Tular anak Nur Khiriah dikatakan hilang. Tapi tak lama kemudian dia berkongsi status ini pula.

artis Kehidupan Keluarga Viral

Gempar, kecoh jadinya bila Nur Khiriah memuat naik gambar menyatakan anaknya hilang. Dalam kapsyen yang dimuat naik di IG, pelakon ini menulis, “Tolong, anak akak hilang. Naik basikal. Dia pakai sweater kuning tulis Australia. T-shirt hitam.”

Gambar tersebut juga dikongsi rakan artis, Nabila Huda di Twitternya untuk sama-sama meminta bantuan warganet untuk menjejakinya. Bagaimanapun tak lama kemudian, Khiriah sekali lagi memuat naik status menyatakan anaknya sudah dijumpai. “Menggigil akak. Terima kasih semua anak akak dah jumpa. Alhamdullillah terima kasih semua. Terima kasih,”tulisnya. Setakat ini belum ada penjelasan lanjut ke mana anaknya pergi sebelum ini. Apa pun syukur kerana sudah dijumpai dan semoga semuanya selamat.

Sumber: KL Menjerit

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Kehilangan Orang Tersayang. Kanak Kanak Ini Sedih Bila Atuknya Pergi Buat Selamanya Selepas Bertemu Dengan Seseorang Ini

Terbaru, ada seorang kanak kanak dari Selangor berkongsikan video di YT berkaitan pengalaman dia yang telah kehilangan orang tersayang akibat dari Covid19. Melalui channel di YT,Mavis yang berusia 9 tahun ini telah kongsikan cerita bagaimana atuknya hembuskan nafas terkahir akibat covid19.

Kebiasaannya , Mavis dan adiknya Meghan akan kongsikan video dia dan adiknya menari atau berseronok. Namun kali ini dia memberitahu yang videonya ini tak sama seperti video biasa.Mavis ceritakan, ketika sambutan tahun baru yang lepas, atuknya yang dipanggil “Gong Gong” itu telah mendapat jemputan untuk keluar minum teh dengan kawan rapatnya sempena sambutan tahun baru.

Namun begitu, kawan baiknya itu tak beritahu atuk saya yang dia pergi buat ujian saringan Covid-19 beberapa hari sebelum dorang berjumpa. Dia tak cakap langsung pasal ujian tersebut.”Kanak-kanak ini, meluahkan kekecewaannya dengan tindakan kawan baik atuknya yang mengambil mudah tentang perkara ini dan memanggil lelaki itu sebagai orang yang tak bertanggungjawab kerana selepas didapati positif pada 1 Januari, dia tetap tak beritahu sesiapa termasuk atuknya.

Menjelang pada 4 Januari, Mavis mengatakan yang atuknya mula jatuh sakit dan telah pun pergi ke klinik untuk membuat pemeriksaan.Walaupun mempunyai gejala seperti selesema, sakit belakang, rasa seram sejuk, doktor yang memeriksa atuknya ini tak pernah minta atuknya untuk buat pemeriksaan Covid-19.

Saya tak faham kenapa kawan atuk dan doktor tu sangat tak bertanggungjawab.”Kemudian, pada 11 Januari, ibu Mavis telah membawa atuknya itu ke hospital swasta untuk membuat ujian saringan Covid-19.Di hospital, doktor menemui yang atuknya itu mengalami radang paru-paru dan perlu dimasukkan ke hospital dengan segera.

Pada keesokan harinya, keadaan kesihatan lelaki ini semakin merosot dan dia terpaksa dikejarkan ke ICU dan perlu dipasangkan alat bantuan pernafasan.Ketika ini kami masih menunggu keputusan Covid-19 jadi kami tak dibenarkan untuk teman atau berjumpa dengannya.”

Sambil cuba menahan kesedihan, Mavis meneruskan ceritanya dengan mengatakan yang atuknya ini disahkan positif Covid-19 pada hari yang sama dia dimasukkan ke dalam ICU.Katanya, atuknya itu telah dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh selepas disahkan positif Covid-19.

Dia telah dimasukkan ke hospital swasta selama 4 hari dan kami keluarkan sebanyak RM50,000 untuk kos perubatannya sementara menunggu katil kosong di Hospital Sungai Buloh.”Malangnya, pada tengah malam 29 Januari, ibunya mendapat panggilan yang atuknya berusia 78 tahun itu telah pun sudah tiada .Kami tak berpeluang nak jumpa dia lagi. Kami cuba nak video call tapi dekat sana tak ada signal.”

Dalam video ini juga, Mavis mengatakan yang tujuan dia kongsikan video ini adalah untuk memberi nasihat supaya orang ramai menjadi lebih bertanggungjawab semasa pandemik ini.Nenek saya, adik saya, sepupu saya dan dua orang makcik saya juga disahkan positif Covid-19 Januari lalu.”

Mavis mengingatkan orang ramai untuk duduk di rumah dan jangan berjumpa dengan orang jika rasa tak sihat atau bila buat ujian saringan.Gong gong seorang yang baik. Dia orang paling best dalam dunia. Selalu masakkan makanan kesukaan saya dan bawa saya keluar makan. Dia juga selalu tolong keringkan rambut saya bila lepas mandi.”Kanak-kanak ini juga turut meminta orang ramai untuk kongsikan videonya ini supaya lebih ramai orang faham pengalaman orang yang hilang orang tersayang.

Jalani Ujian RTK Berdasarkan Kosnya Yang Lebih Murah Berbanding PCR. Makcik Ini Dilaporkan Positif COVId19 Tapi Pelik KKM Tak Datang Ambil

Selepas menjalani ujian RTK,seorang makcik mendedahkan dirinya positif COVID19. Tak kisah la bergejala mahupun dikenalpasti sebagai kontak rapat,masyarkat kini mula sedar mengenai kepentingan untuk melakukan ujian saringan.

Untuk pengetahuan anda,terdapat dua teknik untuk ujian saringan iaitu Antigen Rapid Test Kit (RTK Antigen atau lebih dikenali sebagai RTK ) atau ujian pantas antigen dan Real Time Reverse Transcription Polymerase Chain Reaction (rRt-PCR). Walaupun RTK memberikan keputusan ujian yang lebih pantas,namun teknik tersebut tidak disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk diagnosa Covid19

Tambahan pula, keputusan ujian yang lebih tepat melalui teknik rRT-PCR atau lebih dikenali sebagai PCR, yang digunakan oleh ujian makmal yang dijalankan di makmal fasiliti kesihatan kerajaan bagi mengesan Covid-19.
Orang ramai melakukan ujian saringan Covid19..Seorang doktor berkongsi pengalaman beliau didatangi seorang wanita berusia secara bersendirian sebelum memberitahu sesuatu yang mengejutkan.

“Puan, kenapa puan datang hari ni? Wanita tu dah berumur, datang seorang. Saya hari tu demam. Selepas tu pergi hospital *tut* buat (ujian) swab, mereka kata positif.”Jadi makcik kuarantin kat rumah. Tunggu juga orang KKM datang ambil, tapi tak ada pun. Orang hospital tu kata, orang KKM nak ambil,” tulis Dr Sakinah Sulong di laman Facebook milik beliau yang mengimbas kembali perbualannya bersama wanita itu.

Walaupun tidak didedahkan butiran lokasi ujian itu yang dilakukan oleh pesakit itu, namun ia dipercayai dibuat di klinik atau hospital swasta.Dr Sakinah Sulong memakai peralatan perlindungan diri (PPE). foto facebook Sakinah Sulong

Dr Sakinah yang merupakan pakar perubatan keluarga bertanya lebih lanjut, dan wanita berusia itu memberi gambaran dia menjalani ujian RTK berdasarkan kosnya yang lebih murah berbanding PCR.”Saya buat 1 hari bulan (hb) hari tu, 2hb hospital telefon. Makcik duduk diam-diam je lah kat rumah. Makcik ada pakai gelang tak? Saya tanya sambil intai di lengannya… tiada gelang,” tanya beliau yang merujuk kepada gelang sebagai tanda seseorang itu menjalani kuarantin.

Dr Sakinah kemudian meminta staf beliau memeriksa nama pesakit tersebut menerusi Sistem Informasi Maklumat Kesihatan Awam (Simka), di mana sebarang keputusan PCR pesakit akan didaftarkan, sama ada dari hospital kerajaan atau swasta.

“Tiada namanya tersenarai. Sah, dia buat RTK. Tapi RTK bukan ujian pengesahan. Sepatutnya kena buat ujian PCR kalau RTK positif, baru seseorang disahkan sebagai pesakit Covid-19.”Kalau tak buat PCR, tiada nama dalam sistem Simka dan ujian dibuat di hospital swasta, memang KKM tak akan tahu. Sebab itulah tiada staf KKM yang menghubungi pesakit ini.

“Yang ada dalam senarai pun, beribu-ribu satu hari, memang tak terkejar semuanya. Apatah lagi kalau tiada nama dalam sistem Simka tu,” ujar beliau.Perkongsian Dr Sakinah di Facebook.Walaupun pesakit itu kurang kesedaran mengenai ujian Covid-19 yang dilakukannya, namun Dr Sakinah menyentuh mengenai kepatuhan wanita tersebut menjalani kuarantin.

“Nasib baiklah makcik duduk je diam-diam dalam rumah walaupun dia tak pakai gelang. Dan memandangkan tempoh 10 hari dah berlalu, makcik ini dah dianggap telah melepasi tempoh kuarantin 10 hari.”Memang kes ini bukan kes terpencil. Memang ia boleh berlaku kerana lambakan kes daripada hospital kerajaan mahupun klinik atau hospital swasta. Tanggungjawab pihak yang melakukan swab untuk mengesan keputusan dan memaklumkan kepada pesakit serta notifikasi kalau perlu… dan mengemaskini maklumat dalam sistem Simka agar tiada kes yang tercicir,” katanya.

Nasihat Dr Sakinah supaya individu perlu bertanggungjawab menjalani kuarantin di rumah.Sehubungan itu, beliau menggesa individu yang menjalani kuarantin di rumah agar bersikap bertanggungjawab dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Yang pakai gelang, duduklah diam-diam di rumah. Pihak polis yang buat sekatan jalanraya, mungkin boleh minta pemandu selak sikit lengan baju agar mereka tidak terlepas.”Tolong jadi manusia yang bertanggungjawab kalau anda dah pakai gelang. Tak patuh arahan kuarantin, anda boleh dikompaun RM1,000. Jaga diri, semoga dengan itu, orang kesayangan anda pun terjaga,” ujar Dr Sakinah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *