Jasa guru yang tidak akan dilupakan. Guru sampai sanggup lakukan ini untuk anak muridnya.

Haiwan kucing Viral

Sebut sahaja hari guru, pasti ada sahaja perkara yang guru lakukan untuk anak muridnya yang tidak boleh dilupakan. Mengenai anak murid zaman sekarang, sudah pasti pelbagai kerenah dan gelagat mereka yang para guru perlu sabar. Betul tak? Seperti satu perkongsian di TikTok ini, seorang guru terkejut apabila anak muridnya membawa seekor kucing ke dalam kelas. Lebih terkejut, kucing ‘comel’ tersebut diletakkan di dalam beg sekolah.

Pengsan cikgu tengok

Menerusi TikTok Isfiefaraulah, dia berkongsi video seorang guru yang membawa sebuah beg berisi seekor kucing ke dalam bilik guru. Kesemua guru yang berada di dalam bilik guru pada waktu tersebut kelihatan sangat terkejut apabila salah seorang daripada anak murid mereka telah membawa haiwan peliharaan ke sekolah. Menurut guru yang menjumpai haiwan tersebut, kucing peliharaan anak muridnya itu sangat besar. Malah, haiwan tersebut juga kelihatan memakai ‘bow tie’ agar kelihatan comel. Bagi mengelakkan proses pembelajaran di dalam kelas terganggu, guru tersebut dipercayai membawa si bulus itu keluar dari bilik darjah dan meletakkannya di dalam sebuah bekas. Guru itu juga kelihatan memberi makanan buat si bulu tersebut.

Dulu kawan bawa burung

Di ruangan komen, rata-rata warganet mengimbau semula zaman persekolahan mereka. Menurut warganet, pelajar tersebut mungkin belajar mengenai haiwan ketika di sekolah. Mungkin sebab itu, dia membawa kucing peliharaannya pergi ke sekolah juga.

Sumber: Isfiefaraulah

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Cikgu Nak Pencen Impi Untuk Buka Taman Kucing. Siap Jadikan Sesuatu Ini Sebagai Bisnes Sambil Sedekah.

Cikgu Nor sudah mula bercucuk tanam sejak tahun 90-an lagi dan turut memiliki 20 ekor kucing di rumahnya. Tatkala meniti hari-hari terakhir bergelar pendidik, banyak rancangan yang sudah dirangka wanita ini untuk mengisi masa lapangnya kelak.

Menurut Nor Salzafani Mohmed Kisasi, 57, dia memilih untuk mengkomersialkan kebun bunga di halaman rumahnya sekaligus menjadi kerjaya baharu setelah bersara sebagai guru tidak lama lagi. Dia yang mesra disapa Cikgu Nor mengakui sudah mula bercucuk tanam sejak tahun 90-an lagi. Namun, segalanya berubah apabila dia acap kali menerima pertanyaan ramai sehingga mengambil keputusan untuk mula melakukan perniagaan ‘Keboon Rumah’ selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Cikgu Nor dijangka bersara pada September 2021.

“InsyaAllah saya akan bersara pada September tahun depan. Minat menanam dah lama sebenarnya. Tapi lama kelamaan, ramai yang lalu dan bertanya. Jadi kita ambil keputusan untuk jual. Sebab saya pun fikir, nanti adalah aktiviti selepas pencen untuk isi masa lapang,” ujarnya. Menurut ibu kepada empat cahaya mata itu, dia gembira apabila kebun yang diusahakannya mula mendapat perhatian ramai. Ia gara-gara usaha anaknya melakukan promosi secara dalam talian menerusi Instagram dan juga TikTok.

Saya memang minat kucing, ada 20 ekor di rumah. Jumpa kucing cacat di sekolah pun saya ambil bawa pulang.

“Tak sangka. Alhamdulillah. Mungkin ini salah satu rezeki nak pencen. Niat pun nak jual murah-murah sambil sedekah. Saya kesian tengok orang yang nak beli pokok tapi harganya agak tinggi. Saya ni dah ada benih pokok, saya biak dan jual je lah pada harga murah. Alhamdulillah permintaan hari-hari ada. Anak saya yang rajin promosi. Sekarang kami buat penghantaran atau pelanggan boleh walk in. Tapi selepas anak promosi online, kami dapat pelanggan dari Johor dan Sarawak. Jadi kami kena fikir bagaimana untuk hantar kepada mereka,” ujarnya yang menetap di Puchong, Selangor.

Suasana di sekitar halaman rumahnya.

Menurut Cikgu Nor, dia juga memendam satu lagi hasrat yang mana ia merupakan minat yang sudah bercambah sejak zaman kanak-kanak lagi.

Antara tanaman yang dijual.

“Sebenarnya niat di hati ada dua. Satu nak buka kebun dan ia sudahpun tercapai. Yang kedua, saya nak buat taman kucing dalam kebun tu. Saya memang minat kucing, ada 20 ekor di rumah. Jumpa kucing kurang upaya di sekolah pun saya ambil bawa pulang. InsyaAllah kalau jadi nyata, pelanggan yang datang, sambil-sambil beli pokok, boleh juga tengok kucing,” ujarnya yang berkhidmat di sebuah sekolah rendah di Petaling Jaya. Antara yang ditanam di kebun milik guru itu termasuklah pokok kegemaran ramai iaitu money plant, lidah jin, pandan, kunyit. dan banyak lagi.

Sumber : Mstar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Pemuda Ini Dedahkan Gelagat Pelik Bob Apabila Di Rumah. Sekali Lain Pula Yang Tarik Perhatian Warganet.

Kucing bernama Bob peliharaan keluarga Arash Muaz sangat aktif malah diajar untuk membuat aksi ‘high-five’. Foto: Arash Muaz “Selain kucing, sangat-sangat seronok tengok keluarga ni, sama-sama beribadah berjemaah.” Demikian antara komen yang dilontarkan warganet terhadap perkongsian seorang remaja yang memuatnaik video gelagat kucingnya yang aktif. Posting tersebut yang pada asalnya dibuat sekadar suka-suka untuk berkongsi gelagat kucing peliharaan yang dianggap luar biasa, tanpa disangka mengundang komen warganet yang tertarik melihat aktiviti solat berjemaah keluarga berkenaan.

Menurut remaja yang memuatnaik video tersebut di Twitter, Arash Muaz, dia berkongsi video gelagat kucing peliharaan yang berkelakuan seperti seekor anjing kerana merasakan ia sesuatu yang pelik dan lucu. “Ketika itu kami sekeluarga baru selesai solat Maghrib berjemaah. Sambil-sambil tengah berehat, saja baling permainan untuk ajak kucing kami yang bernama Bob ni main. Tak sangka Bob pergi kutip dan bawa semula permainannya kepada saya, seperti kita biasa lihat anjing buat.

Posting yang dimuatnaik oleh Arash Muaz mengenai gelagat pelik kucingnya.

“Kami pelik sebab tak pernah latih pun permainan seperti itu. Malah Bob sendiri tak pernah berkelakuan seperti itu. Itu yang kakak saya rakam. Tapi tak sangka pula ada perkara lain yang warganet perhati. Memang menjadi rutin kami sekeluarga solat Maghrib berjemaah. Langsung tiada niat lain, tapi mungkin warganet perasan sebab kain sejadah masih terbentang ketika itu,” ujarnya. Video berdurasi 25 saat yang dimuatnaik di Twitter itu sehingga kini meraih 45,000 retweet dan mendapat 65,500 like.

Antara komen warganet yang bukan sahaja tertarik dengan gelagat kucing bernama Bob, tetapi turut tertarik dengan aktiviti solat berjemaah keluarga ini.

Ia turut dibanjiri dengan komen warganet yang terhibur dengan gelagat kucing peliharaan keluarga remaja tersebut. “Tapi memang tak sangka langsung boleh viral, sebab ada juga yang cakap, kucing mereka pun mempunyai gelagat yang sama. Cuma kami pelik sebab Bob tak pernah macam itu sebelum ini. Mungkin juga sebab ada suara ibu dalam video itu. Ibu memang macam tu, dia sangat sayang kucing-kucingnya macam anak sendiri. Selalu ingatkan kami adik beradik supaya jangan lupa beri kucing-kucing makan,” ujar remaja yang berasal dari Cheras, Selangor ini.

Ada banyak juga yang tanya bagaimana kami latih kucing. Sejujurnya, kami langsung tidak pernah melatih Bob buat macam itu. Tapi Bob sangat aktif dan paling manja berbanding tiga kucing lain di rumah ini.

Bercerita lebih lanjut, Arash mendedahkan sejak video tersebut tular, dia menerima banyak mesej menerusi Direct Message (DM) dan komen bertanyakan bagaimana dia dan keluarganya melatih kucing peliharaan mereka. “Ada banyak juga yang tanya bagaimana kami latih kucing. Sejujurnya, kami langsung tidak pernah melatih Bob buat macam itu. Tapi Bob sangat aktif dan paling manja berbanding tiga kucing lain di rumah ini.

Tiga daripada empat kucing peliharaan keluarga Arash Muaz iaitu Bob (kiri), Peppa dan Coco.

“Cuma ibu saya pernah melatih kucing-kucingnya buat ‘hand-shake’ dan juga ‘high five’. Masa mula-mula tu, saya jawab juga komen dan mesej mereka. Tapi bila makin ramai yang bertanya, ada yang tak sempat dijawab,” katanya sambal menambah, Bob adalah baka campuran antara kucing biasa dengan Bengal. Katanya lagi, keluarganya memang gemar memelihara kucing untuk dijadikan penghibur di rumah. “Setakat ini ada empat ekor sahaja termasuk Bob. Memang keluarga suka pelihara kucing… kalau mereka tak ada memang bosan. Dengan gelagat comel, manja dan aktif mereka, memang terhibur dan hilang rasa bosan,” ujarnya mengakhiri bicara. 

Sumber : Mstar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Macam Macam Fingky Tunjukkan Pelbagai Aksi Nakalnya. Rupanya Sampai Pernah Beri Hadiah Atas Katil Abang.

Akram mula membela Fingky sejak awal tahun ini selepas seekor lagi kucing miliknya telah tiada sejak pada tahun lepas. Kehadiran haiwan peliharaan boleh dianggap sebagai penghibur dalam keluarga, namun ragam mereka kadang-kala membuatkan pemilik pening kepala. Begitulah kisahnya melibatkan Amirul Akram Noor Hisham, apabila aksi-aksi nakal kucingnya yang dikongsi di Twitter menjadi tular dan mendapat perhatian ramai. Mesra disapa Akram, dia mengakui baru sahaja membela kucing yang diberi nama Fingky sejak awal tahun ini.

“Fingky sebenarnya kucing jalanan, ayah yang bawa balik. Jumpa dekat kawasan rumah masa awal tahun ni. Ia kucing yang baik dan nakal, tapi kami tak anggap ia sesuatu yang teruk pun. Yang saya kongsi di Twitter tu kebanyakannya apa yang Fingky buat sepanjang bulan Ramadan. Siap berak atas katil abang, tapi tu kali kedua sebenarnya. Masa hari pertama dibawa balik dulu, Fingky pernah berak atas katil mak ayah saya,” ujar jejaka berusia 23 tahun itu.

Akram mula membela Fingky pada awal tahun ini.

Dalam perkongsian di Twitter, beberapa siri foto memaparkan aksi nakal haiwan itu yang merosakkan fon telinga, memecahkan pasu bunga, merosakkan bungkusan roti dan macam-macam lagi. Dedah Akram, paling nakal tentunya sewaktu haiwan itu melompat dan berpaut di langsir sehingga ia terbuka dari cangkuknya. Fingky juga pernah beberapa kali terperangkap atas bumbung rumah jiran, terperangkap dalam stor. Sampaikan kadang-kadang kami risau dan sedih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *