Tular gambar kereta bersesak di plaza Tol untuk merentas negeri. Sampaikan sebanyak ini kompaun dikeluarkan.

berita Dunia Infomaklumat

Sebanyak 22 kompaun dikeluarkan pihak polis membabitkan kesalahan rentas negeri tanpa kebenaran di sekatan jalan raya (SJR) Plaza Tol Gombak, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, pihaknya melakukan pemeriksaan teliti di SJR berkenaan bagi memastikan tiada pihak yang terlepas daripada melakukan kesalahan rentas negeri tanpa kebenaran.

“Saya sendiri turun untuk memantau keadaan di SJR ini (Plaza Tol Gombak) bermula jam 5 petang semalam hingga 1 pagi hari ini bagi memastikan pemeriksaan teliti dilakukan terhadap setiap kenderaan yang melalui laluan berkenaan. Pemeriksaan dilakukan mendapati kebanyakan individu yang diperiksa mempunyai surat kebenaran rentas negeri dengan majoritinya membabitkan urusan balik dari universiti serta pusat pendidikan lain. Hasil pemeriksaan teliti semalam, kami mengeluarkan 22 kompaun terhadap individu yang tidak mempunyai surat kebenaran rentas negeri yang dikenakan kompaun sebanyak RM 5,000 setiap seorang,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mengulas mengenai kesesakan lalu lintas yang teruk di laluan berkenaan berikutan pemeriksaan teliti dilakukan pihaknya. Arifai berkata, keadaan itu tidak begitu serius jika dibandingkan pada waktu perayaan pada tahun sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Kami mendapati kesesakan di laluan ini hanya sepanjang tiga kilometer dan ia tidaklah serius jika dibandingkan pada hari perayaan seperti tahun sebelum ini. Kebiasaannya pada tahun sebelum ini (sebelum PKP), kesesakan lalu lintas di laluan berkenaan lebih teruk iaitu sehingga 20 hingga 30 kilometer meskipun tiada SJR dilakukan di Plaza Tol Gombak,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menafikan status dimuat naik individu yang mendakwa Lebuhraya Karak menghala ke Kuala Lumpur sesak teruk, semalam.

Takkan semua ini PJJ dan urusan kerja dan perniagaan ?

Dari Jam 8.30 Malam 16 May 2021, sampai Jam 1.30 Pagi 17 May 2021, Lebuhraya Karak, menghala Kuala Lumpur, Plaza Tol Gombak, sesak teruk.

“Sementara itu, semua highway lain, Akleh, Plus Arah Utara, Plus Arah Selatan, Penang Brigde 1 & 2, Tuas, Elite, NKVE, semuanya sunyi. Takkan semua dari arah pantai timur ni PJJ? Dah lepas balik beraya, balik ke Klang Valley balik? Duk main keluar masuk kawasan wabak? PKP apa benda macam ni tatkala orang lain berkurung duduk dalam rumah, tak balik kampung walau seberang daerah.” Menerusi hantaran itu, individu berkenaan seolah-olah mend.akwa kenderaan yang melalui laluan berkenaan pulang semula ke Lembah Klang selepas beraya di Pantai Timur.

Kredit : HMetro

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Baru Baru Ini Banyak Cerita Yang Tular Soal Pihak Berkuasa SJR. Kini Pemuda Ini Tampil Dedahkan Perkara Ini Dan Siap Pertikaikan Skop Kerja Pula.

Fahmi berkongsi pengalaman mengenai seorang anggota polis trafik membantu menolak sebuah van yang rosak di jalan raya ketika hujan lebat. Sejak akhir-akhir ini kecoh kisah anggota polis yang didakwa salah laku, sehingga menjadi perdebatan di media sosial. Namun menerusi video yang dimuat naik di laman Twitter, pemuda berkenaan menceritakan tentang anggota terbabit yang membantu mengatasi masalah sebuah van rosak di jalan raya sibuk.

“Akhir-akhir ni ramai kritik dan cerita terbuka pasal polis. Dengan polis ambil nombor telefon, polis tegur tak pakai bra, macam-macam lah.” tulisnya menerusi ciapan di Twitter.

Perkongsian mengenai kebaikan seorang anggota polis trafik.

Pemuda berkenaan, Mohd Fahmi Alwi berkata, kejadian berlaku pada minggu ini yang dirakamkan dari sebuah bilik hotel dekat Jalan Loke Yew di Kuala Lumpur. Berkongsi pengalaman itu, katanya, kira-kira pukul 6 petang itu dalam keadaan cuaca hujan lebat, sebuah van yang melalui jalan tersebut secara tiba-tiba berhenti.

“Bukan setakat hujan lebat, tapi kenderaan-kenderaan lain yang lalu di jalan itu juga laju sebab waktu petang, orang balik dari kerja. Sebenarnya, van tu dah lama sangkut di situ sebelum polis trafik tu sampai. Kira-kira 10 minit juga pemandu tu berada dalam van,” katanya yang berusia 30 tahun.

Lebih mesra disapa Fahmi, katanya, anggota polis yang tiba di lokasi kejadian dengan menunggang motosikal tampil membantu pemandu van untuk menolak kenderaan itu.

Keadaan jalan raya dekat lokasi kejadian.

“Saya percaya van tersebut mengalami masalah sehingga perlu ditolak jauh. Dalam keadaan hujan lebat tu, motosikal polis tu dibiarkan di tepi jalan. Lebih 200 meter jugalah polis tu tolong tolak van tu seorang diri di belakang. Lepas masalah pemandu van tu selesai dan dapat meneruskan perjalanan baru anggota polis tu berjalan ke tempat motosikal dia ditinggalkan,” ujarnya yang berasal dari Klang, Selangor.

Van tu nyaris dikenakan oleh sebuah lori besar. Mujur pemandu lori dapat kawal kenderaannya dan tukar laluan. Kalau tak, saya tak dapat bayangkan apa yang akan jadi

Menurut bekas pramugara itu, kehadiran polis dilihat seperti tepat pada masanya kerana dapat mengelakkan daripada kejadian buruk berlaku seperti kejadian yang tak diingini.

“Pemandu van tu tak keluar kereta mungkin sebab dia cuba atasi apa masalah kenderaan dia, selain kereta yang lalu di situ laju yang boleh membahayakan keselamatan. Sepanjang 10 minit sebelum polis tiba, pengguna-pengguna jalan raya lain hanya membunyikan hon dan tiada seorang pun yang berhentikan menghulurkan bantuan. Saya nampak van tu nyaris dikenakan oleh sebuah lori besar. Mujur pemandu lori dapat kawal kenderaannya dan tukar laluan. Kalau tak, saya tak dapat bayangkan apa yang akan jadi,” tambahnya.

Polis berkenaan berjalan kaki kembali mendapat motosikalnya.

Fahmi yang mengusahakan spa rawatan muka berkata, terdapat segelintir individu yang mempertikaikan tindakannya berkongsi mengenai kebaikan anggota polis itu di laman sosial.

“Mereka pertikaikan dengan kata dah itu memang skop kerja polis, jadi memanglah dia kena buat macam tu. Setahu saya, memang antara tugas polis untuk pastikan lalu lintas berjalan lancar dan selamat, tapi bukan bermakna mereka kena tolak kereta atau van orang awam. Sebenarnya, sesiapa saja pun boleh tolong kalau ada rasa tanggungjawab dan prihatin. Macam polis tu, dia datang untuk tolong sebab ada rasa tanggungjawab. Kalau orang suka viralkan perkara yang tak baik mengenai polis, kenapa kita tak boleh nak viralkan kebaikan mereka. Semuanya bergantung kepada kita untuk berkongsi kebaikan dan hentikan negativiti dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Tular Anak M. Nasir Tarik Perhatian Ramai. Kini Bekerja Sebagai Ini Untuk Bantu Keluarga.

” Ayah tak pernah paksa tebar roti canai” . Itu kata-kata Nor Aishah Mohd Nasir yang mencuri perhatian ramai melihat kebolehannya menebar roti canai yang sinonim dengan dilakukan orang lelaki itu.

Nor Aishah, 30, berkata dia tidak pernah malu menjadi penebar roti canai di kedai makan diusahakannya di persisiran Jalan Sultan Iskandar Shah, berdekatan Taman Mayang Sari di sini. Menurutnya lagi, pekerjaan itu dilakukan untuk membantu suaminya, Radhi Ramli, 32, yang bekerja sebagai pemandu lori sampah bagi menyara keluarga.

Pemegang Diploma Sains Komputer dari Universiti Malaysia Pahang (UMP), Gambang, Pahang itu berkata, kemahiran menebar roti canai dipelajari secara pemerhatian daripada bapanya, Mohd Nasir Ein, 64, yang sudah sekian lama berkecimpung dalam perniagaan makanan itu. Katanya, minat menceburi bidang perniagaan bermula setahun selepas menamatkan diploma pada 2013 iaitu ketika dia bekerja sebagai pembantu gerai di warung yang diusahakan bapanya itu sementara menunggu peluang kerja.

“Bapa tidak pernah memaksa saya untuk meneruskan legasi perniagaan roti canai. Bahkan teknik menebar roti canai juga saya pelajari melalui pemerhatian sewaktu bekerja di kedai makan bapa. Memang pada mulanya saya ingin mencari kerja yang bersesuaian dengan diploma diperoleh namun ditakdirkan, agak sukar mendapatkan pekerjaan dalam bidang itu. Sementara menunggu peluang kerja di waktu itu, saya bekerja dengan ayah sebelum mendirikan rumah tangga pada 2016. Selepas berkahwin, saya ambil keputusan untuk teruskan legasi perniagaan bapa dengan membuka kedai makan sendiri,” katanya ditemui di warungnya.

Anak keenam daripada 10 beradik itu berkata, kemahiran menebar roti canai turut dimiliki seorang adik perempuannya berusia 25 tahun selain dua kakaknya, masing-masing berusia 33 dan 35 tahun. Katanya, adik serta seorang daripada kakaknya turut mengusahakan gerai roti canai di Kuala Kangsar.

Bapa mesra dipanggil M Nasir oleh penduduk

Menurutnya, bapa mereka lebih mesra disapa sebagai ‘M Nasir’ oleh kenalan dan penduduk setempat. “Justeru, penduduk setempat menggelar kami tiga beradik ini sebagai ‘trio anak perempuan M Nasir’,” katanya.

Menurut Nor Aishah, dia tidak lagi berharap untuk beralih bidang dengan bekerja makan gaji sebaliknya mahu fokus untuk mengembangkan lagi perniagaannya.

“Setiap hari, saya tidur jam 10 malam. Ia bagi membolehkan saya bangun awal dan bersiap bermula jam 3 pagi sebelum membuka gerai seawal jam 4.30 pagi. Roti canai biasanya habis dijual jam 10.30 pagi. Kebiasaannya, setiap hari, saya menjual tidak kurang daripada 350 roti canai. Alhamdulillah, selain dibantu empat pekerja, suami turut membantu mempersiapkan gerai sebelum dia memulakan tugasnya mengutip sampah jam 6.30 pagi,” katanya.

Menurut Nor Aishah, dia pernah disindir kerana melakukan pekerjaan itu walaupun memiliki diploma namun tidak kisah dengannya.

Sumber:hmetr0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *