Ramai yang nak Sheila Rusly bersemuka dengan Janna Nick di Melodi. Sekali sampai ada yang buat cerita tak betul tentang Sheila.

artis selebriti Viral

Pengarah dan penerbit drama terkenal, Sheila Rusly meluahkan rasa berang apabila namanya tidak semena-mena dikaitkan dengan pelakon Janna Nick gara-gara hubungan mereka yang menjadi retak semenjak awal tahun 2019 yang lalu. Gara-gara program hiburan kendalian Janna telah mengetengahkan segmen curahan hati yang menampilkan pelakon Izreen Azminda dan bekas madunya, Intan Liana maka ramai warganet ingin melihat pula Janna dan Sheila Rusly dibawa bersemuka dalam program tersebut.

Sheila Rusly yang dihubungi media telah memberi sedikit dua kata mengenai permintaan warganet untuk membawa kedua-duanya bertemu empat mata. Ujar pelakon drama Kapten Zana ini, dia sebenarnya sudah pun memaafkan Janna Nick namun tidak mudah untuk melupakan apa yang terjadi. Malah ketika ditanyakan adakah Janna ada menghubunginya untuk menjernihkan semula krisis antara mereka, Sheila walau bagaimanapun enggan mengulas lanjut. “Call? Mana ada dia berani. Cukup sampai sini.” ujarnya ringkas.

Dia juga kedengaran ralat dan tidak mahu menjawab persoalan mengenai punca hubungannya dengan Janna musnah. Sehubungan dengan tindakan beberapa individu yang ‘memetik’ namanya dengan Janna, Sheila dilihat berang apabila mereka itu mengaitkan namanya tanpa sebab. “Sis geram sebenarnya. Sis tak kacau sesiapa pun. Jangan petik isu yang boleh buat sis bersuara. Sis pendam lama isu ini. Jangan sampai saya buka cerita. Tak cukup kain nak tutup muka nanti. Sis jadi marah sebab itu fitn4h.”

Dia juga menafikan dakwaan seorang pengguna twitter yang mengatakan punca sebenar mereka berdua bermasam muka adalah kerana Sheila cuba untuk menjodohkan anak sulungnya dengan Janna namun ditolak pelakon drama Marry Me Senorita itu. “Siapa tweet ni? Kelakar rabak! PKP banyak masa nak memfitn4h. Nak buka kes ke ? Jom la kalau berani. Nak kenen dengan anak Sheila Rusly? Lambat lagi!” tulis Sheila dalam sebuah hantaran di Instagram Story miliknya, semalam.

“Kami Mahukan Sis Sheila Rusly Dan Janna Nick Dalam Melodi Raya..” Peminat

Tampil dengan tema ‘buang yang keruh, ambil yang jernih’ untuk tayangan sempena Syawal tahun ini, program hiburan terkenal Melodi nampaknya ternyata menarik perhatian penonton apabila telah ‘menghubungkan silaturrahim’ antara Izreen Azminda dan bekas madunya, Intan Liana Saleh. Namun, ada juga yang mengkritik pendekatan Melodi kerana merasakan tindakan pengacara rancangan tersebut iaitu Janna Nick dan Awal Ashaari seolah-olah tidak sensitif apabila melontarkan soalan kepada Intan Liana.

Hasil tinjauan mendapati rata-rata warganet tidak berpuas hati dengan soalan yang keluar daripada mulut Janna Nick ketika sesi curahan hati antara Izreen dan Intan itu. Antara soalan yang didakwa tidak sensitif itu termasuklah ‘sudah jumpa pengganti atau belum’ kepada Intan Liana. Disebabkan oleh hal itu, warga maya mula mempersoalkan mengapakah Melodi tidak menjemput Sheila Rusly dalam program tersebut dalam usaha untuk menghubungkan kembali silaturrahim bersama dengan Janna.

“Tak tahulah apa depa (pasukan Melodi) cakap sampai Intan itu setuju nak datang. Dekat YouTube semua tanya ‘awat tak jemput Sheila Rusly jumpa si Janna Nick tu. Kami mahukan sis Sheila Rusly dan Janna Nick dalam #MelodiRaya..” tulis seorang lagi pengguna media sosial di laman Twitter

Terdahulu, Sheila Rusly dan Janna memang diketahui mempunyai hubungan yang sangat akrab dan sekaligus menjadikan penyanyi lagu Mungkin Saja itu pilihan utama untuk menjadi pelakon utama dalam setiap drama terbitan JS Pictures. Namun, sekitar awal tahun 2019, kedua-duanya dilihat semakin renggang di atas sebab yang tidak diketahui sehingga kini.

Kemelut itu bermula apabila Sheila telah memuat naik status di Instagram seolah-olah menyindir Janna namun telah dinafikan penerbit drama terkenal itu. Jelas Sheila, apa yang terjadi antara dirinya dan Janna terlalu peribadi untuk dikongsikan kepada umum kerana turut melibatkan ahli keluarganya.

Gara2 Soalan Sensitif Kepada Intan Liana, Janna Nick Sekali Lagi Dikritik warganet

Pelakon dan pengacara Janna Nick sekali lagi dikritik oleh warganet gara-gara bertanyakan soalan sensitif kepada personaliti media sosial, Intan Liana Saleh mengenai calon pengganti selepas berpisah oleh suaminya, Ude Wahid.

Sumber : Transformasi

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Janna Nick Meluahkan Pendapatnya Di Laman Media Sosialnya. Sekali Tak Sangka Pendapatnya Tidak Diterima Sehinggakan Dia Dikritik Teruk Oleh Warganet.

Sejak semalam, nama Janna Nick trending di Twitter setelah pelakon tersebut berbalas komen dengan warganet mengenai pendapat masing-masing berhubung garis panduan filem di Malaysia. Hal tersebut bermula apabila pelakon berusia 26 tahun itu mengulas mengenai beberapa gambar kejadian di dewan parlimen Amerika Syarikat apabila penyokong-penyokong parti menyerang ahli politik sehingga mengakibatkan kerusuhan.

Kaitkan filem dengan tindakan rakyat

Janna mengaitkan kejadian tersebut dengan mendakwa pengaruh filem The Purge yang dilihat tidak mempunyai garis panduan yang ketat menyebabkan rakyat negara terbabit terpengaruh untuk melakukan hal sebegitu sehingga tidak menghormati sistem politik negara. Janna turut menambah, kesan daripada pengaruh filem sebegitu adalah antara sebab mengapa garis panduan yang ketat perlu dilakukan dalam industri perfileman seperti yang Malaysia telah lakukan sejak berzaman lagi.

Ramai yang tak setuju dengan pendapat Janna

Walau bagaimanapun, kenyataan yang dikeluarkan pelakon drama Leftenan Zana itu seakan memakan diri apabila dikritik warganet kerana merasakan filem-filem di Malaysia tidak dapat berkembang lebih jauh memandangkan garis panduan yang tidak masuk akal dari penapisan filem negara. Janna dilihat membalas beberapa komen daripada warganet dengan mempertahankan pendapatnya dan ia berlarutan sehingga ada diantara mereka mengaitkannya dengan filem serta drama lakonan selebriti tersebut.

Betul ke filem Malaysia ni bodo?

Kena attack bab lakonan pulak

Terima semua pendapat yang dikongsikan

Enggan memanjangkan perdebatan, pelakon tersebut memuat naik satu posting dengan mengucapkan terima kasih diatas segala pendapat yang dilemparkan oleh warganet di ruangan komennya. Dia juga menerima segala kritikan yang dilemparkan dan berharap kenyataannya juga difahami oleh semua pihak.

Sempat lagi nak karaoke tu hahaha

Sumber: Janna Nick

Zami Ismail Sempat Memberikan Komen Terhadap Filem Ini. Tidak Sangka Sesusah Ini Yang Berlaku.

Pengarah Latiff Azmi mendedahkan bapanya yang juga pelakon veteran Allahyarham Zami Ismail sudah membaca naskah Bikin Filem yang ditulis ketika 10 tahun lalu. Menurut Latiff Azmi atau lebih dikenali sebagai Mohd Yeop Hitler, bapanya kemudian memberi pendapat yang mengejutkan mengenai filem tersebut.

“Masa saya buat skrip filem ini, arwah ada mengambil masa untuk membacanya. Bapa cakap cerita ini agak susah untuk produser atau pembikin filem terima kerana ia mendedahkan realiti industri lakonan dan perfileman itu sendiri. Betul apa yang dia cakap kerana saya menunggu sehingga 10 tahun sebelum filem ini berjaya ditayangkan di dalam skrin. Saya gembira kerana akhirnya ada produser yang melihat ia sesuatu naskah yang berbeza untuk dijadikan hiburan seisi keluarga,” katanya.

Menampilkan ramai bintang hebat, filem terbaharu Astro Shaw itu temui penonton di Astro First sejak 5 November 2020. Bintang-bintang yang terlibat dalam filem ini adalah seperti Sherry Alhadad, Azhan Rani, Amerul Affendi, Mark Adam, Azrel Ismail, Sharifah Sakinah, Scha Alyahya, Erra Fazira, Azhar Sulaiman, Zain Hamid, Jasmin Hamid, Syazwan Zulkifly, Kodi Rasheed, Kamarool Hj Yusoff, ‘Raja Dubsmash Malaysia’ Ucop dan ramai lagi. Pun begitu, Yeop Hitler berharap agar Bikin Filem boleh diterima masyarakat terutama anak seni.

“Apa yang saya lakukan untuk filem ini semata-mata untuk industri perfileman. Saya harap mereka yang ada dalam industri boleh ambil pendekatan yang tinggi kerana file mini tajam dari lidah dan dalam masa yang sama ia dibawa dalam bentuk hiburan ringan,” katanya lagi.

Bikin Filem mengisahkan tentang seorang bekas bintang filem terkenal dengan gosip-gosip liar, Khaty (Sherry Alhadad) yang ingin menerbitkan sebuah filem bertajuk Dendam Berbalas kerana baru bercerai. Khaty ingin pengarah Rahim G (Azhan Rani) untuk mengarah filem tersebut.

Namun, pelbagai cabaran dan insiden lucu mencuit hati berlaku sepanjang perjalanan pihak produksi menjayakan filem tersebut. Malah setiap kru, barisan pelakon dan pengarah mempunyai macam-macam kerenah dan ragam tersendiri yang menghiburkan.

Saksikan filem Bikin Filem yang akan berada di pawagam rumah anda, Astro First mulai 5 November ini. Untuk melanggan sila ke saluran 480. Anda juga boleh strim filem ini di Astro Go atau On Demand. Mudah sahaja, dengan hanya RM15, penonton boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw.

Syahmi Sazli Akhirnya Tampil Bersuara Selepas Filemnya Dikatakan Tidak Mencapai Standard Sebenar. Syahmi Memberi Komen Soal Kata-Kata Pelakon Ellie Suriaty Omar Itu.

Dilabel sebagai filem yang tidak mencapai standard sebenar, pengarah filem Mael Totey The Movie (MTTM), Syahmi Sazli akhirnya tampil bersuara. Syahmi ketika dihubungi Gempak berkata, dia tidak terasa hati atau terguris dengan kata-kata pelakon dan pengarah Ellie Suriaty Omar yang seakan mengkr1tik karyanya.

Menurut Syahmi, dia akui filem MTTM menggunakan modal yang sedikit dan jenis kamera juga tidak seperti yang dipakai oleh kebanyakan pengarah atau produksi filem besar di luar sana.

“Ada betulnya juga apa diperkatakan. Saya tidak menggunakan kamera yang mahal dan canggih seperti filem lain, sebaliknya itulah yang saya selalu guna untuk kandungan YouTube saya. Tak mengapa, ini permulaan, saya akan buktikan dalam karya-karya saya akan datang.  Saya ambil kata-kata itu secara positif,” katanya.

Jelas Syahmi lagi, biarpun begitu, terdapat beberapa pendirian yang perlu dia pertahan dan teruskan. Dari segi teknikal ya saya akui, tapi bila dakwa bentuk karya itu sendiri tak capai standard filem, itu saya tak setuju. Bagi saya semua pengarah ada karya kreatif masing-masing. Jadi saya takkan ubah cara saya berkarya.

“Selain itu dakwaan mengatakan jumlah tontonan MTTM dipengaruhi populariti juga perlu dilihat dari sudut yang positif. Saya rasa popular itu perlu untuk pembikin filem. Kita nak jual filem mestilah kena ada followers, kena tahu siapa audience kita, apa yang mereka minat. Business is business,” katanya.

Terdahulu, Ellie Suriaty Omar meluahkan pandangannya terhadap filem MTTM menerusi sebuah video di YouTube. Jelas Ellie, industri tidak boleh meletakkan MTTM sebagai benchmark karya kreatif yang sempurna terutama dari segi teknikaliti.

“Kalau kita sebut teknikal kerja sebagai penghasil fiem, ia tidak mencapai, namun kerana ia popular dan ada fanclub sendiri, mestilah dia berjaya,” katanya. Sekadar info, sehingga kini, MTTM telah  memecahkan rekod apabila berjaya meraih kutipan sebanyak RM5 juta dalam tempoh 12 hari tayangan.

Bukan saja itu, kutipan MTTM juga telah memecah rekod Astro First yang sebelum ini dipegang oleh filem Hantu Kak Limah. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *