Tular pemuda tunjuk magnet boleh melekat pada tempat vaksin disuntik. Sekali Fizo Omar tampil lakukan perkara yang sama.

artis Covid 19 Viral

“Cuba fikir waras. Cuba jangan kolot sangat. Cuba gunakan akal.” Itu reaksi pelakon Fizo Omar susulan video tular memaparkan seorang individu lelaki yang mendkwa magnet melekat di bahagian suntikan pada tubuh individu yang sudah menerima vaksin. Fizo dalam hantaran dimuat naik di Instagram mencabar individu yang membuat video itu membuktikan perkara yang ditunjukkan.

“Siapa yang buat video itu cuba buktikan. Kita sama-sama nak melawan dan banteras Covid-19. Kerajaan sudah beli vaksin berbilion dan bawa masuk. Kerja kita pergi cucuk saja. Yang anda buat video dan menakut-nakutkan kenapa? Kepada yang buat video saya cabar kalau betul. Jangan sebab video itu tular satu Malaysia semua orang takut. Jangan percaya video itu. Karut!” katanya.

Menerusi hantaran sama, Fizo yang sudah mendapatkan suntikan vaksin minggu lalu meminta masyarakat untuk tidak percaya sebarang usaha atau unsur yang cuba menggagalkan misi kerajaan. “Cubalah fikir logik sikit. Adakah patut cakap dalam vaksin itu ade cip untuk nak kesan kita, ada macam-macam benda lah dalam vaksin ini. Guna akal boleh tak? Maaf, perkara macam ini saya tak boleh terima. Kita sama-sama nak tamatkan Covid-19 kan, jadi tak perlu ada unsur macam ini yang boleh menggagalkan misi kita sendiri. Terima kasih kepada semua yang kongsikan video ini dengan niat kita sama-sama nak menyedarkan mereka yang masih lagi dipengaruhi dengan info negatif mengenai vaksin ini,” katanya.

Dalam masa sama, Fizo berkata dia dalam keadaan baik selepas menerima vaksin pertama. “Setakat ini selepas saya dan mak ambil suntikan vaksin lima hari lalu, okay saja. Tidak ada kesan sampingan pun. Jangan percaya semua ini dengan perkara yang karut marut,” katanya.

Sumber : Hmetro Online

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Mendoakan Anaknya Cepat Sembuh Selepas Disahkan Positif Covid19. Fizo Omar Kongsi Perkembangan Anaknya Di Hari Keenam

Fizo Omar mendoakan anaknya cepat sembuh selepas disahkan positif Covid-19. BUKAN mudah sebagai seorang bapa melihat anak yang masih kecil dimasukkan ke hospital lebih-lebih lagi apabila melibatkan virus Covid-19.Itu luahan yang ditulis pelakon Fizo Omar menggambarkan isi hatinya sebaik mengetahui anaknya, Wan Maryam, 3, dijangkiti wabak tersebut.

“Sudah masuk hari keenam Maryam dirawat di hospital disebabkan jangkitan Covid-19. Alhamdulillah sekarang ini keadaan Maryam dah ok dan aktif seperti biasa.”Inilah satu-satunya anak yang saya ada dan macam-macam usaha dilakukan selama empat tahun sabar menanti anak yang hebat ini.

Fizo Omar mendoakan kesihatan anak tunggalnya, Wan Maryam.”Susah saya nak gambarkan perasaan seorang ayah yang menanti setiap detik keadaan anak di hospital yang sedang bertarung dengan Covid-19.”Ayah sanggup buat apa sahaja demi anak tapi disebabkan Covid-19, apa pun tak boleh buat.

“Saya hanya mampu berdoa dan berharap Maryam kuat dan Allah sembuhkan dia dan kembali ke pangkuan saya,” kata Fizo.Fizo atau nama sebenarnya, Wan Hafizol Wan Omar, 36, turut berpesan agar semua rakyat Malaysia mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) bagi menangani masalah Covid-19 dengan ketat dan tidak leka dengan ancaman virus tersebut.

“Jangan pentingkan diri! Petugas barisan hadapan kerja siang malam tanpa rehat dah hampir setahun, ambil risiko yang sangat tinggi, kes makin naik, hospital penuh, ambulans sampai tak cukup.”Wang ringgit tak payah cakaplah berapa dah habis, tapi masih ada lagi yang jenis tidak ambil kisah dan ambil peduli sebab apa, sebab tak kena pada batang hidung sendiri.

“Semoga doa yang ikhlas dari semua ini Allah makbulkan dan hapuskanlah musibah yang melanda kita semua,” katanya.Bekas isteri Fizo, Mawar turut disahkan positif Covid-19.Menerusi laporan mStar pada Selasa, bekas isteri Fizo, Mawar Abdul Karim dan anak mereka, Wan Maryam, telah disahkan positif Covid-19 dan menerima rawatan di sebuah hospital sejak Isnin.

Fizo mendirikan rumah tangga dengan Mawar pada 10 November 2013 di Kajang, Selangor namun pasangan itu akhirnya berpisah pada 10 Julai 2019.Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Wan Maryam yang kini berusia tiga tahun.Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!Tags/Kata Kunci:

Sedih Tak Dapat Bersama Dengan Maryam. Lepas 5 Hari Disahkan Positif Covid 19 Mengejutkan Ini Keadaan Terkini Ank Fizo Omar. Terkedu Sampai Macam Ni Sekali Jadi Pada Maryam.

Pelakon dan usahawan terkenal Fizo Omar, 35, tidak mampu mengvngkapkan perasaan selepas anak tunggalnya, Wan Maryam yang berusia tiga tahun disahkan positif Covid-19, sejak 1 Januari lalu. Menurut Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, Maryam satu-satunya anak yang dia ada selepas empat tahun menanti.


Katanya, dia hanya mampu berdoa dan berharap agar Maryam terus kuat untuk berlwan dengan viirus merbhaya itu. “Daddy tau anak daddy kuat! Hari ni, 8 Januari 2021 hari yang kelima Maryam admitted disebabkan jangkitan virvs Covid-19. Alhamdulillah sekarang ni keadaan Maryam ok dan aktif seperti biasa.

“Harapnya antibodi dia kuat dan tak mengalami simptom Covid yang saya tahu melalui penyelidikan dan pengalaman mereka yang dah lalui memang skit dan sangat periit sehingga boleh mergt nyawa. “Sebagai ayah, inilah satu-satunya anak yang saya ada dan macam-macam usaha dilakukan selama 4 tahun sabar menanti kelahiran anak yang hebat ni.

Susah saya nak gambarkan perasaan seorang ayah yang menanti setiap detik keadaan anak di hospital yang sedang bertrng dengan Covid. “Ayah sanggup buat apa sahaja demi anak, tapi disebabkan Covid, apa pun tak boleh buat, nak pergi tengok, nak jumpa, nak bagi semangat.

Semuanya tak boleh dan hanya mampu berdoa dan berharap semoga Maryam kuat dan Allah sembuhkannya dan kembali ke pangkuan daddy. “Hanya video call sahaja dapat melepaskan rindu dan kerisauan, tapi di sebaliknya timbul satu perasaan sediih bila Maryam yang masih kecil belum tahu erti bahayanya Covid,

menangis, meronta ronta untuk nak keluar dari hospital, nak balik rumah, nak jumpa daddy, nak pergi bercuti, nak pergi taman permainan, nak main dengan daddy dan macam-macam lagi,” tulisnya di Instagram (IG), pagi tadi. Tambah pelakon drama Adellea Sofea, dia berharap agar orang dewasa boleh berfikir dengan waras serta tidak mementingkan diri sendiri kerana pandemik Covid-19 makin menggnas.

Tegas anak kelahiran negeri Kelantan ini, tidak perlu untuk menunggu diri sendiri atau ahli keluarga terdekat dijangkiti baru nak sedar betapa bahaya wbak tersebut. “Mungkin korang tak rasa apa yang saya rasa. Jadi kita dah dewasa ni dan boleh berfikir, sampai bila kita nak hidup dengan keadaan macam ni, kes makin hari makin meningkat,

SOP entah ke mana, keluar sana sini macam dah tak ada apa dah. Tak perlu lah sampai kena pada diri sendiri atau keluarga barulah semua nak berjaga-jaga dan ambil berat pasal Covid ni. “Jangan pentingkan diri!! Frontliners kerja siang malam tanpa rehat dah hampir setahun, ambil risiko yang sangat tinggi, kes makin naik, hospital penuh, ambulan sampai tak cukup,

wang ringgit tak payah cakap lah berapa dah habis, tapi masih ada lagi yang jenis tak peduli, sebab apa, sebab tak kena kat batang hidung sendiri. “Semoga doa yang ikhlas dari semua ni Allah makbulkan dan hapuskan lah musibh yang melanda kita semua dan selamatkan lah Wan Maryam dan semua pesakit yang sedang menentang dengan Covid-19 ni Ya Allah,” tulisnya lagi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Gempak

Lepas Bekas Isteri Dan Ank Positif Covid 19 Kali Ni Giliran Fizo Omar Pula Dedahkan Keputusan Ujian Saringan Dirinya. Tergamam Ini Keadaan Terkini Mereka.

Semalam, timbul pelbagai spekulasi dalam kalangan warganet, apabila Mawar Karim, memuat naik sekeping foto yang di laman Instagramnya memberikan gambaran dia telah positif C0vld-l9. Namun, ketika itu, tiada sebarang kenyataan rasmi daripada pihaknya dan hanya meminta orang ramai mendoakan dia bersama anaknya.

Terbaru, Fizo Omar menerusi status yang dimuat naik di laman Facebooknya, mengesahkan bahawa bekas isteri dan anaknya telah disahkan positif Covid-l9. Dengan berat hati dan penuh rasa tanggungjawab, sya nak maklumkan bahawa anak sya Wan Maryam, dan bekas isteri sya Mawar telah disahkan positive Covid-l9 sejak 1 Jan 2021 dan kini sedang menerima rawatan di hospital.

Menerusi status tersebut Fizo Omar mengesahkan bahawa bekas isterinya, Mawar Karim dan puterinya Wan Maryam telah disahkan positif Covid-l9 berluma 1 Januari yang lalu. Malahan, mereka berdua kini sedang mendapatkan rawatan selanjutnya di hospital.

Pada masa yang sama Fizo, turut mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada petugas barisan hadapan yang bertungkus lumus dalam membendung penularan wab4k ini. Syukur alhamdulillah keadaan mereka stabil.Saya telahpun menjalani Swab test pada 2 jan 2021 dan alhamdulillah keputusannya adalah negative.

Jelasnya lagi, dia sudahpun membuat ujian calit pada 2 Januari yang lalu dan keputusannya adalah negatif. Pesanan kepada semua, jangan ambil mudah dgn C0VlD-l9 dan patuhilah kepada segala SOP kerana ia memberikan kesan emosi yg sangat mendalam apabila terjadi kepada diri sendiri ataupun keluarga anda. Tidak berakhir di situ, dia amat menghargai doa rakyat Malaysia yang mendoakan supaya anak dan bekas isterinya cepat sembuh daripada virus itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *