluar dari kampung selepas mendengar kampung berkenaan akan dilaksanakan PKPD, selain mahu menyambut Aidilfitri. Setakat ini, kita masih mengesan kontak rapat warga emas berkenaan untuk dilakukan ujian swab,” katanya.

Sumber : Berita Harian

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jurusolek Ini Terharu Dengan Sikap Peniaga Buah Warga Emas Ini. Sehinggakan Tak Kisah Walaupun Beratur Lama Dan Ini Rupanya Peniaga Itu Lakukan.

Video memaparkan peniaga berkopiah ini meraih hampir 200,000 tontonan di TikTok. Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba sahaja seorang peniaga buah warga emas di Pengkalan Kubur, Kelantan menjadi tular di media sosial.

Semuanya gara-gara perkongsian yang dibuat oleh seorang jurusolek, Efa Farihah, 30, menerusi aplikasi TikTok. Menurut wanita dari Pasir Mas itu, dia berkunjung ke gerai warga emas itu yang terletak berhampiran Masjid Pengkalan Kubur selepas mendapat tahu mengenainya daripada seorang rakan, baru-baru ini.

“Saya kali pertama pergi ke gerai pakcik tu. Mula-mula saya tengok kawan yang pergi beli dengannya, dia kongsi di status WhatsApp. Jadi saya dari Pasir Mas, sanggup lalui perjalanan 30 minit untuk ke Pengkalan Kubur semata-mata nak beli buah dengan pakcik tu. Semasa beratur, saya dapat idea secara spontan untuk rakam video dia sedang berniaga,” ujarnya.

Menurut wanita yang mesra disapa Efa itu, ada dua perkara yang membuatkan hatinya tersentuh sewaktu berhadapan dengan warga emas itu. Ujarnya lagi, sikap peniaga itu juga membuatkan dia berasa tidak kisah untuk beratur dalam cuaca panas untuk membeli aneka buah berkenaan.

Kata Efa, dia cukup kagum dengan sikap yang dipamerkan peniaga itu.

“Saya sangat tertarik dengan cara pakcik tu berniaga. Setiap kali dia nak buat sesuatu, ia akan dimulakan dengan kalimah Bismillah. Saya boleh dengar dengan jelas. Kemudiannya, dia akan minta maaf kepada setiap pelanggan yang beratur kerana mereka terpaksa menunggu sebelum dilayan. Walaupun tunggu dalam cuaca panas, tapi saya rasa berbaloi. Kita tak rasa apa-apapun,” ujarnya lagi.

Menurut Efa yang sudah enam tahun berkecimpung sebagai jurusolek, harga yang ditawarkan oleh peniaga itu cukup berpatutan. Bukan itu sahaja, buah yang diberi juga cukup segar dan rangup, ditambah pula dengan kuah pencicah atau ‘colek’ yang cukup menyelerakan.

Saya rasa terharu, murah rezeki pakcik tu. Harapnya dia diberi kesihatan dan dimurahkan rezeki.

“Memang berbaloi walaupun harga RM5 sahaja. Masa tu saya beli tiga jenis buah. Colek yang diberikan memang sedap. Tak pedas, tak manis… sesedap rasa. Waktu dia potong buah pun nampak tangkas. Saya jadi kagum,” ujarnya lagi. Dalam pada itu, Efa berkata dia dihujani pertanyaan warganet mengenai lokasi sebenar gerai peniaga itu.

Paparan skrin posting tular itu.

“Saya memang terkejut, tak sangka ia jadi viral. Saya suka-suka rakam video dia. Ramai yang komen tanya lokasi. Ada juga penduduk Kelantan yang merantau tinggalkan komen, mereka kata rindu nak balik kampung selepas tengok video tu. Mereka juga nak cuba buah yang dijual pakcik tu apabila balik ke Kelantan nanti. Saya rasa terharu, murah rezeki pakcik tu. Harapnya dia diberi kesihatan dan dimurahkan rezeki. InsyaAllah saya akan repeat lagi,” ujarnya. Sehingga kini, video dikongsi Efa meraih hampir 200,000 tontonan di TikTok.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *