Dato Rizalman sanggup ambil tindakan ini demi menjaga keselamatan pekerja. Ini komen dari warganet.

artis ISU SEMASA Viral

Kepimpinan seseorang itu menentukan jatuh bangunnya setiap sesuatu, lazimnya, isu-isu dalam sesebuah organisasi berpunca daripada masalah-masalah biasa yang berkisar pada penglibatan dan pelaksanaan kepimpinan dalam kalangan kakitangan.

Keprihatinan majikan terhadap aspek kesihatan dan keselamatan pekerja masih pada tahap rendah terutamanya dalam bencana pandemik Cov1d-19 yang semakin memburuk. Situasi itu dilihat cukup membimbangkan dengan keadaan negara yang masih berdepan masalah wabak pandemik Cov1d-19 berikutan tempat kerja yang kemungkinan berpotensi menjadi lokasi penyebaran virus berkenaan.

Pastinya, rakyat Malaysia berasa gerun kerana bimbang wabak mavt itu mampu menempel dan dijangkiti dalam apa jua situasi jika tidak mematuhi segala pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP). Meskipun keperluan sektor ekonomi masih lagi beroperasi seperti biasa, pematuhan (SOP) yang ditetapkan kerajaan adalah sangat ketat.

Walau bagaimanapun, keadaan tempat kerja yang tertutup dengan pengudaraan yang tidak baik dan ruang yang terhad pastinya menyukarkan perlaksanaan penjarakan fizikal dalam kalangan pekerja samada sewaktu bekerja, dalam kenderaan ke tempat kerja, mahu pun di tempat tinggal yang dipercayai telah menjadi sumber kepada penyebaran wabak ini.

Menyedari hal itu, pereka fesyen terkenal tanah air Datuk Rizalman Ibrahim telah tekad mengambil keputusan untuk menutup dan menyekat penuh operasi syarikat beliau selama dua minggu demi menjaga keselamatan pengunjung dan para pekerjanya agar ikhtiar yang dijalankan itu mampu mematahkan penyebaran wabak Cov1d-19 dalam negara.

Caption : “biaqlah kami laksanakan dahulu sebagai tanda sokongan untuk membasmi gejala ini demi kebaikan semua”

Dalam kenyataan yang dikeluarkan menerusi laman Instagram milik Datuk Rizalman, pihak syarikatnya juga akan menutup segala penjualan atas talian bermula 12 malam pada 18 Mei bertujuan menjaga keselamatan pekerja serta membantu mengurangkan penularan wabak. Tindakan berani pemilik syarikat pereka fesyen ini  meraih pujian rata-rata warganet yang turut meluahkan sekalung penghargaan buat beliau kerana bertindak untuk mengambil keputusan bijak dan langsung tidak mementingkan diri mahupun keuntungan.

Bukan mudah untuk mengekalkan pretasi sesuatu syarikat itu dalam tahap kondisi semasa yang semakin membimbangkan, tidak menjadi titik tolak perusahan dan perindustrian merupakan tunjang utama dalam menstabilkan kepentingan ekonomi dan kesihatan negara.

Meskipun, tindakan ini merupakan satu contoh terbaik yang mampu dijadikan teladan buat para majikan di luar sana dalam menjaga keselamatan para pekerja serta orang awam, perangkaan pengurusan harus dirancang dengan jayanya agar tidak mengganggu-gugat sesebuah syarikat atau terkandas di tengah jalan.

Walau bagaimanapun, sifat tegas dan lantang Datuk Rizalman ini menjadikan beliau sebagai seorang pereka fesyen disegani di kalangan penggiat industri feseyen tempatan di atas sentuhannya yang bukan sahaja terkenal dalam selebriti, malah menjadi pilihan orang kenamaan.

Sumber: Instagram Datuk Rizalman

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jumlah Cukai Pendapatannya Untuk Tahun 2020 Hampir RM800 Ribu. Warganet Cuba Rungkai Pendapatan Sebenar Dato Rizalman Ibrahim

Tampil membicarakan mengenai kepentingan berzakat dalam kehidupan seorang muslim, pereka fesyen terkenal yang kini juga usahawan, Dato’ Rizalman Ibrahim telah bersiaran secara langsung di Instagram bagi melontarkan pandangan dan berbincang mengenai isu tersebut.

Sesi yang dinamakan sebagai ‘Berat Tapi Berkat’ itu turut menampilkan Ustaz Ahmad Husni daripada Unit Syariah Pusat Pungutan Zakat di bawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan untuk tampil membincangkan mengenai topik hangat itu.

Namun yang lebih menarik perhatian, dalam sesi kedua sesi ‘live’ tersebut, Rizalman ada menyebut mengenai jumlah cukai pendapatannya untuk tahun 2020 adalah sebanyak kira-kira RM800,000.“Saya ambil contoh, macam tahun ini, akauntan saya kiran income tax saya adalah sebanyak RM800,00 dan jumlah itu pengiraan gaji, pendapatan peribadi yang lain dan syarikat-syarikat saya beserta royalti dan sebagainya.”

Para pengikut dan peminat pereka fesyen terkenal itu rata-rata meluahkan rasa teruja dan ada yang tertanya-tanya berapakah jumlah sebenar pendapatan Datuk Rizalman selama ini.Malah ada juga yang kagum dengan sifat rendah diri Rizalman yang tidak menunjuk-nunjuk kekayaan dengan membeli kereta berjenama mewah seperti selebriti-selebriti yang lain.

Sering berkongsikan perkara-perkara bermanfaat menerusi ruangan Instagram miliknya, ramai juga warganet yang tampil mengucapkan terima kasih kepada Rizalman kerana sering memuat naik isu-isu berkaitan agama yang dapat membuka mata masyarakat supaya lebih cakna dan prihatin dalam kehidupan.

Ramai Warganet Setuju. Dato Rizalman Kejutkan Orang Ramai Setelah Dilantik Menjadi Ahli Lembaga Pengarah UiTM Selepas Sahaja Penamatan Kontrak Vivy

Pereka fesyen tersohor negara, Dato Rizalman Ibrahiim semalam telah dilantik menjadi AHli Lembaga Pengarah di Institusi pendidikan tersebut menerusi laman instagramnya. Menarik sekali dia juga pernah menuntut pendidikan dalam jurusan Seni LUkis dan Seni Reka ( Fesyen ) di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Saya pasti berkhidmat selagi diperlukan bakat dan kederat.” – Dato’ Rizalman.Pengumuman itu juga dibuat secara rasmi menerusi laman Facebook rasmi UiTM sendiri.Mendengar khabar gembira itu, komen di Instagram Dato’ Rizalman dibanjiri dengan ucapan tahniah. Ramai warganet yang anggap bahawa beliau adalah calon yang selayaknya menyandang jawatan ini memandangkan beliau merupakan alumni UiTM sendiri.

Ini baru betul, sesuai sangat – Warganet .Sebelum ini, usahawan muda Vivy Yusof yang juga Pengasas FashionValet dan dUCK Group pernah dilantik jawatan sama pada 26 Mei 2019.Bagaimanapun, pada 28 September lalu, UiTM telah membuat pengumuman mengenai penamatan kontrak Vivy sebagai Ahli Lembaga Pengarah.

Dikatakan Cemburu Dengan Hubungan Neelofa Dan PU Riz.Datuk Rizalman Raih Perhatian Ramai Bila Dia Cabar PU Riz Sekiranya Dia Ada Sesuatu Ini

Pereka fesyen tersohor negara Datuk Rizalman Ibrahim mencuri perhatian wargamaya apabila menunjukkan rasa cemburu terhadap Neelofa dan PU Riz yang menjadi bualan hangat di laman sosial.Menerusi laman sosial Instagram (IG), Rizalman memuat naik sekeping foto memakai beg biru dan sebuah video berjambang untuk tatapan umum. “PU, hang ada beg biru?” tanya Rizalman menerusi ruangan kapsyen.

Menerusi perkongsian video pula, Rizalman mengenakan jambang dan misai palsu bagi menyamakan rupanya seakan-akan PU Riz. “Kali ni aku pulak nak merasa ‘bttle’,” tulis Rizalman lagi. Malah di IG story, Rizalman turut memuat naik foto lama dirinya memakai baju melayu biru.
Di ruangan komen, ramai wargamaya yang terhibur dengan usikan Rizalman terhadap Neelofa dan PU Riz.

Malah, ada wargamaya yang telah menukar penggunaan tanda pagar #lori (gabungan Lofa dan Rizalman) kepada #loriz (gabungan Lofa dan Hariz).
“Datuk ada baju biru sedondon dak? Ok bye,” usik seorang wargamaya.“Datuk macam mana ni? #lori dan jadi #loriz,” tanya seorang wargamaya.“PU ada kepiah ja datuk, datuk kena keluarkan Ripiah,” cadang seorang wargamaya.

“Dulu bttle dengan Hael, ni dah move on dengan Hael, bttle dengan Hariz pulak,” kata seorang wargamaya.“Pi jahit baju melayu biru lekas, nak tengok siapa lagi segak,” komen seorang wargamaya.“Cepatlah masuk meminang datuk oit,” seru seorang wargamaya lagi. Minggu lalu, kehadiran PU Riz pada majlis perkahwinan adik Neelofa sambil mengenakan baju melayu sedondon menarik perhatian ramai. Malah, menerusi Instagram Stories kakak Neelofa, Noor Nabila, kelibat kedua-duanya sedang berbual-bual sempat dirakamkan dan disertakan emoji ‘love’.-gempak

Berpakaian Sedondon Ketika Menghadiri Sebuah Majlis Perkahwinan. Kehadiran PU Riz Raih Perhatian Warganet Gara Gara Sedondon Dengan Ahli Keluarga Neelofa

Adik lelaki Neelofa, Mohamed Aqief telah pun selamat bergelar suami kepada permaisuri hatinya, Aina Syahira pada Ahad.Dirai dalam suasana meriah dengan kehadiran tetamu keluarga kedua belah pihak, majlis tersebut turut diserikan dengan persembahan nyanyian daripada Hael Husaini.

Selain majlis raja sehari yang diperkatakan, kehadiran Muhammad Haris Mohd Ismail atau lebih sinonim dengan sapaan PU Riz turut meraih perhatian wargamaya.Apa tidaknya, foto serta video yang dirakam oleh para tetamu serta ahli keluarga yang hadir pada majlis berkenaan turut kembali dikongsikan oleh beberapa buah akaun di Instagram yang rata-ratanya teruja dengan hubungan rapat yang terjalin di antara PU Riz bersama famili bekas hos MeleTop itu.

Segak mengenakan persalinan Baju Melayu dalam rona senada dengan Neelofa dan ahli keluarganya yang lain, penampilan figura berusia 24 tahun itu nyata meraih tumpuan.Terdahulu, Neelofa sebelum ini menjelaskan dia dan Riz sudah lama saling mengenali dan pernah beberapa kali bekerjasama dalam program sebelum ini namun tidak mendapat perhatian.

Neelofa pada masa sama menyifatkan, lelaki tersebut merupakan seorang pendakwah muda yang bagus, bijak dan mempunyai tarikan tersendiri.Sementara PU Riz dalam satu temubual ketika sesi tayangan perdana filem Ada Apa Dengan Doa baru-baru ini pula menyifatkan, hubungan mereka tidak lebih sebagai rakan sekerja.Riz turut mendedahkan dirinya sudah lama bekerjasama dengan figura asal Kelantan itu sebelum ini.-ctto

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *