Banyak yang perlu anda ubah sekiranya pelihara kucing yang mempunyai masalah penglihatan. Ketahui antara tipsnya.

Haiwan kucing tips

Seperti manusia, kucing juga boleh dilahirkan tiada penglihatan atau dengan masalah penglihatan. Kucing juga boleh kehilangan deria penglihatan akibat penyakit atau terlibat dengan kejadian yang tak diingini yang menimpa mereka. Namun, kucing yang mempunyai masalah penglihatan juga boleh menjalani kehidupan yang ceria dan bahagia seperti kucing-kucing yang lain.

Kucing secara asasnya adalah haiwan yang pandai berdikari dan perkara ini tidak terkecuali bagi kucing yang mempunyai masalah penglihatan. Mungkin ramai yang berpendapat bahawa kucing but4 memerlukan perhatian yang sangat teliti dan adalah sukar dan leceh untuk membela seekor kucing yang but4.

Memang benar kucing but4 memerlukan perhatian yang lebih dan penjagaan berbeza daripada kucing yang tidak but4, tetapi kucing but4 sebenarnya boleh menjalani kehidupan seharian yang normal seperti kucing-kucing lain kerana mereka boleh bergantung kepada deria pendengaran dan bau. Jika anda mempunyai kucing but4, anda tidak perlu pantau atau risau akan keadaannya 24/7, anda hanya perlu sediakan tempat tinggal yang selamat dan sesuai untuknya.

Letakkan Bekas Makanan, Minuman Dan Bekas Najis Di Satu Kawasan

Adalah penting untuk anda meletakkan ketiga-tiga bekas penting ini di kawasan yang sama, tetapi jangan pula anda letakkan bekas makanan dan minumannya bersebelahan dengan bekas najis. Satu lagi perkara, jangan ubah tempat atau kedudukan kesemua bekas ini dan biarkan di tempat yang sama supaya mudah untuk kucing but4 jumpa.

Manfaatkan Deria Baunya

Anda boleh bantunya ‘melihat’ menggunakan deria baunya dengan menandakan kawasan-kawasan atau objek-objek dengan bau-bauan tertentu. Jangan gunakan minyak pati (essential oil) kerana ia bahaya pada paru-paru kucing dan mengandungi toksik.

Lindungi Daripada Kawasan Yang Bahaya

Anda boleh melindungi kucing but4 daripada bahaya dengan membalut atau menutup bucu-bucu yang tajam dengan pembalut dan memasang pagar di kawasan tanga supaya ia tidak terjatuh.

Elakkan Daripada Merubah Kedudukan Perabot

Kucing but4 menghafal kawasan rumah di dalam otak mereka, jadi jika anda merubah kedudukan perabot, ia akan mengelirukan mereka. Kucing but4 masih menjalani kehidupan seperti kucing biasa dan turut melompat di atas kabinet atau almari serta berlari-lari di dalam rumah. Jika anda merubah kedudukan perabot, mereka mungkin akan terjatuh atau terlanggar perabot-perabot di dalam rumah.

Letakkan Loceng Pada Haiwan Atau Kucing Lain

Jika anda mempunyai haiwan atau kucing lain di rumah, pasangkan loceng pada mereka supaya boleh menjadi panduan untuk kucing but4 dan supaya kucing but4 tidak terkejut jika mereka tiba-tiba datang ke arahnya.

Gunakan Suara Untuk Bimbing Kucing But4

Anda akan perasan perubahan pada personaliti dan tingkah laku kucing yang mengalami masalah ini. Kucing tersebut mungkin akan menjadi sedikit manja atau clingy, mereka akan menganggap anda sebagai pembimbing mereka dan akan sentiasa berdekatan dengan anda dan sentiasa mengikut anda. Jadikan kebiasaan untuk bercakap dengannya setiap masa supaya terutamanya ketika anda masuk atau keluar bilik supaya ia boleh mengesan anda.

Jangan Berhenti Bermain Dengannya

Kucing but4 juga memerlukan masa untuk bermain seperti kucing yang tidak mempunyai masalah penglihatan. Gunakan alat permainan yang mengeluarkan bunyi seperti bola yang mempunyai loceng untuk bermain dengannya.

Jangan Terkejutkan Kucing Anda

Kucing but4 mudah terkejut atau tersentak kerana mereka tidak dapat melihat apa yang berlaku di sekitarnya. Jika anda mahu mendekati atau mengangkat kucing but4, tegurnya dahulu supaya ia tahu anda berada berdekatan dengannya. Jangan tiba-tiba menyergahnya kerana ia akan terkejut dan boleh bertindak agresif. Jika anda mengangkat kucing but4, letakkannya kembali di tempat yang ia kenali supaya ia tahu di mana ia berada.

Kenalkan Kepada Rumah Baru Beransur-ansur

Jika anda berpindah rumah, letak mereka di sebuah bilik kecil dahulu sehingga ia sudah biasa dan lepaskan mereka ke kawasan lain di rumah secara beransur-ansur.

Jangan Biarkan Ia Di Luar Tanpa Pengawasan

Jika kucing but4 anda sebelum ini adalah kucing outdoor, pastinya ia akan merindui suasana luar dan mahu bermain di kawasan luar rumah sekali sekala. Ia mungkin akan berasa tidak bebas jika anda hanya mengurungnya di dalam rumah. Tidak salah sebenarnya untuk anda membiarkan kucing but4 bermain di luar, anda harus memantaunya setiap masa dan pastikan ia hanya bermain di dalam kawasan rumah.

Sumber : Siakap keli

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dulu Bapa Anti Moon Dan Luna Dalam Keluarganya. Sekali Kini Berubah Siap Tanya Soalan Ini Setiap Hari.

Khairil bersama Moon, kucing pertama yang diterima masuk ke rumahnya. Anak perempuannya, Alia memberitahu hubungan bapanya dengan kucing boleh diibaratkan seperti ‘love-hate relationship’. Betul kata orang dulu-dulu… ‘jangan benci sangat, lama-lama jatuh sayang’.

Seperti kisah seorang bapa yang gelagatnya sedang asyik merakam gambar seekor kucing peliharaan di rumahnya menjadi tular di seluruh dunia . Rakaman berdurasi 0:19 saat itu mendapat lebih tiga juta ‘view’ dan 111,000 ulang kicau (retweet). Menurut anak perempuannya, Nuralia Natasya Khairil, sebelum ini kisah bapanya, Datuk Khairil Anwar dengan haiwan bernama kucing tidaklah ‘indah’ atau ‘comel’ seperti apa yang dilihat dalam rakaman.

Kehadiran Moon (kanan) diterima baik oleh seluruh ahli keluarga ini. -foto Alia

“Tiga tahun lalu ayah saya memang tak suka kucing. Bukan itu sahaja, dia turut berpesan supaya jangan sesekali mana-mana kucing dibela atau dibawa masuk ke dalam rumah. Tetapi pada tahun 2016, kami sekeluarga kebetulan menonton sebuah rancangan televisyen yang memberitahu kucing merupakan terapi terbaik kepada penghidap autism4 dan adik bongsu saya, Aikal Imran, merupakan penghidap autism4. Jadi tanpa pengetahuan ayah, saya membawa balik anak kucing yang diberi nama Moon,” ujarnya.

Alia memuat naik gambar bapanya sedang membelai Moon di laman Twitter.

Jelas Alia, 23, penerimaan ayahnya terhadap kucing semakin baik selepas haiwan kesayangan ramai itu tinggal bersama dan menjadi sebahagian daripada keluarga mereka. “Memang mula-mula ayah tidak sukakan kucing. Tetapi lama kelamaan kita boleh nampak layanan ayah terhadap Moon semakin baik. Dia selalu tanya kami sama ada Moon dah makan ke belum. Ketika saya merakam gelagat ayah sedang ambil gambar Moon, ayah langsung tak sedar,” ujar anak sulung daripada empat orang adik beradik ini.

Dalam pada itu, Khairil mengakui perasaan sayangnya terhadap Moon sememangnya bertambah berbanding sebelum ini. Kita semua tahu kucing adalah haiwan kesayangan Nabi Muhammad SAW dan jika kita peliharanya dengan baik, dapatlah pahala.

DATUK KHAIRIL ANWAR

“Nak kata terlalu sayang tu taklah juga. Cuma apabila Moon berada dekat dengan saya, saya akan layan dia dengan baik. Dia juga selalu teman saya duduk bersantai di rumah. Lagipun kita semua tahu kucing adalah haiwan kesayangan Nabi Muhammad SAW dan jika kita peliharanya dengan baik, dapatlah pahala,” jelasnya yang terkejut dengan jumlah ‘view’ rakaman tersebut. Dalam pada itu, Khairil juga tidak menafikan sejak kehadiran Moon, keadaan anak bongsunya semakin positif.

Moon (kanan) dan Luna. -foto Alia

“Aikal semakin baik. Alhamdullilah… Dia juga semakin aktif di sekolah, pandai mengawal perasaan marah. Saya menghantarnya ke sekolah normal dan dia boleh bergaul dengan baik. Siapa sangka dengan terapi membela kucing keadaannya semakin baik,” tambahnya. Selain itu Alia menambah bahawa, tahun lalu dia telah membawa masuk ‘satu’ lagi anggota baharu dalam keluarga. “Sekarang sudah ada dua ekor kucing. Tahun lalu saya bawa masuk Luna sebagai peneman Moon,” ujarnya gembira.

Sumber : Erin Sakura

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Ramai Yang Tidak Nampak Keistimewaan Kucing Kampung. Sekali Pemuda Ini Ambil Tindakan Ini Dan Dedahkannya.

Sejak dahulu lagi, ramai pihak beranggapan bahawa kucing jenis kampung ‘level biasa-biasa’ sahaja kerana sering kali dikaitkan dengan kucing gelandangan. Malah mereka bagaikan antara dua darjat jika dibandingkan dengan baka yang lebih komersial seperti Parsi, Bengal, British Short Hair dan bermacam-macam lagi.

Namun jika anda merupakan pencinta kucing sejati, pasti takkan sanggup untuk merendahkan martabat apa jua spesis sekalipun kerana mereka juga merupakan mahkluk ciptaan Yang Maha Esa. Seperti baru-baru ini, seorang pemuda yang dikenali sebagai Zul Azizul sanggup ‘mengupah’ seekor kucing kampung sebagai model utama bagi mengasah skil fotografinya.

Bukan sahaja gebu dan bersih, kesemua foto yang dimuat naik ke group Facebook ‘Malaysian Photographers Community‘ ini malah dirakam di pelbagai lokasi. Sama ada di kawasan kebun, memanjat pokok rambutan, catwalk di jalan tar mahupun atas bumbung, jurufoto tersebut berjaya menghasilkan gambar istimewa walaupun latar belakang suasana desa sahaja.

Menurut Zul lagi, kompilasi gambar yang seolah-olah memperlihatkan sisi ‘natural beauty‘ haiwan tersebut merupakan hasil asli tanpa sebarang suntingan mahupun sebarang aplikasi filter. Tak cukup dengan itu, dia juga sangat beruntung kerana subjek utama projek fotografi ini tidak melakukan sebarang kekecohan sepanjang di set penggambaran.

Ternyata kompilasi foto mengenai kisah hidup ‘si bulus’ berkenaan telah menjadi tumpuan hangat dan memperoleh lebih seribu perkongsian setakat ini. Selain memuji kesemua hasilnya, rata-rata warganet malah cemburu melihat keletah kucing kampung ini gara-gara sangat yakin beraksi di depan lensa kamera.

Sumber: FB Zul Azizul & Malaysian Photographer Community

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *