Ini antara simptom kucing anda alami sakit kutu di badan mereka. Dan ini yang perlu anda usahakan.

Haiwan kucing Petua

Cuaca panas boleh mendatangkan musibah perosak parasit iaitu kutu. Peningkatan suhu menggalakkan pembiakan kutu kucing. Justeru itu, lebih banyak kutu dewasa melompat pada kucing yang tidak bersalah. Kutu boleh menyebabkan kucing anda mengalami Anemia, iaitu kekurangan d4rah. Malah, kutu juga boleh menjadi hos kepada parasit usus. Sekiranya kucing anda mengigit dan menelan mana-mana kutu yang dijangkiti, ia juga boleh menyebabkan jangkitan cacing pita. Berikut merupakan maklumat yang anda perlu tahu bagi merawat dan menghapuskan kutu kucing pada sicanda dan rumah anda:

Bagaimanakah kucing boleh mendapat kutu?

Kucing boleh dijangkiti kutu di luar rumah. Secara umumnya, sekiranya kucing anda adalah kucing rumah, ia tidak akan dijangkiti kutu. Terdapat banyak jenis spesies kutu yang berbeza, tetapi kutu kucing (Ctenocephalides felis) adalah penyebab utama. Serangga perosak ini boleh melompat setinggi 12 inci kepada perumah yang tidak bertuah, memakan dar4h dan bertelur dalam bulunya. Telur-telur ini juga boleh jatuh dari kucing ke atas karpet, perabot atau tempat-tempat kegemaran kucing anda. Telur tersebut kemudiannya akan bertukar menjadi larva, pupa dan seterusnya kutu dewasa.

Kutu kucing juga boleh menggigit manusia. Kutu adalah parasit, ia sentiasa mencari dar4h untuk dimakan. Sekiranya ia tidak menjumpai perumah kucing, ia akan menghisap dar4h tuannya pada bahagian kaki. Walau bagaimanapun, keberkesanan produk kutu telah menjadikan serangan kutu semakin jarang daripada biasa. Sekiranya anda sedang menggunakan produk ini atau mengesyaki kucing anda mempunyai kutu, berundinglah dengan doktor haiwan mengenai produk yang sesuai dan penggunaannya.

Apakah simptom kutu kucing?

Simptom paling biasa serangan kutu kucing termasuklah:

Menggaru kepala dan telinga, menjilat bahagian bawah badan terutamanya di antara kaki belakang, mengunyah atau menggigit badannya, bulu gugur, terutamanya di bahagian atas belakang akibat menggaru, kemerahan, Terdapat zarah berwarna hitam pada kulit

Zarah berwarna hitam tersebut digelar najis kutu. Sekiranya anda mengambilnya dan membasahkannya, ia akan bertukar menjadi warna merah. Ini kerana ia merupakan dar4h kering. Bagi memeriksa serangan kutu, anda juga boleh menggunakan sikat kutu pada kucing anda untuk melihat sekiranya terdapat sebarang kutu. Sekiranya rawatan kutu dijalankan di klinik haiwan, doktor akan memusingkan badan kucing dan meniup bulunya untuk memeriksa sama ada terdapat kutu atau najis kutu. Walau bagaimanapun, parasit kulit yang berbeza seperti Cheyletiella boleh membuatkan kucing anda sentiasa menggaru. Oleh itu, anda perlu berjumpa dengan doktor haiwan bagi mengesahkan ser4ngan kutu dan menolak penyebab kemungkinan yang lain.

Apakah rawatan terbaik bagi kutu kucing?

Doktor haiwan boleh memberi preskripsi produk yang boleh membunuh kutu pada kucing anda dalam masa sehari. Seterusnya, beliau akan mengesyorkan ubat-ubatan yang boleh mengelakkan kutu seperti krim topikal atau tablet kunyah. Apabila kutu lain melompat pada kucing anda, produk tersebut boleh menghilangkannya justeru itu mengurangkan ser4ngan kutu.

Apakah petua di rumah bagi merawat kutu kucing?

1. Berikan kucing anda mandian kutu

Anda boleh menggunakan sabun pencuci pinggan, namun adalah lebih baik untuk menggunakan syampu kutu sekiranya anda tidak menggunakan sebarang produk kutu yang lain. Bertanyalah kepada doktor haiwan mengenai rawatan yang sesuai bagi kucing anda terlebih dahulu.

2. Gunakan sikat kutu untuk membuang kutu dan telurnya

Kebanyakan jenama mengesyorkan untuk mencelup sikat ke dalam air bersabun dan hangat selepas setiap sikatan bagi membuang dan memerangkap parasit tersebut. Sikatlah dalam arah pertumbuhan bulu. Ulangi beberapa kali pada setiap hari untuk kesan yang terbaik.

3. Bersihkan rumah anda

Anda sudah tentu ingin menghapuskan segala jejak kutu di rumah anda. Ini kerana kutu selalunya hanya berada di badan kucing anda sebanyak 20% manakala pada setiap masa ia sentiasa berada di persekitaran.

Bagaimanakah cara untuk membasmi kutu kucing di rumah?

Cara untuk membasmi kutu di sekeliling rumah anda adalah sama seperti cara untuk membasmi pepijat dan perosak yang lain. Ikuti langkah ini: Vakum lantai, perabot dan semua tempat kegemaran kucing anda,buang bag vakum tersebut, steam clean karpet untuk membunuh kutu yang masih berkeliaran, basuh semua alas tempat tidur dalam air bersabun yang panas setiap dua minggu.

Selain itu, anda juga boleh menggunakan r4cun serangga atau memanggil bantuan professional untuk merawat kawasan rumah anda. Produk r4cun serangga yang paling baik biasanya mengandungi bahan seperti permethrin, imidacloprid atau dinotefuran untuk membunvh kutu dewasa. Manakala, perencat pertumbuhan seperti methoprene atau pyriproxyfen berkesan untuk menghentikan pembiakan telur dan larva kutu. Sentiasalah mengikuti arahan dan langkah-langkah keselamatan yang tertera di atas labelnya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Praktikkan Cara Tradisional Untuk Pulihkan Mata Si Bulus. Guna 1 Bahan Ini Saja Untuk Ubatinya.

Membela haiwan bukan setakat bermain dan bermanja dengannya malah setiap pemilik kena ambil tahu tentang tahap kesihatan dan tindakan yang perlu agar tidak melarat. Jika kos ubat-ubatan terlalu mahal, mungkin anda boleh mempraktikkan cara tradisional atau petua lama seperti yang dikongsikan oleh lelaki ini.

Khas untuk mata kucing berair dan bertaik mata…guna bahan dari dapur je, kayu manis dan air putih
Pengguna akaun TikTok @matlaga, telah berkongsi petua berkesan untuk mengubati mata kucing yang berair dan bertaik mata. Jelasnya, bahan yang digunakan sangatlah mampu milik iaitu kayu manis dan air putih saja. Kedua-dua bahan tersebut perlu direbuskan bersama sehingga mendidih. Setelah air bertukar warna, celupkan kapas lalu sapu di mata kucing yang terjejas. Selelpas beberapa lama, hasilnya boleh dapat dilihat seperti di dalam video tersebut.

Tak sangka masih ada cara mujarab untuk ubati mata kucing…kayu manis pun memang dikatakan berkesan
Secara keseluruhannya, perkongsian kaedah ini telah meraih lebih 200 ribu jumlah tontonan. Rata-rata netizen berterima kasih kepada lelaki tersebut untuk tips mudah. Mereka turut tak menyangka masih ada cara yang murah serta efektif ini. Sesetengah mereka juga mendakwa bahawa ekstrak kayu manis memang mampu melawan bakteria.

Sumber: TikTok @matlaga

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Ada Sesetengah Kucing Kesayangan Anda Yang Suka Jatuhkan Barang. Ini Antara Sebab Kenapa Kucing Gemar Lakukannya.

Kucing memang gemar menjatuhkan barang. Kucing memang comel dan manja tapi adakalanya boleh membuatkan dada sesak kerana sikapnya yang diluar jangka termasuklah memanjat dan menjatuhkan barang sehingga pecah. Adakah tindakannya itu secara tidak sengaja atau memang sikapnya yang gemar menolak atau menjatuhkan barang yang ada di hadapannya?

Sebenarnya tindakannya itu bukan disebabkan ia nakal atau tidak suka dengan sesuatu benda dilihatnya sebaliknya kucing mudah berasa teruja dengan benda-bena di sekitar mereka. Harus difahami, si bulus adalah makhluk yang cerdas dan aktif, sebab itu ia suka menjatuhkan barang-barang dari meja dan rak. Perbuatan itu juga boleh disebabkan tiga perkara termasuklah;

Sudah menjadi sifat kucing yang suka memanjat dan bermain.

1. Kucing gemar memanjat

Kucing memang seekor haiwan yang lincah dan ketika ia cuba menjelajah dan memanjat sesuatu tempat, benda yang menghalangnya bukan sahaja menjadi tarikan kepadanya tetapi penghalang. Benda-benda yang menghalangnya boleh membuatkan ia berasa terancam dan menolak atau menjatuhkannya tanpa sengaja.

2. Kucing ingin bermain

Jika anda tidak menyediakan alat permainan untuk si bulus, barangan berharga anda mungkin menjadi pertaruhan kerana sifatnya yang lincah dan suka bermain. Jadi bagi mengelakkan barangan berharga anda rosak, sediakan mainan yang sesuai dengannya agar ia tidak tertarik dengan benda lain.

3. Naluri

Kucing mempunyai naluri yang cukup kuat selain perasaan ingin tahu yang tinggi. Sekiranya ia memanjat dan menjatuhkan barang anda, ia mungkin disebabkan ada sesuatu yang menarik perhatiannya di tempat itu. Contohnya, ia memburu seekor cicak yang melarikan diri ke arah sebuah almari dan menyelinap dicelah-celah barangan seperti pasu, bingkai gambar dan sebagainya.

Sumber : Mstar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *