Tular hidu wap air rebusan bunga cengkih boleh rawat Covid 19. Sekali Doktor ini tampil dedahkan perkara sebenar.

Amalan Covid 19 Viral

Sejak negara kita dilanda wabak COVID-19, terdapat sesetengah individu yang tidak bertanggungjawab mengatakan bahawa terdapat kaedah tradisional yang dikatakan boleh menyembuhkan penyakit COVID-19 dan lebih dahsyat lagi apabila ianya lebih mujarab daripada suntikan vaksin.

Hidu wap rebusan bunga cengkih mampu sembuh COVID-19

Baru-baru ini tular di media sosial mengenai video yang dikatakan boleh merawat penyakit COVID-19 dengan menghidu air rebusan bunga cengkih. Dalam video yang berdurasi dua minit lebih berkenaan, kelihatan seorang lelaki yang mendakwa ahli keluarganya dijangkiti COVID-19 dan telah sembuh apabila mengamalkan tips menghidu wap air rebusan bungka cengkih berkenaan. Selain itu, lelaki berkenaan menunjukkan bagaimana cara menyediakan bahan serta untuk menghidu wap rebusan tersebut dan dia turut menyeru orang ramai agar berkongsi tips yang dikongsi olehnya itu.

Ayah pun terikut sekali

Akibat daripada penyebaran video berkenaan, ramai yang terpedaya dengan tips berkenaan khususnya golongan warga tua. Menerusi video yang dimuat naik oleh Haikal di akaun TikToknya, pemuda berkenaan seperti kecewa dengan ayahnya yang kantoi merebus bahan berkenaan dengan menggunakan water heater selepas ternampak tips berkenaan di Whatsapp Group.

‘Tak perlulah kita belanja jutaan ringgit beli vaksin’

Ekoran daripada video yang tular itu, Dr Mahyuddin telah tampil untuk memberikan penjelasan mengenai tips berkenaan. Dia telah menegaskan bahawa setiap individu yang mengalami selsema, sakit tekak, batuk mahupun kesukaran untuk bernafas perlu pergi ke hospital segera bagi mendapatkan rawatan lanjut. Menurutnya lagi, jika ingin membantu frontliner, perlu segara ke hospital dan tidak perlu percaya tips seperti demikian dan bimbang kaedah berkenaan boleh menyebabkan kerosakan pada saluran penafasan.

Dr Mahyuddin turut mengatakan bahawa jika wap air rebusan bunga cengkih boleh merawat COVID-19 maka tidak perlu membazir jutaan ringgit untuk membeli vaksin. Kalau boleh guna wap cengkih untuk rawat COVID-19, tak perlulah kita belanja jutaan ringgit beli vaksin, buat pusat pemberian vaksin, pusat kuarantin pesakit dan sediakan wad ICU. Baik kita belanja duit beli bunga cengkih je.

Sumber : Mahyuddin Mohamed, Haikal_gorgeous

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Covid 19 Boleh Menghilangkan Deria Bau Keada Pesakit. Sekali Ini Cara Rawatan Semulajadinya Untuk Bantu Kembalikan Deria Bau.

Latihan mencium bau-bauan boleh membantu kita untuk mengembalikan deria bau dalam badan kita. Cara ini boleh mengubati masalah anosmia yang secara semulajadinya boleh dipraktikkan menerusi latihan cium bau untuk mengembalikan dan mengasah deria bau tersebut.

Apa yang diketahui oleh semua, anosmia adalah satu sakit yang di mana hidung manusia tidak dapat mengesan sebarang bau yang berada di sekeliling mereka. Antara penyebab anosmia ialah ianya berpunca daripada pelbagai sebab termasuklah jangkitan virus yang menganggu saluran pernafasan, sinus yang teruk, luka di bahagian kepala dan gangguan saraf seperti angin ahmar atau parkinson. Anosmia juga merupakan gejala Covid-19 yang biasa berlaku pada pesakit.

Cara merawat anosmia dengan latihan mencium bau

New Medical melaporkan cara merawat anosmia boleh dilakukan di rumah dengan menggunakan empat bahan yang memiliki aroma berbeza seperti bunga, buah-buahan seperti kulit lemon, kayu manis, kopi, vanila atau pun minyak wangi. Pesakit hanya perlu mencium aroma bahan yang dipilih sekurang-kurangnya 30 saat, dua kali sehari. Latihan itu perlu dilakukan sekurang-kurangnya empat bulan kerana semakin lama ia dilakukan, deria bau seseorang akan bertambah baik.

Ibu Langsung Tak Bau Minyak Atar. Pemuda Ini Kongsi Tanda Tanda Yang Ada Pada Ibunya Sebelum Disahkan Positif Covid19

Macam yang diperkatakan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media harian Covid19, virus itu sudah berada dalam komuniti kita. Tanpa disedari, seseorang itu mungkin terdedah kepada jangkitan virus ini. Itulah yang dilalui oleh seorang anak apabila ibu kesayangan dijangkiti Covid19.

“Pada masa ini, virus sudah berada dalam kalangan kita. Sesiapa sahaja boleh positif Covid-19,” tulis seorang pemuda menerusi ciapan di laman Twitter sehingga menjadi tular.Perkongsian Amir (bukan nama sebenar) sehingga menjadi tular. Kata pemuda berkenaan, Amir (bukan nama sebenar) berkata, ibunya yang berusia 50an disahkan positif Covid-19 pada Jumaat lalu.

Anak muda berusia 20an itu memberitahu, ibunya menjalani ujian saringan Covid-19 selepas mengalami beberapa gejala seperti demam, penat dan sakit tekak.”Susulan keputusan positif Covid-19, mak saya dibawa dengan menaiki ambulans ke Maeps (Taman Ekspo Pertanian Malaysia) untuk menjalani rawatan,” katanya ketika dihubungi yang merujuk kepada Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) di Serdang, Selangor itu.

“Mula-mula mak mengalami demam, kejap elok dan kejap tak okay selama beberapa hari. Bila buat ujian RTK keputusan mak adalah negatif.”Tapi mak kemudian hilang deria rasa dan bau. Paling ketara, mak langsung tak bau minyak atar, minyak wangi yang baunya cukup kuat yang kebiasaannya dipakai oleh orang Arab. Kat rumah ni, ayah yang selalu pakai minyak atar.”Bayangkan kalau minyak atar tu kalau imam pakai kat atas mimbar di masjid… makmum yang baru datang masa tahiyat akhir ketika solat berjemaah pun boleh bau. Tapi mak memang tak bau,” ujarnya yang menetap di Selangor.

Sehubungan itu, Amir menasihatkan semua pihak yang mengalami gejala terutama mereka dalam kalangan kontak rapat kepada pesakit Covid-19 agar segera membuat ujian saringan.Jelas Amir, ibunya bagaimanapun bukanlah kontak rapat kepada individu yang dijangkiti virus itu tetapi dipercayai kes jangkitan dalam komuniti atau kes sporadik.

Amir kini menjalani kuarantin di rumah.”Demam, sakit tekak, sakit kepalanya semuanya simptom. Jangan takut untuk buat ujian, adalah lebih baik kita tahu apakah status kita sekiranya ada gejala atau kontak rapat daripada nanti memberi kesan kepada ahli keluarga kita.”Walaupun keputusan positif, janganlah marah atau nak salahkan mereka (pesakit Covid-19) yang memang dah cukup sedih.

“Faham anda terkejut, risau terjangkit tapi orang yang positif Covid-19 ni tak minta pun terkena, apatah lagi nak jangkitkan kepada orang. Adalah lebih baik kita memberi sokongan antara satu sama lain,” tambahnya.Susulan menjadi kontak rapat, Amir memaklumkan telah menjalani ujian saringan Covid-19 dan keputusannya adalah negatif.”Saya kini menjalani kuarantin seperti yang disarankan oleh KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia). Saya mohon kepada semua mendoakan agar mak saya diberikan kesihatan yang baik dan segera sembuh,” katanya.

Ada Yang Limpanya Bergerak Ke Bahagian Tubuh Lain Selama 48 Jam. Berikut Antara 5 Sakit Pelik Yang Wujud Selain Daripada COVID19

Covid-19 bukan satu-satunya sakit yang datang secara tiba tiba kepada manusia pada 2020.TIDAK dapat disangkal lagi, Covid-19 merupakan sakit paling memberi kesan sepanjang 2020. Namun, tahukah anda terdapat beberapa sakit lain yang dianggap aneh turut berlaku pada tahun ini?Masalah kesihatan ini terjadi disebabkan oleh beberapa perkara. Berikut adalah sakit aneh yang dilaporkan sepanjang 2020 selain Covid-19.

1. Kncing hijau.Seorang lelaki berusia 62 tahun di Chicago, Amerika Syarikat ketika kncing mendapati air kncingnya berwarna hijau.Dalam kajian yang diterbitkan dalam The New England Journal of Medicine mendapati, air kncing berwarna hijau ini terjadi disebabkan kesan sampingan yang sangat jarang berlaku kerana pengambilan ubat-ubatan tertentu.

Dilaporkan, beberapa hari sebelumnya, lelaki tersebut diberi ubat bius dikenali sebagai propofol. Warna air kencing lelaki itu bagaimanapun kembali normal selepas pengaruh ubat itu hilang.Terdapat beberapa sakit berlaku yang tak dapat dijelaskan.

2. Batu kapur pada usus.Seorang wanita dikejarkan ke wad kecemasan kerana mengalami sakit perut dan muntah. Selepas operasi diakukan, doktor menemui batu kapur berukuran 4 sentimeter di dalam ususnya.Berdasarkan laporan jurnal BMJ Case Reports, batu kapur itu hidup dan membesar dalam tubuh wanita itu hampir sepanjang hidupnya.

3. Air kncing bertukar alk0hol.Air kncing seorang wanita berubah menjadi alkohl padahal wanita itu tidak pernah mengambil sebarang minuman kras beberapa hari sebelumnya.Selepas pemeriksaan dilakukan, doktor mendapati terdapat kuman dalam air kncingnya sehingga berlaku proses penapaian glukosa menjadi alkohl.

4. Organ bergerak.Normalnya, organ dalam badan manusia berada di tempat sama setiap masa. Namun, berbeza dengan keadaan seorang wanita di Michigan, Amerika Syarikat. Limpanya bergerak ke bahagian tubuh lain selama 48 jam.

5. Tiga ginjal.Seorang lelaki di Brazil mengejutkan doktornya ketika melakukan pemeriksaan kesihatan apabila mendapati dia mempunyai tiga ginjal.Ginjal ketiga yang ditemui itu berada dalam keadaan normal dan terletak di bahagian kiri badan dan melekat berdekatan punggungnya.Memiliki tiga ginjal merupakan perkara luar biasa tetapi boleh berlaku malah terdapat 100 kes yang dilaporkan sebelum ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *