Amira Othman akui pernah terlibat dengan sesuatu ini. Sekali ini yang dia nasihatkan pada rakan artis dan warganet.

artis Kehidupan Viral

Amira Othman ambil pendekatan enggan terlalu memikirkan komen negatif warganet terhadap dirinya. Pernah menjadi antara individu yang tidak bersalah yang terlibat dengan bul1 siber sebelum ini, penyanyi Amira Othman menasihatkan warganet agar lebih beretika dalam tinggalkan komen di media sosial. Menurut Amira atau nama sebenarnya, Nadia Amira Othman, warganet yang gemar tinggalkan komen berbaur negatif perlu berfikir terlebih dahulu sebelum menulis kata-kata yang boleh menggores perasaan individu lain.

“Takut bila baca, luar biasa betul mereka ini komen. Bagi saya secara peribadi, perkara ini tidak seharusnya berlaku tapi nak kawal mulut manusia ini bukannya mudah. Warganet mengkritik macamlah mereka (mangs4 bul1) tidak pernah buat kebaikan. Kalau ada seribu kebaikan kenapa nak menghukum atas satu perkara ini sahaja? Begitu juga terhadap diri saya, kalau dulu mungkin saya layan tapi sekarang memang saya abaikan sahaja komen-komen negatif. Kalau saya layan, hidup mesti jadi lagi tertekan,” katanya.

Amira bersama Elfira Loy dan Wany Hasrita dilantik duta Kempen Anti Buli Siber Himaya.

Amira bersama dua rakan artis, Wany Hasrita dan Elfira Loy telah dilantik sebagai jurucakap bagi kempen Anti Bul1 Siber yang dianjurkan oleh Himaya Premium Hijab Medical Mask.

Warganet mengkritik macamlah mereka (individu yang terlibat dengan bul1) tidak pernah buat kebaikan.

Penyanyi berusia 28 tahun itu sebelum ini pernah dikritik warganet gara-gara terlalu kuat bersenam sehingga dimasukkan ke hospital pada hujung tahun lalu. Rata-rata warganet membuat andaian penyanyi lagu Hati-Hati ini dikejarkan ke hospital kerana mengambil suplemen tambahan untuk cepat kurus sehingga menyebabkan dia jatuh sakit.

Amira nasihatkan rakan artis supaya abaikan sahaja komen negatif yang diterima.

Selain bercakap bagi pihak dirinya, Amira juga turut bersimpati dengan nasib rakan-rakan artis yang lain seperti Datuk Siti Nurhaliza dan Neelofa yang sering menjadi individu terlibat dengan bul1 siber warganet sejak kebelakangan ini. “Berpada-padalah, tulis atau komen dengan menggunakan ayat yang sopan dan beradab. Hentam mak1, kesian pada si penerima itu, mereka ada keluarga. Sebagai rakan artis kepada mereka yang menerima nasib tersebut, nasihat saya… abaikan sahaja,” ujarnya.

Sumber : Mstar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Amira Othman Dimasukkan Ke Hospital Atas Gara Gara Paha Ototnya. Ini Komen Dari Dr Say Shazril Di Atas Sakit Yang Dialami.

Akibat bersenam melebihi kemampuan dirinya, penyanyi Amira Othman terpaksa dimasukkan ke sebuah hospital sejak Sabtu lalu selepas otot pahanya terkoyak dan mengalami sesuatu cecair. Kecederaan di bahagian otot pahanya itu berlaku selepas Amira pertama kali menyertai kelas senam berbasikal tertutup (indoor cycling) baru-baru ini. Pada awalnya, penyanyi itu menyangka rasa sakit pada pahanya adalah perkara biasa namun kesakitan itu bertambah teruk dan lebih menakutkan apabila air kencingnya bertukar warna kehitaman.

Dr Say Shazril menjelaskan seseorang itu perlu bersenam mengikut kemampuannya agar tidak berlaku sebarang kecederaan. Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Dr Muhammad Shazril Sharuddin atau Dr Say Shazril menjelaskan kecederaan yang berlaku kepada Amira itu adalah normal malah ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja termasuklah individu yang sudah bersenam untuk tempoh lama. Dr Say Shazril menjelaskan dalam istilah perubatan, kecederaan Amira itu dikenali sebagai Rhabdomyolysis atau kerosakan otot.

“Jika sesiapa yang biasa bersenam sama ada jogging, berbasikal, latihan angkat berat memang akan ada kerosakan otot yang kecil yang mana otot yang cedera itu akan digantikan dengan sel-sel baru yang membuatkan otot anda menjadi lebih kuat. Bagaimanapun, apabila seseorang itu memaksa dirinya melebihi kapasiti seperti dalam kes Amira, akan berlaku kerosakan otot yang serius dan keadaan ini berbahaya disebabkan hasil pemecahan otot itu akan masuk ke saluran darah dan akan ditapis di hati dan buah pinggang,” jelasnya.

Tambah Dr Say Shazril, sekiranya terlampau banyak, ia mampu merosakkan organ-organ penting manusia ini. Dalam istilah perubatan, kecederaan Amira itu dikenali sebagai Rhabdomyolysis atau kerosakan otot. Sementara itu, Dr Say Shazril menjelaskan orang ramai tidak perlu bimbang sebaliknya perlu tahu tahap dan kemampuan diri ketika melakukan sesuatu gerakan senaman.

Rahsia ketika bersenam terutamanya bagi yang baharu berjinak-jinak katanya, adalah untuk melakukan sesuatu secara slow and steady. “Amira sendiri sedar yang dia terlebih push pada hari pertama berbasikal. Kuncinya di sini adalah slow and steady. Janganlah hari pertama anda bersenam terus masuk gear lima. “Mulakan dengan gear pertama… Apabila rasa badan semakin teguh, tegap dan stabil barulah masuk gear dua,” katanya. Dr Say Shazril turut berpesan mengamalkan gaya hidup sihat diibaratkan sebagai marathon dan bukannya berlumba dalam mencapai sesuatu matlamat.

Amira Othman Sanggup Tolak Job Nya. Dia Lebih Pentingkan Sesuatu Ini Daripada Job Nya Itu.

Penyanyi dan pelakon Amira Othman memaklumkan bahawa dia memilih untuk menjalani kuarantin kendiri biarpun bukanlah merupakan individu yang disenarai sebagai kontak rapat kepada penyanyi Alif Satar.Bahkan, Amira atau nama sebenarnya, Nadia Amira Othman, 27, berkata, dia juga membuat keputusan untuk membatalkan penglibatannya dalam sebuah penggambaran bersama sebuah syarikat produksi.

“Hari ini (semalam) saya ada penggambaran dengan @globalstationsb sepatutnya, tapi atas kebaikan bersama saya terpaksa lepaskan kerja ni. Walau saya tak ada kontak rapat dengan abang Alif, tapi masih saya rasa bertanggungjawab sebagai orang yang sama-sama kena kuarantin sebab melibatkan orang lain sekiranya apa-apa hal kan,” katanya menerusi satu hantaran di Instagram.

Menurut Amira, dalam situasi sekarang, apa yang lebih penting adalah kesihatan dan nyawa yang menjadi pertimbangan utamanya. “Duit boleh cari, kesihatan dan nyawa kita ini Allah beri kenalah jaga elok-elok. Jadi, stay safe semuanya! Jangan salam-salam atau peluk-peluk bagi yang perempuan. Tolong jaga diri masing-masing. Minta maaf pada pihak produksi yang terpaksa lewat hari ini sebab tunggu keputusan saya. InsyaAllah semua yang baik-baik. Ada rezeki lain nanti Insya-Allah,” tulisnya.

Terdahulu, Amira turut terlibat dalam sebuah program hiburan yang disiarkan secara langsung pada Sabtu lalu. Bagaimanapun, pelantun lagu Takkan Merubah itu membuat persembahan pada hari yang berbeza dengan Alif Satar. Di ruangan komen, rata-rata memuji tindakan yang diambil Amira.

“Ini adalah keputusan yang bagus. Rezeki ada di mana-mana dik.. Allah jaga kita.. Jaga diri adik! Insya-Allah ada rezeki drama selepas ini,” komen sebahagian pengikutnya.

Terdahulu, dalam satu hantaran di Instagram, syarikat pengurusannya, Rocketfuel Entertainment turut memaklumkan kesemua artis naungan mereka lain yang turut terlibat pada program hiburan yang disertai Alif baru-baru ini disahkan negatif selepas membuat ujian saringan.

“Walaupun tidak diharuskan menjalani proses kuarantin, pihak Rocketfuel akan sentiasa memantau perkembangan semasa artis kami,” katanya.Sebelum ini, pada Ahad lalu, Alif Satar disahkan positif selepas menyertai sebuah program hiburan yang disiarkan secara langsung Jumaat lalu.

Hubungan rapat Amira Othman dengan adik-beradik jadi inspirasi, ini rahsianya – “Ibu bapa saya tak bandingkan anak-anak”

Amira Othman tidak pernah merasa iri hati dengan adik-beradik yang lain.HUBUNGAN rapat penyanyi Amira Othman bersama lima adik-beradiknya sering menjadi inspirasi kepada warganet yang ingin mengetahui rahsia mereka dibesarkan. Amira atau nama sebenar Nadia Amira Othman, 27, berkongsi bahawa ibu bapanya tidak pernah sesekali membandingkan kebolehan dan kemahiran anak-anak.

Malah, bapanya sentiasa berpesan setiap seorang dari mereka mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Jangan pernah bandingkan anak-anak anda. Ibu bapa saya takkan bandingkan anak-anak mereka.

Bila kami tak dibandingkan, kami tak ada rasa iri hati antara satu sama lain.

“Saya ingat lagi dulu ayah cakap, Allah Maha Adil… dia akan bagi anak-anak ada kurang ada lebih. Kalau seorang lebih dekat pendidikan, ada seorang lebih pada bakat atau kemahiran. Seorang tak minat belajar, seorang lagi mengulang kaji sampai tak tidur,” katanya.

Kakak kepada penyanyi Irfan Haris ini juga berkata, ibu bapanya sentiasa memberi sokongan terhadap apa sahaja yang menjadi minat mereka adik-beradik. Hasil didikan itu juga membuatkan mereka tidak pernah ada sifat iri hati antara satu sama lain dan menganggap kelebihan masing-masing satu rezeki.

Amira (dua dari kanan) bersama empat daripada lima adik-beradiknya.

“Jadi, dia tak akan paksa kami atau bandingkan kami antara satu sama lain. Apa yang kami minat dia akan setuju, dengan syarat buatlah dengan bersungguh-sungguh sampai jadi. Bila kami tak dibandingkan, kami tak ada rasa iri hati antara satu sama lain. Pada kami, apa yang adik-beradik lain lebih adalah rezeki. Kami semua ada rezeki masing-masing yang Allah akan bagi,” ujarnya.

Amira merupakan anak kedua daripada enam orang adik-beradik. Selain Irfan Haris, penyanyi ini turut mempunyai seorang kakak, seorang adik perempuan dan dua orang adik lelaki.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *