Tak sangka kucing Malaysia pun dah ada program banci sendiri. Sampaikan syarikat tawar sesuatu ini untuk si bulus.

Haiwan Info kucing Viral

Lebih ratusan ribu ekor kucing di seluruh negara berpeluang menyertai program Banci Kucing Malaysia 2020 yang julung kali diadakan oleh sebuah syarikat tempatan. Lebih menarik, penganjurnya itu, Reallabs Malaysia menawarkan baucar satu beg produk mereka Real Litter Ultra untuk kucing beristinjak yang bernilai RM19.90 secara percuma. Menurut hantaran kenyataan syarikat itu menerusi laman sosial rasminya, usaha tersebut dilakukan susulan peningkatan kes pembuangan, penyeks44an dan pembvnvhan kucing.

“Sehubungan itu, kami Reallabs Malaysia mengambil inisiatif bagi melakukan pembancian kucing di negara ini,” katanya yang memaklumkan bancian bermula sejak 28 Oktober lalu. Kenyataan syarikat itu menambah, banci tersebut adalah langkah bagi mengenal pasti saiz, taburan dan komposisi kucing di seluruh negara malahan data dikumpul dianalisis rapi. Hasil pembancian berkenaan ujarnya lagi, diharap dapat digunakan pelbagai pihak bagi mengekalkan keseimbangan, kesejahteraan dan hak kebajikan semua kucing di Malaysia.

Mereka yang berminat boleh menelusuri laman sesawang rasmi Reallabs Malaysia iaitu  www.reallabsco.com/bancikucingmalaysia atau whatsapp terus talian careline 016-2018147. Individu tersebut hanya perlu menyatakan nama penuh, e-mel, telefon, bandar dan bilangan kucing meliputi jantan dan betina serta umur haiwan berkenaan sebelum 31 Disember ini.

Reallabs Malaysia terkenal menerusi produk penjagaan kebersihan kucing dengan teknologi terkini basmi kuman, nyah bau dan mesra alam yang dipasarkan di rantau Asia Tenggara. Berdasarkan data terkini pelbagai pihak tertentu, dianggarkan ada lebih 800,000 ekor kucing di seluruh Malaysia termasuk jalanan dan jumlah itu dijangka bertambah pada setiap tahun.

Kajian firma antarabangsa Dalia Research beberapa tahun lalu bahkan mendapati 40 peratus daripada penduduk negara ini memelihara kucing di rumah sendiri secara sepenuh masa. Ini menjadikan Malaysia berada di tempat keenam di peringkat global daripada 52 negara yang terlibat kajian itu serta unggul di posisi pertama di benua Asia dan rantau Asia Tenggara.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Ini Niat Sebenar Pemuda Ini Untuk Buka Hotel Kucing. Sebabkan Ini Juga Dia Nekad Untuk Mulakan Perniagaan Ini.

Gambar sekadar hiasan.

Menjelang setiap kali musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, pemilik kucing menghadapi masalah untuk penjagaan haiwan kesayangan mereka apabila mereka pulang ke kampung halaman masing-masing. Bilangan hotel kucing yang terhad di negeri ini menyebabkan mereka yang memelihara kucing terpaksa membuat tempahan awal bagi memastikan kucing kesayangan mereka mendapat penjagaan sempurna ketika mereka pulang.

Memahami kesulitan itu, pemilik hotel kucing, ‘Hotel For Cat’, Akram Azly, 35 mengambil keputusan membuka hotel kucing di Krubong pada 2011 sebelum berpindah ke Taman Ayer Keroh Height , Ayer Keroh pada 2014. “Saya mula membela seekor kucing bernama ‘Tiger’ ketika menuntut di Universiti Multimedia (MMU), kampus Ayer Keroh dan ketika itu saya terpaksa luangkan masa cuti semata-mata untuk menjaga Tiger tiap kali cuti semester,” katanya.

Pada masa yang sama, Akram berkata beliau dan isterinya Izawah Kamal, 34 menjaga kucing rakan-rakan yang balik bercuti secara sukarela tanpa mengenakan sebarang bayaran kerana meminati bintang manja itu. Katanya pada ketika itu ada pemilik kucing yang berbaik hati menghadiahkan barangan keperluan kucing seperti makanan kucing dan pasir kucing sebagai hadiah kepadanya dan ada juga yang tidak memberikan apa-apa.

“Daripada saat itulah, saya dan isteri mendapat idea untuk menawarkan perkhidmatan menjaga kucing secara separuh masa dengan bayaran serendah RM2.00 bagi mencari duit poket,” katanya. Anak jati Kota Bharu, Kelantan itu berkata beliau mula serius dalam perniagaan apabila mendaftar perniagaan itu pada 2011 selepas menamatkan pengajian di MMU.

Lulusan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Kepujian) (Kecerdasan Buatan) MMU itu berkata bermula dari detik itulah, beliau memulakan perniagaan hotel kucing serta menawarkan jualan pelbagai jenis makanan, barangan keperluan penjagaan, aksesori di samping membersihkan dan merapikan.

Selain itu, beliau juga menjual kucing yang diimport dari negara luar seperti Ukraine dan Rusia sekiranya terdapat permintaan daripada pelanggan. Akram berkata sehingga kini Hotel For Cat mempunyai sebanyak 60 bilik untuk kucing dan beliau bercadang untuk memperluaskan lagi perniagaanya pada masa akan datang.

“Saya berhasrat untuk mengembangkan ‘Hotel For Cat’ sebagai ‘One stop center’ yang menawarkan pelbagai perkhidmatan dan keperluan untuk kucing,” katanya. Sementara itu, Akram berkata tempahan hotel kucing di kedainya sempena Aidilfitri telah penuh sejak awal Ramadan dan beliau terpaksa tidak lagi menerima tempahan. Akram berkata kadar caj yang dikenakan adalah sekitar RM8.00 sehari untuk anak kucing dan sekitar RM36.00 sehari bagi bilik jenis apartment untuk tiga ekor kucing tidak termasuk makanan dan pasir kucing.

Sumber : Bernama

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Gadis Ini Sanggup Bawa Bekas Yang Penuh Diisi Dengan Sesuatu Ini. Rupanya Ini Tujuannya.

Amalan berbuat baik bukan sahaja sesama manusia, malah haiwan juga perlu dilayan dengan penuh kasih sayang. Walaupun binatang berkenaan tidak bertuan, bukan bermakna manusia perlu sisihkan ciptaan Tuhan ini. Makhluk seperti binatang juga perlu makanan untuk hidup, jadi kalau bukan manusia yang beri siapa lagi, kan? Begitulah sikap yang ditonjolkan oleh seorang gadis ini hingga meraih perhatian ramai.

Dah ready makanan untuk kucing terbiar. sanggup turun kereta semata nak bagi diorang makan

Menerusi perkongsian Fafa di Tiktok, dilihat dia sedang turun daripada kenderaan sambil memegang bekas yang berisi makanan. Gadis di dalam video yang berdurasi 44 saat ini kemudiannya memanggil serta memberikan makanan tersebut kepada seekor kucing yang terbiar di kawasan berkenaan. Sebelum bergerak dari tempat itu, gadis yang dikenal sebagai Fafa ini sempat membelai manja haiwan berbulu itu. Pada akhir rakaman, Fafa kelihatan tersenyum sebelum menaiki kereta.

Awak sama macam akak selalu letak bekal kucing jalanan dalam kereta. Moga murah rezeki. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji sikap baik hati gadis ini. Selain daripada mendoakan rezeki Fafa, mereka juga berkongsi pengalaman menyimpan bekalan untuk kucing jalanan di dalam kereta masing-masing. Rakaman tersebut telah meraih hampir 50 ribu tontonan semenjak dimuat naik di aplikasi Tiktok.

Sumber : Tiktok FAFA

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dulu Bapa Anti Moon Dan Luna Dalam Keluarganya. Sekali Kini Berubah Siap Tanya Soalan Ini Setiap Hari.

Khairil bersama Moon, kucing pertama yang diterima masuk ke rumahnya. Anak perempuannya, Alia memberitahu hubungan bapanya dengan kucing boleh diibaratkan seperti ‘love-hate relationship’. Betul kata orang dulu-dulu… ‘jangan benci sangat, lama-lama jatuh sayang’.

Seperti kisah seorang bapa yang gelagatnya sedang asyik merakam gambar seekor kucing peliharaan di rumahnya menjadi tular di seluruh dunia . Rakaman berdurasi 0:19 saat itu mendapat lebih tiga juta ‘view’ dan 111,000 ulang kicau (retweet). Menurut anak perempuannya, Nuralia Natasya Khairil, sebelum ini kisah bapanya, Datuk Khairil Anwar dengan haiwan bernama kucing tidaklah ‘indah’ atau ‘comel’ seperti apa yang dilihat dalam rakaman.

Kehadiran Moon (kanan) diterima baik oleh seluruh ahli keluarga ini. -foto Alia

“Tiga tahun lalu ayah saya memang tak suka kucing. Bukan itu sahaja, dia turut berpesan supaya jangan sesekali mana-mana kucing dibela atau dibawa masuk ke dalam rumah. Tetapi pada tahun 2016, kami sekeluarga kebetulan menonton sebuah rancangan televisyen yang memberitahu kucing merupakan terapi terbaik kepada penghidap autism4 dan adik bongsu saya, Aikal Imran, merupakan penghidap autism4. Jadi tanpa pengetahuan ayah, saya membawa balik anak kucing yang diberi nama Moon,” ujarnya.

Alia memuat naik gambar bapanya sedang membelai Moon di laman Twitter.

Jelas Alia, 23, penerimaan ayahnya terhadap kucing semakin baik selepas haiwan kesayangan ramai itu tinggal bersama dan menjadi sebahagian daripada keluarga mereka. “Memang mula-mula ayah tidak sukakan kucing. Tetapi lama kelamaan kita boleh nampak layanan ayah terhadap Moon semakin baik. Dia selalu tanya kami sama ada Moon dah makan ke belum. Ketika saya merakam gelagat ayah sedang ambil gambar Moon, ayah langsung tak sedar,” ujar anak sulung daripada empat orang adik beradik ini.

Dalam pada itu, Khairil mengakui perasaan sayangnya terhadap Moon sememangnya bertambah berbanding sebelum ini. Kita semua tahu kucing adalah haiwan kesayangan Nabi Muhammad SAW dan jika kita peliharanya dengan baik, dapatlah pahala.

DATUK KHAIRIL ANWAR

“Nak kata terlalu sayang tu taklah juga. Cuma apabila Moon berada dekat dengan saya, saya akan layan dia dengan baik. Dia juga selalu teman saya duduk bersantai di rumah. Lagipun kita semua tahu kucing adalah haiwan kesayangan Nabi Muhammad SAW dan jika kita peliharanya dengan baik, dapatlah pahala,” jelasnya yang terkejut dengan jumlah ‘view’ rakaman tersebut. Dalam pada itu, Khairil juga tidak menafikan sejak kehadiran Moon, keadaan anak bongsunya semakin positif.

Moon (kanan) dan Luna. -foto Alia

“Aikal semakin baik. Alhamdullilah… Dia juga semakin aktif di sekolah, pandai mengawal perasaan marah. Saya menghantarnya ke sekolah normal dan dia boleh bergaul dengan baik. Siapa sangka dengan terapi membela kucing keadaannya semakin baik,” tambahnya. Selain itu Alia menambah bahawa, tahun lalu dia telah membawa masuk ‘satu’ lagi anggota baharu dalam keluarga. “Sekarang sudah ada dua ekor kucing. Tahun lalu saya bawa masuk Luna sebagai peneman Moon,” ujarnya gembira.

Sumber : Erin Sakura

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *