Shahrulezad akui pernah reject Sharifah Rose. Sekali ini pula yang dia dedahkan.

artis selebriti Viral

Sharulezad percaya bakat lakonan Sharifah Rose akan dapat digilap lagi. Lakonan pertama Instafamous Sharifah Rose menerusi drama Kekasih Hati Mr Bodyguard yang ditayangkan di slot Lestary TV3 menerima kritikan warganet dengan menggelarkannya sebagai ‘kayu’. Terpanggil berkongsi pendapat, pengarah terkenal Shahrulezad Mohameddin meminta warganet memberi peluang kepada selebriti Instagram itu untuk memperbaiki lakonannya dari semasa ke samasa.

“Kadang-kadang artis yang kita kata kayu ni lah akan menjadi artis yang hebat suatu hari nanti. Fattah Amin pernah kena reject masa casting dengan Radiusone suatu ketika dulu tau. Tapi berkat kesungguhan dan rezeki dia, dia sekarang semakin bagus. Dia telah membuktikan tanggapan saya padanya salah. Sharifah Rose ni pun abang tengok ada potensi untuk berjaya sekiranya dia bersungguh-sungguh. Abang pun pernah reject dia dulu.

Shahrulezad back up Sharifah Rose.

And I hope she will prove me wrong too asalkan dia ikhlas dengan minat dia dan jauhi kontroversi yang merepek-repek, ” ujarnya. Sharifah Rose bergandingan dengan Redza Rosli dalam drama Kekasih Hati Mr Bodyguard yang disiarkan di slot Lestary, setiap Rabu hingga Sabtu pukul 9 malam di TV3.

“Fattah Amin pernah kena reject masa casting dengan Radiusone suatu ketika dulu tau. Tapi berkat kesungguhan dan rezeki dia, dia sekarang semakin bagus

Sementara itu, pengarah dan penerbit drama Nur ini menasihatkan bakat baru agar tidak mudah putus asa walaupun ditolak beberapa kali ketika sesi ujibakat. Katanya, ramai pelakon yang sudah membuktikan keupayaan mereka dan diterima untuk berlakon dalam drama terbitannya selepas beberapa tahun memperbaiki mutu lakonan mereka.

Antara kritikan warganet terhadap lakonan Sharifah Rose.

So untuk bakat baru yang pernah abang reject masa casting session di Radiusone dulu korang sebenarnya tidaklah seteruk mana cuma mungkin masa tu bukan rezeki korang. Elvina Mohamad dulu pun pernah kena reject dalam projek Baby Ana Milik Siapa (BAMS) terbitan Radiusone sebelum ni. Dia kena reject masa casting sebab nervous sejenis tak masuk akal sampai nak lari daripada casting session sebab give up dan gelabah berdepan dengan abam yang dia kata garang ni. Elvina akhirnya terselit jugak berlakon dalam drama BAMS tu sebagai extra berdialog. Tetap jugak gelabah tak tahu hujung pangkal bila setiap kali aku kata action. Lepas projek tu dia ada berlakon sana sini sikit. Beberapa tahun kemudian abang panggil dia sekali lagi dalam Takdir Yang Tertulis – BAMMM!!!! She really nailed it. Daripada budak baru yang gelabah depan aku ni tetiba bertukar menjadi pelakon yang cantik, professional serta skillful, ” ujarnya.

Sumber : Mstar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Gelisah Kerana Di Hospital Tiada Siapa Dapat Temankan. Shahrulezad Mohon Doa Selepas Makcik Petir Disahkan Positif Covid19

Baru baru ini, Noryati Taib,64 yang merupakan pelakon veteran dan dikenali sebagai makcik Petir disahkan positif Covid19. Berita tersebut dikongsikan oleh anak saudaranya yang merupakan pengarah dan penerbit,Shahrulezad Mohammeddin melalui laman IG pada malam Isnin.

Shahrulezad memuat naik video memaparkan Noryati sedang menunggu kedatangan ambulans untuk mengambilnya untuk mendapatkan rawatan lanjut.”Makcik saya, Mak Uda Yati disahkan positif Covid-19. Video inin diambil semasa Mak Uda tengah tunggu ambulans datang ambil.

“Saya merayu pada semua peminat Mak Uda kesayangan ramai agar mendoakan kesembuhan dia dan semoga Allah tenangkan dia.”Saya tahu dia tengah gelisah sebab dekat hospital nanti, dia seorang sahaja, tak ada siapa dapat temankan dia,” katanya.Noryati cukup dikenali dengan gelaran Makcik Petir dalam kalangan peminatnya selepas membintangi drama SinDerEla sekitar tahun 2007.

Beliau yang menetap di Johor kerap berlakon di bawah produksi penerbitan milik Shahrulezad iaitu Radiusone Sdn Bhd.Perkongsian Shahrulezad di laman Instagramnya.Dalam perkongsiannya itu, Shahrulezad turut menyatakan selain ibu saudaranya, sepupunya yang dikenali sebagai Ezzah juga disahkan positif Covid-19.

Bagaimanapun, Ezzah hanya menjalani kuarantin kendiri di rumah disebabkan hanya mengalami simptom ringan.Pengarah drama Takdir Yang Tertulis itu juga mengharapkan agar orang ramai agar sentiasa menjaga diri agar dapat terhindar daripada dijangkiti virus Covid-19.”Doakan sekali agar semua pesakit Covid-19 yang lain sama ada kenal atau tidak diberikan kesembuhan yang sama.”Jaga diri, Covid sekarang dah berada di sebelah kita je,” katanya.

Sakit Yang Dirasainya Tidak Langung Berkurangan Walaupun Dah Ambil Ubat Ubatan. Dr Dalvin Cerita Pengalamannya Berhadapan Dengan Virus Tersebut

Terbaru,Dr Dalvin merupakan seorang bekas pesakit Covid19 berkongsi pengalamannya berhadapan dengan virus berbahaya itu menerusi perkongsiannya di FB. Katanya dia hampir mengalah kerana mengalami kesukaran bernafas,dengan batuk yang teruk. Staf ICU suruh keluarga saya bersiap sedia untuk keadaan yang lagi buruk.

Dr Dalvin Sidhu yang merupakan seorang pengamal perubatan berkongsi cerita mengenai detik yang hampir mengambil nyawanya,gara gara dijangkiti COVID19. Melihat coretan yang dikongsi di FB PHM,Dr Dalvin jelaskan dia disahkan positif COvid19 berkenaan pada 8 Disember lalu, selepas terdedah dengan seorang pesakit Covid19 di wad tempatnya bertugas.

“Sejurus selepas mendapat infomasi bahawa pesakit saya positif covid-19, saya menerima arahan untuk menjalani home quarantine pada keesokan harinya (2 Disember).”Selama satu minggu saya telah mengasingkan diri, ahli keluarga saya meletakkan satu kerusi plastik diluar pintu bilik dimana saya mengasingkan diri.

“Keluarga saya juga telah mengasingkan semua barang keperluan harian saya seperti sudu, gelas, pinggan mangkuk dan sebagainya. Makanan dan minuman saya pun hanya akan diletakkan di atas kerusi plastik sahaja. Kami bercakap menerusi video call atau menjerit dengan pintu bilik yang tertutup,” kongsinya.Menurut Dr Dalvin, ujian calitan (swab) pertama yang dilakukannya pada 3 Disember menunjukkan keputusan negatif malah dia juga tidak mengalami sebarang gejala Covid-19.

Selepas dua hari kemudiannya, dia mula mengalami beberapa gejala seperti demam, sakit kepala yang teruk, sakit badan dan sendi, sakit mata, cirit-birit dan keletihan.Sebahagian perkongsian Dr Dalvin yang dimuat naik di laman Facebook Public Health Malaysia.Malah sakit yang dirasainya tidak langung berkurangan walaupun dia mengambil ubat-ubatan, sehingga membuatkan dia mula mengesyaki berkemungkinan dirinya sudah dijangkiti virus berkenaan.

“Pada 8 Disember, keputusan swab saya positif. Sejurus selepas itu, saya menerima beberapa panggilan, untuk mengesahkan diagnosis, gejala dan akhirnya ambulans dihantar untuk mengambil saya dari rumah. Saya telah dimasukan ke wad Covid-19.”Pada permulaannya, saya agak sihat untuk bersembang and berkawan dengan pesakit yang lain di wad. Saya juga agak gembira dengan makan dan minuman yang disediakan.

“Setelah tiga hari di wad, saya mula mengalami batuk yang teruk serta kurang deria rasa dan bau, pada masa yang sama demam pun masih tidak surut, sakit badan dan sendi, cirit-birit masih berterusan.”Lebih teruk lagi, saya mulai mengalami kesukaran untuk bernafas dan tahap Spo2 (kandungan oksigen dalam drah) semakin menurun,” katanya sambil menambah, dia kemudian dipindahkan ke wad ICU pada hari keempat mendapatkan rawatan di hospital.

Dr Dalvin ditempatkan dalam wad ICU selama 13 hari kerana keadaannya yang teruk ekoran mengalami sesak nafas yang teruk. Gambar hiasanKetika ditempatkan di ICU, Dr Dalvin berkata keadaan kesihatannya dipantau dengan teliti malah dia turut diberitahu setiap butiran perkembangan harian oleh doktor yang bertugas.

Tanpa disangka, pada hari kelima di ICU, dia berdepan dengan saat getir berjuang antara hidup dan mati apabila mengalami kesukaran bernafas dan batuk yang teruk.”Staf ICU juga standby mesin ventilator dekat dengan katil. Mereka beritahu bahawa mereka mungkin perlu menggunakkan tiub pernafasan jika Spo2 saya semakin merosot kerana saya sudah mendapat sokongan oksigen aliran tertinggi.

“Tanpa saya tahu, pasukan Anestesia sebenarnya menghubungi keluarga dan isteri saya beberapa jam kemudian dan memberitahu mereka bahawa saya dalam keadaan kritikal, pada masa yang sama, mereka suruh keluarga saya untuk bersiap sedia untuk keadaan yang lagi buruk.

“Bagaimanapun dengan rahmat Tuhan, saya berjaya mengharungi malam itu dan sejak hari itu saya mempunyai keberanian untuk terus berjuang kembali,” kongsinya.Selepas 13 hari berjuang di ICU dengan segala macam prosedur dan dos ubat-ubatan, Dr Dalvin akhirnya dipindahkan ke wad biasa selepas menunjukkan perkembangan positif.

“Pada hari ke-20 di hospital, saya tidak lagi perlu sokongan oksigen dan saya dapat mengekalkan Spo2 saya sekitar 95 peratus dan ke atas. Tanggal 27 Disember 2020, hari yang paling dinanti-nantikan, setelah 23 hari dimasukkan ke hospital, saya telah diberi kebenaran daripada pihak doktor untuk pulang ke rumah.”Bagaimanapun saya diberitahu bahawa parameter darah dan x-ray saya akan mengambil masa berbulan-bulan untuk kembali ke tahap normal. Semua ini tidak akan berlaku tanpa doa, kasih sayang dan sokongan isteri, keluarga, Tuhan dan kawan-kawan saya,” katanya lagi.

Sungguhpun sudah sebulan pulih, Dr Dalvin berkata dia masih merasai perubahan di mana tubuh badannya kerap mengalami sakit sendi, keletihan dan sesekali semput apabila berjalan pantas dan jauh.Dr Dalvin mengingatkan orang ramai agar sama-sama membantu para frontliners melawan Covid-19 dengan mematuhi SOP. Gambar hiasan

“Selain itu, stigma masyarakat memainkan peranan penting, ramai orang tidak akan mendekati saya sebab saya seorang bekas pesakit Covid-19. Salah seorang kawan saya juga tidak ingin ambil duit baki dari saya, sebab katanya ada virus di tangan saya.Sehingga kini perkongsian tersebut meraih hampir 5,000 shares di Facebook.”Nasihat saya kepada semua, tolong jaga SOP, tolong hormati frontliners, mereka juga insan yang ada keluarga. tolong jangan cakap seperti Covid-19 ini bohong… tolong jangan memperlekehkan usaha-usaha frontliners,” katanya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *