Ramai yang bertanya kucing yang selsema boleh berjangkit pada manusia atau tidak. Dan ini jawapannya.

Haiwan Petua tips

Kucing bersin kerana terjangkit virus influenza. Sakit ini disebut flu kucing. Meskipun risiko penularan flu kucing sangat rendah pada manusia, Anda juga harus mewaspadai beberapa penyakit yang disebabkan kucing. Apa saja? Kucing bersin kerana mengalami infeksi di saluran pernafasannya, misalnya kerana virus. Kucing bersin boleh menular ke manusia? Kucing bersin, ini cara penanganannya tetap hati-hati, kucing boleh menularkan penyakit ini.

Seperti manusia, haiwan satu ini juga alami bersin. Secara umum, kucing bersin akibat mengalami infeksi pada saluran pernafasan. Infeksi tersebut dapat disebabkan oleh virus, bakteria mahupun jemur. Salah satu virus penyebab kucing bersin iaitu virus influenza. Saat virus influenza menyerang saluran pernafasan kucing, haiwan ini akan mengalami sakit yang disebut flu kucing. Virus ini menyebar dengan cepat pada kucing lainnya melalui udara (dari percikan air liur atau droplet ketika batuk atau bersin) dan kontak langsung. Virus influenza dapat menular akibat kucing saling menjilat, mengendus, bermain, dan tidur bersama. Selain itu, flu kucing juga dapat menular kepada kucing lain melalui alat makanan, permukaan sangkar serta minuman yang dikongsi bersama.

Kucing bersin boleh menular ke manusia?

Sebuah riset menyebut kemungkinan flu kucing menular ke manusia begitu rendah. Pun sebaliknya, flu yang dialami manusia sulit ditularkan kepada haiwan, dengan catatan tergantung jenis virus dan intensitas pemaparannya. Jenis flu haiwan yang disebabkan virus tertentu, dapat membahayakan kesihatan manusia seperti H5N1 atau flu burung. Meski tingkat penularan flu kucing begitu rendah pada manusia, anda tetap diwajibkan untuk selalu menjaga kebersihan dengan mencuci tangan secara bersih setelah melakukan kontak dengan kucing, mahupun sekadar membersihkan sangkarnya. Langkah pencegahan ini terutama ditujukan bagi individu yang memiliki risiko tinggi terhadap kanker, pneumonia, diabetes, stroke, sakit di bahagian jantung, gangguan fungsi hati mahupun ginjal, serta sedang dalam masa kehamilan. Kaum rentan tersebut cenderung memiliki daya tahan tubuh rendah dan mudah terpapar virus.

Kucing bersin, ini cara penanganannya

Flu kucing yang menyebabkan kucing bersin umumnya terjadi pada kucing yang belum menerima vaksin pada usia di bawah 5 bulan. Hingga saat ini belum ada ubat yang dapat mengatasi flu kucing. Namun anda dapat melakukan sejumlah tindakan untuk mempercepat proses pemulihan kucing dengan memberikan ubat sesuai doktor haiwan berikut ini:

  • NSAID:Non-steroid anti-inflammatory (NSAID) merupakan ubat anti radang yang berfungsi mengurangi peradangan akibat virus serta menurunkan demam pada kucing.
  • Mukolitik:Mukolitik berfungsi sebagai ubat untuk melancarkan lendir pada hidung kucing yang tersumbat. Ubat ini akan membantu kucing Anda bernafas lebih lega. Selain itu, pernafasan kucing yang berfungsi baik dapat mengembalikan nafsu makan, karena dapat menghirup aroma makanan dengan normal. Selain dengan mukolitik, anda juga dapat mempercepat proses pemulihan kucing dengan memberikannya makanan beraroma kuat serta menempatkan kucing di ruangan beruap selama 5-10 minit. Tindakan ini akan membantu melancarkan lendir di hidung kucing.
  • Obat tetes mata:Kendati antibiotik ini berfungsi melawan infeksi bakteri, ubat titis mata dapat digunakan untuk melembapkan mata kucing. Selain menggunakan obat titis mata, Anda juga harus rajin mengusap lendir di hidung dan kotoran mata si kucing.
  • Antivirus: Ubat ini berfungsi untuk mempercepat proses pemulihan kucing dengan meningkatkan daya tahan tubuhnya kembali. Selain memberikan antivirus, Anda juga dapat membantu proses pemulihan kucing dengan menjaganya agar terhindar dari stres. Kerana stres dapat menurunkan sistem pertahanan tubuh dan membuat kucing rentan diserang penyakit.

Tetap hati-hati, kucing boleh menularkan penyakit ini

Meskipun risiko penularan flu kucing sangat rendah pada manusia, Anda juga harus mewaspadai beberapa sakit yang disebabkan kucing. Sakit ini dapat menimbulkan gangguan kesihatan serius pada manusia, apa saja?

1. Toksoplasmosis

Toksoplasmosis merupakan penyakit yang disebabkan oleh infeksi parasit Toxoplasma gondii. Parasit ini kerap ditemukan pada kotoran kucing mahupun daging mentah yang sudah terinfeksi Toxoplasma gondii. Pada dasarnya, parasit Toxoplasma Gondii banyak ditemukan pada haiwan dan unggas. Penyakit ini dapat menimbulkan gejala seperti flu. Namun sebahagian besar orang yang terinfeksi parasit Toxoplasma Gondii, juga tidak mengalami gejala apa pun.

Sakit tokso boleh menimbulkan sakit kepala. Namun lain halnya pada bayi yang terinfeksi Toxoplasma Gondii dari ibunya. Pada keadaan ini, bayi dapat mengalami komplikasi yang berat. Sakit ini juga berbahaya bagi orang dewasa dengan daya tahan tubuh lemah, seperti pengidap HIV/AIDS mahupun kanker. Parasit Toxoplasma Gondii masuk ke dalam tubuh dalam bentuk kista. Kista ini dapat berkembang dan menginfeksi bahagian tubuh mana pun, seperti otak, otot, maupun jantung. Jika daya tahan tubuh baik, maka parasit Toxoplasma Gondii menjadi tidak aktif dan tubuh terhindar dari penyakit. Namun jika daya tahan tubuh menurun akibat sakit lain, Toxoplasma Gondii dapat mengalami reaktivasi dan menyebabkan komplikasi penyakit berbahaya seperti:

  • Sakit kepala
  • Demam
  • Kejang
  • Penurunan kesadaran
  • Batuk dan sesak nafas akibat infeksi paru-paru
  • Pandangan kabur dan sakit mata akibat peradangan pada retina

Sementara itu, ibu hamil yang terjangkit parasit Toxoplasma Gondii akan mengalami risiko kegvgvran, mahupun bayi lahir dalam keadaan telah tiada. Jika pun bayi sanggup bertahan hidup, umumnya akan disertai komplikasi sakit:

  • Jaundice
  • Infeksi mata berat
  • Kejang
  • Pembesaran hati dan limpa.

Toksoplasmosis juga dapat membahayakan nyawa si ibu sendiri.

2. Infeksi luka

Infeksi luka akibat cakaran kucing dapat menyebabkan sakit jika tidak segera ditangani. Untuk mengatasinya, segera cuci bekas cakaran menggunakan alkohol pembersih luka untuk menghindari luka terkontaminasi virus mahupun bakteria.

Catatan dari SehatQ:

Risiko sakit yang ditularkan kucing bersin kepada manusia memang rendah. Namun ada baiknya Anda tetap menjaga jarak dengan haiwan yang satu ini, ketika ia mengalami flu kucing.

Sumber : SehatQ

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tak Sangka Kucing Malaysia Pun Dah Ada Program Banci Sendiri. Sampaikan Syarikat Tawar Sesuatu Ini Untuk Si Bulus.

Lebih ratusan ribu ekor kucing di seluruh negara berpeluang menyertai program Banci Kucing Malaysia 2020 yang julung kali diadakan oleh sebuah syarikat tempatan. Lebih menarik, penganjurnya itu, Reallabs Malaysia menawarkan baucar satu beg produk mereka Real Litter Ultra untuk kucing beristinjak yang bernilai RM19.90 secara percuma. Menurut hantaran kenyataan syarikat itu menerusi laman sosial rasminya, usaha tersebut dilakukan susulan peningkatan kes pembuangan, penyeks44an dan pembvnvhan kucing.

“Sehubungan itu, kami Reallabs Malaysia mengambil inisiatif bagi melakukan pembancian kucing di negara ini,” katanya yang memaklumkan bancian bermula sejak 28 Oktober lalu. Kenyataan syarikat itu menambah, banci tersebut adalah langkah bagi mengenal pasti saiz, taburan dan komposisi kucing di seluruh negara malahan data dikumpul dianalisis rapi. Hasil pembancian berkenaan ujarnya lagi, diharap dapat digunakan pelbagai pihak bagi mengekalkan keseimbangan, kesejahteraan dan hak kebajikan semua kucing di Malaysia.

Mereka yang berminat boleh menelusuri laman sesawang rasmi Reallabs Malaysia iaitu  www.reallabsco.com/bancikucingmalaysia atau whatsapp terus talian careline 016-2018147. Individu tersebut hanya perlu menyatakan nama penuh, e-mel, telefon, bandar dan bilangan kucing meliputi jantan dan betina serta umur haiwan berkenaan sebelum 31 Disember ini.

Reallabs Malaysia terkenal menerusi produk penjagaan kebersihan kucing dengan teknologi terkini basmi kuman, nyah bau dan mesra alam yang dipasarkan di rantau Asia Tenggara. Berdasarkan data terkini pelbagai pihak tertentu, dianggarkan ada lebih 800,000 ekor kucing di seluruh Malaysia termasuk jalanan dan jumlah itu dijangka bertambah pada setiap tahun.

Kajian firma antarabangsa Dalia Research beberapa tahun lalu bahkan mendapati 40 peratus daripada penduduk negara ini memelihara kucing di rumah sendiri secara sepenuh masa. Ini menjadikan Malaysia berada di tempat keenam di peringkat global daripada 52 negara yang terlibat kajian itu serta unggul di posisi pertama di benua Asia dan rantau Asia Tenggara.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Ini Niat Sebenar Pemuda Ini Untuk Buka Hotel Kucing. Sebabkan Ini Juga Dia Nekad Untuk Mulakan Perniagaan Ini.

Gambar sekadar hiasan.

Menjelang setiap kali musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, pemilik kucing menghadapi masalah untuk penjagaan haiwan kesayangan mereka apabila mereka pulang ke kampung halaman masing-masing. Bilangan hotel kucing yang terhad di negeri ini menyebabkan mereka yang memelihara kucing terpaksa membuat tempahan awal bagi memastikan kucing kesayangan mereka mendapat penjagaan sempurna ketika mereka pulang.

Memahami kesulitan itu, pemilik hotel kucing, ‘Hotel For Cat’, Akram Azly, 35 mengambil keputusan membuka hotel kucing di Krubong pada 2011 sebelum berpindah ke Taman Ayer Keroh Height , Ayer Keroh pada 2014. “Saya mula membela seekor kucing bernama ‘Tiger’ ketika menuntut di Universiti Multimedia (MMU), kampus Ayer Keroh dan ketika itu saya terpaksa luangkan masa cuti semata-mata untuk menjaga Tiger tiap kali cuti semester,” katanya.

Pada masa yang sama, Akram berkata beliau dan isterinya Izawah Kamal, 34 menjaga kucing rakan-rakan yang balik bercuti secara sukarela tanpa mengenakan sebarang bayaran kerana meminati bintang manja itu. Katanya pada ketika itu ada pemilik kucing yang berbaik hati menghadiahkan barangan keperluan kucing seperti makanan kucing dan pasir kucing sebagai hadiah kepadanya dan ada juga yang tidak memberikan apa-apa.

“Daripada saat itulah, saya dan isteri mendapat idea untuk menawarkan perkhidmatan menjaga kucing secara separuh masa dengan bayaran serendah RM2.00 bagi mencari duit poket,” katanya. Anak jati Kota Bharu, Kelantan itu berkata beliau mula serius dalam perniagaan apabila mendaftar perniagaan itu pada 2011 selepas menamatkan pengajian di MMU.

Lulusan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Kepujian) (Kecerdasan Buatan) MMU itu berkata bermula dari detik itulah, beliau memulakan perniagaan hotel kucing serta menawarkan jualan pelbagai jenis makanan, barangan keperluan penjagaan, aksesori di samping membersihkan dan merapikan.

Selain itu, beliau juga menjual kucing yang diimport dari negara luar seperti Ukraine dan Rusia sekiranya terdapat permintaan daripada pelanggan. Akram berkata sehingga kini Hotel For Cat mempunyai sebanyak 60 bilik untuk kucing dan beliau bercadang untuk memperluaskan lagi perniagaanya pada masa akan datang.

“Saya berhasrat untuk mengembangkan ‘Hotel For Cat’ sebagai ‘One stop center’ yang menawarkan pelbagai perkhidmatan dan keperluan untuk kucing,” katanya. Sementara itu, Akram berkata tempahan hotel kucing di kedainya sempena Aidilfitri telah penuh sejak awal Ramadan dan beliau terpaksa tidak lagi menerima tempahan. Akram berkata kadar caj yang dikenakan adalah sekitar RM8.00 sehari untuk anak kucing dan sekitar RM36.00 sehari bagi bilik jenis apartment untuk tiga ekor kucing tidak termasuk makanan dan pasir kucing.

Sumber : Bernama

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *